Isnin, 31 Disember 2012

En3 Terakhir

Assalamualaykum.

Di sini sy ingin mengumumkan ini adalah en3 terakhir sy pada tahun ni. (erk, ada aku kesah?). Hua3..2012 akan melabuhkan tirainya beberapa jam je lagi. Hurm...sana sini sibuk sal sambutan tahun baru, sy pn sama la walaupun sambutan tahun baru kita adalah tahun Hijri.. Huhu, dh terbiasa & membiasakan diri dengan tahun Masihi ni kan.

Apa pun, tak kisah la. Yang pasti beberapa peristiwa penting talah beraku dalam 'penghidupan' sy sepanjang tahun 2012 ni.
1. Selamat memostingkan diri sebagai salah seorang penjawat awam dengan title 'cekgu' ~
walaupun tercampak ke benua SARAWAK T__T. Alhamdulillah, gaji cekgu ni cukup-cukup la buat menampung hidup. Bukan besau mana pun gaji cekgu ni sebenarnya. Letih lebih. Tapi demi anak bangsa ku perkasakan diri. Poyo~~

2. Bergaji! ~
Ye la ken..bila dah keje mesti la merasa bergaji tetap walaupun sebahagian besar gaji disedekahkan kat AIRASIA 4X setahun..huhu

3. Mampu menghulurkan sedikit sebanyak buat family ~
Alhamdulillah, rezeki sedikit kita kongsi cara sedikit kan? =)

4. Bertukar title ~
Yep, i'm totally PUAN AIMAN..Hehe, alhamdulillah, bersaksikan wali, 2 orang saksi & saudara mara sy bersama sang suami selamat diijabkabulkan dalam 1 suasana majlis yg ringkas tapi meriah & tak memerlukan kami suami isteri membuat pinjaman peribadi semata-mata untuk kahwin. Alhamdulillah, dengan restu kedua belah family kami akhirnya disatukan setelah pelbagai dugaan terpaksa ditempuh. Fuh...lap-lap-peluh~~

5. Lebih berdikari ~
Hidup di perantauan membuatkan sy lebih berdikari, lebih berjaya membuat keputusan sendiri, lebih gila-gila. Huhu...hikmah sy tercampak kat SARAWAK ni kot ~

6. 1001 momen lagi yg x tertaip di belog berhabuk ni. Hehe..

Harap-harapnya lembaran baru 2013 memberikan 1 suasana & pengalaman baru buat sy. Hurm.... dengan 23 masa mengajar, kelas tanpa rehat hari Rabu-wordless-wednesday-nampaknya, bebanan tugas yang menimbun, berjauhan dari suami (rindu-rindu-rindu-rindu), harap-harapnya sy lebih perkasa la. Semangat Puteri Saadong & Cik Siti Wan Kembang dibawa ke negeri Puteri Santubong, Puteri Sejinjang. Hua3 ~ konon~


HOyeeeeeeeeeeeah!! Selamat datang tahun depan (4 jam dari sekarang)! Peace yoo... ^_^

Selasa, 25 Disember 2012

Banjir di Taman Perling, JB =(

Assalamualaykum.

Huhu...Kecoh di TV berita tentang banjir teruk yang melanda Pantai Timur & bahang bah tu dah sampai ke kampung di Pengkalan Kubor, namun di kawasan perumahan Taman Perling, JB ni juga tak semena-mena banjir gila-gila.

Tak tahu kenapa tiba-tiba tersentap dengan sang suami, tak selera nak makan, tubuh rasa seram-sejuk-panas, air mata meleleh-leleh kuar, serba tak kena dibuatnya. Uhuu.... Memang banjir teruk semalam... Sampai sang suami mengeluarkan ayat-ayat pasrah. =P

Entahlah, mungkin selama sebulan, 30 hari ni kami sentiasa bersama ke mana sahaja kecuali tyme melepaskan hajat di tandas je x sanggup nak ikut, esok (27 Dis 2012) kami akan menjalani rutin PJJ-Perkahwinan Jarak Jauh. Demi tuntutan tugas, sorang di Johor & sorang di Sarawak. Huwaaaaaaa...

Ingatkan sy tabah, tapi xda la perkasa sangat pun. Lemah gak dengan emosi rupanya. Huhu... Zauji ingatkan dia ada buat salah, sampaikan mengguris hati sy tapi rupanya sy menangis tanpa sebab. Sekali kelakar, sekali sedih. Hurm, berat dugaan bila terpaksa berpisah demi amanah terhadap kerjaya & anak bangsa.

Macam-macam yang difikirkan, siapa yang akan jaga makan pakai zauji, siapa yang akan tegur dia menguap kalau x tutup mulut, siapa yang akan jaga sakit demam dia (macam la sebelum ni dy x pandai uruskan sendiri), dan 10000001 perkara lagi yang menjadi mainan perasaan semalam. & yang paling penting siapa yang akan uruskan & jaga sy yang mengada-ngada ni.

Bila dia cakap, 

"Abang tinggalkan sayang dalam lindungan Allah, walaupun kita x bersama tapi yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama kita & kita sentiasa ada di sisi masing-masing. Hubungan ini adalah pinjaman dari Allah, kita bersama kerana kasih sayangNya. Kita berpisah sementara kerana tuntutan & tanggungjawab yang telah diamanahkan. Sabar & yakin, ada hikmah yang tersembunyi. Betulkan niat kita, semoga ada kemanisan yang akan kita kecapi nanti"

Huwaaaaaa.....langsung berhenti banjir tapi masih lagi meleleh sikit-sikit air hidung =P

"Ya Allah, jagakan dia suamiku yg tersayang kerana Engkau adalah sebaik-baik Penjagaan."

InsyaAllah, semoga kita berada dalam lindungannya. Doakan kami berdua tabah menghadapi hari-hari mendatang dengan status PJJ ini.

Mood:
Sedang memperkasa diri menghadapi hari-hari 'bujang' kembali. 

Isnin, 24 Disember 2012

25 November 2012-25 Disember 2012 ^^

Assalamulaykum.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Sega puji hanya layak dipersembahkan kepadaNya. Hari ini, genap sebulan kami mengharung liku-liku hidup bersama-sama. Macam x percaya je..Huhu... Sudah sebulan kami menempuh hari-hari bersama, makan minum bersama, ke sana sini bersama. Harapnya hubungan ini sentiasa berada di bawah payung rahmat Ilahi dan kekal selamanya, insyaAllah.

Sudah sebulan lebih juga sy mengabaikan blog ni..Hehe..Terlalu bz membuat persiapan perkahwinan, bz dengan tugas baru sebagai suri sang suami, bz menggoogle resipi buat melantak =p..Nanti la, bila dah kembali ke bumi Sarawak sy update pe yang dah berlaku ye. 

Lagi 2 hari sisa-sisa masa yang tinggal untuk berkepit dengan kekasih halal..Huk3..Sangat-sangat-sangat-sangat sedih, hokey...So, masa yang berbaki ini rugi dilepaskan camtu jek..Huwaaa....Nak meleleh air hidung.. Biasa berdua, nanti lone ranger. Da masa, da duit lebih buleh la balik...kalau x, bulan 3 lak baru jumpa. Nasib PJJ =(

Hurm, nanti sy update segalanya selepas kat Sarawak nanti ye. Sekarang mood nak berkepit lagi. ^_^

Selamat Ulang Tahun ke 1 bulan zauji habibi, AHMAD NAIM JAMALUDIN. Semoga kita bersama-sama di sini & sampai ke alam sana dalam keredhaanNya. Ameen.