Assalamualaykum.
Sebelum ke Serikin-Kuching pg tadi, sy sempat postkan kat wall fb sy tentang ni..bukan niat nk menagih simpati, tp mengingatkan sy & adik2 tentang betapa lama dah ummi meninggalkan kami sekeluarga...walaupun tanpa rela, kami redhakan pemergiaannya dijemput Ilahi.....
Sy x sempat bagi ummi merasa gaji sy yg pertama...X sempat nk bagi ummi menatap wajah sy saat menerima ijazah... X sempat sy membalas jerih perih beliau melahirkan & membesarkan sy yg teramat banyak karenah ni... X sempat juga dukung cucu pertama *erk...menantu pun belum ada~berangan!
Pada tarikh ini, 12 Mei, 5 tahun yg lepas...sebaik sahaja turun dari bas eksperes dr KB ke KT, sy dikejutkan dengan deringan telefon dari keluarga bukan dari abah, tapi mak saudara memberitahu bahawa ummi yg teramat sy kasihi telah pergi meninggalkan kami buat selamanya.
Tergamam.
Terpaku.
Terkesima.
Setitis air mata pun x terkeluar. Sy x mampu untuk berkata apa-apa... Pada masa itu sy hanya ada Nona menemankan sy naik bas sama-sama untuk ke IPG. Dy tanya sy banyak-banyak kali. Tp sy hanya mampu serahkan henset & menggelengkan kepala.. Masa tu kami dalam van prebet di MPKT. Sy cuma tahu nak balik terus ke kampung...untuk menatap wajah ummi.
Tapi, panggilan dari abah menyedarkan sy. Abah suruh sy kembali ke IPG dahulu sebelum sepupu sy akan ambil sy di asrama. Dengar suara abah sahaja baru air mata sy mengalir tanpa dapat ditahan. Sebelum naik bas di Kelantan sy masih dapat bercakap dengan ummi, masih dapat peluk beliau, tp sampai je di Terengganu 3jam kemudian, sy sudah x berpeluang untuk menatap wajah kesayangan terindah sy buat selamanya.
Sepupu yg datang ambil sy balik sampai ke IPG masa maghrib & selepas itu terus bertolak balik ke kampung. Semua lampu merah dilanggarnya & sy sampai ke rumah hampir pukul 9. Seluruh kawasan rumah sudah dipenuhi orang kampung. Buka je pintu kereta, sy mula-mula nampak wajah abah. Abah pimpin sy, tp sy x dapat berjalan...seolah-olah macam lumpuh.... Abah papah sy, sy bergantung pada leher abah naik atas rumah. Sy rasa sy kuat, tp sy kalah dengan mainan emosi. Air mata usah dicakap..,
Bayangkan...
Tengahari tadi sebelum sy meninggalkan rumah, ummi masih tersenyum merelakan pemergian sy menuntut ilmu di bumi Terengganu, tp..sy sampai ke rumah pada malamnya pada hari yg sama hanya jenazahnya terbujur kaku menyambut kepulangan sy. Bunyi macam klise...tp inilah realitinya..
Selepas menatap wajah ummi dengan dipapah abah, baru sy teringat yg sy masih ada 3 orang adik yg semestinya sedih sama seperti sy. Sy kesat air mata, sy cari Hakim (14 tahun), sy pandang dy, sy peluk dy. Sy cari pula Fatin (11 tahun), tanpa suara sy peluk adik kedua sy. Masa peluk Fatin sekali lagi air mata x dapat ditahan. Mungkin sebab perempuan sama perempuan... Hati lebih tersentuh. sy peluk Hazim (7 tahun), adik lelaki bongsu sy, tapi mungkin sebab dia masih belum mengerti apa-apa, kurang reaksi terpancar pada wajahnya....
Sy terkilan kerana sy x berpeluang memandikan jenazah ummi sedangkan beliau pernah memberitahu teringin untuk anak-anak mandikan jenazahnya. masa dan keadaan x mengizinkan. Kucupan terakhir sempat dihulurkan pada kedua pipi dan dahi beliau sebelum dikafankan sepenuhnya. Sy melihat saat-saat sekujur tubuhnya dikafankan sepenuhnya tanpa riak perasaan. Mengikut sunnah menyegerakan pengkebumian, ummi dikebumikan malam itu juga. Di kuburan, sekali lagi air mata menitik tanpa disedari.
Bangun keesokan harinya, perasaan seperti kosong...Xsedar bila tertido semalamnya... Macam tiada perkara menyedihkan berlaku sebelumnya. Lama terdiam, baru sy sedar ummi telah meninggalkan kami buat selamanya. Sy anak sulung, apa yg perlu sy buat? Berhenti belajarkah demi jaga adik-adik? Penat berfikir,sy tertido lagi...Bangun dari tido tanpa ada suara ummi becok memarahi sy bangun lewat seperti kebiasaannya, satu suasana asing. Tapi inilah yg akan sy & keluarga hadapi selamanya.
Hanya doa & sedekah jariah atas nama ummi yg mampu sy buat selepas ketiadaannya. memang perit, orang yg x merasainya x akan mengerti makna sebuah kehilangan tersebut.....Sy belum puas berbakti kepada ummi, niat di hati ingin menyerahkan gaji pertama kepada beliau..tapi, perancangan Allah melebihi perancangan kita... Sy redha walaupun perit.
2 tahun selepas pemergian ummi, abah bertemu jodoh dengan ma. Sy yg mengaturkan pertemuan mereka, tapi jodoh itu di tangan Allah. Memang, ma x dapat mengganti ummi tapi sekurang-kurangnya adik-adik sy masih dapat merasai belaian seorang ibu, walaupun bukan ibu kandung dan abah mempunyai teman untuk menemani hari-hari tuanya. Syukur, Allah x datangkan ma seperti dalam cerita bawang putih, bawang merah yg amat kejam itu & kami dapat menumpang kasih daripada ma. Tiada siapa yg dapat mengganti ummi, tapi ma adalah anugerah Allah kepada keluarga kami juga. Sy sayang ummi, sy sayang ma, sy sayang abah, sy sayang adik-adik sy, sy sayang keluarga sy, sy sayang sahabiah sy.
Orang lain menyambut hari ibu dengan pelbagai hadiah, tapi sy sambut hari ibu dengan bacaan yaasin. Orang lain sambut hari ibu dengan ibu, tapi sy sambut hari ibu tanpa ummi, hanya ma..
Ummi,
Ayong dah grad, bertugas buat pertama kali juga di SARAWAK. Alhamdulillah, menjadi ustazah juga seperti ummi, harap dapat berbakti dengan cemerlang macam ummi juga.
Alhamdulillah, setakat ni Hakim al-Hafiz dah mampu hafaz quran seperti yg diidamkan ummi yg mahu paling kurang seorang zuriatnya hafiz/hafizah & berjaya menjejakkan kaki di bumi anbiya' demi mencari ilmu.
Alhamdulillah, Fatin masih cemerlang, menyapu semua A dalam setiap peperiksaannya setakat ni. Harap-harap dy berjaya mencapai impiannya untuk menjadi doktor, mencari penawar untuk kanser yg menjadi penyebab ummi dijemput Allah.
Alhamdulillah, Hazim semakin matang berbanding dulu. Harap-harap dy berjaya menempatkan diri di sekolah tahfiz juga.
~AL-FATIHAH~
Apapun yg beraku, hanya Allah yg Maha Mengetahui segala perancangan yg telah diaturkanNya.
Hargai apa yg sudah kita miliki sebelum kita kehilangan benda itu.... Selepas 5 tahun, baru mampu meluahkan segala...........Terima kasih atas suntikan semangat semua...
