Selasa, 30 Oktober 2012

Jemputan Walimatul Urus

Assalamualaykum.



Tiada kata seindah bahasa mampu diungkap, kami (FAHIMATUL AIMAN IBRAHIM & AHMAD NAIM JAMALUDIN) dengan setulus hati dan rendah diri menjemput kalian bersama-sama memeriahkan lagi Baitul Muslim yang dibina. Doakan majlis kami berjalan lancar serta diberkatiNya.

BUTIRAN MAJLIS:
Undangan Majlis Kesyukuran Aiman & Naim

TEMPAT :
(Majlis Perempuan)
Lot 422/4, Jalan Baru Pengkalan Kubor, Kg. Geting, 16200 Tumpat, Kelantan.

(Majlis lelaki)
No 47, Lorong 2, Taman Jeniang Jaya, 08700 Jeniang Kedah Darul Aman


TARIKH :
25 November 2012 (AHAD)
&
2 Disember 2012
(AHAD)

Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahim..
Jadikanlah rumahtangga kedua pasangan ini seindah rumahtangga Adam dan Hawa, setabah Ibrahim dan Hajar, sebahagia Yusof dan Zulaikha, sesetia Sulaiman dan Balqis dan sesuci rumahtangga Muhammad S.A.W dan Khadijah. Murahkanlah rezeki mereka, dekatkanlah mereka dengan kebaikan, jauhkanlah mereka dari keburukan serta kurniakanlah mereka zuriat-zuriat yang soleh dan solehah.
Amin.

p/s:
Sesiapa yang memerlukan kad jemputan, boleh pm alamat anda kepada kami. InsyaAllah, kad akan diposkan kepada anda dalam masa terdekat.
Ayat sejibik-sejibik dicilok dari event kat FB..Hehe..Sangat x kreatif =p 
 Kepada semua teman-teman alam maya, anda semua dijemput hadir ke majlis kami nanti ye. Kahadiran anda sangat-sangat dialukan. Doakan semua berjalan lancar dan baitul muslim kami ini kekal bahagia selamanya. =)



Isnin, 22 Oktober 2012

Good News

Assalamualaykum.

Petang semalam sakit kepala menyucuk-nyucuk. Hampir habis sebotol minyak angin cap kapak dengan minyak angin aromaterapi yg dibeli di Serikin dituang kat dahi dan kepala. Lepas meeting dengan PPD sakit kepala terus. Hee~

Tengah-tengah syok beradu atas katil sy mendapat mesej daripada housemet masa menyewa di Terengganu dulu. Guess what, dy pun akan berkahwin gak 3 hari sebelum sy. Wah, betul-betul lawan tokey kan? Hehe.. Tarikh 22 November tu sebenarnya kami plan untuk walimah kami, tapi disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan terpaksa ditunda kepada 25 November. X kira la bila kan, asal kawen. *Gatal*

Tahniah sis. I'm happy for U dear. Tahniah, barakallahulakuma. Maybe dalam masa terdekat ni dy akan umumkan & sy rasa geng-geng PISMP PAI 2008 akan terkejut kot. Hehe.

Segala keluh kesahnya, kisah frust menonggeng & sesi lompat-lompat katil asrama masa tengah kucewa gila-gila masa zaman 'muda' dahulu akan tetap menjadi kenangan yang akan diimbau buat kami yang pernah menjadi penghuni blok Siti Khadijah, aras 3. Akhirnya, berjaya juga hero anda membuka pintu hati ek. Huwaa...berbaloi dapat sejambak besar mawar fresh & teddy bear cumel masa hari konvo. Individu pertama kot dapat bunga. So sweet!!

Tahun depan kami leh celebrate anniversary sama-sama la ye? InsyaAllah, tahniah cayam!!

Sabtu, 20 Oktober 2012

Menghitung Hari

Assalamualaykum.

Yap yap yeay!!Lagi lebih kurang 2 minggu nak balik..hua2, gumbira!!

Start menghitung hari, pangkah kalendar dah. Dan, dah x lama nk bertukar status. Perasaan?Ntah, setakat ni x taw perasaan pe yg wujud. Huhu...Bercelaru, libang libu. Mungkin sy x terlibat secara langsung sangat dengan segala mak nenek persiapan kawen. Mummy dengan daddy yang uruskan segalanya kat kampung. Nalik-balik terus kawen. Haha..

Jon, hitung hari bersama-sama!!

p/s: Bila masa yang sesuai nk create event kat FB ni?Hurm...

Jumaat, 19 Oktober 2012

Mata Membugar

Assalamualaykum.

Hua3.. Kenapa xleh lelap ini malam?

Dah la banyak lagi kertas exam nak kena tanda..Erk..bukan x tanda langsung lagi ke? Pitam T__T

Housemet2 semua dah belayar ke samudera mimpi semua dah. Hadoi..Nak tido!!! Memang esok matahari menongkat langit pun masih terkedang atas katil rasanya. Adoyai..

Esok nak kena g bank, bank in duit tudung dengan tempahan hb. Huhu, macam best je kan bank in duit hujung bulan ni. Gaji hari isnin, tapi berlagak nak bank in sok, macam duit juta-juta-juta-juta...

Sebab fikir sal duit kot xleh tido lagi ni? Ayaark!

Harapkan Muka Je Hampeh, Tapi.... (part 2)

Assaalamualaykum. 
Dalam kol 3, sy dapat mesej (ni baru ceghita sebenar, td intro je panjang berjela..hehe)

~sila abaikan pengkaburan tulisan & setting yg x berapa kemas~

Mesej 1

Mesej 2
Mesej 3
Mesej 4
Yang warna oren tu mesej orang tengah (A). Yang biru tu mesej sy. Hurm, anda boleh nampak kan??

Mula-mula mintak tolong sy, eh, silap, bukan mintak tolong, bagi arahan suruh ambilkan barang dy kat pejabat pos, melalui orang tengah. Dah la pakai orang tengah, siap bagi ARAHAN baik punya lagi. Apa, elaun jQAF tu x cukup lumayan untuk beli topup? Henset bukan main banyak, ada 3,4 jenis simkad syarikat telekomunikasi lagi, tapi x kan papa kedana sangat nak beli topup? Kedekut sangat nak mesej RM0.10 untuk mintak tolong sy? Opps, bukan mintak tolong, bagi arahan. 

Memang la sy agak 'berbulu' sikit dengan makhluk tu, tapi kalau sy xda aral apa-apa sy akan cuba sedaya mungkin untuk tolong seseorang tu walaupun kurang senang dengan orang tu. Tadi, kebetulan sy memang tengah cirit birit, tambah pulak dengan letih terjelir menyiapkan PPGB yg perlu dihantar kat PPD menyebabkan sy mengabaikan je msj tu walaupun berniat sy akan g ambik gak barang dy kt pjbat pos paling lewat pun hari isnin (sabtu, buka separuh hari & ahad, cuti) sementelah makhluk tu gitau orang tengah kata x kisah pun bila perlu diambil. 

Sy sambung tido, layan perut yang memulas, tengok2 dah sampai mesej lain kata dah ambik. Nasib baik sy x gagahkan diri gak untuk g pjbat pos tu tadi. Bayangkan, perut tengah sakit, bila-bila masa tandas diperlukan kalau sy g jugak ambik 'harta' dy tu tapi tengok2 dy dah ambik, apa perasaan?? Mau meletup sy rasanya. 

Geram gak seposen. Sy mesej orang tengah tu baeeeeeeeeeeek punya..Huhu. Jangan ganggu harimau sedang tidur......

Dah la budi bahasa xda. Zero. Nehi. Lain kali, sy memang x akan tolong dah. Sekali terkena, selamanya berjaga. Harap muka je cantik (katanya sendiri kt FB~sila muntah hokey, dengan muka ada tapak jerawat batu, bergerutu, cantik?wekk...bukan nak menghina ciptaan Allah, tp menyampah dengan sikap bangga diri dy, macam la memang dy sebaik-baik ciptaan.), tapi budi bahasa teruk giler, ada makna ke? Erk..tang kulit muka dy tu memang sy x tipu. Memang ada bekas jerawat la. Dy beruntung sebab kulit putih, tu yg menyebabkan dy 'cantik' kalau x...... Tu pun dah bangga sangat.

Harapkan Muka Je Hampeh, Tapi Perangai Pun Hampeh gak??

post ni kat FB:
walaupun raut wajah kacak jelita macam cinderella, tapi x reti berbudi bahasa rasanya xda guna langsung..
lebih baik muka buruk macam the beast, tapi elok budi bahasanya, lembut tutur bicaranya..

bukan ada slogan budi bahasa budaya kita ke? orang berbudi, patutnya kita berbahasa..
tambah2 apabila memerlukan pertolongan kan?lagi la sangat2 perlu kot......

p/s: em...tv kena kurangkan siaran iklan janji ditepati, tambahkan balik iklan budi bahasa..peace ^_^

Xtaw la kalau makhluk tu x terbaca, rasanya aktif FB. Kaya pengasas FB disebabkan dy je. Kucing nak berak pun citer kot. Harap-harap lepas ni reti la sikit berbudi bahasa. Apa dekat U antarabangsa yang diagungkan tu prof lupa nak ajar cara-cara meminta pertolongan? Orang kata, biar mati adat, tapi jangan biadap.

p/s:
Cuba x tensen, tapi tensen gak dengan adanya makhluk Allah camni. Adoi...Jangan la hilang seri nak kawen T__T. Emosi3~~
 

Harapkan Muka Je Hampeh, Tapi.. (part 1)

Assalamualaykum.

Huk3..Perasaan sekarang tengah bengang. Mungkin terlalu penat berkejar dalam masa seminggu ni untuk menyiapkan dokumen-dokumen PPGB yang ditagih oleh PPD Lundu ditambah pulak bendera merah tengah berkibar girang membuatkan emosi sy sedikit tidak berapa stabil (erk, bukan sokmo-sokmo ke cenggini? =p)

Meh ai nak story-story, bukan nak mengumpat tapi sekadar meluahkan rasa yang terbuku di hati. Huhu..Memang x puas hati tahap petala sepuluh ni.

Baru dapat menarik nafas lega apabila cun-cun jam 11.30 pagi settled semua mak nenek berkaitan dengan PPGB yang perlu dihantar. Bayangkan, sepanjang seminggu sy mengadap ms word nak menyiapkan laporan aktiviti permentoran sejak dari bulan Januari sehingga Oktober, lebih kurang 60-65 muka surat, dengan nak mereka cipta ayat bombastik + tugasan rasmi lain di sekolah, tup-tup bila dah siap print hari Khamis (perlu dihantar hari Jumaat), mentor gitaw bahawasanya PPD baru emelkan apa yang perlu dihantar keesokan harinya. What da merengs?Huh, awal-awal cakap lain, kendian nak lain. Memang lidah biawak. Geram kot, kalau gitaw awal-awal leh la fokus kat benda yang dy nak je kan??

Ke hulu ke hilir sy siapkan segala TOV, ETR, GPMP, AR (istilah untuk exam) dalam masa 24 jam, tawaf 1 bangunan sekolah, cari insan-insan yang dirasakan dapat membantu sampai ke stor sy cari maklumat, ditambah pulak penuh jadual jaga exam, data yang sepatutnya ada hilang, xda tempat nak dirujuk, tanya semua orang macam blur membuatkan sy separuh nafas je bernyawa (ok, hiperbola je). Hari Jumaat lak, terkena cirit birit bagai, selang 30 minit mesti nak menggagau cari tandas. Huhu..Memang dugaan betul. 

Bila dah selesai semuanya, dengan tubuh yang lembik longlai balik ke rumah. Ada la pulak insan yang menumpang rumah kejap, tapi cakap x henti-henti. Ada je modal untuk diborakkan. Mula-mula layan gak, tapi lama-lama sy biarkan dy cakap sengsorang. X larat nak melayan, dengan penat x henti-henti & cirit birit ni, sy bantai je tido terbongkang..Haha


To be continue....

 

Sabtu, 13 Oktober 2012

Rambang Mata

Assalamualaykum.

Uhuk, rambang mata buat pilihan design kad. Tempah kad paling murah tapi demand nak ubah-ubah design banyak-banyak kali. Lempang kang..Uhu..

Mula-mula memang kesilapan designer, banyak yang salah macam alamat, tarikh, peta. Kendian macam x berkenan dengan design yang dah dipilih. Lepas tu saiz font la, pe la, macam-macam yang sy komplen. HIM pun x terlayan kerenah sy. Sampai gaduh-gaduh kot. Hadoi.

Kalau ikut dy, main hentam je la design macam mana pun asalkan siap. Jangan banyak songeh sangat, nanti x siap. Lagipun, kad tu murah. Hapa?? Murah pun duit, RM300-RM400 pun duit kot kan? Huhu...Memang cerewet bab-bab duit ni, titik peluh+air liur mengajar kot. Campur penat & sakit hati membebel dengan budak jugak lagi.

Memang la murah, memang walimah kami simple-simple je nanti, tiada pelamin bagai, sebab pada kami kehidupan lepas kawin lagi penting dari nak habiskan sepenuhnya masa hari kenduri tu je. Duit lagi banyak nak guna lepas hari kahwin kan? Tak nak buat pinjaman semata-mata untuk kahwin. Biarlah buat walimah tu dalam keadaan sederhana sahaja. Janji penuh keberkatan & doa restu dari semua pihak. 

Tapi, macam yang sy cakap tadi murah-murah kad kawin pun, duwit tu beb...Kalau boleh biar berpuas hati la jugak sikit..Huhu...& selepas tukar design, font bagai, ternampak design baru. Dan, sy buat ayat syahdu mintak tolong designer kad tu tukar. Buat draf yang lain lagi. Orang pempuan memang mudah rambang mata kot. Yang pasti, salah seorang perempuan yang rambang mata tu adalah SAYA!! =P

Rabu, 10 Oktober 2012

Happy Bornday!!


HAPPY BORNDAY TO ME!!
(09101987 - 09102012 = 25 TAHUN

Muahaa...tak tahan sungguh, wish kat diri sendiri..Haha..Ada aku kesah? =p

Genap 25 tahun hidup di muka bumi Allah ini. Ye, semakin bertambah umur, semakin bertambah pahala & dosa yang ada. Semakin juga mendekatkan diri kepada Sang Pencipta. 'Ala kulli hal, sy bersyukur masih dapat menikmati saat-saat umur sweet25. Erk..ada ke? Hehe

Terima kasih di atas segala ucapan ibu bapa, adik-adik, yang tersayang, teman-teman semua. Huhu..Masih ada yang mengingati tarikh lahir sy. Syahdu, syahdu. (Padahal ada jek reminder birthday kat FB. Lempang kang..Huk3)

Pertama dan selamanya, jutaan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi, kerana antara berjuta sperma, sy yang telah terpilih untuk menempel di rahim ummi seterusnya membuatkan sy lahir ke dunia fana ini. Terima kasih yang tidak berbelah bagi buat ummi yang telah menyabung nyawa melahirkan sy walaupun tanpa kelengkapan yang cukup serta abah tiada di sisi kerana masih berada di Bumi Kenyalang. Tanpa sokongan suami pun, ummi masih gigih melahirkan sy secara normal. Terima kasih ummi. Ye, sy dah tiada kesempatan untuk ungkapkan kata-kata keramat terima kasih buat ummi kerana beliau telah meninggalkan kami sekeluarga selamanya, namun pengorbanan beliau akan sy kenang selagi hayat dikandung badan. Terima kasih ummi.

Terima kasih juga buat abah, kerana tanpa 'kerjasama' beliau sy pun x akan ada kat dunia ni jugak kan?Hehe.. Terima kasih atas segala kasih sayang, pengorbanan yang dicurahkan. Memang tak terdaya, tak termampu langsung membalasnya. Terima kasih sangat-sangat. 

Ma, terima kasih wish tru calling-calling. Walaupun bukan dirinya melahirkan sy dan adik-adik, kasih sayang beliau juga tidak berbelah bahagi. Terima kasih ma.

Yang tersayang, first tyme wish on the tyme. First tyme gak wish live kot (Tu nak kena catat tu).Haa...ayat macam bahasa purba dah. Sebelum-sebelum ni memang makan hati la pasal wish-wish birthday ni. Kalau x ingatkan memang x wish langsung la T__T. Ni pun rasanya, kalau x gaduh memang x merasa la kot diwish..Haha..Hurm, moga lepas sah miliknya ingat sokmo la. Itu lagi manis rasanya kan dari tiada hubungan yang halal. Semoga Allah panjangkan jodoh pertemuan kami, bukan hanya di dunia, tapi di sana juga. Ameen. 

Teman-teman, terima kasih. Ye, sy dah tua setahun dr tahun lepas. Semoga apa yang diimpikan akan tertunai, segala doa-doa kalian dimakbulkan Allah. Ameen ya Rabb.

Semoga Allah limpahkan keberkatan untuk umur yang berbaki lagi sebelum Dy menjemput sy. Harapnya, 25tahun yang telah dilalui ini lebih berfaedah dan banyak manfaat berbanding perkara yang sia-sia (muhasabah diri-sy banyak buat benda pelik-pelik kot). 

Selamat hari lahir buat diriku sendiri. Hehe. Moga anda bertambah matang yep FAI!! ^_^
 

Rabu, 3 Oktober 2012

Pindahkah saya?

Assalamualaykum.

Lepas rehat sekejap tadi sy masuk pejabat untuk menandatangani kehadiran ke sekolah (punch card bahasa kampung sy). Tengah syok-syok sign buku kehadiran tu Pembantu Am Sekolah (PAS-bukan Parti Islam Semalaysia ye) a.k.a orang kuat GB mengusulkan 1 cadangan yang tidak disangka-sangka.

Ustazah, kitak maok pindah sik?

Sy pun apa lagi, jawab NAK LA. Kalau dapat pindah, memang nak la, pindah ikut suami. Kan tahun depan sy bertukar status.. Jawapan sy pun macam main-main, sebab sy ingatkan PAS (nama dirahsiakan atas faktor keselamatan..teeet) main-main dengan sy. Memang dengan orang pejabat, sy banyak main-main, x seserius masa sy dalam kelas. Siap dapat gelaran ustazah paling garang lagi kot.

Lepas 2,3 kali dia tanya macam tu, muka sy pun macam berubah jadi hijau berpetak-petak. Huhu.. Dalam hati, betul ke nak tukarkan aku ni?

Sy tanya la, nak tukarkan ke mana? Sebab apa? 

PAS gitaw kemungkinan besar sama ada sy atau ustazah local yg akan pindah dalam daerah ni jugak tahun depan. Means, kami masih berada dalam PPD Lundu yang sama, cuma tukar sekolah. Ke SK Siar Campuran. Untuk makluman, kat SK Siar Campuran ni ada senior sy masa zaman IPG dulu dipostingkan ke sekolah tu. Jarak antara rumah sewa sy sekarang ke SKSM ni dalam 3-5 minit sementara jarak dr rumah ke SK Siar Campuran mungkin memakan masa selama 15-20 minit. Alasan penukaran ini adalah kerana ingin menempatkan seorang guru agama lelaki (ustaz) ke sini. Almaklumlah, semuanya kat sini adalah dari speasis ustazah. Agak susah untuk menjalankan apa-apa aktiviti keagamaan memandangkan kaum hawa ni banyak kekangan, terutama kekangan bulanan...

Sy speechless. Tak tahu nak cakap apa. Sy jeling Cikgu Kamarudin (PK KO) yang kebetulan ada berhampiran, dia senyum kat sy penuh makna. Hurm... Kemungkinan besar tu memang ada rasanya. T__T

Sy x ada masalah untuk bertukar ke sana sekali pun, sebabnya sy boleh mengelakkan mata & diri sy dari seorang manusia yang berlagak serba serbi expert (sy x suka suasana hipokrit!!). Tapi, memandangkan kalau sekolah betul-betul serius hantar surat permohonan nak ustaz bagai, pindahkan sy ke JB terus (bakal suami kat JB). Sebab walau macam mana pun sy memang akan mintak tukar tahun depan. Laman egTukar akan menjadi laman feveret sy bermula tahun depan. Hihi..

Hurm, kalau betul la nak tukar sy, tukar sy balik JB ye?

mode: 
Terasa di awangan T___T


Terkejut!!

Assalamualaykum.

Huhu..Sebu terasa perut pagi-pagi hari lagi. Wordless Wednesday kot..Tapi kalau dibiarkan maybe akan jadi wordless sampai bila-bila.

Hari ni, 2 orang murid tahun 2 ditangkap & dihadapkan ke bilik guru atas kesalahan menonton video lucah. Ye, diulangi video lucah. Murid tahun 2 menonton video lucah. Bukan sekadar tengok, tapi siap mempraktikkannya lagi. Adoi. Dia buka baju budak kelas dia, tapi x tahu sempat buat apa.

Siasat punya siasat, berdolak dalih kenyataan dyorang. 2 orang murid tahun 2 yang buat kerja ni. Dah tu saling menuduh antara satu sama lain. Huhu.. Mula-mula cakap cd tu kepunyaan ayah dyrg. Kendian gitaw pulak tengok melalui gambar/majalah. Boleh pulak kata dah buang dalam sungai. Dah kena makan dengan buaya.

Cekgu : Apa yang awak buat ni?
Murid A : Kamek sikda buat apa-apa
Cekgu : Benarkah? Kenak awak padah marek lain dengan Cikgu Dorris ya?
Murid A&B : .......
Cekgu : Apa yang awak tengok? Cd apa awak tengok?
Murid A : Kmek sik nangga apa pun
Murib B : Berolah nya. Nya madah nangga gambar orang telanjang.
Cekgu : Haa???
Murid A : Sik cikgu. Kmek dah buang dalam sungei
Cekgu : Yeke? Tipu dapat dosa. Allah marah
Murid A : Benar cikgu
Murid B : Bulaknya
Murid A : Benar cikgu. Kmek dah buang dalam sungei.
Cekgu : Okeylah.. Cd apa yang kamu tengok? Cerita Boboboy, Upin Ipin ke Spongebob? Cikgu pinjam boleh? Awak tengok cd apa?
Murid A : Cd upin ipin cikgu.
Cekgu : Aik, tadi awak kata cd dah buang? Boleh cikgi pinjam? Kenak awak buang cd upin ipin?
Murid A : Benar. Sik apat cikgu. Sy buang cd Upin Ipin sebab Upin Ipin buat benda pelik-pelik.
Cekgu : Haaaaaaaaaaaah? Benda pelik-pelik apa?
Murid A : Benda pelik-pelik la. Cikgu x tahu ke? Upin Ipin buka baju suruh telanjang &...... (18sx)
Cekgu : (serahkan murid tersebut kat guru lain)

Dialog mungkin dah berubah sikit..Tapi begitula lebih kurang dialog yang sy dapat hasil daripada sebahagian 'temubual' yang dilakukan oleh cikgu-cikgu SKSM terhadap 2 hero tahun 2 ni. 

Hasil daripada penyiasatan yang dilakukan juga mendapati bahawa mereka juga menonton tayangan video lucah itu bersama-sama ibu dan bapa mereka. Si A ni, bukan sekadar menonton video je, malah sudah melihat 'perlakuan' itu secara live. X tahu la dia tengok mak ayah dia buat hubungan atau dia pergi intai kawasan mana-mana.

Astaghfirullahalazim. Bayangkan, murid tahun 2 yang berumur 8 tahun dan masih belum akil baligh dapat menceritakan semua yang dia lihat kepada kawan-kawan. Siap buka baju kawan perempuan untuk dibuat 'latihan amali'  / praktikkan teori yang dilihatnya. Apa yang akan jadi terhadap masa depan murid tu? Salah siapa? Salah cikgu-cikgu yang x mengajar pendidikan seks kepada murid di sekolah? Salah guru-guru yang saban hari mengajar pendidikan islam, moral dan sivik kah?

Rasanya, kalau kami ni ajar pendidikan seks seperti yang pernah diwar-warkan dulu, memang semakin hancur kot. X ajar pun dah pandai 'meneroka' sendiri, kalau dah ajar mengenai hubungan tu camne? Kalau ajar mengenai selok-belok tubuh lelaki atau perempuan sahaja pun dah membuatkan mereka membayangkan macam-macam agaknya kan?

Mak ayah pun, kalau rasa-rasa memerlukan alat bantuan rangsangan (video) untuk seks pun, x payah la sampai berjemaah ajak anak-anak tengok sekali. Lapi pulak, kalau x silap sy haram tengok benda-benda macam tu sebab melibatkan maruah dan aurat orang. Bagi sy, x perlu kot.

Panjang lagi perjalanan hidup murid-murid ni untuk menempuh hari-hari akan datang. Apa yang akan jadi kalau seawal umur 8 tahun dah pandai berbicara mengenai hubungan seks? Mata semacam je tengok cikgu-cikgu perempuan. Mungkin dah transparent pandangan tu. 

Ya Allah, beratnya dugaan & cabaran yang Kau berikan untuk mendidik murid-murid ni. Rasanya tak termampu nak menggalas. Kau berilah hidayahMu kepada murid-muridku & ibu bapa mereka. Kau permudahkanlah urusan aku sepanjang berada di sini meunaikan amanah yang diberi. Amin.