Memaparkan catatan dengan label Islamik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islamik. Papar semua catatan

Ahad, 26 Januari 2014

Mencari Yang Halal Fardhu Ke Atas Muslim

Assalamualaykum.

3-4 hari ni kecoh tentang penyebaran maklumat tentang produk kesihatan Stem Cells.
Ala...Yang Datin Paduka Umie Aida tu jadi duta tu laa..
Kecoh sangat kan sampai sy tertarik nak 'menresearch' sama tentang produk tu.
-Erk, ke dah lama kecoh sy yang baru terhegeh?- -_____-

Ada la jugak makhluk-mahkluk Tuhan paling seksi tag sy kat FB produk ni. Bukan produk ni je, produk perawan la, harum malam la, ketat-ketat yang longgar la, tegang sini sana la. Belum lagi produk klik-klik-klik dapat duit nam puluh pat juta. Aduiii.. Jenuh betul nak hide-hide benda-benda annoying camtu. Sy memang sejak azali lagi liat yang amat kalau bab-bab pil ubat bagai ni. Jadi memang sy ignore je la benda-benda camtu.

Bila terbaca dalam wall saudara Mazidul Akmal dan blog beliau, baru la sy ambik pot apa hal yang dikecohkan sangat tu.

Baru la terkeluar perkataan,
"Oooooooo....."
Teruk sangat kan? T__T

Berdasarkan page Sahabat Halal terdapat baaaaaaaaaaaaaaaaanyaaaaaaaaaaaaak makanan terutamanya yang syubhah atau diragui sumber halalnya. Ya Allah, ampunilah daku seandainya ada termakan benda-benda syubhah tanpa disedari.

Masih terbayang wanginya biskut Famous Amous ketika melalui kiosknya di LCCT, KLIA, KIA atau kat shopping mall. Masih terasa nyamannya kedinginan aiskrim Baskin Robbin yang pelbagai perasa melalui anak tekak. Masih terimbau manis lemaknya aneka coklat Whittakers yang awesome.
Masih, masih, masih...!!







Menitik ayaq lioq baq hanggg!! Alahai, sodap bangettttttttt.
Tapi, maaf..sy main ambik je gambar kat ankel gugel, x sempat nak ditulis sumbernya. Maaf-maaf.

Sy pun pernah makan benda-benda tu semua. Uhukk. -__-
Sy tak kata bahan digunakan tak halal, tapi hingga tarikh entri ini ditulis belum mendapat sijil pengesahan halal dari JAKIM. Boleh rujuk kat group yang dah sy nyatakan tadi.

Tu yang kita tahu, yang mendapat pengesahan dari pihak berkuasa.
Yang tak dapat?
Yang tidak diwar-diwarkan?
Yang dah ada logo pengesahan halal pun masih haram?
Teeeeeeeeeet.

Sy kat Sarawak ni laaaaaaaaaaaaagiiiiiii sangat perlu berhati-hati.
Pernah diceritakan oleh seorang akak senior, daging ayam di pasar Iban diletakkan di sebelah daging babi. Kita yang tak pernah tengok daging babi fresh depan mata memang tak dapat bezakan daging babi ke, daging lembu ke, daging kambing ke daging kerbau. Tapi kalau daging ayam dengan daging lembu takleh nak beza rasanya ada benda yang something wrong somewhere la kot. Ngee ~_~

OK la, fine..takyah la cari daging ayam yang diletakkan sebelah daging babi kan?
Tapi, kalau ayam itu tidak disembelih mengikut syariah, putus urat merih dengan halkumnya camne? ='(
Bagi yang belajar, mungkin tahu.
Bagi yang tak?
Ya Allah, nauzubillahi min zalik.

Saat-saat manis 'mengerjakan' ayam.
Ada ayam sampai nazak, ada ayam tercabut bulu, ada ayam yang langsung terputus lehernya. Hikhikhik.
Really mizz datt moment =')
Amali sembelihan, last year di KDRI.



Papa Arip & hubby. Dulu classmate, sekarang soulmate =P
Papa Syadid & Ankel Izzu
Antie Syesye & Mama Ciken
Mama Ecah & Mama Ciken
Badan taff, tapi dalam hati ada taman. Papa Arai

KAMI (5 tahun 6 bulan bersama) ",
Yang ada tanda halal pun kadang-kadang macam kompius je statusnya, apatah lagi yang tiada.
Hurm.....


Semoga Allah peliharakan diri kita, kaum keluarga kita, keturunan kita dan sahabat handai kita daripada benda-benda yang diragui. Amin.

Jumaat, 20 September 2013

KBS

Assalamualykum.


KBS kali ke3 bagi tahun 2013.

Sedih.

Ada murid tahun 6 masih tak pandai solat. Nampak dia ok je dalam kelas. Bermula daripada suruh buat demonstrasi solat. Tak ingat bacaan tahiyat akhir, sedangkan itu rukun solat. 

Slow talk, tanya punya tanya dia solat ke tak kat umah, dengan mata yang bergenang dia jawab tak solat. Langsung tak solat ke? Ye, memang tak solat langsung. Sy memang terkejut la. Dah tengok dia cam ok, budak pompuan, dh period pun. Biasanya sy boleh trace budak tak reti solat melalui lafaz niat solat. Kalau budak tak ingat bilangan rakaat ataupun tak tahu lafaz niat memang tak solat la tu. Dan biasanya salah satu fardhu solat budak akan solat. Ni, tak solat langsug!! Nehi, nehi babuji...T__T

Soal punya soal, sy tanya mak ayah dia solat ke tak.
Dan jawapannya.




MAK AYAH SY SIK (TAK) SOLAT USTAZAH
Hampir menangis dia.

Speechless...tatau nak cakap apa. ='(
Last, sy gitaw 
"Awak dah period, semua dosa awak, awak yang akan tanggung. Awak tahu kan dosa meninggalkan solat dengan sengaja ni macam mana kan? Apa balasannya kan? Ustazah dah ajar, gitaw masa dalam kelas kan? Bla.bla.bla."



Urp...bukan membebel ye. Bagi nasihat sikit je. Membebel kan diLARANG dan diTEGAH sama sekali untuk pelajar sekolah. Tugas guru sekarang hanya mengajar, bukan lagi mendidik. Mendidik bagai tu hanya sekadar teori semasa pengajian di IPG dulu je. X__X


See...
Macam dah takde fungsi cekgu-cekgu.
Kalu tak membebel cenggana nak bagi ilmu?
Kalau ada yang tak kena pada pandangan mata, haruslah nk membebel kan? Ke mak ayah tengok je kalau anak anda buat silap? Biarkan je kalau anak anda buat salah?? Dah kata sayang anak sangat kan? Kalau tengok anak pukul kawan pun hanya cakap'
"oh...syabas mera betta"
"oh, bagus anak papa"

Huk alohhhh....
Tu bukan sayang anak.
Tu menjerumuskan anak ke lembah kesesatan.
Hoohhhh.

p/s:
Seyes, bingung dengan sistem pendidikan sekarang ni. Walaupun sy anak seorang guru, seingatnya dulu ummi dengan abah sy memang akan pukul tambah kalau dapat apa-apa aduan daripada guru-guru sekolah. Nama nak menyerang cikgu-cikgu sebab cikgu denda anak-anak dia kerana kesalahan yang dilakukan, memang tak la walaupun sama sekolah. Lagi senang nak saman menyaman bagai kan kalau dah sama sekolah. Kalau kami pun mengadu cikgu denda, memang akan kena lagi. Lagai teruk dari dendaan cikgu tu. Tapi sekarang??
Berleter sikit pun dah boleh didakwa oleh mak bapak.
Patut la generasi sekarang ni kurang berkualiti.
Makin ramai manusia yang pandai, makin kurang beradab dan berakhlak.

Pheeeewwwwwwwwww... lap peluh.



Khamis, 25 Julai 2013

Rukun Negara vs Rukun Islam, Doa vs Lagu Negaraku

Assalamualaykum. 

Biasanya, selepas masuk ke kelas, rutin sy ialah memberi salam dekat murid-murid, menyuruh mereka membaca doa dan rasanya benda yang sama dilakukan oleh guru-guru di luar sana. 

Cuma, apabila subjek Pendidikan Islam yang menjadi kor bisnes sy, sy akan menyuruh mereka melafazkan syahadatain, rukun Islam dn rukun Iman. Sebab apa? Sebabnya, apabila ujian PAFA dijalankan sebahagian besar murid tidak mampu melafazkan kalimah syahadah dengan betul. Rukun Iman tertukar dengan rukun Islam la. Macam-macam hal. Padahal, benda tu dah dipelajari sejak tadika lagi. T__T

Incik Gugel
Antara rukun Islam dengan rukun negara, mereka lebih lancar dan fasih sangat-sangat melafazkan rukun negara. Tak tahu la apa sebabnya. Mungkin budak-budak kat sini lebih patriotik kuuttt.

Incik Gugel

Selepas sy ambil inisiatif supaya murid melafazkan syahadah, rukun Iman dan rukun Islam sebelum memulakan sesi PdP, alhamdulillah, menampakkan sedikit perubahan walaupun masih ada sebahagian murid yang teramat tegarrrrrr tu masih tak tahu apa-apa. Pffffftt. Tak tahu lagi dah nak guna pendekatan dan kaedah macam mana. 

Penerangan - Dah
Sumbang saran -Dah
Perbincangan - Dah
Nyanyian - Dah
Paparan Video - Dah

Tapi....























Masih camtuuuuuuu jugaakkkkkkkk...
Huwaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!
Tensen mak nokssssss ='(

Memang la tak semua, tapi sebahagian murid yang lemah memang memberi masalah.
*Susah apabila murid 1 tahun 1 kelas. Yang pandai kat situ, yang sederhana kat situ, yang lemah kat situ, yang bebal kat situ, yang pendidikan khas kat situ. Kelas rojak T__T*

Antara doa dengan lagu Negaraku pulak ada kesahnya tersendiri. Pernah sy ngetest murid-murid sy untuk menyanyikan lagu Negaraku masa subjek Pendidikan Islam. Homai..homai...kemain lagi berdiri tegap terpacak tanpa menggunakan viagra, eh?? Badan dorang yang tegap terpacak ye jangan bikin kontrobasi, tanak..tanak..tanakk.... tanpa bergerak malaupun 1mm demi menghormati lagu kebangsaan. Tetiba bila disuruh membaca doa mula la liuk lentok macam cacing kerawit. Dahla cara tadah tangan tu macam orang yang lumpuh tangan. 

Hampir 1 masa ceramah sal doa pulak. -..-

Apsal eh?
Rukun Negara boleh ingat, tapi rukun Islam tertukar sini sana?
Lagu Negaraku berdiri ala-ala komando elit, tapi bacaan doa jadi terencat?

Memanglah kita kena patriotik kepada negara terchenta ini. Itu tidak sy nafikan. Tapi, apsal perlu ada macam double standard? Salahkah berdiri tegap semasa bacaan doa dilafazkan sepertimana ketika nyanyian lagu Negaraku? Rasanya kalau dekat perhimpunan apa-apa sekalipun, tak kiralah perhimpunan agong PBB ke, majlis tilawah Quran ke, konsert Jom Heboh ke *ada ke doa masa konsert Jom Heboh? ='(* bila lagu Negaraku semua berdiri tegap, kalau tak nyanyikan pun berdiri tegak tanpa bergerak, tapi bila bacaan doa dialunkan kompem kepala terlentok, mulut menguap menganga mengalahkan si Bujang Senang, tangan otometikeli parkinson. 

Takde eh camtu kat tempat korang?
Ke sy yang silap menilai?

Isnin, 8 Julai 2013

Tentang puasa

Assalamualaykum.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.


InsyaAllah, esok Ramadhan Kareem akan menjengah kita semua.
InsyaAllah, berkesempatan lagi menyambut kunjungan si dia yang barakah.
Bagaimana persediaan puasa anda?
Puasa tahun lepas dah berganti lom?
Melampau sangat la kan belum ganti lagi tanpa sebarang musykilah =)

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna berbanding tahun sebelumnya. 
Sangat berharap azam yang tak pernah tertunai akan dilaksanakan dengan jayanya tahun ni.

Hurm.. 
Menjalani ibadah puasa pertama sebagai seorang isteri.
Sedikit happy di situ, tapi tersangatlah sedih & kecewa tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dalam erti kata sebenarnya. Uhuk ='(
Masih selamat bermalasan daripada bersilat menyediakan juadah sahur dan berbuka. Ngee =P
Tapi, 
Sewyes sedih hokey... 
Baru nak feeling-feeling bangun pepagi, kejut suami, makan sama-sama, solat subuh berjemaah bersama-sama buat pertama kalinya di bulan Ramadhan. T__T
Redhalah anda wahai sang suami, tuntutan tugas memaksa kita cengini...ceewaaah....
GB, PPD, JPNS, KPM sila tanggung dosa membiarkan kami suami isteri merana berjauhan di hari mulia ni. Gertak tuu...

Teruja menyambut puasa walaupun dikunjungi ABC. >__~
Semoga diri ini lebih tenang. Hehe...Takmo sedih-sedih, marah-marah, urp...=P
Asalkan takde benda menyakitkan hati I is hokey ye...ngeh3

Haa..nk tempek ni sikit. Kot-kot da yang terlupa. 

Ihsan: Pakcik gugell