Isnin, 29 Julai 2013

Terapi Wanita

Assalamualaykum.

Sabtu lepas, 27/07 sy dengan jayanya telah menjalani satu sesi terapi.

Biasa la kehidupan sekarang sangat stress jadi guey membutuhkan terapi untuk meredakan ketensenan guey. *erk, apahal tertukar chanel ni?* -..-

Dan terapi tersebut sangat-sangat-sangat-sangat-sangat berkesan hokey? 

Terapi tersebut adalah...






















S.H.O.P.P.I.N.G!!

Semasa membeli dan membelah duit tu, memang sonok tak hengat donia la. Tambah-tambah lak, baru bergaji 2 hari gittew. Duit riban-riban lagi kott... Cekgoo kan kayooo.. Gaji tak habis makan 7 keturunan.  Syorga..Syorgaa.. Kekekekeke.

Kejap je hulur-hulur pitis. Setiap kali buat bayaran, tudiaa.. Memang takde dah la not RM 10, RM 20, apatah lagi setakat not RM 1 atau RM 5. Tak masuk list kot. Hulur not RM 100 atau RM 50 je. Sib baik tak terbaik hati sangat setiap kedai tu cakap kip da cen, kip da cen. Haha, kemain lagi berlagak tu.

Cam berlagak sangat je kan? Cam shopim kat Pavillion atau kat Alamanda je gayanya kan? Erk, celah mana lak datangnya Pavilion dengan Alamanda bagai kat bumi Kuching ni. Padahal, shopim kat Serikin je kott. *Fitammm* Muahaa. 

Saja bagi jeles. Baru dapat gaji katakan. =P

Padahal, kalau betul-betul hulur RM 100 setiap kali, silap-silap haribulan balik kampung jalan kaki.
Buleh eh dari Sarawak ni ke Semenanjung jalan kaki? T__T

Sy ke Serikin je kot. 
Gagah giler mengharung selambak manusia kat Serikin nun. 
Sampai lupa diri sedang puasa.
Ke tak pose?
Ehh?? ^__^

Biasanya, memang kalau lepas masuk dari satu kedai ke satu kedai yang lain, pilih-pilih kain baju, kain batik, kain pelekat, telekung solat sulam-sulam, baju kelawar memang kompem akan cari air. Haus kot. Dah la manusia kat Serikin nun tak pernah takda orang. Manjang je ramai sampai kompius dari mana la datangnya manusia yang ramai-ramai. Asal sy pergi sana je orang ramai, asal orang ramai je sy pergi sana. Lalala.

Hurm, maybe la selambak manusia yang melampau minggu lepas tu disebabkan baru gaji dan hampir nak raya jugak kot. Tu yang orang terlebih ramai dari biasa. Sampai parking pun ke hujung dunia sana. Memang tak pernah lagi sy terpaksa menapak dari tempat parking tu hinggalah ke kedai dengan jarak sejauh itu. Nak gitawnya kat sini, orang yang sangat ramai je kekdahnya. Haha. Dalam hati, alahai, kompem harga mahal tahap cipanzi yang diawet dengan sutera ni. Window je la bulan-bulan pose ni. Sebab sebenarnya, sy hanya meneman osmet yang nak mencari minyak aromaterapi kiriman sanak saudaranya je. Tu yang awalnya nafsu tu tak berapa nak menggerutu sangat la. 

Sekali.....

Nah, hambik


Semua tu bukan sy yang punya. Ahmad Albab yang punya. Ngehhngehh.

Dalam takda benda apa nak beli *konon*, siap pesan lagi kat osmet (Kak Ct) suh lempang je sy sedas dua kalau hawa nafsu menggelojak. Sebabnya, seminggu bulan pose tu kami bertiga dah memang shopim kaw-kaw tahap habis sebulan gaji dah. So, takde sebab nak shopim sakan lagi kan? Kata sy sebelum masuk dalam perut kete. 

Dan, ni adalah hasil tangkapan kami. Sesuku je tunjuk ni, nak tunjuk yang lain tak muat kamera. Ni, takde niat ni.. Takde niat taw. Mindset dulu, takde niat nak beli. =P Kalau memang ada niat dari awal nak beli banyak barang takpe, ni memang takda niat sedikit pon. *ok,tipu*

Blouse



Cadar



See??
Dalam takde apa benda nak beli kan?
Haha

Tapi, sangat berpuas hati menziarahi Serikin kali ni. 

Dapat harga blouse yang sangat murah dan paling penting sesuai dengan sy yang agak cerewet nak baju besar *tanak cun-cun ikut body model I ni*, nak baju labuh *tanak atas punggung*, nak corak yang cantik menarik *tanak yang selebet*, nak yang tebal *tanak yang nipis, jarang nampak kulit*. Haha, kemain cerewet kan, padahal beli baju Serikin je kot, bukan beli kat butik Guess ke, Pearl Haya ke kan. Erk, haruslah menepati syariat yang paling penting, I is sayang sang suami tanak beliau menanggung dosa-dosa isterinya yang sengaja dicari. Miahahaha.

Biasanya kalau g Serikin, habis tawar-tawar harga pon, dapat blouse yang paling murah dalam RM23 sehelai. Yang biasanya harga RM 25 la. Standard harga, daripada harga asal yang penjual gitaw RM 40-RM  50. Kat sana memang kena tebalkan muka tawarkan harga. Kalau tak kena cekik darah oleh ibu bapak Indon. 

Kak Ct memang dah aim nak beli blouse tulip-tulip. 3 minggu kot dia dok terbayang blouse tulip tu. Silapnya hari tu bila nampak, tak terus masuk. Memonong ke kedai lain dulu sebab dengan harapan akan patah balik dan akan masuk kedai tu. Sekali, bila dah borong barang kat kedai lain, langsung tak terjumpa kedai blouse tulip tu. Memang frust menonggeng la Kak Ct. Sebab tu, target dia kali ni, nak cari blouse tulip tu je sehelai. Diulangi, sehelai. Fine =)

Disebabkan memang nak window shopim jew *memang takde tujuan sangat g Serikin kali ni* mata tu memang melilau cari blouse tulip idaman hati tu je la. Alhamdulillah, akhirnya terjumpa jugak. Kak Ct tak kesah harga dia mahal mana pon asalkan dapat blouse yang dia nak tu. Tak pernah pon masuk kedai tu. Kami ada kedai feberet yang memang akan dapat harga murah berbanding kedai lain. dah banyak kali pergi kan, sampai penjual kat sana pon kenal kami. Hehehehe.

Kebetulan tuah pakai tudung pelangi kot *ada kaitan?*, ataupun dari awal melangkah dah kenyit-kenyit mata kat abang penjual tu, dapat la harga RM 22 dari harga yang dia letak RM 30. Kira OK la dari biasa kan? Kak Ct tanya kalau ambik 5 helai tak dapat ke RM 100? Boleh la kongsi kan, sy 2 helai ke Kak Ct 3 helai ke. Dah kata takda niat nak beli kan? Kekekeke. Lepas dia kira-kira dia bagi RM 105 untuk 5 helai. So, masih murah kan? Pilih punya pilih, sekali, 5 helai blouse sorang, bukannya 5 helai 2 orang. =D

Sambil kenyit mata mengerlip, senyum semanis puding caramel, dapat jugak harga RM100 untuk 5 helai blouse. Dan, hampir 2 jam kami berada kat kedai tu je. Sambil bayar tu abang penjual tu siap cakap lagi:

Penjual : "Terima kasih
Kami: Sama-sama. Kami beli dengan harga tu. Semoga murah rezeki, ramai pelanggan masuk. Lain kali bagi kami murah lagi ye *Bodek*
Penjual : Terima kasih. Sila datang lagi, semoga cepat kawin. *Senyum-senyum*
Kami: Erk???

Dalam hati sy, sy dah kawin la. Ke nampak cam belum kawen? Haha. Tapi, ngorat Kak Ct pon buleh. Dapat baju free la sy. =D
*Nak pergi lagi kedai abang tu, tapi tanak bawak suami, nanti tak dapat harga murah. Bulehh??Ngenge*

Beli cadar yang berzip. Cadar yang sedia ada lusuh sangat dah. Dah la bangun pagi je cadar ntah ke mana, nama pon tidur lasak. Cadar single sudah, nak double kena tunggu transfer JB dulu. =) Cadar berzip ni pun murah la jugak bagi sy sebab kainnya memang cotton yang berkualiti, sy dapat harga RM 18.

Nak kirim? *Sempat tuuu*

Sekian, terapi wanita sy pada kali ini. 
Tapi, terapi semasa shopim jew. 
Bila sampai umah belek-belek purse, sekali tinggal syiling jek.
Habis terapi, tensen balik. T_____T

Nak shopim katne lagi ye nak hilangkan tensen? Muakakakaka. =DD

3 ulasan:

  1. shopping is the good therapy for women...
    kat sini shopping online jer... rindu pula nak bersesak2 dengan orang ramai....
    murah nyer blouse RM20 sehelai... nak kirim boleh? hihihi (gurau jer...)
    kriteria pemilihan baju kita pun dah sama... i is sayang suami too :)

    BalasPadam
  2. amboi sakan memeli yea walaupun tanpa niat...namanya pun pompuan kan. tak sah kalau tak shoppig kaw2...hehe

    BalasPadam
  3. Yeahhh. Shopping terapi terbaikkk. Best3

    BalasPadam