Rabu, 15 Ogos 2012

Misi Balik Kampungi!

Assalamualaykum.

Bukan pengangkutan utama sy =p
Ohoho balik kampung...
Ohohoho balik kampung........
Hati girang!!!

Mood sy hari ini sungguh baik. Malas nak diingat benda-benda yang menyakitkan hati. Yang paling penting sekarang ni misi sy untuk balik kampung tercapai dengan jayanya. Oyeaaaaaaaaaaah!!

Kek lapis homemade dari Abang Sipik dah dihantar pagi tadi dan sudah semestinya RM200 melayang-layang tanpa segan silu..Haha.

Kek Lapis Idola 8x8 = RM 90
Kek Pua Kumbu 8x8 tapi dibahagi dua sebab terlalu mahal = RM 60
Kek Lapis Roll Gemilang = RM10 x 3
Kek Lapis Ketupat Mini = RM20
Kek Lapis Ketupat = RM 25 (disponser Abang Sipik)

Sekarang ni sy sedang menunggu kek lapi 18 biji daripada housemet-housemet yg ditempah dari cikgu sekolah mereka. Yep, kenapa?? Tak percaya ka?? Memang betul 18 biji. Yang ni untuk diagih-agih kepada sedara-sedara sebelah ummi, abah, ma. Huhu.. Nasib baik dapat diskaun, kalau x kopak sy.

Kek lapis (standard RM10 kat Waterfront Kuching atau Kg. Gersik) yang sy tempah ni, kalau beli RM50 dapat 6 biji. Jadi sy tempah RM100. Tapi bila call abah, abah suh tambah lagi RM50. Itu yang menyebabkan jumlah kek lapis yang hendak diagihkan mencecah 18 biji. Bukan x sedap yang ni, masih sedap cuma kurang ummph sikit berbanding dengan homemasde. Homemade ni dibakar, yang RM10 sebiji ni dikukus, jadi ada rasa lain sikit la.. Bukan jugak kedekut bagi kat orang yang dikukus, tapi memang botak la kepala sy nak tempah homemade semua..Cun-cun harga tiket 2 hala kot..huhu...So, sedara-sedaraku, tunggulah ketibaan kek lapis special ni ye. Sy tempah dengan penuh kasih sayang kot (walaupun duit melayang-layang =D )

Sape-sape yang nak tempah buleh la PM sy yep..Haha...buleh buat bisnes kek lapis la lepas ni. Tapi kalau nak tempah, nak bagi harga RM 10 x dapat kot.. Kos nak ke Kuching pun dah berpuluh hengget..Kos bagasi lagi..Alahai...

Lagi, sedang menunggu tempahan mini kek polkadot.  Specialnya polkadot ni dy taruk macam-macam jenis jem dalam isi perut dy. Yang ni tempah 120 biji je. Nak try, kalau sedap boleh tempah untuk dijadikan barang-barang dalam goodies bag nanti..(berangan T_T)

Apa lagi yang sy beli yep? Oho...sy juga beli cornflakes sambal. (Tatau nama sebenarnya apa) Best, sebab benda ni ada campuran cornflakes + pusuk (ikan bilis) + kekacang + sambal pedas manis masin gitu.. Nak lari dari kebiasaan cornflakes orang buat biskut..Huhu..

Waiting list:
Macam nak beli gak kerepek seaweed & biskut cadbury. Best, lagipun macam tak pernah jumpa benda ni kat kampung. Hurm, akan difikirkan nanti.

Tapi,...

Barang-barang yang sy beli berguni-guni ni, sy cuma ambil bagasi 20kg jek..Waa...Kalau la lebih 20 kg, masak sy nak membayar kat Air Asia 1kg = RM20..Baik buat beli kek lapis kan? Erm, dah mintak tolong BFF sy Fizah (met, glemer mu kat blog aku..haha) untuk menambah bagasi dalam 10-15 kg lagi kat epot. Harap-harap makcik tu jumpa la kaunter bagasi tu. Buleh sebenarnya nak tambah melalui on9, tapi dengan syarat guna kad kredit. Sy x 'memelihara' kad kredit sebab x yakin dengan diri sendiri. Guna kad atm je pun dah beratus beli barang 0n9, kalau kad kredit tak tahu la..So, no..no...no....!!

Sumber: Inche Google

Harap dijauhkan. Moga yang baik-baik sahaja dikurniakan Allah.
 Gambar?Next en3 buleh?Sekarang mood nak memandikan pakwe sy QAA2085B sebelum dihantar kat Abang Sipik untuk dijaga. ^____^


Selamat balik ke kampung halaman kepada semua perantau. Berhati-hati di jalan raya. Walau apapun jenis kenderaan yang anda gunakan sama ada di langit (kapal terbang, helikopter, belon udara, jet pejuang), lautan (kapal selam, kapal laut, feri, motobot, sampan, rakit), daratan (kereta, kereta api, bas, motosikal, beca, basikal), yang penting, mulakan perjalanan anda dengan doa. Mulakan juga dengan niat yang baik supaya setiap langkah anda mendapat pahalaNya. Semoga perjalanan anda diberkati dan dielakkan dari sebarang musibah. Ameen =)


Walaupun masih awal, takut tak berkesempatan untuk menconteng blog ni, sy nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri. Mohon maaf dalam setiap kekhilafan sama ada sedar atau tidak. Jangan nakal-nakal & raikan Aidilfitri dengan perkara-perkara yang sewajarnya. Semoga kita semua berjumpa lagi Ramadhan yang akan datang. InsyaAllah.

Mode: Senyum lebar ke pipi walaupun balik lewat =D

Selasa, 14 Ogos 2012

Berlagak kot...

Assalamualaykum.

En3 yang berbau sedikit bengang. 2,3 hari ni asyik bengang jek kerja sy kan?Huahuahua..

Kalau diri tu masih bergelar pelatih guru, masih di bawah BPG, menyara hidup pun dengan elaun, jangan nak berlagak la walaupun engkau tu lulusan Universiti Madinah, mahupun Universiti Oxford atau setakat IPTA dalam Malaysia ni je. Eleh, setakat UIA je pe barang beb kalau terhegeh-hegeh apply IPG. Kalau result engkau tu memang cemerlang, gemilang, terbilang, da boom, kebabooom confirm kerja yang cari engkau, yang terhegeh-hegeh masuk IPG & lepas tu berbangga,

 "e'eh, sy MUNGKIN akan diserap ke sekolah menengah la sebab Bahasa Arab dalam silibus IPG tinggi sangat bahasanya" 

atau 

"eiy, dulu kat uni sy, sy sekian & sekian" 

atau

 "dulu, kat uni sy, sy aktif dalam bla..bla & bla..., lecturer yang mana x kenal sy, profesor mana yg x kenal sy"

Apa kejadahnya??? (Tetiba nak jadi Edisi Siasat T_T)

Perlu ke? Kalau dah rasa hebat sangat, kenapa masuk IPG kalau setiap kali bercakap merendah-rendahkan institusi tersebut? Aku pure dak IPG 5 tahun 6 bulan, result x pernah pun 3.5 ke bawah nan hado pun berlagak macam kau. Dari segi teori P&P, kami-kami yang maktab perguruan (dulu) lagi banyak input lecturer bagi kot. Kena pandai la sesuaikan diri dengan situasi kan? Kalau budak IQ macam labu labi, tak kan nak guna kaedah & teknik macam budak berIQ profesor madya kot. Agak-agak la beb. X perlu kot nak merendah-rendahkan taraf orang lain, terutama lulusan IPG. Oit, budak IPG pun ada degree apa?? Engkau tu memang lulusan U, tapi result? Setakat 2.9 atau 3.1 nak berbangga?? Buweeeeek!!!

Lagipun, sedar la diri sikit...baru bergelar pelatih JE kot..Bila-bila masa buleh ditendang. Tapi IPG ni baik hati, x akan tendang orang senang-senang. Tu pun x reti bersyukur ke?? Berbangga sangat gamaknya dapat elaun lagi besar dari yang pure PISMP, tapi sedar ke tak ada masa elaun tu berkat, ada masa jadi tak berkat. Kalau masuk kelas pun lewat 10 minit, kuar awal 10 minit, macam mana? Ke mana perginya hujah yang berdegar-degar? Amanah kot. Kita dibayar gaji, dibayar elaun untuk menyempurnakan amanah yang diberi, setimpal dengan kerja buat kita. 

Conntoh: Kita dibayar dengan harga RM 10 untuk 60 minit masa P&P, tapi kita mencuri masa dengan masuk ke kelas 5-15 minit dengan melengahkan masa, macam mana dengan bayaran RM10 yang kita terima? Halal ke haram duit itu? Apa hukum makan harta halal? Apa hukum makan harta haram walaupun 5sen? Kalau masuk ke kelas lewat disebabkan ada hal lain, atau kerja-kerja sekolah jugak tak jadi masalah, ni sibuk berFB & sembang kosong. Macam mana? Kalau tegur pun, jawapan mesti..."ala...dekat U dulu bla..bla..bla..."

Masa mula-mula dalam prkhidmatan, 3 bulan pertama, sy akui sy pun kadang-kadang masuk kelas lewat sebab masih dalam mencari identiti sebagai guru novis, yang terkena kejutan budaya, yang menyesuaikan diri dengan kepelbagaian intelek murid (sebab sekolah 1 kelas bagi setiap tahap akan mencampurkan keempat-empat golongan murid dalam 1 kelas iaitu cemerlang, sederhana, lemah & super duper lembab). Tapi saya akan keluar kelas lewat 5 minit atau sehingga guru seterusnya datang. Selepas mendengar & membaca beberapa artikel mengenai rasuah masa, baru sy sedar yang sy dibayar untuk berkhidmat. Jadi sy perlu berkhidmat sehabis usaha sy. 

Sy bimbang, sebab perangai buruk sy sekali sy menyampah & benci selama-lamanya sy akan begitu. Sekali mind set sy dah setkan 'itu' maka 'itu'lah dia. Bukan senang sy nak menyampah giler-giler kalau tak disebabkan bukti-bukti yang nyata. Sy bukan seorang yang mudah ambil hati, mudah tersentap, ambil peduli apa yang orang kata, tapi once dah berlaku memang sy tak akan senang-senang lupakan. Ni sikap buruk sy yang sy sedari. Harap jugak benda ni akan hilang nanti. InsyaAllah.

Sabar...sabar....sabar........
Senyum...Tak perlu kata apa-apa (status FB hari ni, tapi ramai yang salah tafsir. Terpulang atas pemahaman masing-masing. Am I right? =) )

Moral of da story mory is:
  • Tak perlu nak berlagak, mengatakan AKU HEBAT sebab setiap orang mempunyai kelebihan & kekurangan masing-masing
  • Tak perlu jugak merendah-rendahkan orang lain. Dari orang gila pun kita boleh belajar 'sesuatu' apatah lagi manusia normal.
  • Jangan ingat kita selalunya di atas, sebab lumrah alam ada kalanya kita akan berada pada tempat yang paling bawah.
  • Terima segala teguran orang. Kita berada jauh dari family, anggap sahaja orang di sekeliling kita adalah family kecil kita. Jangan cari pasal, jangan cari sebab nak bagi orang menyampah sebab hidup ni tak lama mana pun. Umur standard umat Muhammad 63 tahun je.

Ahad, 12 Ogos 2012

Isu Raya di Perantauan

Assalamualaykum.
 
Lagi 4 hari akan balik kampung. Orang lain lagi 2 hari, lagi sehari tapi sy lagi 4 hari!!Boleh bayangkan tak keBENGANGan yang sy hadapi disebabkan keBAHLULan dan keTOLOLan pihak-pihak yang umumkan dapat cuti berganti hari Khamis serta Jumaat yang tersangatlah awal. 

Memula KPM umumkan pada hari Khamis bahawa para penjawat awam buleh pohon cuti berganti pada 17 Ogos 2012 (Jumaat). Dengar pengumuman tu sy sedikit lega sebab flight sy pada hari Jumaat pagi, jam 11.55. Paling lewat sy perlu bersedia bergegas ke epot pun pada jam 9.00 pagi. Sebabnya, jarak antara bumi LUNDU ni dengan KIA (Kuching International Airport) adalah 2 marhalah = 90 km, lebih kurang 1 jam setengah perjalanan. Means, kalau x cuti sy terpaksa buat-buat sakit demi ambik MC atau sy pergi ke sekolah jam 7.00 pagi & balik dari sekolah jam 8.00 pagi.

Masa sy suarakan kebimbangan kepada cekgu-cekgu local yang agak rapat dengan sy tentang kebimbangan dan kekalutan yang bakal sy hadapi seandainya tidak cuti pada 17 Ogos tu masing-masing menunjukkan empati yang tersangat & terlampau tinggi serta mencadangkan beberapa cadangan yang boleh sy ambik sekiranya begini-begitu. 

Tapi...................................

Bila pada mulanya kerajaan umum Jumaat tu cuti, tapi berganti sy dah lega sangat-sangat. Memang melompat dalam bilik guru bila baca pekeliling KPM. Lupa pada status ustazah dek kegembiraan yg teramat. Pedulik hapa aku kan? T__T. Disebabkan cuti hari Jumaat, terdengarlah desas-desus j-QAF pelatih (sy namakan SR) di sekolah sy nak tukar tiket kerana dia beli tiket hari Sabtu malam. Logik la jugak dia nak tukar sebab kalau betul balik Sabtu malam memang cun-cun orang takbir raya masih dalam kereta kot. Tapi yang jadi isunya di sini, dia nak beli tiket awal iaitu hari Rabu!! (masa tu belum KPM umum cuti hari Khamis lagi). Hari Rabu je tiket murah. Nak balik awal, tapi nak tiket murah..tu yang susah =(

Lepas SR bising-bising nak tukar tiket, cekgu-cekgu local ni baru mengeluarkan belang masing-masing. Huhu... Sebenarnya simpati, empati waima peti sejuk sekalipun orang local tak akan ke mana perginya sekiranya orang Semenanjung menghadapi kesusahan. Tidak perlu kot sy listkan apa kata-kata dyorang, tapi sekali, dua kali dan berkali-kali dengar agak menyentap perasaan jugak. Ayat berbelit-belit macam ular kan? Hahaha.

Dulu, akak-akak jQAF sekolah ni (sekarang dah pindah setelah 7 tahun di sini =( ) memang kerja sangat-sangat tip-top, cemerlang, cumanya kadang-kadang tyme raya je ambik CRK sehari sebelum cuti sebenar & kadang-kadang minta kebenaran GB untuk balik agak awal dari masa yang sepatutnya (sy rasa normal la kan sebab kami-kami ni jauh dari kampung halaman. beribu-ribu kilometer kot!!). Dyorang memang jarang ambil CRK pun kecuali tyme raya SAHAJA tapi markah prestasi dyorang yang telah dibocorkan hanyalah dalam lingkungan 40-50 markah. What da hell la kan??!! GB lain, paling seceot pun nk bagi markah 80 ke atas sy rasa, sebab markah LAM PT 05 ni kot amat penting dalam kenaikan gaji guru kalau tak salah sy.  . Tapi GB kami yang datang sekolah sekadar menerima gaji buta boleh dengan tidak berperikemanusiaannya buat macam tu.

So, kesimpulannya sebaik mana pun orang local, memang tidak boleh dipercayai sama sekali kecuali seorang je, iaitu Abang Sipik (Pembantu Tadbir Sekolah). Abang Sipik ni memang sebaik-baik manusia yang pernah sy jumpa. Ni berdasarkan pengalaman sy 8 bulan menghuni bumi LUNDU, SARAWAK ni la.... Jangan korang nak salahkan sy kalau da sedara mara orang SARAWAK yang baik. Sebab ni pengalaman sy, apa yang dah sy lalui. Orang Semenanjung pun bukannya baik sangat pun, ramai giler gak yang jahat. Tapi tah la...ni pengalaman sy. X semua orang sini suka dengan orang sana. Mungkin disebabkan terpisah oleh Laut China Selatan tu barangkali. Depan-depan semua baik, belakang-belakang siapa yang tahu kan?? Apa yang sy nak gitaw kat sini, berhati-hatilah dengan semua. Jangan terlalu mudah mempercayai.

Apa pun, sama ada cuti Khamis atau Jumaat atau Khamis dan Jumaat, tak jadi apa-apa pada sy. Ada aku kesah? (pujuk hati yang lara). Sebabnya, sy dah terlanjur membeli tiket dan terlanjur sekali lagi check in awal-awal. Memang tak akan ada istilah TUKAR TIKET bila dah check in. Kalau nak balik awal, Rabu atau Khamis sekalipun, tiket yang dah dibeli beratus tu memang akan burn!!Hangus terbakar. Memang kena beli lain. Daripada sy sedekah RM 700 lagi sehala (kalau tukar tiket) kepada AirAsia, baik sy sedekah kat masjid kan?

Mode:
Bengang dengan sistem KPM yang tolol lagi bahlol. Lain kali, semak dulu takwim awal-awal, jangan buat keputusan yang membengangkan orang. Kalau x reti nak tengok kalendar, mari sini sy bagi tuisyen khusus cara-cara belajar tengok kalendar tanpa sesen bayaran pun. Macam mana sistem pendidikan nak maju kalau orang atasan pun x cerdik mana?

Ahad, 5 Ogos 2012

Juara di Hatiku

Assalamualaykum.

Semalam, 07 Ogos 2012 sy terpacak depan tv seawal jam 8 malam semata-mata untuk menyaksikan perlawanan badminton Olimpik London terhebat abad ini..Wewewe..Hiperbola tu.. & semalam jugak menyaksikan sy terbabas lewat solat Isya' & Tarawikh.. Isy...Badminton punya pasal kot sampaikan mandi pun lewat. Adoyai T__T

Haa...Semalam punya. I don't like tanda salib Lin Dan. Kamera lak asyik fokus tang tu jek =(

Lee Chong Wei vs Lin Dan
Nak kata sy ni penggemar tegar sukan memang tak la kan, tapi disebabkan osmet-osmet begitu bersemangat waja menunggu aksi Dato' Lee Chong Wei (Malaysia) & Lin Dan (China) maka sy pun turut teruja sama. Sepanjang hampir 80 minit tempoh pertarungan mereka, selama itu juga rumah sewa Haji Bujang di Kg Semunin gegak gempita dengan ulasan pengulas sukan tak bertauliah kami ni.

Sepanjang perlawanan semalam, memang x puas hati betul dengan Lin Dan. Kalau terserempak beliau kat Lundu ni rasa nak lempar mercun jek..Ada je yg beliau komplen, x puas hati ngn keputusan pengadil..Mencik3~~Huhu. Eh, tapi kan seyes hensem giler kot Lin Dan tu..haha..X jadi la nak lempar mercun.

See...So cute!! =p
Disebabkan beliau agak ensem, maka dengan galoksnya sy mengugel pakcik tenet tentang Lin Dan ni. Dan, ternyata beliau dah kawen. Terus x rasa beliau hensem. Ada perasaan kuchewa & kejelesan melampau di situ. Haha.. Tengok gambar isteri dy ni. Buleh tahan gak la, dengar-dengar bekas atlet gak makcik ni.



Apa pun pertarungan sengit telah berlaku semalam dalam arena sukan badminton. Walaupun LCW x berjaya mengalungkan emas Olimpik 2012 ni sekaligus terpaksa melupakan impian tawaran sebanyak RM4 juta kalau x silap sy, namun persembahan LCW semalam adalah antara perlawanan menarik yang pernah sy tonton.

Tapikan...

Sayu je tengok muka sedih & sebak LCW ni.. Sebagai rakyat Malaysia yang kaya dengan sikap empati serta prihatin yang menggunung, sy pun rasa nak nagis jugak!! Huk3..Iboh nangis-nangis LCW..Sik kacak kitak bah.  Cuba lagi lain kali. Usaha, ikhtiar, tawakkal & doa lagi..Erk??

 

Kekalahan beliau adalah kekalahan yg bermaruah sy rasa. LCW dah berusaha semampu beliau sy rasa untuk buat yang terbaik dan mungkin bukan rezeki beliau untuk meraih pingat emas untuk Malaysia. Apa pun, tulus dari hati nurani ni, TAHNIAH & SYABAS LCW!! Terimalah kalungan pingat emas daripada sy! Kaulah Juara di Hatiku!! Cewaaaah...

Lepas ni Malaysia perlu mencari pelapis LCW. Takkan selamanya nak harapkan beliau je kan? Sehebat mana pun LCW, pasti sampai masa nanti beliau akan slow down gak. Kalau dapat pemain Melayu Muslim lagi la bagus. Dulu-dulu ada legasi Anak-Anak Sidek, Roslin & Hafiz Hasyim tapi x ke mana perginya. Setakat menang 2-3 games dah berkubur. Malu la kat LCW kan? Orang non-muslim boleh berjaya dengan disiplin yang tinggi, kenapa tak macam tu jugak orang muslim?

Kalo betul awek LCW, moga cepat-cepat kawen..Lahirkan anak cucu lagenda LCW lak pasni..Ekekeke
 Tapi...

Sy ada jumpa gambar ni masa sy dengan gigih lagi tekun menggugel 2 musuh ulung dalam dunia badminton dunia.

Sape la yg buat ni eh? Lawak la pulak sekali tengok. Nak gelak buleh?

***

***

***

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!

Sekadar perkongsian semata. Tiada kaitan antara hidup atau mati =P


TAHNIAH ATLET-ATLET MALAYSIA DI OLIMPIK LONDON 2012!!!

Khamis, 2 Ogos 2012

Join 2nd Giveaway~Lin

Assalamualaykum.

Muahaa...Semangat berkobar-kobar nak join giveaway dari Lin Handmade Greetings Card ni. Harap-harap sy bernasib baik la ye..

Tengok hadiah-hadiah dy ye, lepas ni jom join ramai-ramai kasi meriah sket..Hehe

Nak3!!!
Undang-undangnya ialah: (cam scary je..)
  •  "LIKE" my Facebook Fan Page . (done!)
  • "FOLLOW" my blog.Post a photo of this giveaway at your blog with a link that leads to this giveaway post. (done!)
  •  Post a photo of this giveaway at your blog with a link that leads to this giveaway post (done!)
  • Write your name and your URL link (your blog link) at Mr. Linky's widget below. (done!)
Takleh blah kan main tempek je dari blog tuan punya?Hehe...Malas tahap gaban kot. Tapi malas-malas pun harapnya bertuah la sy ni..Huhu..Ekceli, tarikh tutup August Giveaway ni pada 31 Ogos 2012 sehingga 11.59 malam. So, sape-sape nak cuba nasib leh la start join sekarang sampai tarikh sekian ye?
 
Meh pakat join ramai-ramai!

Rabu, 1 Ogos 2012

Beruntungnya Perempuan =)

Assalamualaykum.

Masa sedang menggodek-godek & mengugel-gugel sy terjumpa satu en3 ni & sy rasa macam best jek nak kongsi dengan semua. Ceh, xda idea nk tulis apa sebenarnya ni.. Hehe..


  1. Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang’manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. (Kilang manusia?Urk, macam menakutkan jek..Tapi rela..Hik3)
  2.  Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya. (Wawawa...ada cuti beb..^_^)
  3. Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga. (Ameen..Hanya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu)
  4. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.. (Hebatnya kuasa Allah, tapi jangan ambik kesempatan nak buat dosa banyak-banyak pulak, kesian suami nak menanggung. )
  5.  Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tidak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. (Kalau muncung sebab merajuk macam mana eh?)
  6. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA. (Betul..betul..betul..)
 (Sumber: SINI)
Memang beruntung perempuan. Senang sangat masuk syurgaNya jika menunaikan segala suruhan Allah s.w.t & taat kepada suami. Tapi sangat senang juga ke nerakaNya kalau mengabaikan segalanya. Ramai penghuni neraka terdiri daripada kaum hawa ni. Nauzubillahi min zalik. Sama-sama doakan agar kita semua berada di sebaik-baik tempat di sana yang kekal abadi. Ameen.




p/s:
  • Tahniah buat xclassmet KDRI yg bakal menimang cahaya mata 2013, Puan Siti NorJannah & suami serta Encik Azrai & isteri.Tak sabar nak ada anak sedara PISMP PAI 2008. ^,^
  • Selamat menimang baby pertama buat Puan Hana & suami, Puan Mia & suami, & Puan Nor Faezah & suami. Moga selamat semuanya ibu & bayi =)