Ahad, 26 Januari 2014

Mencari Yang Halal Fardhu Ke Atas Muslim

Assalamualaykum.

3-4 hari ni kecoh tentang penyebaran maklumat tentang produk kesihatan Stem Cells.
Ala...Yang Datin Paduka Umie Aida tu jadi duta tu laa..
Kecoh sangat kan sampai sy tertarik nak 'menresearch' sama tentang produk tu.
-Erk, ke dah lama kecoh sy yang baru terhegeh?- -_____-

Ada la jugak makhluk-mahkluk Tuhan paling seksi tag sy kat FB produk ni. Bukan produk ni je, produk perawan la, harum malam la, ketat-ketat yang longgar la, tegang sini sana la. Belum lagi produk klik-klik-klik dapat duit nam puluh pat juta. Aduiii.. Jenuh betul nak hide-hide benda-benda annoying camtu. Sy memang sejak azali lagi liat yang amat kalau bab-bab pil ubat bagai ni. Jadi memang sy ignore je la benda-benda camtu.

Bila terbaca dalam wall saudara Mazidul Akmal dan blog beliau, baru la sy ambik pot apa hal yang dikecohkan sangat tu.

Baru la terkeluar perkataan,
"Oooooooo....."
Teruk sangat kan? T__T

Berdasarkan page Sahabat Halal terdapat baaaaaaaaaaaaaaaaanyaaaaaaaaaaaaak makanan terutamanya yang syubhah atau diragui sumber halalnya. Ya Allah, ampunilah daku seandainya ada termakan benda-benda syubhah tanpa disedari.

Masih terbayang wanginya biskut Famous Amous ketika melalui kiosknya di LCCT, KLIA, KIA atau kat shopping mall. Masih terasa nyamannya kedinginan aiskrim Baskin Robbin yang pelbagai perasa melalui anak tekak. Masih terimbau manis lemaknya aneka coklat Whittakers yang awesome.
Masih, masih, masih...!!







Menitik ayaq lioq baq hanggg!! Alahai, sodap bangettttttttt.
Tapi, maaf..sy main ambik je gambar kat ankel gugel, x sempat nak ditulis sumbernya. Maaf-maaf.

Sy pun pernah makan benda-benda tu semua. Uhukk. -__-
Sy tak kata bahan digunakan tak halal, tapi hingga tarikh entri ini ditulis belum mendapat sijil pengesahan halal dari JAKIM. Boleh rujuk kat group yang dah sy nyatakan tadi.

Tu yang kita tahu, yang mendapat pengesahan dari pihak berkuasa.
Yang tak dapat?
Yang tidak diwar-diwarkan?
Yang dah ada logo pengesahan halal pun masih haram?
Teeeeeeeeeet.

Sy kat Sarawak ni laaaaaaaaaaaaagiiiiiii sangat perlu berhati-hati.
Pernah diceritakan oleh seorang akak senior, daging ayam di pasar Iban diletakkan di sebelah daging babi. Kita yang tak pernah tengok daging babi fresh depan mata memang tak dapat bezakan daging babi ke, daging lembu ke, daging kambing ke daging kerbau. Tapi kalau daging ayam dengan daging lembu takleh nak beza rasanya ada benda yang something wrong somewhere la kot. Ngee ~_~

OK la, fine..takyah la cari daging ayam yang diletakkan sebelah daging babi kan?
Tapi, kalau ayam itu tidak disembelih mengikut syariah, putus urat merih dengan halkumnya camne? ='(
Bagi yang belajar, mungkin tahu.
Bagi yang tak?
Ya Allah, nauzubillahi min zalik.

Saat-saat manis 'mengerjakan' ayam.
Ada ayam sampai nazak, ada ayam tercabut bulu, ada ayam yang langsung terputus lehernya. Hikhikhik.
Really mizz datt moment =')
Amali sembelihan, last year di KDRI.



Papa Arip & hubby. Dulu classmate, sekarang soulmate =P
Papa Syadid & Ankel Izzu
Antie Syesye & Mama Ciken
Mama Ecah & Mama Ciken
Badan taff, tapi dalam hati ada taman. Papa Arai

KAMI (5 tahun 6 bulan bersama) ",
Yang ada tanda halal pun kadang-kadang macam kompius je statusnya, apatah lagi yang tiada.
Hurm.....


Semoga Allah peliharakan diri kita, kaum keluarga kita, keturunan kita dan sahabat handai kita daripada benda-benda yang diragui. Amin.

Selasa, 21 Januari 2014

Rindu Yang Menggebu

Assalamualaykum.


Baru minggu ketiga/keempat persekolahan, RPT pun dok bingung-bingung lagi tapi perasaan nak cuti lagi dan lagi dan lagi membara sangat-sangat. Hoh, macam tak cuti lama hari tu kan? Dasaaaaaaaarrrr sangattt. T___T

Memang rasa lama gila tahun ni. Aduhai.
Padahal minggu depan CNY nya pun kot.
Tah la. Mood masih kelaut, tapi misi menyinga dengan budak masih diteruskan.
Muahaaa..Zalim sangat bunyinya kan?

Ye la, mak pak kena paham, bukan senang nak memanusiakan manusia Kak Kiah Abang Bob oii.
Memanusiakan haiwan tak susah mana, tapi nak memanusiakan manusia bermacam peelnya.
Dalam famili pun ada 5-6 perangai anak-anak yang mak bapak nak kena tangani, cer bayangkan cekgu nak bersilat dengan anak cik kak cik abang yang 30-40 orang sekelas. Cer bayangkan pulak kalau ada-ada hari yang 'istimewa' tu kena layan peel cik kak cik abang pulak, tak ke cepat pendek umur cekgu cekgi tu? 
Sambil tanda buku, terpikior jugak sempat ke tidak nak tunggu had limit pencen 60 tahun. -__________-

CNY nanti bestnya sekolah sy cuti hari Jumaat je. Sehari je. Titik.
Syahdu sangat kan,

Di hari raya, 
Terkenang daku kepada si diaaaa..aaa..aa...aa... (bunyi bergaung-gaung)
Dendang perantauuuu. (erk, tetiba)

Last year memang sy balik, balik Kedah. Apply CRK 2 hari kot, tu pun timbul isu. Ye la, ambik CRK bagai kan, bukan ke Kedah dengan Sarawak ni berjarak 2 marhalah jeeee ;(. So, tahun ni, memang sy tak plan nak balik pon, walaupun rindu giler vavisss kat kekasih halal kan. Memang mindset cenggitu, jadi redha-pasrah-menyerah la. Sekali, osmet-osmet plan nak ke Sabah dengan kawan sesekolah mereka. Dan dah beli tahun lepas dah lagi. Sy cam..Erk???Apahal tak gitaw awal-awal kan, buleh la nk joinnn. Pity me T__T

Lepas tu, mula la keluh kesah.
'Nak dok dengan sape'
'Nak balik Johor cuti sehari je'
'Tanak apply CRK lagi'
'Seramssss dok sorang-sorang ni'

5 minit selepas tahu cenggitu keadaannya, gitaw sang suami masalah dunia yang sy hadapi. Suami cakap,  bia  la dia je terbang datang sini, sebab biasanya kat Semenanjung CNY cuti seminggu. Sy pun, ok!!Set!! Bermula la misi mengugel tiket yang mampu dibeli. Mampu-mampu beli pun habis dalam RM400 jugak la. Sobs-sobs-sobs.

Bila dah kompem book tiket, bermula la pulak misi menghitung hari.
Amek kaw.
Dah mula merindu dendam. Cewaaah.
Mula la terasa lamaaaaaa gila perjalanan hidup untuk bulan Januari . Pheeeew.

p/s:
Tak sabar tunggu 31 Jan!!!
Ya Allah, selamatkan permusafiran suamiku tercinta. Ameen =)



Selasa, 14 Januari 2014

GAGAL LAGI T____T

Assalamualaykum.

Membaca entry tajuk macam menyedihkan bukan, nak-nak lagi di hari Birthday Rasulullah s.a.w ni.
Nak buat macam mana, dah camtu ketentuanNya.
Uhuu...Pity us T__T

Alkisahnya, kali kedua memohon egTukar untuk Januari 2014 resultnya GAGAL.
Dan sy buat rayuan melalui pakcik posmen.
Nak ke Putrajaya sana nun, jauh......
Jauh dari Kelantan dan jauh jugak dari Kedah. Sobss.
Maka, terpaksalah menggunakan pakcik posmen sebagai salah satu ikhtiar.

Tunggu punya tunggu, 10 Jan 2014 termaktublah bahawasanya permohonan pertukaran sy masih GAGAL.
Walaupun dah boleh agak result so-so macam tu, tapi masih berharap jauuuuuuuuuuuuuuuh di sudut hati.
Yela...Kalau ikut logik, nak ke JOHOR je pun, negeri yang terkenal dalam kalangan guru-guru antara negeri yang susah untuk keluar dan paling banyak bebanan kerja. Lagi pulak, alasan sy nak ikut suami dan mintak bandar JB. Tapi, check punya check, GAGAL.

Uhuukkkkkk
Lama gak berteleku.
Muka cam happy depan osmet, xdak perasaan kononnya, tapi.......
Memang sedih sangat-sangat.

Sepanjang hidup, tak pernah lagi sy GAGAL dalam buat apa-apa.
Pendek kata memang LULUS sokmo la. Hahahak.
Riak beb. Keh3.
Tapi, untuk pertukaran ni result sy masih GAGAL.
Uwaaaa.... -__-

Bertapalah sy di bumi Sarawak ni sehingga bulan April nanti.
April nanti isi lagi untuk pertukaran Jun 2014.
Harap-harapnya cukupla perkataan GAGAL tu menjamu pandangan mata sy.
Dah tak sanggup lagi rasanya menanggung bebanan perasaan.
I need my husband.
Uhhh..

Dah la GB sekarang ni selalu jeee bagi gangguan seksual.
Cakap kemain lucah lagi.
Tak padan dengan kurang upaya.
Tensen gak.
Mungkin la padanya berniat bergurau, tapi bab-bab atas katil, dalam selimut bukan untuk gurauan bhaiiii.
Chooooooooooy sangat. Hoh.
Sekali gurauan sebegitu boleh la diterima lagi, ni, main setiap kali nampak muka sy pasti ada soalan 18sx, tak ingat nak mati kuttt.
Buat report kata gangguan seksual boley??
Untung nasib boleh pindah cepat kan?

Cukup la.
Tak larat dah nak dok sini.
Awal-awal posting macam best.
Tapi akhir-akhir ni sy rasa macam sengaja je diberi bebanan tugas yang menimbun.
Masa dah la full 27 masa berbanding dengan orang lain yang purata masa 22-24 je.
Kira full la 27 masa kat sini berbanding dengan Semenanjung.
Kamonnnn, Sarawak kottt.
Tak pe la, tak kisah pun, sebab sy suka mengajar.
Kena buat kerja lain tu yang menyampah tahap cipanzi *tangan ke bahu, mata ke atas*

Sy baru tahu, tiba-tiba je sy jadi jawatankuasa RMT.
Nak kena tengok, kejar murid yang tak makan makanan RMT tu.
Uhhhh...macam kepung ayam nak suruh makan.
Haaa...Macam tu la kot lebih kurang kerja sy.
Sy pun tak tahu.
Tak pernah didedahkan dengan benda tu, tup-tup jadi ajk RMT.
Adoiiii....

Dah la hari yang diberikan kat sy tu hari yang sy full masa mengajar.
8 masa ko!!!
Nak kentut pun tak sempat rasanya.
Memang full.
Tapi, diberi gak sy hari Isnin untuk kepung budak-budak tu.
Betul-betul punya bangkang dengan PK HEM, berjuang jugak untuk tak nak hari Isnin.
Alhamdulillah, dia faham.
Masalahnya dia nak tukar dengan Cg R ni.
Cg R kena bertugas hari Selasa, sy gitaw PK HEM tukarkan sy ke hari Selasa pun takpe walaupun hari Selasa tu sy ada 6 masa. T__T
Cg R tu kemaiiiiiin lagi bantah, dia kata dia ada kelas lepas rehat, nanti dia tak sempat nak makan.
Padahal sebelah pagi dia free kotttttt!!
Bengkek je sy tengok dia.
Kecik besar kecik besar je rasanya.

Cg R ni dia tolak jadi guru kelas, tolak jadi ketua panitia, tolak subjek lain kecuali Bahasa Inggeris, subjek major katanya. BI tu pun hanya tahun 6 dan tahun 1 sahaja. Bajet macam hebat sangat la kan ajar Bahasa Inggeris padahal UPSR tahun lepas BI tu turun lebih kurang 30% kot. So, banyak la masa dia kosong kan?

Eiiiiiiy, geram betul.
Sy ni walaupun major PI, ajar segala mak nenek subjek lain jugak.
Dengan KT, PSK, DSV, PKnya memang tak reti, tapi dah tanggungjawab terpaksa la jugak ajar.
Tak kisah la.
Dah la banyak subjek berbanding orang lain, kena pulak jadi penyelaras buku teks, bilik BOSS, ketua panitia PK, lembaga pelupusan aset, ni yang baru pulak baru dapat tahu RMT. Hoh, dah habis tugas sy????

Yang banyak kerja terus dengan bebanan menimbun,
yang takda kerja terus dengan goyang kaki bukak FB.
Benci betul.

Tak kisah kalau kerja banyak macam mana pun asalkan dapat pindah bersama suami.
Ni, dah la bebanan kerja banyak, bebanan perasaan lagi nak kena tanggung.
Siapa yang paham?
Nehi, Zero.

UHrghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!

p/s:
Patut la ramai guru kena tekanan jiwa, banyak penyakit, mati awal. Nauzubillah.
Ya Allah, mudahkan urusan kami.







Khamis, 9 Januari 2014

VVVVVVVVVIP?

Assalamualaykum.

Sedang syok-syok buka FB kat kelas tahun 1 tadi, ehh?? *kantoi =P* Tuan Pengarah JPN Sarawak datang 'menziarahi' sekolah kot. Tak ke haru sy. Miahaha...
Dah la tahun 1, selamba badak buka laptop pulak kan.

Bukan buka FB, sy sedang buka folder buku teks untuk dikemaskini sebenarnya sebab dah alang-alang murid tahun 1, 3 minggu ni masih dalam minggu transisi. Mewarna, bermain je kejean budak tahun 1 minggu transisi ni, jadi sy buka la laptop untuk buat kerja sekolah yang lain sambil-sambil pantau aktiviti mereka.

Sekali, 
Nampak la kenderaan rasmi JPN masuk dalam pagar sekolah.
Sy ingatkan PPD ke, nazir ke, unit buku teks ke yang biasanya rajin jalan-jalan cari pasal ke sekolah ni.
Padahal Pengarah JPNS kott.
PENGARAH okey?
Bukannya orang bawahan yang biasanya kalau ada majlis apa-apa bila jemput beliau sebagai perasmi sibuk memanjang, dan akan ada la yang akan gantikan beliau, bagi pihak.
Mula la cuak-cuak ubi -__-

Tengok muka serius semacam je, takut la jugak seposen.
Refleksi RPH hari ni belum buat kot. 
Yang hari-hari sebelum ni memang sy belum buat lagi pun. Hahaha.
Serams jugak kan, buatnya nak masuk tengok tahun 1, kebetulan yang sangat 'baik' pulak masa sy yang masuk, memang macam nak kena gantung la kot gamaknya.
T__T

Tapi, mujur la dia tak teringin nak masuk kelas.
Just tengok-tengok kawasan sekolah, sembang-sembang dengan GB.
Pheewwwwww..
Lega macam lepas kena sembelit 5 hari. Ehh? =P

Yang lucunya, ada la rakan guru keluar nak ke kedai makan kat pekan nun, tapi terpaksa patah balik ke sekolah bila dapat panggilan daripada kawan-kawan kat sekolah yang pengarah datang.
Maklom la sekolah kat sini takda kantin-kantin ni.
Cekgu-cekgu, masak air, buat megi jek.
Tak pun, masak air, kacau Kopi Ali Cafe cicah biskut tawar.
Hoho...realiti kot.
Sebab tu rambut semakin gugur. -..-

Yang tengah tu la PENGARAH JPNS, yang baju corak-corak gelap tu GB tersayang


Cikgu-cikgu laki je yang layan beliau. Kekeke..
Pentadbir kompem-kompem la kena layan VVVVIP ni kan.
Haa, yang baju kuning-kuning oren tu PK HEM sy, ore Klate gak, tapi dah terkahwin dengan orang local dan memang tak akan balik kampung dah kot. Huhu.
Cekgu-cekgu pompuan curi-curi amik gambar dari dalam bilik guru.
Paparazi katakan, nak upload dalam FB kot T__T.

Ingatkan garang, tetapi mengikut cite PK KO dan cekgu-cekgu laki, beliau sangat humble, sporting sangat-sangat la. Uhuk...Rugi la pulak tak kenyit-kenyit mata tadi.
Mesti untung besar, dah la hensem, kot-kot la ada harapan nak bodek-bodek mintak transfer.
**Berangan**
Tapi........
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Hensem sang suami cheq lagi. Mizz U!!!!
**realiti**hahak
Anyonyooo...Can Rak Ter Zauj ^,^
Uhuu...kengkawan, tolong doakan keputusan rayuan pertukaran esok berpihak kepada kami ye.
Semoga ada sinar untuk kami bersama sebagai suami isteri dalam erti kata sebenarnya. Ameen.
Tanak ambik tahu, tapi dalam masa yang sama berharap.
Adoi...Peritnya perasaan itu. Huhuk.


Selasa, 7 Januari 2014

Lembaga?

Asaalamualaykum.

Hari ni, PAR sekolah memberi sy sehelai surat.

Secara rasminya sy dilantik menjadi salah seorang lembaga pemeriksa pelupusan.
Apakah itu?
Macam menakutkan jee, macam mengerikan jee?
Apa yang perlu sy buat sebagai lembaga tu?
Kena bangun tengah-tengah malam, pakai kostum ponti ketuk pintu rumah orang?
Ke, dok sebelah jirat usik orang lalu lalang?
Serieuuuuuuus, scary!!
Hadoyaaiiii....

Dah la tempoh pelanttikan selama 2 tahun dan selama itulah sy diberi mandat *ceh, ayat tak menahan langsung* untuk menjalankan tugas seperti berikut:
1) menyediakan Laporan Pemeriksaan dengan menggunakan borang Laporan Lembaga Pemeriksa Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-17)
*huk alohhh.....laporan??menyampah tahhuuuu?

2) Mengemukakan Laporan Pemeriksaan kepada Urusetia Pelupusan Jabatan dalam tempoh 2 minggu selepas pemeriksaan dijalankan.
*laporan lagi?? oh, tidakkkkk!!!!

Tengok kepada tugas macam sikit je....
Dua je kot kan?
Tapi, dua benda tu macam 200 tugas lain.
Eh??Yeke?
Ntah, sy tak tahu skop tugas ni macam mana.

Dah la sy pun pegang bilik BOSS,
Penyelaras kot engkau
Dah la GB bercita-cita tinggi nak wakil itu, wakil ini
Sy ambik alih bilik BOSS dengan keadaan bilik tu kosong
Ciiittt...
Memang nak kena mulakan segalanya dari awal.
Hebat sangat kan?
Miahahaha...
Harap-harapnya tak bertambah hancur dan tunggang terbalik sy buat nanti.

p/s:
Masih mengharap sinar.
Menanti tarikh 10 Jan 2014-Jumaat-
Tarikh rayuan
Macam takde harapan, tapi nak mengharap jugak.
50-50
Nak masuk JB kottt.
Harapnya dapat ya Allah.
Ameen.
Boleh sy skip tugas yang sedia ada.
Ehh?? =D

Rabu, 1 Januari 2014

Tirai 2014

Assalamualaykum.

Hari pertama persekolahan.
Ceh, nak update gak tu yang tak tahan. Ngee.
Update la sementara masih ada masa kan.

Untuk 2014 ni, sy dapat.....

-----

-----

-----

-----

-----

-----

-----

-----

-----

-----

-----

-----

27 waktu mengajar kekdahnya.
Bajet cam mengajar di Semenanjung la pulak ken??
Pheewwwwwww.
Lap peluh.

Berat kot kalau 27 waktu.
GPI & jQAF yang lain hanya dapat dalam 24-25 waktu je.
Sy ni yang speseeeeeeeeel la sangat.
Adakah ni petanda LULUS rayuan 10 Jan nanti????
Kalau la betul-betul LULUS, sy sanggup walaupun masa 35 sekalipon.
*Mengharap keajaiban*
Uhuuk...-___-

Macam biasa la, di SKSM ni sy memang tetap dan berpencen dah sebagai GPI bagi tahap 2.
Tak kisah la. Memang sy suka tahap 2 ni.
Budak besau-besau.
Main psiko sikit dah paham.
Kalau budak tahap 1, cakap la gajah rimau pun buat muka blurr je.
Adoyai...
Tak tahan sy.

So, dalam 27 waktu tu ni subjek sy.
Cekidauttt >__<
1) PAI tahap 2
2) PK tahap 1
3) DSV tahun 1
4) KT tahun 6
5) PSK tahun 6

Seee????

Dalam buku rancangan pengajaran harian sy memang akan lebih banyak tulisan rumi berbanding tulisan jawi.
Silap-silap hari bulan, RPH PI pun kena tulis dalam rumi.
Dah GB tak reti baca Jawi kan..Hik3

Hari senin, fulllllllll masa sy sehari.
Fengsan mak nox...
Yang sedihnya dah kurang masa untuk berfesbuk.
Ehhh???
'__'

Sy pun kompius nak bahasakan diri sebagai apa.
Nak bahasakan ustazah, tak ajar subjek PI,
Nak bahasakan cekgu, macam kekok pulak.
Takkan nak bahasakan mummy pulak kottt.
Dah kenapa??
Bila pulak aku kawen dengan bapak-bapak-bapak-bapak-bapak -amboi- korang kan? =D

Hurm, 
Hari ni 1st tyme masuk tahun 1 untuk DSV.
Nasib masih dalam minggu transisi.
3 minggu kot tak payah mengajar.
Best, best, best!!!!
Haha... Dasarrrr sangat kan?
Gaji nak banyak, mengajar malas. Keh3.
Tapi, dari guru yang garang, bila masuk tahun 1 macam
'kau dah kenapaaa???'
Macam terlebih kanak-kanak dari diorang pun ada.
Main lompat-lompat, nyanyi-nyanyi.
Hussskkkk... Memang tak reti dengan kanak-kanak.
Biasa dapat budak besar, nak tukar watak dengan budak kecik payyyyyyyyyyaaaaaaaaaaaaah sangat rasanya.
Kalau budak kecik sangat 1-4 tahun, reti la.
Memang syok ah gentel-gentel diorang.
Tapi kalau 6-9 tahun ni, cam...eiyuuuhhhh????
Takpela...
Sy cuba setakat yang termampu.
Muhasabah diri balik.
Tukar tune perwatakan.
Miahahahaha.

P/s:
Nasib baheek korang tahun 1, kalau tahun 4, 5, 6 buat perangai gitu, memang kena cekik2!!!