Assalamualaykum.
Semalam, 030413 sy dipanggil oleh GB mengadap beliau di singgahsananya nan indah permai. Bluweeek....Muahaa...
Tengah syok-syok melayan FB, GB panggil. Tak ke berdebau giler.. =P..
Dah la pernah terkantoi pegang enset masa mengajar. Huhu...Banyak pantang larangnya koje sebagai cekgu cekgi ni cik kak oi...Korang ingat semudah telan ABC kew? Sy pegang enset bukan pe, nak tengok surah yang diorang baca. kebetulan lak lupa bawak Quran tafsir & kebetulan pulak terbawak henset. Sekali, GB yang x pernah-pernah meround kelas, tetiba terjenguk tengok kat pintu kelas. Kantoooooooi... Haha...Orang x pernah buat benda jahat, sekali buat kena la. Takpe...Pengalaman & Pengajaran (P&P).
Berikut adalah instrumen soal jawab sy dengan GB bersaksikan GPK HEM. (instrumen terus, teringat zaman-zaman buat AR kat IPG)
GB: Ustazah Aiman, sila duduk.
SY: Yeye...(dalam hati, memang nak duduk punn....haha...)
GB: Ustazah dah berapa lama mengajar kat sekolah tok?
SY: (muka cuak)..erm...tahun lepas sy datang, setahun lebih la cikgu. (berdebar giler, ingatkan sebab sy berura-ura nk isi egTUKAR)
GB: Apa jawatan U di sini?
SY: (dah sah ni...kompem dy taw sal sy nk mintak tukar) Erkkk....
GB: (angkat kening)
SY: Sy pegang aset harta alih kerajaan, guru kelas. Setakat yang sy dimaklumkan la. Kalau dalam buku tugasan, banyak lagi jawatan yang lain. (DUPDUPDUPDUP)
GB: Ok..yang beratnya guru kelas la. Sy suka kerja dengan orang baru, orang muda. Jadi sy nak awak jadi guru penyelaras bilik BOSS.
SY: Haaaaa????
GB: Sy nak sekolah kita buat cantik-cantik bilik BOSS, biar sekolah kita wakil daerah, negeri dan kebangsaan.
SY: (Apetah...WTH!!-Memang GBku gila kuasa & gila nama T__T) Hokey...sy akan cuba buat yang terbaik. Tapi sy takde apa-apa pengalaman. Sy perlu tunjuk ajar dari cikgu (redha, pasrah, menyerah)
GB: Bagus, sy suka kerja dengan orang muda. Kreatif & inovatif. Orang muda belum banyak kerenah.
SY: (Ye O O la) Baik cikgu (pasrah)
GB: Bagus-bagus, jadi sy lantik awak sebagai penyelaras BOSS. Awak akan ada tempat khusus kat sana. Ada privacy, bawah kipas sorang-sorang. Awak boleh ke tidak ni?
SY: (Hek eleh...dah bagi arahan buleh pulak tanya...) Yeye..Sy cuba setakat yang termampu. (muka separuh rela)
See...bukan main banyak monolog dalaman sy. Kat luar kata lain, kat dalam kata lain. Lolalalalaooolllala...Hayya.... Terpaksa menjunjung slogan 'sy yang menurut perintah'.
Mampukah sy membuat sebuah bilik yang cenggini????Kelas tahun 4 yang sy pegang pun x berapa terurus. T___T
 |
| SK Bukit Baru, Melaka |
 |
| SK Tedong |
Hadoi, so...mulai sekarang....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
I'M THE BOSS!!!!!!
Apakah nasib pertukaranku? Takut untuk berharap, tapi cuba untuk memberi harapan. Semoga ada sinar menanti di hadapan. Ameen...Doakan urusan pertukaran sy dipermudahkan & sy dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan sebaiknya. Ameen.