Ahad, 31 Mac 2013

Dejavu Di Johor Bahru

Assalamualaykum.

Gudbye my lovely hubby..Hoho....

Seminggu je dapat jadi isteri sepenuh masa yep? Lumrah kerjaya.. Kembali menjadi bujang. Hadoi.....

Sedang mengisi egTukar..Harap-harap ada rezeki menanti. Ameen.

Rabu, 20 Mac 2013

Kejam Sangat Ke?

Assalamualaykum.

Nauzubillah...Gambar digoogle tapi xda kaitan dengan en3 ni. Sekadar perkongsian
Kejam sangat ke?

Huhu..Bukan niatku nak berkejam kejaman, tapi dah x layak tak kan nak bagi markah gojes sangat kan? -_____-

Hurm, depan lect buleh la berlakon, tapi depan daku? Lect datang 2,3 kali je kot, daku yang berdepan setiap hari ni yang tengok realitinya. Masuk kelas lewat nak bagi markah meletop? Buang budak yang lemah masa lect observe & ambik budak yang pandai memang la tercapai objektif PdP. Masa sy observe, elok je budak b**** tu da dalam kelas? Bukan b**** la, tapi kurang tahap kognitif dy...Kang kasar sangat bunyiknya...huhu...

Ai terpaksa, x sanggup nanti disebabkan ai bagi markah sekian-sekian, masa masuk alam pekerjaan sebenar dy buat hal, x ke daku sekali yang terpaksa menjawabnya di sana nanti?

Hadoi.....Benci betul perasaan menjadi guru pembimbing yang x berapa layak membimbing mana. Buleh tak, tak nak dah jadi guru pembimbing?? Cari la yang tua kerepot sket, yang pengalaman puluh-puluh tahun.. Ni dapat yang sebaya, mana x besar kepala. Tensen.

p/s:
Rasanya dulu sy sangat menghormati guru pembimbing sy walau macam mana pun beliau. Ada la kelebihan yang sekolah nampak sebab melantik seseorang tu jawatan tertentu. Terima je la kan.....

Huh...Nak balik kampung dengan gumbira. Gudbye SARAWAK buat masa 9 hari ni. Tak nak pikior langsung sal sini T____T

Ahad, 17 Mac 2013

Mengidam~~

Assalamualaykum.

Wayya!!! Sy mengidam nak makan macam-macam. Hak-hak...biasalah, orang mengandung..ehek, silap...orang dah lama tak balik kampung. Huhu...3 bulan lebih tak balik Kelate kot. Windu tahap petala 7 dah ni.

Mengidam nak makan macam-macam walaupun blom pegnen. Hua2.. Kalau pegnen tol-tol lebih lagi la gamaknya. Perut membuncit dengan lemak pun dah demand nak makan macam-macam, kalau membuncit dengan baby x taw la. Be prepared ye my beloved hubby, mummy, daddy, MIL, FIL, adik-adik, adik abang ipar, sepupu sepapat. Haha...semua akan jadi mangsa ye? T__T

Memang la kat Sarawak ni buleh je makan nasik kerabu. Pergi je kat Arif Hotel lepas kol 5, ha...ada la nasik kerabu yang dicari-cari, tapi hujan emas kat negeri orang lebih baik hujan berlian kat negeri sendiri.Walaupun cukup budunya, tapi aromanya tak akan sama beb. Nehi-nehi-nehi.

Walaupun akan menempuh perjalanan yang beribu batu, Laut China Selatan diredahi, namun semangat yang membara untuk pulang ke pangkuan keluarga tetap menggebu. Muahaa...Tak buleh blah betul. 

Tensen dah kot dok sini. 

Sape bilang dok Sarawak x stress?? Stress daku kalau ada makhluk-makhluk yang cakap cenggitu.

Wahai.....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Nasik Kerabu

*
*
*
*
*
Nasi dagang
*
*
*
*
*
Laksam

*
*
*
*
*
Ikan Bakar
*
*
*
*
*
Sate

*
*
*
*
*
Etak
*
*
*
*
*
Ketupat sotong

Wait for me naa??Wuhuu.....sangat tidak sabar tunggu 22-03-2013 nanti. Sang suami, tunggu isterimu yang comey lagi brutal ni kat epot yep. Kalau lewat Ai beli tiket balik Sarwak semula.. Wakakaka..

Rabu, 13 Mac 2013

Pengalaman Pahit (2)

Assalamualaykum.

Dengan ini saya dengan rasminya mengumumkan saya telah membuat pembatalan pembelian kereta.

1) Boleh ke? 
Kenapa x boleh?Sy dh buat pon...

Muahaa....

2)Adakah anda buat lawak??
No..No..No... Tarak, x buat lawak pun, tapi mengenangkan sy & suami ada maruah yang perlu dijaga kami mengambil keputusan ini. Juga sebagai pengajaran kat sesetengah orang jangan ambik mudah dengan hati pelanggaan. Sob...sob..sedih woo...baru berangan nk ronda Sarawak dengan kereta baru.. T__T

3) Hek eleh, full loan, memang leh batalkan.
Deposit dh bayar 10%, bukannya 10 sen ye tuan puan, tapi sesenang dan sesuka hati je buat kami ni cam budak-budak tadika yang baru nak kenal A,B,C. Agreement bank pun dah ada sign sy yang macam retis-retis ni ha...

4) Sebab apa jadi camtu?
Sebabnya kami mendapati ada pihak-pihak tertentu cuba menipu kami & cuba memberi rasuah untuk kami menarik balik hasrat kami untuk membatalkan pembelian kereta itu. Kami dah serik berurusan dengan pihak-pihak yang bangang. Say no to P***** *a****!!!!!!

Selasa, 12 Mac 2013

Plan x Menjadi

Assalamualaykum.

Muahaa...Daku kuchewa. Baru semangat-semangat nak mengajar dengan penuh kecanggihan tetapi tetiba tetidak temenjadi.. Muaahaa..semua penuh dengan te***** ye? 

Plan nak mengajar KT tahun 4 dengan menggunakan kaedah permainan, EXPLORACE terpaksa dibatalkan. Erk, x mungkin dibatalkan kot sebab cekgunya ini seorang yang pemalas nak buat BBM (selepas berakhirnya zaman kegemilangan praktikum) tetapi akan ditunda ke minggu depan. Hoh, ingat hadap sangat ke..Hadoi..

Tapi tadi bukan main semangat lagi menampal menempek bahan-bahan carian harta karun EXPLORACE kat dalam hutan belantara, tapi sekalo xleh. Sebabnya budak-budak tengah exam. Ujian setara daerah Lundu. Hari ni hari last, daku hengatkan hari ni sama cam semalam yang telah berlalu. Sebabnya, 2 hari sudah kompem 2 masa last tu budak-budak xda aktiviti. Nak mengajar cam biasa masih dalam mood exam. Jadi, hari ni dengan semangat seorang perwira di medan juang bertungkus lumus sy mengerah keringat untuk mereka game ni walaupun masa hari ni tersangatlah pack. 7 masa kot. Ko hade?? Sape yang cakap kerja kat Sarawak terutamanya geng-geng cekgu cekgi ni tersangat enjoooooooooooooooooy kerja di sini sebab kerja x banyak akan ku pancung kepala ikanmu. Memang panas gila kalau ada orang-orang yang taraf pendidikan tadika kemas yang cakap camtu. Penat woooo...Kat Sarawak Sabah lagi teruk kot. Dah la kos mahal, jauh dari family, susah nak berhubung Gaji yang cuma lebih 300 je pun berbanding dengan gaji set-set Semenanjung . Huh, lu pikir la sendiri. (*tensen dengan sesetengah mentaliti orang*)

Huwaaaaaaaaa....

Burn EXPLORACE hari ni. Penant-penat tampal, & penat pulak nak mencabut segala mak nenek yang telah ditampalkan..hoho... T__T

Kita main minggu depan ye muyid-muyid............. Bubbye

Rabu, 6 Mac 2013

Tuhan Jagakan Dia

Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Rindu sang suami... Start mengira hari. Huhu..Bila la keadaan ini akan berakhir?
 

Isnin, 4 Mac 2013

Pengalaman Pahit (1)

Assalamulaykum.
 
Sy mempunyai pengalaman pahit untuk dicoret dalam blog ni. Kot-kot 5-10 tahun nanti nak recall balik kan pengalaman pahit itu. 

Memang taubat xnak beli kereta lain dh lepas ni. Susah ye bila berurusan dengan manusia, yang tidak berperikemanusiaan. Means, berperikebinatangan la kan? Hoh..kasar? Lantak la. Pe yang dyorang buat lagi melampau. Pihak bank, pihak agen, dua-dua dasar penipu. Untung nak, tapi kerja macam siooooot je. Bengong.

Sebelum dapat, macam-macam benda yang dijanji, semuanya janji-janji manis yang muluk-muluk je. Waa...Memang teeeeeeeeerbaeeeeeeeek sangat wa cakap lu. Tapi, memang dasarrr *^^$$@%(*(^&% kan. Ye, sy mencarut di situ tapi dalam bahasa Uganda. Hoh.. Tensen. 

Ni nak kena tunggu 11 Mac lak. Kita tunggu sama-sama la ye. Kalau xda pepe memang akan saman mereka-mereka yang bangang tu. Lantak la habis berapa pun.

Ahad, 3 Mac 2013

Tragedi LD

Assalamualaykum.

Tersentak, tersentap, terkesima, terkejut dengan berita di Lahad Datu, Sabah. Sabah dengan Sarawak ni berjiran je pon, bimbang gak... Lokasi sy sekarang ni betul-betul bersebelahan dengan Kalimantan Barat. Buatnya Indon ambik inspirasi Filipina ataupun ada pihak-pihak tertentu mensponser Indon, memang situasi tak selamat la... Nauzubillah.

Pening, mabuk, mual dengan berita yang digembar-gemburkan di kaca tivi dengan dada paper. Lain berita yang dipaparkan setiap hari dengan berita sebenar yang disampaikan oleh kengkawan yang ada kat tempat kejadian. Berita kat internet, blog-blog memang la lagi lain dan berbeda. Cewaah...

Kalau betul ada pihak-pihak tertentu yang mendalangai semua ini, hentikanlah. Kesiankan la mangsa-mangsa yang terkorban, family-family mangsa yang masih memerlukan mereka. Memang, ajal maut di tangan takdirNya, tapi semua itu buleh dielak kalau diikutkan, bukan? 

Malaysia kan terkenal dengan sistem pertahanan & keselamatan yang teeeeeeeeerrrrrrbaeeeeeeeekkkkkkkk kan? Apsal buleh lobos lak benteng negara? Memang x paham. Siyes memang x paham.

Semoga Allah memberikan ganjaran SYAHID buat para pejuang yang terkorban, semoga Allah tabahkan hati balu-balu mereka, semoga anak-anak mereka terbela nasibnya. Dan, semoga Allah memberikan hidayah kepada pihak-pihak yang mencetuskan keadaan huru-hara ini. Selamatkanlah rakyat yang tidak bersalah, anak-anak kecil yang tidak berdosa daripada propaganda politik. Ameen.

Mak sepupuku di bumi Sandakan, hati-hati..Banyakkan solat hajat, pohon pertolongannya. 

Cer terai baca link-link ni:




Sabtu, 2 Mac 2013

Apsal ni?

Assalamualaykum.

Jam kat skrin laptop dah kol 2.24 pagi. Pagi??Iye...2.24 pagi, tapi tah kenapa xleh tido ini malam...Adoyai...seksa jiwa raga weh. Kompem jadi mata panda sok ni. Adoi, camne nak awet muda gini??Holalala

Mungkin sebab minum air Coffee C Special??Hurm, ntah la. Maybe gak, tapi sebelum ni minum la air Tongkat Ali sekalipun kalau tyme tido tu mata gerenti akan tertutup gak. Dah la perut x berapa selesa, mual lak tu. X tahu nak mengadu kat sape. Huwaaa.,..Ana mau balik itu kampung la...Homesick sudaaa T___T

Lagi 20 hari sebelum cuti. Merindui insan-insan tersayang =(