Selasa, 27 Disember 2011

Aku yang akan kau kahwini adalah wanita biasa

Assalamualaykum..

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak...

Terima kasih karana telah memilihku 
 antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih
padahal kau begitu tahu
aku hanya wanita biasa,yang sangat jauh dari sempurna.

Kerananya aku ingin kau tahu,
aku bukan wanita yang sempurna,
aku begitu banyak kekurangan.

Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak...

Aku tak sebijak bonda Khadijah,
kerananya ku ingin kau tahu,
aku boleh saja berbuat salah dan begitu menyebalkan.
maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku,
jangan marah padaku,
nasihati aku dengan hikmah,
kerana bagiku kaulah pemimpinku,
tak akan berani aku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak...

Ingatlah, tak selamanya aku dapat nampak cantik di matamu,
ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek.
mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur,
menyiapkan makan untuk kau dan ulama-ulama cilik kita nanti,
maka aku akan tampak kotor dan berbau asap,
atau kerana seharian ku harus membenahi istana kecil kita,
agar kau dan ulama kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat.
maka mungkin aku tak sempat berdandan menyambutmu pulang bekerja,
maka tegurlah aku, 
dan khabarkan padaku dengan lemah lembut dan bijaksana.

Ataukah kau akan menemukanku tersenguk-senguk saat mendengar keluhan dan ceritamu,
bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasa,
tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak,
aku tak sedetikpun tertidur
kerana harus menjaga ulama kecil kita yang sedang sakit,
dan ku tau kau letih mengais rezeki untuk kami,
maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu..

Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku,
maka tetaplah tersenyum padaku,
kerana kau adalah kekuatanku.

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak...

Ketahuilah, mungkin ada saatnya, aku tak sesabar Fatimah,
ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah,
menangis dan tak terkawal,
bukan kerana ku membangkang padamu,
tapi aku hanya wanita biasa,
aku juga memerlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku,
tempat untuk melepaskan penatku,
dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu,
atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu,
maka bersabarlah,
yang aku perlukan hanya pelukan dan belaianmu..
kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit memukul manja si kecil 
kerana lelah dan penatku 
ditambah rengekannya yang tak habis-habisnya.
sungguh bukan karena ku ingin menyakitinya,
tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya.

Maka jangan membentakku karena telah menyakiti buah hati kita,
tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku,

Tegurlah aku dengan hikmah,
kerana dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan
dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada ulama kita,
dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya,
dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak...

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah
maka jangan pernah bosan mengajariku
membimbingku ke arah-Nya
walau terkadang aku begitu bebal dan bodoh
tapi jangan pernah letih mengajariku

Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu 
bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih
jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu 
mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah
bimbing tanganku ke JannahNya
agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku...

Seiring berjalannya waktu,
kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah
akan menipis dan memutih
kulitku yang bersih akan mulai kusam
tanganku yang halus akan menjadi kasar
dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik
yang kau khitbah  bertahun yang lalu.

Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu
maka jangan pernah berpaling dariku
kerana satu yang tak pernah berubah
bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertunas
iaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah
Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya
telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..

Maka, cintailah aku,
dengan apa adanya aku..
Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna..

Maafkan aku kerana aku bukan puteri..
Aku hanya wanita biasa
terimalah aku apa adanya dan bimbinglah aku menuju jalanNYA
semoga kita bisa sama-sama bahagia
mengharap keredhaan Ilahi...

 Mode: Dalam khayalan selepas ditarbiah DEDI
Dua en3 kawen dlm 1 hari..haha....toing2...*malu-malu tp mahu* hikssss.... 

Kawen.. Haa??



Tyme tengah boring2 tunggu berita tentang posting memosting ni sy mengsilent blogwalking owang..haha..& terjumpa en3 yang sy rasa elok untuk dishare2kan ngan pengunjung2 belog sy yang x seberapa ni kalo da..eheh...(T__T). Tataw sape punya belog, ai copy paste jep, minta mahap yep tuan tanah...Cetak rompak sat...uhu ^__^

Teruja mempostkan en3 kawen selepas diberi kursus kawen secara intensif oleh DEDI semalam..hehe...& imbasan kembali saat2 memula dedi 'ehem-ehem, gitu-gitu' dengan UMI..(Allahyarhamah UMI..very2 miss her so much!! =(..Allah lebih menyayangi beliau, al-Fatihah...)

Cekidaut!!

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita.
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah. melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda sedikit-sedikit,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran 
 
 

Isnin, 26 Disember 2011

Posting Tyme!

Sy seorang yg aktif suam2 kuku laman sosial FB..sejak menunggu si dia yg tidak kunjung tiba ni 2hr sekali sy akn buka FB utk melihat kalau2 da maklumat baru tentang apa je kt Grup PISMP ambilan Jan 08 ni...

tetiba, bila sy skrol tikus ke bawah sy dapati sudah ada insan2 berhati mulia yg tempekkan link untuk check tawaran posting...terima kasih kawan!& tanpa melengahkan masa, sy klik link tersebut & isi maklumat yg diperlukan seperti nama & IC..Alhamdulillah, penantian setelah menghabiskan pengajian 5 tahun 6 bulan di IPGKDRI baerbaloi..

Tahniah, anda ditempatkan mengajar di Pahang. Sila lapor diri di JPN Pahang secepat mungkin.

Waaa??? Dah taw tempat posting?? Bestnye!! Yahooo!!! Yippi!!! Alhamdulillah dapat Pahang, x kena g jejauh..Pahang pon Pahang la...janji semenanjung, nk masuk negeri pilihan sy memang sangat2 susah..jd saya redha..Syukur alhamdulillah.. Nak check yg kawan2 gak la.. Kot2 dyrg x smpat bukak internet  leh sy habaqkan berita gumbira ni!!

Memula check yg H.I.M punya dulu...& alhamdulillah dy dapat negeri pilihan dy, JOHOR!! - sy pon print surat tawaran e2 dengan jayanya.mujur da simpan no IC beberapa org classmet. xda la jauh sangat nanti Johor ngan Pahang kan? wek...gatal >_<

2nd check yg rumet tersayang, Fizah pulak..alhamsulillah, nasib menyebelahi dy..dy mintak Perak tp dapat PERLIS..wah!!untungnya nasib badan kan, lagi dekat dengan umah dy kt Ayer Hitam, Kedah sinun..tahniah bumet!!sy pon terus kol dy..hak2...epi giler kot kn ^_^
Tp biler dh serahkan surat tawaran yg sy print kat H.I.M dgn bertemankan Fizah (sbb x bek kuar berdua2 dgn bukan muhrim kn, jd fizah temankan masa penyerahan surat tawaran tu.. =p ), dy cam x hepi sgt biler dapat Johor, cam da something somewhere mistake jek. Pastu sy pon bukak la lg link utk check tawaran tu, tengok2 dpt Kuching, Sarawak pulak..Ye, betol. Kat SARAWAK sinun!!


Haaaa??????

Bia Betol???!!!!!!
???????????!!!!!!!!!!!!!!!!


Sy x percaya sambil nangis teresak2, terguling2 dengan rumet.
Sangat sedey & unbelievable hokey??

=(
'=(
=8

Gedebuk tercampak upin ipin yg dipeluk saban malam kat lantai..Uhuk...mimpi jam 8.30 am td membuatkan sy terkejut ungka..
Uwaa!!mimpi jek ropanya, ingatkan betol2 =(
Teruja sangat nak memostingkan diri smpai termimpi yg bukan2...Msg fizah gitaw yg rumet dy yg cun melecun ni mimpi posting..

Me: Met, ak mimpi posting la
Fizah: Hah? mu dpt katne met?
Me: Ak dpt pahang, mu dpt Perlis..
Fizah: Alhamdulillah, ok le tu..dkat sket ngan umah ak..ak pon mimpi gak posting
Me: Mu mimpi dpt kt ne? ak kt ne?
Fizah: Ak mimpi tengah ngajar dlm kelas, tp x taw lokasi dy kt ngri mane...
Me: =??

**Uwaa!!Hampes punye bumet!!!**
P/S: Minta2 Allah tempatkan sy & kawan2 ke destinasi yg betul & mampu untuk menjalankan tugas sebagai seorang pendidik..Benar, seorang guru seharusnya rela ditempatkan di mana sahaja, namun moga2 'tempat' posting tersebut memberikan kami ketenangan, seterusnya membuatkan kami menabur bakti dengan penuh keikhlasan...& mudah untuk pulang ke kampung halaman andai ada apa yg berlaku....Ameen... Ya Allah, kabulkanlah doa2 kami...


Khamis, 22 Disember 2011

Last moment...

Sekadar tatapan wat sahabat2 tersayang...detik2 terakhir lepas temuduga SPP...bilakah dpt ku jumpa korang lagi?uwaaa....

Layanzzz....

















very da crazy mizz u ollz....uhuk...'=(




Rabu, 21 Disember 2011

Tahniah berjuta2 lemon!!

Tahniah juta2 lemon wat my sis ALANG AQILAH!!

Wawah...catat sejarah dlm femili kita yep?Ai dulu xda pon dapat straight A's cenggitu...so sad...uwaaa...xdpt straigt A's pon dpt jadik cekgu gak kn...hehe (ayat riak takabur =p)
Pepon, tahniah sis!!!
Happy sangat2..
Hadiah tunda nnti ayong posting yep..hehe skrg ni kering dengan sesungguhnya..'=(

Straight A's...Ai nk jugak!! =(

Tahniah ALANG!!

Anak abah..uhuk..



Sekali lg..TAHNIAH JUTA2 LEMON dr kakakmu yg cun melecun...hehe
Moga terus sukses dlm apa jua bidang...

Akademik dijunjung, Akhirat didukung!!

TAHNIAH!!




Rabu, 7 Disember 2011

detik2 terakhir

meniti detik2 terakhir di terengganu...

1001 rasa yg timbul...kalo bleh smua tmpat2 yg penah pegi nk snap gambar..hehe...bila la lg dpt dtg teganu ni dop taw la...sepanjang 5 tahun 6 bulan dk teganu ni baru 1st tyme msuk taman monumen..huhu...gambar2 kt taman monumen akan ditempek nanti yep ^_^

selamat tinggal terengganu,
jutaan terima kasih kpd semua lecturer khususnya lecturer JAPIM yg banyak berjasa, mama Pn. Hjh. Nor Kartina Tawang selaku peyelia tesis, rakan2 guru prktikum di 3 buah sekolah (SK Losong, SK. Duyong, SK. Padang Kemunting), Pok Peng (sy akan merindui neslo peng Pok Peng yg murah), kedai2 ICT & SCT yg sedap2 di tepi pantai batu rakit, Mydin Mall KT & Giant KT (tempat feveret utk dikunjungi setiap kali elaun baru masuk), kedai2 mkn di gong datok, syakirin, abg DG, restoran NR, seri budi (tyme2 mls masak..hehe)..sy akn merindui kalian...sob3~~
selamat maju jaya classmet PIM (naim, wafiy, amir, arep, arai, nabil, izzu, syadid, fizah, mirah, adda, nona, syerah, ecah, cken, jannah), housemet alor jambu (nona, jijah), x-housemet (adda) & IPGKDRImet (clazz PRA, SAINS, PJ, MATH)!! selamat maju jaya semua!! panjang umur, da kesempatan waktu kita jumpa lagi..maafkan salah silap sy yep!! (uhu...wase nk nangis...'=( )

jadual perjalanan pulang ke Kelantan 07-12-2011 (Rabu):
dr alor jmbu - gong datuk (maman roti canai jagung kt kedai hijau, abg kopiah) - bukit tok beng (lalu depan unisza,umt utk beli kopok yg kena mek no giliran) - pusing pantai teluk ketapang kejap - lalu ikut epot sultan mahmud - balik ikut ILP - ke bukit chempaka (umah tn umah sewa Kak Anum & Pak Cik Jaafar) - alor jambu (ambik barang2) - lalu depan ipg (buat kli terakhir...'=( ) - singgah tanjong (beli cakelat nissan)- smpai pengkalan kubor

::tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat menimba ilmu::

::I'll miss them::