Rabu, 25 September 2013

Misi Usahawan part 2

Assalamualaykum.

Guess what?
Alhamdulillah, hampir separuh novel yang ingin sy jual sempena Hari Jualan PIBG SKSM dah habis terjual.
Haha..Jual separuh harga, gila tanak beli.
Hohok...Daku merelakan dirimu pergi sayangku novelsss X__X

Dua kotak novel, komik dan buku motivasi yang dibawa awal ke sekolah habis diambik oleh cekgu-cekgu yang gila membaca jugak. Syok ah gak dalam mana 5 minit kot, dah dapat hampir RM2++. Tu kira separuh harga, kalau harga betul memang resign awal la sy. Sebab pe? Sebab dah kayoo.. Kalau aku kayooo, hari-hari hari rayoooooo!

Sebab tu la Rasulullah s.a.w pernah bersabda kalau tak silap bahawa 9 cabang rezeki adalah daripada perniagaan. *Tolong betulkan kalau silap* Sebab tu la kita tengok terdapat beribu-ribu-ribu group/link baik pesybook, baik blog-blog tentang perniagaan. Jual tudung la, jual topi la, jual baju la, jual stokin pon ada. Dan, sebelum ni sy la antara pembeli on9 tegar. Klik-klik-klik...laaaaa, dah habis separuh gaji dah rupanya T__T

Oh my Allah, kurangkan nafsu membeli belah on9 ke inline daku ni ya Allah.. 
Kuatkan la imanku ya Allah. =)

Jangan, jangan, jangan!!!
Nak menabung ni!!
Tapi, gaji bulan ni baaaaaaaaaaaaaaanyaaaaaaaak!!
Nak beli satu barang je buless??
Gulp >__<

Alhamdulillah, sambutan menggalakkan untuk novel.
Library ambik semua komik, majalah Infiniti dan buku motivasi.

Harapnya sambutan yang sama jugak untuk Caramelo Almond Crunchies sy tu. 



Hoho, sampai tester dari Semenanjung, sy buka la nak terai,
Sekali, krup, krap...krupp krapppp dah habis sebalang.

See??
Nampak tak ke mana tester sy menghilang???
Iyeee...Pandai, dalam perut penjual. Hahaha.

Tapi, takyah bimbang, insyaAllah sy akan buka 1 balang untuk tester pada hari jualan nanti.
Siapa cepat dia yang dapat rasa.
Kalau lambat beli terus tanpa test-test ye?
Ni nak kena mintak tolong Kak Z sebabnya sy balik JB. Oyyeeaaahh!!
*kalau untung banyak leh book hotel sedap sikit =P*

^_____________________^



Ahad, 22 September 2013

Misi Usahawan

Assalamualaykum.

28 September 2013 (Sabtu) nanti, sekolah akan mengadakan Hari Jualan PIBG buat julung-julung kalinya di sekolah. Semua cekgu sibuk mencanangkan nak jual itu-ini. Sy?

Heh..Sy senyum & lihat je la.. Sebabnya pada tarikh tu insyaAllah sy akan balik JB dan akan ponteng kursus KSSR 1 slot. Eh?? =D Bukan ponteng saja-saja, mybe akan berganti dengan guru jQAF yang baru melaporkan diri. Opss..Lupa nak gitaw, hari Khamis minggu lepas, kami menerima 2 orang guru jQAF baru untuk subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Alhamdulillah. 

Untuk guru jQAF Pendidikan Islam, macam biasa la ustazah. Hurm, cam dah kurang sikit spesis ustaz. Adoi. Tapi Alhamdulilah, untuk subjek Bahasa Arab, yang datang melapor diri adalah ustaz. Betapa happynya sy sampai rasa nak menari ronggeng. T__T Susah wooo kalau sesebuah sekolah takde ustaz. Nak-nak pulak kat sini. Hampir 8 tahun SKSM ketandusan ustaz. Bayangkan la. 

Bukan tak boleh ustazah buat kerja ustaz, tapi ada part-part yang tak boleh kan?
Ustaz takde masa period-period, tapi ustazah?
Terbatas kalau nak jadi imam pon.
Kang silap teknik jadi cam acik Amina Wadud lak kan. Heee~~

Harap-harapnya ustaz baru ni datang membawa sinar baru la kat sekolah tu.
Harapnya masa meeting lepas ni tak membabaskan waktu solat Zohor.
Biasaaaa dah  'meeting lagi penting dari solat'.
Cikgu yang alert dan jaga solat je yang solat, yang lain?? Hurm..Sedih T__T
Urp, macam lama je anda akan berada di sini nanti ustaz H..Hiihii

Apa pun, welcome untuk kedua-dua orang rakan sejawat baru.
Harapnya anda berdua mampu membawa ethos guru dengan baik.
Jadi la guru dalam erti kata yang sebenar, amanah dengan tugas & tanggungjawab anda.

Owh, terbabas cerita sudah....

Dalam sibuk orang itu nak jual ini, orang ini nak jual itu, sy nak jual apa??
Cekgu lain ada gak kebun cabik (cili), semangka (tembikai) bagai, ada kolam udang galah lagi, leh la berjual barang-barang tu, tapi sy ada apa kat sini melainkan hati yang tulus suci nan murni. Ececeh.

Fikir punya fikir, tak best gak la kalau sy x join memeriahkan suasana kan walaupun sy balik JB. Apa nak jual ni.Takkan nak jual diri kot. Ehh??

Baru teringat yang sy ni sukaaaaa sangat beli novel sama ada yang baru atau 2nd hand. Heh, ingat baju je ke 2nd hand? Buku pon adew taw. So, sy terpikir-pikir, kalaulah sy dapat pindah hujung tahun nanti (ameen!!) cenggana la nak bawak balik novel sy yang berpuluh-puluh tu. Berat dan banyak tahuu??

Last, dengan kesat-kesat air mata, hidung semua,
sy dengan ini rela la menjual hampir semua novel sy dengan harga diskaun 50%-70%.
Uhuk.. Lap air hidung lagi X__X.
Sayang weh, sayanggggg!!!

Cuma tinggal dalam 5 buah novel yang betul-betul sy sayang tidak akan dijual lelong cenggitu. 





Antara sebahagian novel yang diletgo.
Kebanyakan novel Alaf21 akan dijual dengan harga RM 10 je. 
Yang novel latest macam Biarlah Aku Jadi Penunggu tu dijual dengan harga RM 28 daripada harga asalnya RM 40.
Kombo set novel Acik Lana = RM50 sahaja.
Gila kentang murah kan?

Yang lama-lama sikit memang pejam mata je la jual nanti.
Tapi nasib baik bukan sy sendiri yang jual, mintak tolong kawan.
Kalau sy sendiri memang menangis masa ambik duit daripada pelanggan kott. -__-

Sayang, tapi biarlah...-Redha-

Ada jugak komik Detektif Conan & Doraemon.
Harga kat Sarawak dalam RM5.50-RM7.00
Sy jual tu nanti sebuah = RM 3
2 buah = RM 5


Majalah INFINITI pon ada.
Sama jugak harganya.
Kat SS = RM 5
Tapi sy jual sebuah = RM 3
2 buah = RM 5 jugak.
Hohohoho.


Buku-buku motivasi yang anda nampak tu semuanya harga kurang daripada RM10.
Pengsan T__T

Lepas tu nanti insyaAllah, sy akan ambik stok Caramelo Almond Crunchies dalam 15 balang.
Hurm, tapi nak kena tunggu stok tester dari Semenanjung sampai dulu kot.
Kalau lambat sampai tak ambik la stok tu.

Harga selepas tambah tolak kos ambik dengan pengedar dan kos postage Sarawak yang mahal nak mam+++ nanti ialah RM 32. Tapi sy hanya akan jual RM30 je nanti, insyaAllah. Kalau korang nangis-nangis, guling-guling, hentak kaki nak bayar dengan harga RM32 tu pon bolehhh...Takde salahnya Mak Jemah oi. Lagi ai sukaaaaa!! 

Sedap tahuuu.. Korang nak terai??
-Pernah makan masa jamuan hari raya umah sedara, 
tu yang berani tanggung risiko sebab memang sedap giler!!-
-mak-mertua-lalu-depan-kompem-tak-sedar-tapi-kalau-laki-lalu-belakang-pon-memang-cam-sebab-dia-laki-kita- =DD




Dia ni campuran 5 jenis kekacang sebab tu mahal.
Ke salah?
Almond saja pon dah berapa regenya kan?
Tak caye??
Mana lagi mahal antara kuih karipap dengan kuih Almond London??Hee~~

Kekacang ni bagus untuk otak sebenarnya.
Kalau sy rajin nanti sy bebel-bebelkan tentang en3 Caramelo Almond Crunchies ni ye??

Kalau korang-korang ada kat area Lundu, Sematan ni boleh la nak terai benda ni. 
Cari je sy tahuu??
Kalau yang dok SM nak terai jugak pon boleh,
Harga kompem lagi murah, cuma korang kena support sikit kos postage ye?
Yang SM kalau nak buleh gitaw sy, nanti sy mintak tolong sang suami poskan. =))

Harap-harapnya laku la novel-novel-novel sy ittew.
Buleh beli yang lain pulak nanti.
Hewhewhew.

So, untuk sesiapa menetap di Lundu, Sematan, Bau, Kuching (cam pengumuman bukak pose pulak dah) boleh la mengunjungi Hari Jualan PIBG SK Stunggang Melayu pada 28 September 2013 nanti ye?

Gitaw je anda stalker blog ni, nanti sy bagi less.. Ehh?? Hee.


Jumaat, 20 September 2013

KBS

Assalamualykum.


KBS kali ke3 bagi tahun 2013.

Sedih.

Ada murid tahun 6 masih tak pandai solat. Nampak dia ok je dalam kelas. Bermula daripada suruh buat demonstrasi solat. Tak ingat bacaan tahiyat akhir, sedangkan itu rukun solat. 

Slow talk, tanya punya tanya dia solat ke tak kat umah, dengan mata yang bergenang dia jawab tak solat. Langsung tak solat ke? Ye, memang tak solat langsung. Sy memang terkejut la. Dah tengok dia cam ok, budak pompuan, dh period pun. Biasanya sy boleh trace budak tak reti solat melalui lafaz niat solat. Kalau budak tak ingat bilangan rakaat ataupun tak tahu lafaz niat memang tak solat la tu. Dan biasanya salah satu fardhu solat budak akan solat. Ni, tak solat langsug!! Nehi, nehi babuji...T__T

Soal punya soal, sy tanya mak ayah dia solat ke tak.
Dan jawapannya.




MAK AYAH SY SIK (TAK) SOLAT USTAZAH
Hampir menangis dia.

Speechless...tatau nak cakap apa. ='(
Last, sy gitaw 
"Awak dah period, semua dosa awak, awak yang akan tanggung. Awak tahu kan dosa meninggalkan solat dengan sengaja ni macam mana kan? Apa balasannya kan? Ustazah dah ajar, gitaw masa dalam kelas kan? Bla.bla.bla."



Urp...bukan membebel ye. Bagi nasihat sikit je. Membebel kan diLARANG dan diTEGAH sama sekali untuk pelajar sekolah. Tugas guru sekarang hanya mengajar, bukan lagi mendidik. Mendidik bagai tu hanya sekadar teori semasa pengajian di IPG dulu je. X__X


See...
Macam dah takde fungsi cekgu-cekgu.
Kalu tak membebel cenggana nak bagi ilmu?
Kalau ada yang tak kena pada pandangan mata, haruslah nk membebel kan? Ke mak ayah tengok je kalau anak anda buat silap? Biarkan je kalau anak anda buat salah?? Dah kata sayang anak sangat kan? Kalau tengok anak pukul kawan pun hanya cakap'
"oh...syabas mera betta"
"oh, bagus anak papa"

Huk alohhhh....
Tu bukan sayang anak.
Tu menjerumuskan anak ke lembah kesesatan.
Hoohhhh.

p/s:
Seyes, bingung dengan sistem pendidikan sekarang ni. Walaupun sy anak seorang guru, seingatnya dulu ummi dengan abah sy memang akan pukul tambah kalau dapat apa-apa aduan daripada guru-guru sekolah. Nama nak menyerang cikgu-cikgu sebab cikgu denda anak-anak dia kerana kesalahan yang dilakukan, memang tak la walaupun sama sekolah. Lagi senang nak saman menyaman bagai kan kalau dah sama sekolah. Kalau kami pun mengadu cikgu denda, memang akan kena lagi. Lagai teruk dari dendaan cikgu tu. Tapi sekarang??
Berleter sikit pun dah boleh didakwa oleh mak bapak.
Patut la generasi sekarang ni kurang berkualiti.
Makin ramai manusia yang pandai, makin kurang beradab dan berakhlak.

Pheeeewwwwwwwwww... lap peluh.



Khamis, 19 September 2013

Ada Aku Kesah?

Assalamualaykum.

Haa..Tajuk malam-malam buta ni adalah ada aku kesah?
Heeee...Cam tak best bunyiknye kan?
Memang pon..

Alkisahnya, malam ni sambil-sambil tunggu sang suami balik ke rumahnya (cam poyo je tunggu-tunggu bagai, padahal berlainan negeri kot T__T) selepas TERPAKSA dan DIPAKSA untuk mengiringi budak UPSR untuk lawatan sekolah sy dengan bangganya mengcheck in dan memprint boarding pass. Haha, teruja nak balik punya pasal, 2 minggu sebelum tarikhnya dah check in ko.

Dolu-dolu lagi la teruk...
Masa fes-fes datang sini,
Cun je tarikh dapat check in, terus print.
Lepas tu pandang je boarding pass sambil sengih-sengih sorang diri.
Perasaan masa tu,
'Oi, aku nak balik kampung ni oii'
Tu masa belum berlaki, so, bayangkan sekarang ni dah bersuami bagai. 
Harus la pandang boarding pass tu cam pandang setongkol jongkong emas kan?
Haa...ko ade??

Tapi, makin lama dok berjauhan ni, makin leh kontrol tebiat tu.
Dulu lepas check in, terus print.
Sekarang ni tak la camtu dah.
Cuma, lepas check in, dok peluk boarding pass sampai lunyai. 
Pandang muka GB pun dekat-dekat nak sama dengan muka suami.
Nasib baik tak terpeluk je. Kroh kroh kroh -__-

Tadi maybe sebab sengaja 'menunjuk' kot. Hee~
Kemain eksen print depan-depan osmet.
Eksen kita nak balik katakan.
Yang sorang tu Ok, yg sorang lagi cam Ko sikit.
Hurm, memang silap sy.
Dok kibas-kibas boarding pass.
Tapi takyah la nasihat mesra alam sangat.
Sentap cheq ni oii..

Ye, memang sy cam &%^%^*& balik hujung minggu je.
Ye, memang sy cam &^&^%&* balik hanya cuti Sabtu Ahad.
Ye, memang sy cam *&^&%$% menyusahkan diri sendiri.
Ye, memang sy cam @$#%^&* meletihkan diri sendiri.

Tapi,
Fahamkah kamu perasaan suami isteri yang terpisah disebabkan kerjaya?
Fahamkah kamu tentang ketentuanNya yang hanya waktu hujung minggu tu sahaja seorang isteri melunaskan tanggungjwabnya walaupun terhad?

UHh..
Kamu-kamu-kamu yang tak merasai memang tak akan memahami.

Memang sy hanya balik hujung minggu, Sabtu Ahad je, menyusahkan diri sendiri, meletihkan diri, tapi sy bahagia dengan cara sy, dapat gembirakan suami, dapat bersama dengan suami walaupun selama 2 hari. Lagipun sy booking tiket 1sen pun sy tak hutang kamu, apatah lagi sy curi duit kamu. Duit yang sy gunakan tu hasil rezeki yang halal dr sektor pekerjaan sy. Sy pon tak menyusahkan kamu untuk hantar sy ke epot. Sy beli kereta pun salah satunya faktor itu, tanak menyusahkan kamu. Jadi sy sangat berharap agar kamu tak buat muka cam,
"Terdesak giler nak jumpa laki"
"Menyusahkan diri betul"
"Lebih baik rehat kat rumah"
"Buang masa, buang duit"
Sebab...
Semuanya sy yang akan tanggung sendiri. 

Kebetulan, masa sy buka web AA tu ada promo+diskaun 20%.
Tiket return sy dapat harga RM90+1 set meal.
Mampu la sy beli.
Dah rezeki sy masa tu.
Kalau harga RM900 memang tak la sy beli. 
Sy pun saaaaaaaaaaaaaaayaaaaaaang duit sy.

Sy tak kisah apa tanggapan kamu, cuma 1 je, 
kalau tak mampu nak memahami, 
cubalah berempati.

Hari ini hari orang, entah esok lusa hari kita.
Siapa yang tahun kan?
Entah-entah kamu-kamu-kamu-kamu lagi teruk kondisinya.
Semua orang Allah dah tetapkan bahagian masing-masing sayang.........

Last, but not least:

































ADA AKU KESAH???!

P/S:
Semakin meronta-ronta untuk ditransfer. 
Ya Allah, mudahkan segala urusan pertukaranku.

Senyum Sepanjang Hari

Assalamualaykum.

"Saya rasa ustazah dapat PINDAH tahun depan" 
GB SKSM
8.18, 19 September 2013

Ameen ya Rabb!!

Rabu, 18 September 2013

Ouh, dilema T__T

Assalamualaykum.

Hari ni pergi sekolah dengan keadaan ting tong.
Gara-gara tak cukup tido.
Kol 12 baru nak pejam-pejam mata manja manjaan gittew.

Kelas pulak full hari ni, harap pagi tadi je free 2 masa, lepas tu, full!!
Ufftft.
So, dalam nak mereleasekan kepala sy tengok-tengok papan kenyataan dalam bilik guru. Baca segala mak nenek pekeliling yang ada. Baca jugak jadual kursus KSSR untuk tahun 4, tahun 2014. Semalam, selepas fight mati-mati, berjaya jugak sy pertahankan takhta kursus KSSR Pendidikan Islam, walhal nama asal sy ada jugak dekat KSSR Bahasa Arab. 

Huh, dah tak sanggup jadi bidang terjun. Berdasarkan pengalaman hadiri kursus yang sama tahun lepas memang amat membosankan sebab sy tak ajar subjek tu. Jadi g kursus pun separuh nyawa je la. dah nama pun terpaksa rela kan. Lain la kalau kursus tu khas untuk kita betul-betul. Baru sonot nak join walaupun JU hensem. Eh?? X__X

Uhu, jadi sama la jugak situasinya tahun ni. Dah guru Bahasa Arab permenant kat sekolah ni tak wujud, jadi bertolak-tolaklah kami GPI ni. Dah tahun depan kompem sy masih ambik tahap dua bagi semua subjek PI, memang sy la yang selayaknya ke kursus KSSR PI tu. Kang orang lain g, tak sama lak maklumat yang dapat. Dah la sy ni masih blur wa fenin bab-bab PBS, KSSR bagai ni.

Kebetulan, masuk pejabat, PK1 sedang buat jadual kursus tu semalam. Sy mintak nak tengok. Memang sy dah bodek siap-siap sy hanya nak hadiri kursus PI sahaja. No more Bahasa Arab, Bahasa Iban waima Bahasa Tagelog sekalipun. Kalau untuk PI, orang tak hantar pon memang sy nak pergi sebab sy memang kelabu asap lagi bab KSSR ni. Heee~~

Fight punya fight, bagi alasan tahun lepas sy dah pergi untuk yang Bahasa Arab, sy nak rasa KSSR PI pulak, tambah-tambah sy ajar PI jadinya sy menang!! Ustazah sorang lagi yang kena join kursus BA, dan sy berjaya mengekalkan kerusi PI.. Ngeh2..

Sekali.........

































Kursus KSSR PI start 25-28 September.

Memula tak perasan lagi.
Tapi bila tonyoh-tenyeh mata baru sedar bahawa sy dah beli tiket 27 September - 29 September!!

Uwaaa...

Cenggana ni?
Nak balik!!!
='((


Selasa, 17 September 2013

Menanti..Menunggu

Assalamualaykum.


Selepas cuti Hari Raya Aidilfitri + cuti penggal persekolahan kedua hari tu, dah mindset siap-siap dalam kepala dapat jumpa dengan sang suami hanya pada cuti persekolahan akhir tahun nanti je. Memang dah buat stok tangisan siap-siap dah. Maklumlah, jarak dari Kuching-Johor Bahru bukan cam jarak Mid Valley ke Alamanda ke kan, bukan cam dari Melaka ke Perak. 

Bukan nak boleh sampai kalau nak bas, kereta.
Jalan kakai apatah lagi.
Kalau tak dah lama sy heret si kuning balik JB
T__T

Cenggini la nasib pasangan PJJ. Hurm.. Nak buleh jumpa tu, alahaaaai......
Kena pikior macam-macam-macam-macam benda. 
Bersyukurlah anda kalau pasangan anda ada bersama anda setiap masa. 
Uhuuuu... Jelessssss.

Tapi ntah macam mana buleh terbuka laman web AirAsia, dan terklik tarikh, terklik masa, terklik gak akaun debit bank =P. Muaahhaa... So, hasilnya, dari mindset hanya berlaku perjumpaan kami suami-isteri ni hanya pada cuti akhir tahun bertukar jadi 4x sebelum akhir tahun. Means, sebelum 16 November, kami diberi ruang dan peluang untuk berjumpa 4x. Yeeaay!! Alhamdulillah.

Bukannya MAS tak buat promosi gilo-gilo, Malindo lagi kan, tapi flight direct ke JB hanya available untuk AirAsia je. Bijak gak la strategi AirAsia ni. Kalau teringin nak naik MAS balik ke JB boleh je, tapi dari Kuching ke Kuala Lumpur dulu, baru la dari Kuala Lumpur terbang pulak ke JB. Hoh...

AirAsia pon AirAsia la, janji leh jumpa dengan sweetheart kan? Huuhhahaa...

Tarikh yang tak dirancang:
1) 5 - 8 Sept (JHB-KCH) -done
 (Teman kat sini sebab dua-dua osmet kena bawa pelajar ke Kem Sukan **dasar penakut**, kebetulan cun dengan minyak naik harga, terus pos motor =P)

2) 18 - 20 Oktober (JHB-KCH)
( Saja-saja klik, tiba-tiba terbeli)

Tarikh yang sengaja drancang:
1) 27-19 Sept (KCH-JHB)

2) 1-5 November (JHB-KCH)

InsyaAllah, semoga Allah panjangkan umur. Uhuuu... Bila la nasib berjauhan ni akan berakhir. Harap-harap ada sinar la untuk tahun depan. Tak sanggup dah donate gaji kat AirAsia walaupun kesemua tarikh tu dibeli masa promo dan diskaun!!

P/S:
Sape nak join sy beli flight sebijik?? T__T
Tapi kan...bila dah lama dan jarang-jarang tak jumpa, setiap kali pertemuan adalah honeymoon!! Ngee...Gatai =D

Selasa, 10 September 2013

Hikayat Si Merah Madu Si Kuning

Assalamualaykum.

Susah senang diharungi bersama.
Pahit getir hidup dikongsi berdua.
Namun,
Terdapat pelbagai mehnah mendatangi kita.
Aku pasrah,
Pasrah melepaskan dikau pergi.
Apakan dayaku jodoh tidak berpanjangan.
Semoga berbahagia dikau di sampingnya.

Test, test, test!!
Wah, masih ada lagi sisi terpendam dalam bidang jiwang menjiwang ni ye.
Haha..Ayat takleh blah.

Tanggal 06 Sept 2013-Jumaat- (wah, tanggal menanggal gitu), boyprend pertama sy selamat ditransfer ke satu daerah lain. Hak-hak. Haa..Nama pon cekgoo yang posting kat Sarawak ni elaun banyak katakan, segala jenis kenderaan darat sy ada taw. Kemain lagi bangga bila tulis dalam borang pengisytiharan harta motosikal & kereta. Haha. Riak kejap kot T__T

Kat sini, April 2012 sy membeli sebuah Honda Wave 100 cc yang nama manjanya sy panggil si merah untuk sy ulang alik ke sekolah. Masa tu, jarak antara umah sewa dengan sekolah sy ni lebih kurang 2km. Kebetulan pulak umah sewa lama tu takde tempat parking berbumbung. Sayang la pulak kalau beli kete memahal tapi dok jemur hujan panas kan. Bayar pakai duwet kottt.

So, bincang punya bincang dengan dedi & bakal suami (belum kawin lagi masa tu) dapat la undian seri. Dapat banyak pro & kontra, dedi kata beli motor, bakal suami kata beli kete. Masa tu kena dengar cakap siapa lagi? Hee~~ Kompem cakap dedi la kan?

Tambah-tambah lak memang sejak azali sy ni perempit tegar. Apa ada hal setakat rempit 100km/j pon. Nak jaga status? Memang tak ar...
Jadi, beli la sy Si Merah QAA2082B.

Korek-korek tabung arnab buleh la beli cash, sebab nak jimat dalam 2ribu lebih kalau beli secara loan.
Pakwe pertama!! Sampaikan bakal suami jeles giler dengan pakwe yang ni.



Ate, bila kome dah kawen, eh......... demand la pulak dengan sang suami. Panas la, hujan la, ribut taufan la, request nak pakai kete. Mood manjew-manjew perantin baru gittew. Haha. Ditambah pulak awal tahun ritu sy ni memang manjang 'bernasib baik' dipilih untuk menghadiri kursus itu-ini, taklimat itu-ini di Kuching sana nun.

Bukan tak buleh menunggang motor sampi Kuching sana nun dalam jarak lebih kurang 2 marhalah je dari tempat sy ni, tapi rasa-rasanya bila sampai nanti berjalan menunggeng & mengangkang kot.. Tak ke buruk tu. Lagi, awal-awal tahun hari tu cuaca di kawasan ni manjang je hujan dan manjang je sy jadi duta DIGI dengan baju hujan yang kuning besar gedabak.

Maka, tersurvey la kereta pulak. Kebetulan sy pindah rumah yang parking dia seluas lautan. Ok, tipu -__-
So, sedang molek la kalu nak memelihara pakwe baru pun kan? Lagipun, sonang kalau sang suami nak datang menziarah bininya ni, tak payah nak sewa kete bagai kan.

Tapi bab beli-beli kereta ni memang banyak kontrobasi. Uhh....taknak ingat dh.
Rasanya macam sy pernah meroyan kat sini  dan sinun kot.

So, tarraa.....
Incik  gugel
Lepas cuti penggal pertama Mac hari tu
bermula la episod si merah bermadu dengan si kuning QAA8462E.

Apabila dah da si kuning, maka si merah pun dianaktirikan. Nama pun bermadu kan. Antara suami pertama dengan suami kedua, yang mana lagi banyak masa untuk berkepit-kepit, belai-belai. Ehh?? Haha.

Mula la buat alasan barang banyak nak bawak ke sekolah la, nak running enjin la, padahal nak dok dalam ekon kete. Politik-politik -__- Dengar radio 1 lagu pun tak sempat nak habis. Nak buat camne, jarak antara rumah dengan sekolah 1.5km je. Haha.

 Niat mula-mula nak jual. Lelong murah-murah je motor tu. Tapi, bila fikir-fikir balik macam sayang la pulak. Harta pertama yang dimiliki selepas bergelar seorang guru kot. Hasil jerih perih mengajar, marah-marah budak. Dedi kurang bersetuju untuk jual, dia kata sayang. Tapi sang suami cam bagi hint suruh jual. Memandangkan motor tu dibeli sebelum jadi suami-isteri, sy buat-buat layan tak layan je hint suami tu. =P Sampai naik bersawang kot motor tu, nak jual sayang, nak guna dah ada kereta. Suami datang dok perli-perli sy buat bolayan je. Sayang weh, sayang!!

Sekali, bila isu minyak naik doposen ni, dengan suara romantik habis, suami sebut-sebut pasal minyak mahal la, belanja meningkat la. Dalam hati, dah kenapa laki aku ni kan? Sekali dia nak bodek tentang motor. Oooo...baru la paham.

Ambik la abang oi, kalau nak guna motor ni. Jangan guna buat bawak naik awek sudah... Akan kukejar lobang hidungmu nanti.

Gugel punya gugel, call punya call, kami buat keputusan untuk pos motor menggunakan perkhidmatan MasKargo. Senang sangat prosedur dia. Bagi salinan IC, geran, insuran, lesen, duit, tarraaa....dah sampai epot JB pon. Ingatkan mahal, tapi tak la mahal sangat. Kan asal bunyi MAS je mahal, asal mahal je MAS. Masa call ejen tu dia gitaw anggaran kos pos tu dalam RM 600 lebih kurang, so boleh la kan. Mampu lagi la kalau RM600, kalau RM6000 baru mampus..Heeeheeeee.

Kebetulan hari minggu lepas, suami datang jumpa bini dia ni, setelkan terus semua urusan. Dari Lundu dia bawak motor tu sy eskot dengan kete, sampai-sampai epot Kuching berkerut muka, jalan terkangkang-kangkang.

Sy: Apsal lak ni, muka cam siput sedut
Suami: Sakit habis segala urat saraf yang. Jauh betul.
Sy: Orang dah cakap jauh, tumpang hilux sape-sape tanak dengar. Nak gak bawak motor tu. Nak menikmati keindahan alam konon.
Suami: Ingatkan tak jauh sangat... 
SyGila tak jauh?? 90-100 km abang!! 
Suami: Biasa je bawak kat Ganu dulu ok je.
Sy: Dulu ok sebab abang muda lagi, tulang kuat lagi, sekarang ni kan dah ********
Suami: *&^*%^&$%^$

Dia ingat jalan kat Sarawak ni landai, tanah pamah macam kat kampung ke? Berbukit-bukit kott.. Lagi nak eksen? T__T

Alhamdulillah, semuanya setel dan kos tambang motor tu (motor pun ada tambang, kau ada?) dalam RM 310, upah ejen RM220. Semuanya RM 530. Boleh la kan. Tapi yang silap kami ni, isi minyak penuh si merah tu. Dah kata tak pernah ke Kuching naik motor kan, ingat habis la guna minyak 1 tangki, sekali sampai je epot guna 1 bar je minyak si merah sedangkan bila si merah tu nak naik flight, kena buang habis segala minyak petrol. Huwaaa... Kan rugi, dah la minyak mahal. Bila timbang si merah tu dah jadi berat la dengan kapasiti minyaknya yang masih banyak. Dalam 92kg berat si merah tu. Obesiti sudah. Adoyaai... Tu yang kos tambang tu mahal. kalau tahu camtu memang tak isi minyak la, buleh kurang sikit tambang si merah.

Andai kutahu la kan ^_^

Sehari je sampai. Dari Kuching naik flight ke KL hari Sabtu, hari Ahad naik flight lagi dari KL ke Senai. Sakan ye ko si merah, tuan ko ni pun merasa naik MAS masa awal posting dulu. Dan hari ni sang suami dah merempit dengan si merah ke sekolah.

Kenangan terakhir madu-madu di Lundu
p:s:
** Si merah, sila jaga diri baik-baik dengan tuan baru kamoo ye? Jangan cari pasal dengan madu baru si putih sana (Jangan bimbang, tuan baru maybe lebih sayang anda, sebab minyak si putih mahal =P)
** Boleh rupanya pos kereta guna flight jugak. Baru ku tahu.. Nampak sangat jahil. Huaaaaa.. Cuma mahal sikit berbanding pos dengan kapal.
** Si merah berada dalam keadaan baik masa ambik. Tiada sebarang noda dan calar balar. Hantar dengan bogel kat MasKargo Kuching, tapi kat MasKargo Senai si merah dah berbaju. So suwweeetttt

Isnin, 9 September 2013

Macam-macam-macam-macam

Assalamualaykum.

Lamanya lah hai nk buleh hapdet pon kan. 
Sebulan kot. 
Tapi hade mak kesah??Ngee.
Malasnya ya ampunnn..
Padahal on9 hari-hari kot, terjah blog orang hari-hari, jenguk age egTukar hari-hari. Ehh?

Macam-macam benda yg berlaku.
Hurrm..

Seperti yang dijangka, raya 1st dengan menyandang status baru ni raya kat Kelate. Suka-suka-suka.
Cuti raya + cuti sekolah kan 2 minggu, so, minggu pertama puasa merangkap raya pertama hingga raya ketiga kat Kelate. Raya ketiga baru merangkak naik banjaran Titiwangsa. Hehe. Baik punya godaan kan? =p

Kat Kelate, beraya macam biasa la, cuma yang lebih bestnya adik yang belajar kat Mesir balik beraya tahun ni. Cukup la anggota keluarga kami 7 orang. Tapi, boleh pulak terlupa ambik gambar raya 1 family. Orang ramai sangat datang beraya, hidang itu-ini lalu mood bergambar dah kelaut. Nak tengok kami pakai baju raya sedondon cam orang lain, memang tak la. Tak pernah kami sekeluarga sama tema warna rayanya. Dari dulu lagi cenggini, janji dapat duit raya banyak. Ehh??

So, lepas berkahwin ni, konon-konon nak la sedondon dengan suami tercinta kan. Sekali warna dah lain-lain pulak. Hadoi... Takleh nak feeling-feeling boria sangat. Takpela, ahkak redhooo dik oi...


Sempat snap sekeping ni selepas balik dari solat sunat Aidilfitri, ziarah kubur ummi, ziarah umah atok sebelah abah, lepas tu terus balik. Masa paksa adik snap gambar kami ni, dah ada tetamu yang datang. Hurm..

Ni hari ketiga raya sebelum balik Takbai, Thailand.
Cewah, melancong di hari raya gittew. Bajet cam retis-retis kan, asal raya je obersea..asal obersea je raya. Ni kira obersea la jugak kan?
Tambang perahu singgit dah sampai obersea =P


Tengah hari raya ketiga, bertolak la kami suami isteri ke Kedah pulak. 
Sampai dekat Maghrib dah.
Lepas rehat, makan nasi yang mertua masak, sembang-sembang itu-ini, tetiba FIL cakap 
"Along hang ni nak kahwin"

Hah? Mula-mula kami cam endah tak endah je, kengkadang FIL ni suka menyakat. Sekali bangun tido esoknya, MIL gitaw, lepas Zohor nanti siap-siap, kita nak pergi merisik ni.

Muahaa...
Memang on da spot betol la Along. Tak menyempat-nyempat kot. So, kami 6 beranak (sy, suami, Along, adik ipar, mak, abah) pergi la merisik bunga di taman larangan kat Aloq Staq nun. Nasib baik orang Loq Staq jew. Tercapai hasrat abah mertua nak menantu orang dekat. Ngeh-ngeh. Tak larat agaknya beliau nak naik kereta, merisik bakal menantu yang jauh cam sy. Haha. =D

Comey bakal biras sy tu. Kecik-kecik, putih orangnya. Nak lawan dengan sy memang kalah la dek non.. Hoho, yang takleh tahannya, biras sy tu lagi muda dari sy!! Haha.. baru nak berangan panggil 'Kak Long' T__T

Kami ke menziarah pihak perempuan hari Isnin, hari Selasa kami menerima kunjungan balas daripada pihak mereka. bertungkus lumus la seisi keluarga mengemas rumah menyambut ketibaan tetamu penting. Adik ipar sy cakap, mak nak sambut raya takde pon buat persiapan camni, tapi nak menerima bakal menantu habis luar dalam rumah dikemas. ^__^

Dan, hari Jumaat, Along & bakal biras sy tu ditunangkan. Haha.. Simple dimple habis kan? Yang tak boleh tahannya, suami sy tu yang jadi 'orang tua' dalam majlis pertunangan itu!! nak buat camne, semua sedara & orang-orang tua yang menjadi jurucakap majlis tu semua habis dibooking awal oleh orang lain. Dah nama pun majlis pertunangan-tak-dirancang kan? So, terpaksa la sang suami mencemar duli. Haha, nasib baik pengalaman masa majlis kami yang tak seberapa dulu masih kuat melekat kat kepala dia. 

Pihak perempuan bukan main panggil pak imam bagai, berpantun si bunga, si kumbang, taman larangan la taman tema la, yang kami ni pulak suami sy direct:

"Kami datang ni nak meminang, berapa agaknya hantaran, mas kahwin. Bila nak langsung walimah. Berapa dulang kami nak kena bawak."

Langsung takde mukaddimah apa-apa, terus je terjah. Alahai suamiku.... T__T
Beliau memang tak reti sangat nak berbunga-bungi ni, main taram je. Tapi, alhamdulillah semuanya selamat dan insyaAllah mereka akan disatukan pada penghujung tahun nanti. 

::Along dah tak sabar sangat nak kawen. Haha::

Macam-macam lagi nak cerita ni.
Tapi sy kena tengok nembiak susun kelas dulu. Sok kan UPSR. Hoho
Kalau rajin sy update lagi lain kali ye.

Tentang:
** Urusan pos motor
** Kami berniaga
** Kunjungan kedua buah hati
** Dan lain-lain yang berkaitan
=DD