Khamis, 14 November 2013

Mengharap Sebuah Pengharapan

Assalamualakum.

Harini, 15 November 2013 (Jumaat), digembar-gemburkan sebagai tarikh penting buat warga pendidik untuk menyemak result egTukar. Tapi, hingga saat ini, masih belum ada apa-apa keputusan yang keluar.

Memang, sesungguhnya penantian itu amat menyakitkan.

Lama ke cepat ke keputusan, harapnya memihak kepada sy dan anda-anda yang memohon.
Semoga Allah mendengar rintihan hambaNya.

Walaupun sibuk memikirkan mengenai kesihatan diri yang kurang nak cun, tapi terselit juga secebis pengharapan supaya berakhirnya tempoh PJJ bagi kami suami isteri.

*Menerima 1 berita gembira. 
Harap-harapnya itu membuka jalan kepada semua kekusutan.

Ya Allah............................

Selasa, 12 November 2013

Korban Raya (1)

Assalamualaykum.

Alhamdulillah, sy telah diujiNya dengan kejadian yang tidak disangka.

Iyeee..
Kemalangan Jalan Raya.

Korban raya di Hari Raya Aidiladha a.k.a Hari Raya Haji a.k.a Hari Raya Korban.
Huhu..
Dari apply CRK sehari, bertukar menjadi cuti sakit selama 3 minggu lebih.
Setia merenew MC setiap 3 hari sekali di hospital & klinik kesihatan dengan berkerusi roda dan kaki tergantung.

09 November baru dapat ke Sarawak dengan gaya elephantwalk.
Merayap slow-slow macam baru lepas pantang.
Sekarang ni kaki masih bengkak dan jemari masih belum dapat diluruskan sepenuhnya.

Intro en3 bulan November. Heh.
Sebab tu blog ni dah lama sunyu menyepi dari sebarang en3.
Tuan punya blog ditarik nikmat sihat sekejap.
Nanti la sy buat en3 tentang kejadian itu ye. =)

Bubbye.