Ahad, 14 Julai 2013

Harapan Bersinar-sinar

Assalamualaykum.

Alhamdulillah.

Mood GB terchenta okey kut hari ni. 
Hurm..Suka-suka!!
Pagi ni perhimpunan mingguan macam biasa tidak dapat dilakukan disebabkan hujan manja-manja merintik. Ewah...Ayat...Hati berbunga-bunga katakan =P

Pagi-pagi hari lagi sy masuk ke pejabat, sebab nak ambik kertas A4 untuk print bahan-bahan untuk ditampalkan pada papan kenyataan Pendidikan Islam yang kosong sejak zaman-berzaman lagi. -__- Baek akak hari ni hokey..Ngeh-ngeh.

Sekali, masa tengah tunduk-tunduk curi kertas dalam mesin fotostat tu, GB panggil. Kebetulan ada 2 orang pelatih sedang melapor diri untuk menjalani praktikum. GB tu saja-saja panggil konon untuk memperkenalkan sy kepada 2 pelatih tu. Hurm..Ikutkan aje la karenah beliau. Sy yang menurut perintah kannn...^,^

GB perkenalkan sy. Ni Ustzh Aiman, hari-hari menghitung hari nak balik, dah kawin. Dalam hati, erk..apa kaitan dengan dah kawin. Bukannya pelatih tu lelaki, pompuan kot....Kalau lelaki nak-nak ensem cam Fahrin Ahmad, duta Ali-Ali-Ali Cafe tu okey la jugak kan? Muahaa..Tapi sy layankan je la GB tu. Bukan senang mood dia nak okey cam baru menang no ekor. Ehh??

Tetiba,
...
...
...

Suspen tak? Suspen tak?
...
...
...
Isy...tak suspen ke?
Haha..

GB cakap,
GB: Ustazah, kali ni sy akan sokong dan luluskan pertukaran awak.

Kebetulan kepala tengah ting tong, cam dengar-tak dengar je.
 SY: Apa dia cikgu?
GB: Tak, sy cakap. Kali ni sy akan sokong pertukaran awak.
SY: Hah???
GB: Kenapa? Tak percaya??
SY: Betul cikgu nak sokong ni?
GB: Ye la. Kan dah ada ketetapan menteri tentang isu ni. Tambah-tambah lak bagi pasangan baru kawin. Takpe, kali ni sy akan sokong 100%.
SY: Hah? Jadi sy boleh isi ni bulan 9 ni?
GB: Senyum
SY: Tol-tol ni sy buleh isi bulan 9? Cikgu akan sokong? Kompem?
GB: Ye la....
SY: Betul ni cikgu??? (masih tak percaya) Betul-betul??
GB: Ye, dah, awak keluar, buat kerja awak.
SY:  Baik cikgu, terima kasih banyak-banyak
(Tengok papan kenyataan senyum, tengok kasut senyum, tengok tong sampah senyum, tengok kapur senyum. Lebih parah daripada dedi bagi kebenaran kawin dulu. Hehe)

Betapa kroniknya tahap mengharap sy. 
Huhu.. Yela..bayangkan, dah mindset yang GB tak akan sign, dan masa yang terdekat untuk sy isi lagi egTukar tu adalah 2 tahun lagi selepas GB pencen. Masa isi egTukar untuk Jun hari tu, apa yang GB tak hentam, siap malukan dalam mesyuarat lagi supaya sy cari pekeliling, baca sebelum apply pertukaran. Dah la suara macam pe je, memetir depan orang ramai, sekali dia bagi green light cenggini, raca macam...
WOOWWW!!
Sangat-sangat speechless dan excited hokey =)

Nikmat Ramadhan.

Kalau GB dah bagi green light, harapnya urusan yang lain selepas ini dipermudahkan Allah lagi. 
Ameen, ameen.. Tolong doakan kami ye.

Sayang GB lebih!!
Sayang Timb. Menteri Pendidikan 
Sokonglah B******************
Ehh??
Cikgu tak buleh berpolitik ye kengkawan.
^__^


Mood: Senyum sampai waktu berbuka nanti la gamaknya ni. 



2 ulasan:

  1. Alhamdulillah semoga kali ni dapatlah tukar dan tggl sma2 dgn suami. jangan sedih2 lagi, kebanyakan pengetua kawasan yg kurang guru mmg cam tu. masa di jB dulu pun, payah juga saya nak dapat tukar. anak pertama dh 8 bulan lebih, cubaan kali ke 3-4 baru dapat ke Selangor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ameen... Harap-harapnya ada peluang..GB yg bg greenlight..KPM xtaw la camne kesahnye lagi...nak kena terbang-terbang cam superman yang 'sakit' tu..huhu....nak g JB je pon, bukan nak balik kmpung...ayoyoyo..doakan kami kak...=)

      Padam