Assalamualaykum.
Biasanya, selepas masuk ke kelas, rutin sy ialah memberi salam dekat murid-murid, menyuruh mereka membaca doa dan rasanya benda yang sama dilakukan oleh guru-guru di luar sana.
Cuma, apabila subjek Pendidikan Islam yang menjadi kor bisnes sy, sy akan menyuruh mereka melafazkan syahadatain, rukun Islam dn rukun Iman. Sebab apa? Sebabnya, apabila ujian PAFA dijalankan sebahagian besar murid tidak mampu melafazkan kalimah syahadah dengan betul. Rukun Iman tertukar dengan rukun Islam la. Macam-macam hal. Padahal, benda tu dah dipelajari sejak tadika lagi. T__T
Antara rukun Islam dengan rukun negara, mereka lebih lancar dan fasih sangat-sangat melafazkan rukun negara. Tak tahu la apa sebabnya. Mungkin budak-budak kat sini lebih patriotik kuuttt.
![]() |
| Incik Gugel |
![]() |
| Incik Gugel |
Selepas sy ambil inisiatif supaya murid melafazkan syahadah, rukun Iman dan rukun Islam sebelum memulakan sesi PdP, alhamdulillah, menampakkan sedikit perubahan walaupun masih ada sebahagian murid yang teramat tegarrrrrr tu masih tak tahu apa-apa. Pffffftt. Tak tahu lagi dah nak guna pendekatan dan kaedah macam mana.
Penerangan - Dah
Sumbang saran -Dah
Perbincangan - Dah
Nyanyian - Dah
Paparan Video - Dah
Tapi....
Masih camtuuuuuuu jugaakkkkkkkk...
Huwaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!
Tensen mak nokssssss ='(
Memang la tak semua, tapi sebahagian murid yang lemah memang memberi masalah.
*Susah apabila murid 1 tahun 1 kelas. Yang pandai kat situ, yang sederhana kat situ, yang lemah kat situ, yang bebal kat situ, yang pendidikan khas kat situ. Kelas rojak T__T*
Antara doa dengan lagu Negaraku pulak ada kesahnya tersendiri. Pernah sy ngetest murid-murid sy untuk menyanyikan lagu Negaraku masa subjek Pendidikan Islam. Homai..homai...kemain lagi berdiri tegap terpacak tanpa menggunakan viagra, eh?? Badan dorang yang tegap terpacak ye jangan bikin kontrobasi, tanak..tanak..tanakk.... tanpa bergerak malaupun 1mm demi menghormati lagu kebangsaan. Tetiba bila disuruh membaca doa mula la liuk lentok macam cacing kerawit. Dahla cara tadah tangan tu macam orang yang lumpuh tangan.
Hampir 1 masa ceramah sal doa pulak. -..-
Apsal eh?
Rukun Negara boleh ingat, tapi rukun Islam tertukar sini sana?
Lagu Negaraku berdiri ala-ala komando elit, tapi bacaan doa jadi terencat?
Memanglah kita kena patriotik kepada negara terchenta ini. Itu tidak sy nafikan. Tapi, apsal perlu ada macam double standard? Salahkah berdiri tegap semasa bacaan doa dilafazkan sepertimana ketika nyanyian lagu Negaraku? Rasanya kalau dekat perhimpunan apa-apa sekalipun, tak kiralah perhimpunan agong PBB ke, majlis tilawah Quran ke, konsert Jom Heboh ke *ada ke doa masa konsert Jom Heboh? ='(* bila lagu Negaraku semua berdiri tegap, kalau tak nyanyikan pun berdiri tegak tanpa bergerak, tapi bila bacaan doa dialunkan kompem kepala terlentok, mulut menguap menganga mengalahkan si Bujang Senang, tangan otometikeli parkinson.
Takde eh camtu kat tempat korang?
Ke sy yang silap menilai?


Tiada ulasan:
Catat Ulasan