Assalamualaykum.
Khamis, Jumaat & Sabtu yang lalu, sy telah diarahkan serta dikerahkan supaya menghadiri kursus KSSR Bahasa Arab Tahun 3, bertempat di PKG Lundu.
Sy anggap 'perkara itu' adalah zalim. Kenapa zalim??Haha..Xleh blah je kan zalim bagai. Definisi zalim ialah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Yep, memang betul pun. Walaupun semasa menuntut kat IPG zaman dahulu kala, minorku adalah Bahasa Arab & Al-Quran, tapi majorku adalah Pendidikan Islam. & tidak dapat disangkal lagi, sy bertugas di SK Stunggang Melayu ini pun memegang status sebagai guru Pendidikan Islam tahap 2. Pasal KSSR memang sy bx terlibat langsung pun.
Tapi...........................
Sekolah mengarahkan sy menghadiri kursus KSSR Bahasa Arab ni jugak!!
Padahal, jQAF pelatih yg kononnya bertaraf pendidikan ter____ paling_____ amat tinggi dari UIA (katanya) memang sah-sah akan mengajar Bahasa Arab x kena pergi la pulak, dengan alasan masih pelatih. Kalau kena attend kursus dan-dan tyme tu gak la mengaku diri tu pelatih, kalau x semedang eksen.
Jadinya, sebagai guru yang berkakilebar sy pun tergedek-gedek la menghadiri KSSR tu. Hurm, 3 hari memendam perasaan kot. Dah la pemberi ceramah tu suka sangat soal menyoal, tanya menanya dalam bahasa Arab, memang memalukan sungguh. Dah 2 tahun meninggalkan alam bahasa Arab. Nahu, baris, memang lintang pukang.
Kata housemet, muka memang xda seri peserta kursus langsung. Haha...
Tapi, yg sy bimbangkan buatnya tahun depan sy terpaksarela kena mengajar bahasa Arab sebab kebanyakan peserta kursus tersebut memang bakal-bakal guru yang akan mengajar bahasa Arab tahun 3, tahun 2013. Adoi..Harap-harapnya x la kan? T__T



