Ahad, 21 Julai 2013

Luggage 30kg

Assalamualaykum.

Hai.. Hai.. Hai..

Bermulalah alkisah misi memenuhkan luggage AirAsia sebanyak 30kg.
Muahaa... Kalau ikut nafsu tak cukup tu..Hehe..

Amboi, melampau sampai 30kg kan? Ntah, awal-awal datang Sarawak ni dulu, masa zaman-zaman suci murni dahulu kala sy hanya book 15kg je setiap kali balik kampung. Sempat la merasa 15kg tu sekali dua kot, lepas dah pandai beli tiket sendiri memang tak main dah la 15kg ni. Pe barang kan?

Nak buat cenggana, masa 15kg tu memang sokmo la sebahagian barang-barang sy kena 'tumpang' atas nama orang lain sebab lebih had muatan. AirAsia ni zalim sikit, lebih 1kg je kena bayar RM 20. Try bayangkan kalau sy lebih 4,5kg...Memang saja sedekah kat deme-deme tu je la. Almaklumla... balik kampung jarang-jarang, segala jenis makanan eksotik yang ada kat sini mesti nak diangkut balik (walaupun makan yang terlalu pelik tu akhirnya dibakulsampahkan juga). Kekonon nak bagi family kat kampung merasa. (cam baik hati sangat =P)

Lepas tu setiap kali balik, memang paling kurang pun sy akan beli luggage paling kurang 20kg. Sy akan tengok kesesuaian la. Kengkadang 20kg, kengkadang lak 25kg. Dan, yang paling banyak sy rasa setakat ni adalah 30kg. Untuk RAYA!! Haha.. 30kg untuk balik, 30kg jugak untuk datang balik. Raya sakan kan? Muekekeke.

Tahun lepas berazam cukup-cukup la heret bagasi yang berat-berat. Tak larat kot. Sebab tu sy cuba kurangkan pembelian barang, terutamanya makanan la. Kain pelekat dan kain batik dah sy bawak balik kat sanak sedara kat kampung. Beras hitam, beras merah, buah kristal, celolot, ikan terubuk, lada hitam, bla bla bla. Nak balik sehelai sepinggang je kat kampung tahun ni. 

Tapi...
Bila dah kawin, rasa tak adil la pulak tak buat benda sama dekat keluarga mertua jugak. Huhu. So, azam yang dibuat tahun lepas nampaknya tak menjadi lagi. T__T. Bermula lagi proses mengheret bagasi yang mengandungi kain batik, kek lapis, ikan terubuk etc etc etc. Hoho.. Malahan semakin bertambah kapasiti berat beg. Yela..Nak kena balancekan antara keluarga sendiri dan keluarga mertua. 

Setakat ni, yang tak putus-putus benda yang sy bawak balik ialah kek lapis. Family kat Kelantan masih belum jemu lagi makan kek lapis tu, family kat Kedah pun lebih kurang. Tapi yang kat Kedah tak banyak sangat sebab takde siapa nak makan, sedara tak ramai yang duduk berdekatan. Kalau Kelantan, rumah dekat-dekat, so, kalau bagi kat si polan, tak bagi kat si polan kan ke terasa hati. So, mengheret la bagasi setiap balik kampung. Sampai sang suami merungut sebab setiap kali balik kampung Alzanya memang memberat dengan barang-barang sy je!! Barang-barang dia hanyalah 1 beg galas. Itulah'uniknya' orang perempuan. Haha.

So, setakat 22/07/2013 sy dah selamat menempah beberapa biji kek lapis Sarawak untuk raya ni. 
Erk, beberapa ke? =P

Antara kek lapis yang menjadi pilihan sy ialah:





Semuanya sumber pakcik gugel ye. Kek sy belum dibuat lagi kott.. Haha.. Sebenarnya, sy tak berapa suka kalau yang banyak-banyak warna sangat, tapi sebab raya, tempah jugak yang berwarna warni. Untuk dihidang kat tetamu nanti. Sy sedap yang plain je. Yang masam manis, sisik ikan, coklat cheese, strawberry prune, oren cheese. Yang camtu je yang sedap bagi sy. Harga? Harga standard la kek lapis ni. Sy tempah dengan cikgu sekolah osmet sy. Sebab lagi sedap dan lembab berbanding dengan kek lapis Dayang Salhah yang glemer tu.

Tapi yang paling sy dan seisi keluarga suka ialah KEK LAPIS IDOLA!
Memang terbaik la. 
Sedappp... Yang kat tengah dia ada lapisan coklat.
Yang ni memang agak mahal la.

Sy tempah dengan Abang Sipik, PAR sekolah. Isteri dia yang buat dan dijamin status halalnya.
Tapi, biasalah homemade ni mahal sikit. Tapi berbaloi-baloi. Kek ini dibakar, bukan dikukus seperti di kedai-kedai yang tersohor sekitar Kuching. Harga? RM 90. Sy order 2 biji je yang ni. 1 kat Kelantan, 1 kat Kedah. Nak tempah banyak-banyak mahal ohhoooi... Ni pun, rasanya tak sempat raya kot, habis dingap selepas terawikh terus (ikut pengalaman tahun lepas). 

Sumber: Incik Gugel

Sy jugak ada order 2 jenis biskut raya. 
Walaupun tahu mungkin luggage sy akan dicampak camtu je kat epot menyebabkan biskut hancur lebur T__T. Takpe la, saja tempah, feeling raya lebih sikit kan =)

Biskut Cadbury
Biskut Cornflakes
Tapi, cam kosong lagi luggage tu kan?
Nak beli apa lagi ye?

Owh, baju-baju-baju-baju-baju raya sy!! 
Haha.. Bagasi belum terisi, jadi tak nampak lagi apa yang nak dibawa balik. Tunggu 3,4 hari sebelum balik la baru isi bagasi tu. At least tak lama sangat nak tunggu balik kampung kan?

P/S:
Minggu depan nak g Serikin kot. Borong kain batik lagi, lagi, dan lagi.
Ke nak beli telekung? Kain telekung kat Serikin, sulamannya cantik-canti baq hang.. Murah-murah lak tu. Cenggana duit tak mengalir dengan jayanya? T__T
Fitammm....


5 ulasan:

  1. Balasan
    1. buleh la..huhu...ala, kompem mr syafik bawak balik punya kat bby =)

      Padam
    2. hmmm, thun ni jela baru ingat nak bawak blik.. tahun2 lepas, nan ado.. :p

      Padam
  2. teringat zaman akak dok kuching dulu..dekat2 nk blk cuti sek atau raya..kompom meriah kt serikin tu...owhhh...rinduuu kt sarawak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. meh la kak...jenjalan kat cini...
      bawak bby baru =)

      Padam