Assalamualaykum.
Baru minggu ketiga/keempat persekolahan, RPT pun dok bingung-bingung lagi tapi perasaan nak cuti lagi dan lagi dan lagi membara sangat-sangat. Hoh, macam tak cuti lama hari tu kan? Dasaaaaaaaarrrr sangattt. T___T
Memang rasa lama gila tahun ni. Aduhai.
Padahal minggu depan CNY nya pun kot.
Tah la. Mood masih kelaut, tapi misi menyinga dengan budak masih diteruskan.
Muahaaa..Zalim sangat bunyinya kan?
Ye la, mak pak kena paham, bukan senang nak memanusiakan manusia Kak Kiah Abang Bob oii.
Memanusiakan haiwan tak susah mana, tapi nak memanusiakan manusia bermacam peelnya.
Dalam famili pun ada 5-6 perangai anak-anak yang mak bapak nak kena tangani, cer bayangkan cekgu nak bersilat dengan anak cik kak cik abang yang 30-40 orang sekelas. Cer bayangkan pulak kalau ada-ada hari yang 'istimewa' tu kena layan peel cik kak cik abang pulak, tak ke cepat pendek umur cekgu cekgi tu?
Sambil tanda buku, terpikior jugak sempat ke tidak nak tunggu had limit pencen 60 tahun. -__________-
CNY nanti bestnya sekolah sy cuti hari Jumaat je. Sehari je. Titik.
Syahdu sangat kan,
Di hari raya,
Terkenang daku kepada si diaaaa..aaa..aa...aa... (bunyi bergaung-gaung)
Dendang perantauuuu. (erk, tetiba)
Last year memang sy balik, balik Kedah. Apply CRK 2 hari kot, tu pun timbul isu. Ye la, ambik CRK bagai kan, bukan ke Kedah dengan Sarawak ni berjarak 2 marhalah jeeee ;(. So, tahun ni, memang sy tak plan nak balik pon, walaupun rindu giler vavisss kat kekasih halal kan. Memang mindset cenggitu, jadi redha-pasrah-menyerah la. Sekali, osmet-osmet plan nak ke Sabah dengan kawan sesekolah mereka. Dan dah beli tahun lepas dah lagi. Sy cam..Erk???Apahal tak gitaw awal-awal kan, buleh la nk joinnn. Pity me T__T
Lepas tu, mula la keluh kesah.
'Nak dok dengan sape'
'Nak balik Johor cuti sehari je'
'Tanak apply CRK lagi'
'Seramssss dok sorang-sorang ni'
5 minit selepas tahu cenggitu keadaannya, gitaw sang suami masalah dunia yang sy hadapi. Suami cakap, bia la dia je terbang datang sini, sebab biasanya kat Semenanjung CNY cuti seminggu. Sy pun, ok!!Set!! Bermula la misi mengugel tiket yang mampu dibeli. Mampu-mampu beli pun habis dalam RM400 jugak la. Sobs-sobs-sobs.
Bila dah kompem book tiket, bermula la pulak misi menghitung hari.
Amek kaw.
Dah mula merindu dendam. Cewaaah.
Mula la terasa lamaaaaaa gila perjalanan hidup untuk bulan Januari . Pheeeew.
p/s:
Tak sabar tunggu 31 Jan!!!
Ya Allah, selamatkan permusafiran suamiku tercinta. Ameen =)


