Memaparkan catatan dengan label Ujian Allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ujian Allah. Papar semua catatan

Isnin, 16 Jun 2014

Semakan Pertukaran

Semakan Status Permohonan Pertukaran Guru Terlatih Antara Negeri Jun 2014.

Permohonan pertukaran anda ke Johor 
TIDAK DILULUSKAN.

Ya, untuk kali ketiganya permohonan pertukaran sy masih gagal.
Allah, Allah, ya Allah. 

Jutaan terima kasih KPM.
Jutaan terima kasih JPN SARAWAK.
Jutaan terima kasih PPD LUNDU.
Jutaan terima kasih GB dan pentadbir SK Stunggang Melayu.

Terima kasih masih menghantar sy ke ceruk negeri Sarawak.
Terima kasih masih menjadikan sy penumpang setia AirAsia.
Terima kasih masih membahayakan nyawa sy.
Terima kasih sudi menanggung bebanan perasaan sy.
Terima kasih memisahkan sy dengan suami buat kesekian kalinya.
Terima kasih sudi menanggung dosa sy tidak berbakti kepada suami disebabkan kekangan tugas.






Khamis, 8 Mei 2014

EgTukar 3

Assalamualaykum.

Wah wah wah...lamanya menyepi. Last entry rasanya bulan 1? Ke bulan 2?
Ke dah berbulan-bulan? Ehh??Hihi.

Kemalasan ya hampunn..Padahal rajin je blogwalking orang punya.
Nak kata sibuk takde la sibuk sangat rasanya.
Pembawakan budak, loya bila nak menulis?
Memang tak la, belum sampai masanya lagi kot.
Tapi kalau dah malas tu memang takleh buat apa dah. -..-

Macam-macam nak tulis, suka duka perjalanan diri, tapi gitu la.
Kekeke, macam-macam alasan yek? =D

1 April, setelah mengisi online egTukar untuk kali keenam, baru la dapat submit borang permohonan pertukaran. Setiap kali send, terus error, error dan error!!Grrr... Kali keenam isi, tanpa perasaan teruja dah sebab nak masuk kelas, baru la dapat sent dengan jayanya. Destinasi yang dipohon, pastilah JB walaupun kerja banyak menimbun menanti. Tak kisah dah, asalkan dapat pindah duduk bersama sang suami.

Semangat mohon pertukaran kali ni. (tiap-tiap kali mohon pun semangat T__T)
Dah cukup kot tinggal berasingan sejak awal kahwin hingga sekarang ni dari hujung tahun 2012 hingga lah sekarang. Nak proses baby pun terhad, banyak kekangannya. Ehh?? =P

Sebab semangat jugak la buat pertama kalinya sy dan zauji mencemar duli ke Aras 3 KPM, Putrajaya.
Kebetulan, 17 April adalah hari Good Friday di Sarawak dan semestinya cuti umum bagi Sabah/Sarawak. Di Johor, memang cuti hujung minggunya jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu, cun dengan cuti Good Friday dan kami mengambil kesempatan untuk menerjah KPM.



Sehari di Putrajaya, macam-macam pengalaman yang diperoleh. Biasalah...Kita ke sana mengharap belas ihsan, simpati dan empati manusia biasa yang memiliki baaaaaaaaaaaaaaaanyak ragam. Jam 8 pagi kami bergerak ke KPM, berputar-putar 45 minit mencari parking ditambah ragam kerek pak guard akan sebati dalam ingatan. Dengan peluh yang mencurah (mencurah tu beb) memanjat anak tangga untuk ke aras 3, ok, tipu...guna lif. =D.. Sebelum ke tingkat 3, ditapis dulu oleh penjaga kaunter. Isi buku rekod siap. Lebih kurang jam 9 pagi tu, nombor giliran yang ke aras 3 dah mencecah 21 orang. Uhuu..

Di aras 3, dengan takda perasaan akak yang jaga kaunter bagitahu yang pegawai bahagian pertukaran tu outstation di Sabah. Pegawai-pegawai lain semua meeting. Dia suruh tinggalkan je segala surat yang nak disampaikan kat kaunter. Mula la nak emo bagai, dah la datang dari puncak Sarawak, habis $$$ macam tu je, dah la tengah bulan, dengan penatnya kurang rehat. Sy cakap, sy nak tunggu jugak, nak jumpa jugak dengan mana-mana pegawai. Dia pun tegas jugak, suh tinggalkan surat kat kaunter. Pheeew.

Dalam setengah jam tercongok, ada la cikgu jugak datang dari Sabah rasanya datang hempuk-hempuk meja. Baru la dia cakap, mybe ada pegawai yang masuk petang nanti lepas Jumaat. Holoh-holoh-hollohhh...nak kena hempuk meja dulu ke akak oi??

Kami pun buat keputusan untuk tunggu jugak lepas Jumaat, alang-alang dah sampai Putrajaya kan? Bukan senang nak sampai sana. Maka ronda-rondalah kami dengan riang gumbiranya. Alamanda tu kami yang punya, tengah bulan bhaiii..orang gomen kurang sen nak shopim sangat.

Dekat Alamanda, terjumpa senior-senior di IPG yang cuba untuk merayu jugak, dari Sabah dan Sarawak. Ada yang isterinya terpaksa ambil cuti 2 bulan tanpa gaji, ada yang keguguran dan macam-macam lagi. Sebenarnya, kata salah seorang senior sy, sebelum mereka ambik keputusan untuk ke KPM pada hari tu, mereka dah call bahagian berkenaan untuk memastikan pegawai bahagian pertukaran masuk pejabat, dan memang pegawai tu cakap, hari Jumaat tu dia free dari sebarang meeting atau outstation.
Cisskeek tol kan? -..-

Alhamdulillah, petang tu dapat jugak jumpa salah seorang pengelola kanan bahagian sekolah harian tu, Puan Aw. Serah borang egTukar & luah perasaan 4, 5 baldi, dia akan akan dipertimbangkan. Harapnya betullah akan dipertimbangkan, jangan buat sepi je.

Sekian, kisah sehari di Putrajaya. Kekekeke.

Cukuplah 3 tahun di sini. Nak rasa jugak menjalani tugas sebagai isteri dengan sebetulnya.  Nak rasa tergopoh gapah buat sarapan setiap pagi, nak rasa iron baju suami isteri pada malam hari, nak rasa masak ikut buku resepi, nak rasa itu, nak rasa ini. T__T

Tolonglah ya Allah... Permudahkanlah urusan hambaMu yang daif ini ='(



(Nak bergambar dengan menteri x dapat, bergambar dengan kereta ke kekdahnya =P)


Isnin, 30 Disember 2013

Semua dalam 1

Assalamualaykum.

Hai-hai-hai!!
Rasanya lama gilerrrrrrrrrrrrr tak menulis ni.
Cuti sekolah katakan, semua pon kena cuti la kan? =D

Sy da gak terjah-terjah belog kengkawan, tapi nak drop comments & nak menulis bebebebebel tu cam kemalasan yang melampau. Hik3..Dh kata cuti kan, kena la manfaatkan sepenuhnya. Fiuuu.

Takpe2, ni sang suami takde di sisi ada la masa nak update blog bagai kan.
Sy rangkumkan semua benda dalam 1 en3 ya.

Awal cuti:

1) Singgah Cameron Highlands
Dah kata balik Klate dulu kan, sang suami ajak singgah CH dulu. 
Wat macam CH tu daerah sebelah umah je kan. Kihkih..
Sebenarnya saja singgah umah kawan dia, seorang pengusaha homestay kat Taman Sedia.
Kalau nak merasa homestay ala-ala umah sendiri, ada surau, buleh main masak-masak stoberi jadi gulai stoberi ke, masak black paper jagung manis ke buleh la stay kat homestay ni.
Kalau teringin nak berBBQ bagai pun buleh, siap ada tempat memanggang khusus kot.
Kalau kata da rombongan Cik Kiah nak datang pun buleh mintak khidmat katering mereka.
Masakan best-best punya la. Gewenti mak noks.
Malas eh nak cite lebih-lebih, nanti tak seperais. Kekekeke. 
Boleh layari laman web ni http://neezachalet.blogspot.com/2012/10/cameron-highland-homestay.html ataupun anda-anda buleh la kontek Pn. Aniza di talian 012-2677287.
Eh-eh, terpromote pulak naaa =D

Datuk CT jatuh cinta kat Datuk K sebab stoberi cakelat kot.
Dapat la merasa makan stoberi cakelat sepanjang 2-3 hari kat sana.
Muka pun cam stoberi dah rasanya.
Tu rasa terjatuh hati berkali-kali kat sang suami. Muaaaaa....Gedix.
Kebetulan masa kami ke sana tengah musim limau madu.
Wahhh....syok banget makan limau fwesh-fwesh gittew.

2. Pengkalan Kubor
Waaa...Home sweet home!!!
Walaupun baru tinggal kampung halaman seminggu je sebab terpaksa mencutikan diri akibat eksiden (-__-), tapi teruja nak balik kampung tu tetap sama macam orang tak balik kampung berbulan-bulan.
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat terbaring. Ehh??
Kami perang-perang suami isteri nak balik kampung siapa dulu, last-last puan queen la yang menang.
Hakhakhak, i loike!!! 
Lepas menang pertandingan-balik-kampung-siapa-dulu memang rasa cam nak menari joget lambak.
Ada sebabnya balik Klate dulu, bukan sesaja ai nak durhaka kat suami yeee.

Kat kampung halaman ni gigih sy cari tukang urut.
Nak membetulkan urat yang terpeleot masa eksiden kononnya.
Ada la jumpa 2 orang tok nek bomoh.
Sorang bomoh...uish, tukar nama jadi tukang urut buleh? 
Cam serams pulak bomoh-bomoh ni -.-

Tukang urut pertama, urut seluruh badan. 
Dekat 3 jam menadah diri untuk diurut, hasilnya dia kata peranakan tinggi.
Maybe sebab tu susah untuk melekat. Uhukk..
Dia betul-betulkan, lepas tu dalam hati 'abang, balik nanti on!!!'. Kahkahkah.

Tukang urut kedua, selang seminggu kemudian.
Tukang urut kedua ni bidan kampung.
Pakat la sy dengan 2 orang sedara lagi, yang bajet dah kawen setahun dua belum pregnent.
Nak check apa yang x kena kekdahnya.
Bertolak-tolak aku-kau, last-last sy yang masuk mengadap bidan tu first sekali. 
Nasib badan la kan.
Mujur la masa dia tengok-tengok tu dia kata sy takde masalah yang berkaitan dengan peranakan pun.
Mungkin sebab tukang urut yang mula-mula dah baiki kot. Uhuu..
Cuma katanya, belum rezeki. 
Dah jumpa setahun 4-5 kali je..Dah camne kan. T__T
Sabo je la..........

3. EgTukar
Untuk kesekian kalinya, pertukaran sy ke Johor masih TIDAK DILULUSKAN.
Cheeeeeeeeeeeezy wedges sungguh.
Deerrrr, ai nak masuk JB kot, takkan tak nak bagi lagi kotttttt.
Chooyyyyy!!
Malas nak cakap banyak, wat sakit hati je kat KPM.
Oh, Sarawak. Mu tunggu aku datai @__@

Tengah cuti:
1. Balik Kedah
Tolong-tolong mak sediakan apa yang patut untuk kenduri along.
Hoho, dah kata menantu hantu misali kan. =P
Kat Kedah takde jenjalan mana pun kali ni. 
Sang suami kata, kita ni asyik berjalan je sokmo.
Terai la melekat kat umah jugak.
Baiiiiiiiiiikkk abanggggg T___T

Berjalan pun ke Baling je. Hahaks...
Hantar adik ipaq ke Kolej Komuniti.
Jadi la ye...Janji tak berkurung sangat.
Tapi, mujur, syukur alhamdulillah, laptop adik ipaq tu rosak.
Kekekeke, alhamdulillah kata kau =P
Boleh la jugak ke Loq Staq sebab laptop tu masih dalam waranty.
Merasa jugak jenjalan kan. Padahal kejap ke ambik barang waranty tu pon -__-
Bodek-bodek, jeling-jeling sang suami sikit merasa le ke Jitra.
Masuk kedai kain, sekali dok kedai yang sama 3 jam. Haha.
Rembat kain 7 pasang, takleh pindah pun baju baru tetap kena ada. Muahaa.
Bila sang suami bagi warning yang ke nampuluh, baru mengensot keluar dari kedai tu. 
Tu pun sambil-sambil jalan nak ke parking kereta, sempat lagi rembat 2 pasang baju kurung riau.
Biasaaaaa diaaaa. 
Tugas suami cari duit, tugas isteri habiskan duit suami. Ehhh, kantoi????

Kat Kedah ni jugak kena paksa rela dengan mak cari tukang urut lagi!!
Hoyya-hoyya..Nampaknya sepanjang cuti ni la sy detim kaw-kaw dengan tukang urut.
Tukang urut ni serba boleh, semua sekali kemahiran dia kaut.
4 malam jugak la sy ulang alik ke pondok yang tukang urut tu tinggal.
Sy panggil dia tok. =)

Tok ni lebih banyak urut jari sy kesan dari eksiden hari tu.
Hari 1st lepas urut jari, baiki tulang belakang yang katanya teralih sikit -__-, dia tanya nak suh tok tengok perut ke. Uhu, masa tu kan semangat giler nak taw keadaan perut camne-camne suh la tok sentuh. Sekali dia sentuh memang rasa geli yang teramat dan otometikeli nak terkucil. Huhu.

Surrender terus.
Tapi bila balik umah, mak sedara yang temankan bagi hint-hint, tahan la sikit perasaan tu. Bagi tok check perut. Tanak anak ke?
Gulpppp!!!
Ohooi...sape tanak anak ohoooiiiiiiiiii.....
Luar nikah memang la tanak anak, ni diwalikan daddy, disaksikan sanak saudara, diraikan dalam walimah, gila tanak anak?? Akhirnya, hari last tu sy berjaya mengejangkan kaki, tahan sekuat hati mintak tok tu tolong check apa la masalah sy sebenaunye kan *kalau ada*.
Tok tu kata, sistem peranakan normal, sempurna. Tak terjejas apa pun. Alhamdulillah. Cuma mungkin belum rezeki Allah nak bagi. Dok jauh salah satu faktor katanya. 
Betul jugak. Kekadang tu balik cuti sekali sekala, tyme tu la banjir kilatnya pun. -__-
Uhukk... kawan-kawan doakan ye, semoga dipercepatkan kami menimang zuriat.

Apa pun, selamat PENGANTIN BARU buat abang ipaq dan birasku. 
Walaupun serba salah nak panggil biras apa.
Maklomlaaa biras lebih muda dari adik ipaq kut.
Tetiba ai jadi lebih muda berbanding beliau dari segi pangkat panggilan.
Nasib la kan, sape suh kak long kawen dengan abang long.
Kan dah jadi 'akak' buat 'adik' yang kiut ini. Ngeeee~~


Semoga berbahagia hingga ke syurgaNya.
Terima kasih bagi kami tumpang rumah untuk seminggu.
Walaupun mengganggu kalian nak berasmaradana.
Baru kawen kot bhaaaiiii.
Setiap ruang rumah pasti nak dimanfaatkan bukan? =P
Tapi, 
Ada kami kesah??
Hahaha.
Terima kasih sangat-sangat.
Jasa kalian memang takkan kami lupakan.
Erk, next year kami tumpang lagi naaa?

Akhir cuti:
1. Johor
Seminggu di Johor. 9 hari kalau ikutkan sebenarnya.
Tumpang umah abang ipar & biras.
Tengkiu soooooooooooo much!!!

Xda jalan mana pun, singgah JPO, Angsana gitu-gitu je la.
Pi JPO ingatkan Krismas ada sale gila-gila.
Tapi, harganya buat sy gila.
Ohooooi...sayang kot nak habiskan suku gaji untuk seekor handbag, sekelamin kasut.
Nak pakai kat Sarawak je pun. Cecececey.

Sempat jugak kuar makan kat Lagi Best Steamboat dengan Senibong.
Setahun mengidam nak makan ikan bakar, baru dapat.
Zalim sangat hubbyku.
Tapi, dah tercapai hasrat hati. Memang melantak kaw-kaw sampai buncit. T__T

Banjir sekejap di Senai Airport.
Ribut petir kot.
Maklumla...
Orang dah berkepit sebulan lebih dengan laki, nak pisah-pisah lagi KPM ni.
Memang dasaarrrrrrrr nak mengurangkan umat Muhammad kot. Ehhh??
Uhhh, rindu sudah sama kamu sang suami ='(

2. Sarawak
Memang dah agak tak dapat tido!!!
Biasa tido berdua, nak biasakan diri tido dengan bantal busuk susah sikit la.
Uwaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Usha-usha tiket untuk CNY sebab osmet nak holiday ke Sabah nanti, jadi sang suami buleh la musafir kat Sarawak ni tanpa perlu menyewa hotel. Tapi sekali tengok harga tiket tadi, tudiaaaaaaaaa...5++ sehala!!!Tu promo tu. APTB -__-
Tunggu sok-sok lak sy tengok lain. Harapnya semakin menurun la harganya.
Tanak dok sengsorang kat sini. Huhuk.

Sebab sy bertugas hari ni, dapat la jadual waktu persendirian untuk tahun depan.
27 waktu tahun depan berbanding 22 waktu tahun ni.
Saya yang paling banyak masa.
Chooyyyyy...
Orang lain, purata waktu mengajar 24-25.
Adil sangat kan?
Yelaa....sy yang menurut perintah T____T

Dan, masa untuk subjek elektif lain lebih banyak dari subjek teras.
PI semua sy cover untuk tahap 2.
Biasaaaa tu....
Pend. Kesihatan sy kan gila kuasa, semua sy cover tahap 1, DST tahun 1, KT tahun 6, PSK tahun 6.
Orang lain ajar subjek major masing-masing, sy je yang 'murtad' sikit.
Ceh.
Rasanya dalam buku rekod nanti lebih banyak tulisan rumi berbanding tulisan jawi.
Lalalalala...Sy saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanggggggggggat happpppppy! -..-

Uhuu..dah la menceceh.
Tunggu lagi tugasan baru esok.
Adoi.....

p/s:
Tunggu 3hb. Katanya result rayuan pertukaran. Kalau dapat pindah sy rela masa berapa waktu pun asalkan dapat bersama sang suami. Harapnya nama sy terselit dalam perayu yang diluluskan permohonan. Ameeenn.

Sabtu, 5 Oktober 2013

Balik ke tak balik?

Assalamualaykum.

Tengah konfius, nak balik kampung ke tak raya korban tahun ni?
Tahun lepas tak balik pon. Beraya je kat sini.
Tapi cam takde makna raya mana.
Bangun pagi, kelip-kelip mata,
'Ohhh...hari ni hari raya' -__-
pftfyt sangat kan?

Jadi, 
untuk mengelakkan 'feel' raya tahun ni cam tahun lepas, sy dan Bumet memplan (sorry cekgu BM) untuk jalan-jalan habiskan duit ke sekitar Serian, Sri Aman dan Sarikei. Rugi la kan, dok Sarawak rapi tak pernah sampai pun ke tempat-tempat tu. Buatnya ada rezeki dapat pindah tahun ni (ameeennn!!!!), tak ke rugi tak pernah sampai. Bila la nak buleh sampai sini lagi bila dah balik ke Semenanjung. Huhuuuu.

Sarawak ni luaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaas yang amat oiii kalau nak jelajah. 1 Sarawak lebih kurang sama luas dengan 1 Semenanjung. Ni, balik-balik travel ke Kuching-Matang-Lundu-Bau-Sematan-Serikin. Hoh....Cam tak best sangat je kan? Nama nak jejak ke Sibu, Bintulu, Miri, Limbang, Kapit?? Kem salam je la. Sekolah rendah lagi la, jarang nak buat lawatan ke luar bahagian yang jejauh camtu. Sobbbss T__T

Plan punya plan, nak stay kat hotel bajet mana, nak jenjalan kat mana, nak spend duit banyak mana dah dibuat dengan bumet tersayang. 

Sekali.......

Semalam adik (Hakim) call, saja je bertanya khabar. Sy pun so-so je la jawab. Dia sedang bercuti daripada pengajian di Mesir. Balik kampung sebelum puasa hari tu, bila nak pergi balik ke sana dalam bulan 9, Mesir pada masa tu tengah bergolak hebat. Jadi delay la trip ke sana. Memang dah rancang dengan sang suami, kalau Hakim nak kembali balik ke bumi anbia' sana tu kami akan balik jenguk jugak dia sebelum terbang ke sana. 

Kalau jarak Mesir-Kelantan cam jarak Negeri Sembilan dengan Melaka takde la mak kesah sangat dek non. Tapi ni perbezaan benua kot. Haruslah nak balik jumpa kan? Tak tahu la pulak bila dia akan balik, maybe lepas tamat belajar nanti la gamaknya. Nak balik sokmo? Hoh, botak sebelum masanya la dedi ai. Kekeke *ada nada jeles di situ*

Tanya punya tanya, flight dia dah kompem 26 Oktober 2013, Sabtu.
Sebelum ni macam sure tak sure je tarikh tu.
Tapi ni memang dah pasti tarikh dan masa penerbangan.
Sy cam, ohhh...okey.
Memang tak terlintas apa pun. 

Ma dengan dedi pun tak galakkan kami balik sebenarnya sebab sekali balik kompem habis dekat sebulan gaji. Mereka suruh kami suami isteri menyimpan duit la. Kalau tak balik takde la kena panjat tangga AirAsia bagai kan. Dah la tiket tu reganya memang ikut nasib je. Kekadang murah, kekadang mahal. **KPM, tukarkan sy!!** 

Semalam sebelum tido sy terfikir balik.
Takkan tak nak balik kot...
Kebetulan dah nak dekat Hari Raya Aidiladha.
Tak perlu nak apply CRK bagai.
Rugi la pulak kalau tak balik jumpa.
Bukan senang kan?

Tapi sy dah planning nak joli-joli dengan bumet nanti.
Kalau berjalan sini sana nanti duit habis beratus jugak kan?
Kalau balik kampung duit beratus yang sama jugak akan habis.

Kalau sy balik kampung, sy hanya perlu beli tiket one way je sebabnya waran penjawat awam sy tu masih ada sehala belum digunakan. yang sehala lagi sy booking untuk balik akhir tahun nanti. kalau nasib baik, boleh kenselkan yang akhir tahun tu, makna katanya sy dapat balik free-free je la. Boleh double triple tujuan balik. Dapat jumpa dengan Hakim sebelum dia ke Mesir, dapat jumpa ma dengan dedi, adik-adik sekali, dapat sambut Aidiladha bersama keluarga dan dapat makan daging banyak-banyaaaaaaaaaaaaak!!

Tapi,
sy dah plan dan bincang dengan Bumet. 

Uh...camne eh??
Tolong sy buat keputusan.
Pelissssss.
Buntu T___T

P/S:
Kalau balik kampung boleh tak tanak balik kampung ma?
Mesti ramai yang tanya sal anak, baby. Sangat rimas!!!
Manusia normal mana yang tanak anak hoiiii tapi keadaan yang jauh ni menyukarkan kami buat family planning. Tyme balik tu la nak period bagai, so cenggana? Sangat tension. 
Buat baby bukan sama cam buat kek lapis. Huh~~



Jumaat, 20 September 2013

KBS

Assalamualykum.


KBS kali ke3 bagi tahun 2013.

Sedih.

Ada murid tahun 6 masih tak pandai solat. Nampak dia ok je dalam kelas. Bermula daripada suruh buat demonstrasi solat. Tak ingat bacaan tahiyat akhir, sedangkan itu rukun solat. 

Slow talk, tanya punya tanya dia solat ke tak kat umah, dengan mata yang bergenang dia jawab tak solat. Langsung tak solat ke? Ye, memang tak solat langsung. Sy memang terkejut la. Dah tengok dia cam ok, budak pompuan, dh period pun. Biasanya sy boleh trace budak tak reti solat melalui lafaz niat solat. Kalau budak tak ingat bilangan rakaat ataupun tak tahu lafaz niat memang tak solat la tu. Dan biasanya salah satu fardhu solat budak akan solat. Ni, tak solat langsug!! Nehi, nehi babuji...T__T

Soal punya soal, sy tanya mak ayah dia solat ke tak.
Dan jawapannya.




MAK AYAH SY SIK (TAK) SOLAT USTAZAH
Hampir menangis dia.

Speechless...tatau nak cakap apa. ='(
Last, sy gitaw 
"Awak dah period, semua dosa awak, awak yang akan tanggung. Awak tahu kan dosa meninggalkan solat dengan sengaja ni macam mana kan? Apa balasannya kan? Ustazah dah ajar, gitaw masa dalam kelas kan? Bla.bla.bla."



Urp...bukan membebel ye. Bagi nasihat sikit je. Membebel kan diLARANG dan diTEGAH sama sekali untuk pelajar sekolah. Tugas guru sekarang hanya mengajar, bukan lagi mendidik. Mendidik bagai tu hanya sekadar teori semasa pengajian di IPG dulu je. X__X


See...
Macam dah takde fungsi cekgu-cekgu.
Kalu tak membebel cenggana nak bagi ilmu?
Kalau ada yang tak kena pada pandangan mata, haruslah nk membebel kan? Ke mak ayah tengok je kalau anak anda buat silap? Biarkan je kalau anak anda buat salah?? Dah kata sayang anak sangat kan? Kalau tengok anak pukul kawan pun hanya cakap'
"oh...syabas mera betta"
"oh, bagus anak papa"

Huk alohhhh....
Tu bukan sayang anak.
Tu menjerumuskan anak ke lembah kesesatan.
Hoohhhh.

p/s:
Seyes, bingung dengan sistem pendidikan sekarang ni. Walaupun sy anak seorang guru, seingatnya dulu ummi dengan abah sy memang akan pukul tambah kalau dapat apa-apa aduan daripada guru-guru sekolah. Nama nak menyerang cikgu-cikgu sebab cikgu denda anak-anak dia kerana kesalahan yang dilakukan, memang tak la walaupun sama sekolah. Lagi senang nak saman menyaman bagai kan kalau dah sama sekolah. Kalau kami pun mengadu cikgu denda, memang akan kena lagi. Lagai teruk dari dendaan cikgu tu. Tapi sekarang??
Berleter sikit pun dah boleh didakwa oleh mak bapak.
Patut la generasi sekarang ni kurang berkualiti.
Makin ramai manusia yang pandai, makin kurang beradab dan berakhlak.

Pheeeewwwwwwwwww... lap peluh.



Khamis, 25 Julai 2013

Baris!!

Assalamualaykum.

Ke kannaaannnn pusinggg!!
Bergerak bertiga-tigaaaa ke kirrri pusingggg!!
Dari kanan cepat jalan!
Krik kanan krik,
krik kannan krik!

Huh, mengimbau saat-sat bergelar leftenan muda Kadet Remaja Sekolah di IPG zaman dolu-dolu. Macam lama sangat kan. Muahaha.



Tyme tu memang meyampah giler bila tibanya hari Selasa sebab ada slot untuk aktiviti kokurikulum ni dalam 2 jam kredit seminggu. Tambah-tambah lak bila kena pakai uniform pegawai yang lengkap. Ye, dengan baju keras bagai, barret, lencana yang pelbagai dan paling penting kasut but!! Bayangkan, kena heret kasut but yang berat giloz tu dari asrama kat tingkat 4, hinggalah ke dataran Al-Farabi.

Tambah-tambah lak bila kena masuk tudung dalam baju. Nampak cam kurang sesuai la bagi kami yang hari biasa pakai tudung bidang 55, 60, tapi bila hari kena pakai uniform lengkap segala aset tarpampang. Cam kureeng sikit la kan. Jenuh mencari inner yang tebal-tebal untuk mengurangkan kemenonjolan aset tersebut. Tapi tyme praktikum, wajib gak pakai uniform bagai, tapi pandai lak pakai tudung kat luar baju, maklumlah, lecturer yang skema bab-bab pemakaian uniform tu tak observe kami! Ngee~~ Tu pengalaman dolu-dolu la. 

Ouch..Terbabas cerita sudah.

Sebenarnya, sy bukan nak cerita sal baris kawad pe benda alah tu. Nak gitaw tentang bebudak tahun 6 yang sy ajar tadi. Pasal baris-baris ni la. Bukan baris kawad, tapi baris dalam Quran.

Tahun 6 masih tak tahu baris atas, baris bawah, baris depan, tanwin, syaddah, sukun.
Hoh.. Tu tak masuk lagi tanda-tanda intan, imalah, isymam bagai.
Yang basic pun berterabur.

Minggu lepas sy dah terangkan mengenai 8 beradik asas baris-baris tu. Selaklah celah mana muka surat dalam Quran, gerenti ada 8 beradik ni (fathah, kasrah, dhommah, fathatan, kasratan, dhommatan, sukun, syiddah). Bukan guna kalimah arab pon, guna Bahasa Melayu. Contoh, fathah tu sy sebut baris atas, camtu jugak yang lain-lain. Senang je kan?

Tanya punya tanya, soal dorang sebahagian besar (kumpulan pemulihan yang sepatutnya diajar sepenuhnya oleh guru jQAF) macam blur-blur, tak tahu apa benda walaupun dah diterang berulang kali. Jadi, minggu ni (pagi tadi) sy bagi nota tentang benda tu. Lepas siap tulis nota, dalam 4 kali sy bagi penerangan, guna Bahasa Melayu baku, guna Bahasa Melayu Sarawak. Bila ditanya apa yang tak faham, semua jawab faham. Agak-agak la, 4 kali penerangan kot, takkan tak faham kan? Kering anak tekak menerang.

Lepas bagi latihan, bariskan surah al-Ikhlas je pon, sy suruh beberapa orang murid yang sederhana arasnya untuk buat jawapan kat papan hitam. Sekali, dalam 4 potongan ayat tu, 1 ayat je kot yang gerenti betul semuanya. 3 ayat daripada surah al-Ikhlas tu salah. Soal secara lisan, dan sebagahian besar seperti tak tahu apa-apa langsung, walhal sy baru terangkan benda tu tak sampai 5 minit kot...

Rasa macam...

(*(&*&&%^$%^^!!!!

Tensen kot.
Kering darah kejap rasa.
Menitik gak seposen air mata.
Habis kekdah dah rasa sy try.

Apsal susah sangat bebudak ni nak terima ilmu??
Macam terlalu terhijab nak terima ilmu.
Sedangkan umur baru 12 tahun, dosa pun tak bertimbun sangat lagi.

Hadoi...Pliss kengkawan, tolong bagi idea cenggana nak buat lagi ni.

Rebus buku bagi dorang minum ke?
Sumbat je racun serangga ke klorok??

Tensen T__T

p/s:
Sowi KPM, tak ikut silibus hari ni =(



Selasa, 23 Julai 2013

Kita Bukan Tuhan (Part 2)

Assalamualaykum.

Hai..Hai..Hai..
Kembali kita bersiaran.
Bajet hot lettew. 

Susulan daripada potpetpotpet kat SINI, ni Mak Temah nak menyambung yang last lak. 

Dari sisi seorang ibu.
Nape rasa cam poyooo jerk? -__-

(3) Saya seorang ibu
Walaupun sy belum menyandang jawatan sebagai seorang ibu selepas diberi peluang oleh Allah menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri, namun naluri keibuan sy terusik juga melihatkan betapa lembiknya si ibu Nor Zatusy Hazwa setelah melihat anaknya sudah kebiru-biruan dan tidak bernafas.

Incik Gugel
Ok la..
Cuba bayangkan,seorang ibu menanggung pelbagai keperitan semasa mengandung 9 bulan, check up sebagai rutin bulanan, check HB, check kandungan gula, check heartbeat baby, check itu, check ini lepas tu pulak tiba saat melahirkan. Kalau normal betapa sengsaranya nak tunggu bukaan cm sekian-sekian, kena check berkali-kali dan ada berdasarkan pembacaan sy, ada yang nak terbuka 1cm mengambil masa 1-2 jam. Nak sampai 10cm berapa jam si ibu menahan kesakitan?

Kalau czer pulak, baby kuar ikut tingkap bak kata sesetangah ibu, betapa peritnya si ibu perlu berpantang itu ini, berjalan seperti penguin, terkemut-kemut, menghadapi pelbagai komplikasi lain sekiranya ada penyakit seperti kencing manis etc. Memang masa bersalin tak rasa apa-apa tapi bila selepas bersalin apa yang si ibu kena tanggung? Kawan seIPG yang baru menimang cahaya mata sulung ada bercerita, (beliau menghadapi komplikasi disebabkan kencing manis) selepas bersalin mengikut tingkap tu, dia tak dapat bangun 2 hari. Kalau bangun muntah, kalau muntah, bangun. Ehh?? Baby pun tak sempat nak jenguk, tak sempat nak cium baby sendiri disebabkan keadaan kesihatan selepas operate tidak mengizinkan.

Tegarkah seseorang ibu setelah mengalami pelbagai kesulitan demi melahirkan seorang ummat Muhammad dituduh mengakibatkan kematian anaknya sendiri? Lepas tu mak datuk menteri yang mekap tebal tu siap nak mendakwa si ibu ni ke muka pengadilan. Pesalah boleh disabitkan denda sebanyak RM20000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali. Waddehelll????

Kalaulah si ibu Nor Zatusy Hazwa ni sengaja-sengaja dia je tinggalkan anak dalam kereta logik la weh mak datuk menteri woii...
Kot-kot la akak Zatusy ni sengaja la kan, macam
"Eh, aku takde kerja la hari ni. Cam boring la pulak tak buat pepe. So, aku nak try kurung Nawal dalam kete tengah panas la, tengok budak tu jadi pe. Agak-agak bertukar jadik power rangers ke aku kuarkan balik dak Nawal ni. Tak pon jadi cheesekut yang glemer sekarang ni ke aku kuarkan semula Nawal"

Kalau la memang terdetik kat hempedu limpa kak Zatusy ni cenggitu I is orang 1st kot serang beliau dengan meriam buluh. Tapi, memang tak siuman sangat la kalau kak Zatusy buat cenggitu kan? So, takleh nak pikir ke mak datuk menteri kening pantis oi? Takkan la sengaja dan cuai sangat kak Zatusy nak tinggalkan anak dia dalam kereta sorang diri. Gelandangan (teringat satu slot yang hampeh kat Nona 3,4 minggu yang lepas) yang papa kedana, fakir miskin tu pun reti sayang anak, takkan la cikgu yang komited cam akak Zatusy ni tak reti. Ada ngerti ngak mak datuk menteri?

Kawan ni tengah sedih dan beribu penyesalan bermain di benak beliau, buleh pulak kuarkan akta itu akta ini, siap nak denda lagi. Kalau denda, adik Nawal leh hidup balik? Buleh mak datuk menteri nak hukum. Hukum la para penzina yang betul-betul terbukti berzina, yang mencampakkan hasil benih zinaan di merata tempat. Sampai kena hurung semut, kena gonggong dek anjing, mayat hancur lebur. Yang camtu dendanya 20,30sen je, penjara 3,4 jam je. Yang betul-betul tak sengaja ni dendanya mak datuk menteri oi.... 

Kredit kepada Amir Aiman Akashah. Sumber SINI

Paper online BH hari ini melaporkan bahawa Pn. Nor Zatusy Hazwa belum bersedia memberi kenyataan. SINI. So mak datuk menteri?

Ok la.. Ok la..
Kot-kot releven jugak apa yang mak datuk menteri cakapkan.
Try la katakan mak datuk menteri mengalami situasi ini. *tapi sy tak rasa mak datuk menteri masih mempunyai anak kecil!!* Diri masih dihantui dengan 1001 penyesalan, sebak bertimpa anak kesayangan meninggalkan mak datuk menteri disebabkan ketidaksengajaan mak datuk menteri membunuh anak sendiri, disebabkan terburu-buru mengghadiri sidang dewan di Parlimen, tup tup ada la seorang laksamana menghukum mak datuk menteri dengan hukuman RM20000 & 10 tahun penjara. Apa yang mak datuk menteri rasa? Masih boleh memantis kening atau menempek mekap?

Orang yang belum dikurniakan anak, saban hari berdoa semoga dikurniakan zuriat penyeri hidup takkan la yang dah ada anak sanggup MEMBUNUH anak dia sendiri melainkan kes-kes yang jahiliah je yang sanggup campak zuriatnya merata. Susah tahu nak buat anak ni. Kalau Allah  tak katakan kun fayakun, tak akan jadi. Ke mak datuk menteri senang? Tengok-tengok, eh...dah mengandung, sok pulak beranak. -__-

Banyak lagi yang nak tulis ni, tapi padanlah kot.

Semoga adik Nawal Iris berbahagia di alam sana menemui pencipta yang Maha Kekal Abadi. 
Semuanya sudah ditetapkan oleh Allah. Sampai ajal adik Nawal dengan cara macam tu. Itu semua penyebab, wasilah menemui Pencipta. Qada' dan Qadar Allah, siapa kita nak mempertikai. Mungkin perkataan 'kalau begitu', 'kalau begini' akan timbul, tapi dah Allah kata camtu, camtu la. Firaun pon takleh lawan kuasa Allah, apatah lagi PM, kerani, penjawat awam, menteri bagai kan?

Buat family Pn. Nor Zarusy Hazwa seorang guru dan ibu kepada allahyarhamah Nawal Iris, bersabarlah kalian di atas dugaan Allah buat anda. Allah tahu perancangan yang terbaik untuk hambaNya. Semoga adik Nawal menjadi pemudahcara untuk mak ayahnya memasuki pintu syurga kelak. Undang-undang dunia hanya manusia yang reka cipta, undang-undang Allah itu yang pasti termaktub dalam KalamNya.