Isnin, 22 Julai 2013

Kita Bukan Tuhan (part 1)

Assalamualaykum.

Sebelum dikejutkan dengan kes Asyraf Muslim-Noor Dayana-Wan Sakinah, berlaku satu lagi kejadian. Opps..Tapi, bukan melibatkan retis-retis ni. Ni melibatkan guru-ibu bapa-menteri. Dah macam ala-ala 3 penjuru jugak kan?

Iyepp..Anda betul. 
Kes budak mati dalam kereta.
Ataupun digebang-gebangkan oleh menteri itu-ini,
Kes kecuaian ibu menyebabkan kematian anak
Alfatihah buat adik Nawal Iris Samsudin (3 tahun).


Cerita lanjut tentang kes allahyarhamah adik Nawal Iris ni boleh la digugel ye?
Banyak blog-blog, paper membicarakan mengenai perkara ini. 

Cumanya pada pandangan sy yang tak seberapa ni la kan, 
sebagai seorang wanita, sebagai seorang guru, sebagai seorang ibu/bakal ibu:

(1) Sebagai seorang wanita:
Penciptaan seorang makhluk yang bergelar wanita ni adalah salah satu ciptaanNya yang sangat unik dan istimewa. Ouhh..bukan saya nak kata lelaki tak istimewa sebab setiap penciptaan Allah ini memang terbaik. Cuma kali ini, sy nak eleberet mengenai wanita sahaja. Untuk kite-kite ajee... 

Dalam tubuh badan wanita ni, Allah ciptakan dengan pakej rahim. Bukan Rahim Ma'arof seorang angkasawan ke hape, tapi rahim la. Apa ittew rahim? Rahim is rahim. Tak paham lagi? Kekeke.. Dalam bahasa Arab, Rahim ni bermaksud penyayang. Rahim jugak merupakan salah satu daripada Asmaul Husna.  Sebelum lahirnya seseorang manusia ke dunia ni, dia transit di alam rahim dulu. Dan rahim pulak hanya ada dalam diri wanita. Lelaki? Takde rahim kecuali namanya je En. Abdul Rahim.

So, memang sejak azali ada 1 sisi wanita tu sifat penyayang yang bersangatan penyayangnya. Bukan bermakna lelaki takde, ada, tapi perempuan lebih lagi sifat penyayangnya. Kalau jumpa kucing tergolek tepi jalan pun perasaan tu dah jadi lain. So, tak logik la kalau si ibu, Pn. Nor Zatusy Hazwa yang sahih-sahih seorang wanita tegar meninggalkan anaknya dengan sengaja/cuai. Mungkin, rutin harian beliau yang sedikit berlainan daripada kebiasaan (difahamkan beliau agak sibuk dan tergesa-gesa pada hari tersebut untuk menghadiri mesyuarat) menyebabkan beliau terlupa menghantar anaknya kepada pengasuh. 

Perkataan manusia berasal daripada bahasa Arab, kata dasarnya 'nasia/nasi' yang bermaksud lupa. Manusia ni memang tidak dapat lari daripada sikap lupa. Kekadang terlupa buat itu, buat ini jika sesuatu itu tersebut agak lari daripada kebiasaan. Jadi tegarkah kita menghulurkan hadiah buat si ibu yang masih bersedih dengan pelbagai akta, denda dan sebagainya. Dengar-dengar si menteri datin tu nak utarakan denda 10 tahun, RM10 ribu kan?

(2) Sebagai seorang guru
Haa...Bab ni nak emo sikit. Ye, walaupun sy belum berpengalaman berpuluh-puluh tahun menjadi guru macam Menteri Pendidikan yang disayangi oleh semua warga pendidik angkara PBS..ehh?? Namun, berdasarkan pengalaman 2 tahun menjadi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah *hamboi ko..*, 6 bulan guru praktikum, 1 bulan guru intership, 7 semester guru pelatih Pengalaman Berasaskan Sekolah, memang-memang-memang-memang-memang tugas guru sekarang ini tidak semudah guru lepasan pondok era 60/70an dahulu kala. 

Dolu-dolu, memang la tok guru goyang kaki je tak buat kerja apa pun sebabnya pelajarnya yang mendambakan secebis ilmu pengetahuan akan tolong baiki atap umah tok guru, cedok air dari perigi untuk tok guru, pelihara ayam itik tok guru. Tok guru hanya mengajar mereka ilmu akhirat dan keduniaan. Takde lak rasanya kena isi online itu, online ini. Ke ada?

Ada gak sesetengah makhluk yang terlampau bijaksana, bijaksini mempertikaikan kerja guru. Maklum laa...katanya cikgu ni gaji besau. Kojaannye lak sonang, ala menjilat jari je. Kerja lak dari kol 7.30, kol 1.30 dah balik leh bersenang lenang dengan laki. Ehh?? Hujung bulan terima gaji namplohpat ribu. Tak ke hangin kawan yang kerja opis awer, penat-penat pergi site panas lagi, gaji hanya doposen kan?

Oit cik adik, cik kakak, cik abang,
Memang dan sememangnya daripada mata kasar korang tu cekgu ni kerja separuh hari je. Tapi pernah ke terfikir daripada mata halus lak? Senang cerita, mata hati la. Dengan pelbagai tugas hakiki sebagai guru, kami-kami ni jugak kena isi SPPBS, SAPRI, SAPS, PBS, KSSR, HRM1S, ePelaporan, eKehadiran, egTukar (ehh??) dan pelbagai 'e' lagi yang menghantui guru-guru zaman moden ni. Tu yang kuman-kuman. 

 Yang dinasor-dinasor lak?
Nah, nak tempek ni la. Penat eden nak menaip.

Incik Pesbuk
Tu tak masuk lagi kalau cikgu tersentuh bahu, dikata mendera, cikgu tercuit sikit dikata mencubit. Sesilap hari bulan mak bapak bawak parang. Kalau kat bandor-bandor masuk court cikgu itu. Ala...Gaji cekgu banyak nak bayar kos lawyer kan? Memanglah, frankly speaking sy juga pernah mendenda murid. Bukan sebab membenci tapi untuk mendidik. Tapi takde la sampai patah riuk budak tu sy kerjakan. Sy pun berperikemanusiaan what? 

Nak ke anak tu yang dah kong hajo, nak biarkan sampai mamput pon nak kong hajo? Dah mak bapak tak reti nak hajo kan? Mak bapak reti buat anak je, didik anak belum habis belajar acaner. Alhamdulillah, setakat ni takde lagi mak bapak datang serang kat sekolah ke apa. Mungkin kawasan kampung ni, mak bapak lebih tahu tugas guru berbanding kat bandar. Lagi pun tak pernah tinggal kesan birat ke kat muka, kat badan, kat punggung. Sekadar untuk menjadi pengajaran kat mereka. 

Dan, untuk pengetahuan semua seseorang guru itu tak akan naik tangan atau marah-marah anak anda sekiranya anak anda tidak buat perangai. Kalau murid tu siap kerja rumah, tak ponteng sekolah, tidak mengacau kawan-kawan, tidak buat bising, pendek kata tidak melanggar disiplin sekolah seseorang cikgu itu tidak GILA la nak denda anak orang. Baik masak megi lagi bagos kot, kenyang perut. Buang masa je sebenarnya marah-marah budak ni, kalau cikgu tu ada penyakit 3 serangkai, tak ke cepat sikit kioknya disebabkan perangai anak anda?

Jika anak anda memang terbaik da boom jenis manusia, tampar nyamuk pun tak mati, cikgu tu tetap denda anak anda memang ada something wrong somewhere dekat cikgu tu. Memang buleh register mana-mana spital mental la. Tapi, sebelum anda nak bawak Karpal Singh ke mana-mana lawyer yang hebat pun, selidik dulu apa sebabnya sesuatu tindakan itu diambil. Jangan mengkhinzir buta menghukum. Tak ada manusia yang sempurna. Yang maksum hanya junjungan besar Rasulullah s.aw. Got it? Namun, ada jugak jenis anak yang speasis ular anakonda punya orang. Osmet pernah cerita, pelajar dia kat sekolah memang jenis gangster tahap syaitonirrajim punya orang, lapor dekat mak bapak, mak bapak jenis menangkan anak tak percaya anak dia ada masalah disiplin. Sebab apa? Sebab kat rumah, hatta nak pergi jamban sekali pun anak dia ni siap mintak izin lagi. Apatah lagi nak keluar rumah. Kalau kes cenggini, tak tahu nak salahkan siapaaa T__T.

Malas dah nak membebel. Cuma agak terkilan dengan sesetengah komen manusia yang tak reti bahasa menyalahkan cikgu Nor Zatusy Hazwa yang kononnya tidak pandai membahagikan masa antara tugas dengan tanggungjawab kepada anaknya. Tak layak jadi cikgu la. Pelbagai komen negatif dilemparkan. Kita tak ada dalam diri cikgu tu. Cuba la empati sikit. Ikutkan cerita yang sy baca, beliau terkejar untuk menghadiri meeting. Der, ada sesetengah pegawai atasan yang memang pantang atok nenek dia kalau terlewat datang, kalau tak ready dengan bahan pembentangan dan pelbagai kalau lagi la. Mungkin cikgu Nor Zatusy Hazwa ni memang rushing sangat-sangat kan? Lagi pulak anak dia sedang tidur, kalau anak dia dok menyembang sakan macam Kak Kiah, memang la dia sedar anak dia wujud dalam kereta. Oi la mak datin, nak teruskan lagi ke akta dunia anda?

Ingat nak buat en3 ni sekali harung. 
Tengok-tengok untuk ruangan guru dah lebih 200 patah perkataan karangan bergambar, sy buat part 2 la pulak ye? Kang boring pulak korang nak menelaahnya nanti =P

p/s:
Emo lebih bab guru. 
Sebab...

SAYA SEORANG GURU!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan