Rabu, 27 Februari 2013

Rindu serindu rindunyaa....

Nah, tempek 1 yg ni..


Rindu kat kengkawan zaman muda2...huhu...Semua dah kawin, tinggal my beloved bumet dgn syesye je lagi. Yang lelaki pun dah kurang stok bujang. Ada yang dah jadi mak bapak orang dah pun..Muaahaa...rindu korang!!

Isnin, 25 Februari 2013

Sebak Bertandang

Assalamualaykum.

Tergerak hati mengklik link yang Kak Izz tempek. Hurm, mentang-mentang hari ni cuma 2 masa je waktu mengajar kan? Rilek la sy mengoogle sini sana. Hampir menitis air mata dalam bilik guru ni bila membaca en3 daripada allahyarham Nafastari & isterinya, Mawar Nafastari

Hanya hambaNya yang terpilih yang dipilihNy untuk diuji. Teringat saat-saat cinta hati sy meninggalkan kami sekeluarga 6 tahun lalu..... Hanya orang melalui akan merasainya...

Semoga Allah menempatkan roh Ummi, allahyarham Nafastari & semua muslimin muslimat bersama golongan yang terpilih serta tempatkan mereka di syurgaNya.

Al-Fatihah.

Hebat sangat ker?

Assalamualaykum.

En3 bengang lagi. Adoi..Selagi x buleh tukar selagi tu la perasaan cenggini datang. I dun like it but I must face it. Muaha. Speaking ko..Walaupun sy bukan salah seorang bekas penuntut UIA. Hoh, engko ingat UIA jek reti speaking?? KDRI lagi ramai yang hebat-hebat meletops pe kan..

Bajet betul la nak lect datang observe. Mengajar bukan la wonderful, wondergirl sangat pun, tapi bajet cenggitu. Berbulu telinga eden selaku guru pembimbing. Masa observe memula ritu pun kelas memang x dapat dikawal & I dengan murah hatinya memberi 1-2 markah..haha...bukan balas dendam na, memang realiti kot. Dah budak berguling-guling, x kan nak bagi markah 10 kot? Memang kena rasuah la tu. I x makan rasuah, I makan nasik jew. Pheew...

Hurm..Nantazir wa nara, kalau dapat bodek lect nanti dapat la result yang diidamkan kan? Yang guru pembimbing ni bagi markah cukup-cukup makan jek sebab Ai yang menghadapnya hari-hari, jadi Ai tahu cenggane attitude engko. Harap-harap buleh pindah nanti, x sanggup tambah dosa & x sanggup menghadapi si talam nam puloh ratos muka. Huh~~

Ahad, 24 Februari 2013

Cubaan Menghabiskan Duit di Hari Payday

Assalamualaykum.

Sedang dalam proses meneliti & merenungi produk-produk kesihatan ni. Haha..Teringin nak 'menerai' suplement-suplement kesubursihatan. Muahaa...Bajet sangat kan? Tengah memilih-milih antara Biodex atau Shaklee.

Yang mana lagi baik & berkesan tanpa ada efek pepe kemudian hari eh antara Biodex & Shaklee? Hoyya...Susah jugak la speasis penakut ubat cam sy ni nak maman benda-benda cenggitu. Tapi, rasa nak menerai tu ada, mentang-mentang hari ni payday ken... Sape yang pernah 'terai' buleh suggest x produk mana yang lagi baik? Hoho...

Takut menyesal je nanti kang beli memahal tai x makan. Dah tanya kawan yang produk Shaklee tu, 3 jenis = RM 236 (lebih kurang harganya) untuk tempoh 2-3 bulan. Produk Biodex dalam RM 90 untuk 1 jenis. Semangat giler kan? Haha...Usia semakin meningkat, rasa perlu gak meranggos benda-benda gitu walaupun jenis yang penakut ubat.

Dan, antara cubaan lain mengabiskan gaji bulan Februari ni ialah sy dah book 2 pasang baju. Haha...Melampau kan. Saving gak sket untuk pepe benda masa nak ambik kereta nanti. Hua3.. Sang suami, sila bank in kan gaji anda separuh ye yuntuk isteri anda yang brutal lagi comey ni. Ekekeke

Isnin, 18 Februari 2013

Happy Birthday Sweetheart ^__^

H.A.P.P.Y. B.I.R.T.H.D.A.Y. E.N.A.S.B.E.N

Haha...Baik perangai punya bini kan? Dah expired dah tarikh besdey beliau. 13 Februari lepas. Muehehe... Cenggane nak abadikan dalam ini belog, sebab masa hari kejadian tu sy ada kat kampung, berkepit dengan my lovely darling. Lappy tinggal camtu je kat Sarwak nim. Hahak..

Kemain lagi kan, masa x sah suami isteri sanggup tunggu kol 12 kot semata-mata nak wish besdey, bila dah sah lagi halal tanpa was-was, nak tunggu kejap cam mengantuk sangat-sangat. Dasar sangat kan? Ngeh2. Memang syaitan yang terkeji suka sangat kita buat dosa, usaha jugak supaya kita berdosa. Huhu..

Tapi x perlu wish tru sms/mms sebab si dia ada depan mata kot. Wish je secara live. Memang nikmat berkapel lepas kawin. Alhamdulillah, diberi peluang oleh Allah merasa nikmat itu. Sebelum kahwin kami memang x pernah keluar berdua, cuma sepanjang perkenalan kami 5 tahun 6 bulan sekali sahaja kuar ala-ala dating sebab pergi cari cincin. Tu pun kena mintak tolong osmet-osmet tersayang temankan. Tengkiu Puan Nona & Cik Bumet. Tebal muka toksah cite nak mintak diorang temankan. Seminggu cari ayat yang sesuai untuk mintak tolong diorang. Malu wo... X pernah ada pengalaman kan.

2 dari kanan sy adalah Puan Nona & Cik Bumet. Semua masih teruna dara lagi masa tu =p

Memang pernah kuar bersama-sama, tapi semuanya disebabkan aktiviti kelas & tutorial. Main jeling-jeling mata je la. Haha. Nak bergayut sakan cam orang lain pun xda. Paling lama cakap sebelum kahwin pun kurang daripada 10 minit. Dari layan mulut bercakap, lebih baik tido. Ye, kami mengamalkan dasar mata didahulukan perut diutamakan. =p

Daripada habiskan kredit, lebih baik tido. X perlukan duit. Maklumlah, hidup masa tu bergantung 100% dengan elaun. Memang x paham camne orang boleh sembang dengan awek-pakwe berjam-jam lamanya. Huhu.. Alhamdulillah, kami terpelihara & dipelihara oleh Allah dari dari segi zina kaki, zina mata, zina telinga, zina mulut. Cuma terbabas gak dari aspek zina hati, sebab kami sokmo gak bermesej. Harap-harap Dia ampunkan dosa-dosa lampau kami. 

Haha..dah-dah la melalut, meraban kan. Sebelum ni bagi hadiah besdey pun curi-curi je. Letak dekat Wakaf JPP la (warga KDRI je yang taw tempat tu =P ), celah-celah pagar asrama la, bawah meja dalam bilik kuliah & pelbagai tempat di kawasan kampus. Kenangan beb..Hehe

Tapi lepas kawin, xda maknanya nak curi-curi letak camtu. Yela, kalau buat camtu lagi, 1 hal la pulak nak kena pergi Terengganu lagi kan? =P.. Kebetulan masa seminggu sempena CNY hari tu, jatuh pada masa hari lahir sang suami, so sy bagi peluang beliau sendiri pilih hadiah. Memula nak belikan enset sebab enset beliau kekadang bunyi, kekadang bisu tapi tuan punya badan tak nak la pulak. Depan-depan macam frust la konon  xnak enset tu, tapi belakang beliau siap melompat-lompat bintang lagi. Haha...Dasarrr bini kedekut kan. Keh3

Last-last, hari terakhir sebelum ke Sarawak tanya beliau dari hati ke hati sangat  apa yang beliau mengidam nak miliki. Sanggup bagi apa je yang beliau inginkan, kuserah jiwa raga bakul tong kepadamu dengan syarat harga x lebih sekian-sekian. Siap ada had limit harga lagi tuuu....
Sekali beliau cakap, 
"cukuplah Ayang sebagai anugerah terindah dalam hidup Abang"

Cair beb, cairrrrr!! Haha

Pujuk punya pujuk, lepas deal dengan perodua (opps...tersengajalepas taip pulak), kami menghala ke Danga City Mall untuk mencari hadiah beliau. Sebelum kawen, siap balut dengan renda-renda lagi lepas tu sembur-sembur perfume...erk...tapi, bila dah kawen suh cari hadiah sendiri lagi. Balut hadiah? Nan hado!!Xda maknanya, nak balut-balut bagai, dah tuan badan sendiri pilih kan. Cuak gak memula, fikirkan $$$$$ akan melayang-layang, tapi nasib baik masih dalam perbajetan. Sayang abang!! =D

Mempersembahkan....
-
-
-
-
-
-
-
-
- Tarra -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

A'ah...GPS. Tah sebab pe gila sangat-sangat kat benda ni. Nak g epot Senai pun, main pakai GPS kot T__T. Takpela abang, rindu bini nanti peluk GPS tu ye. Kami pilih jenama PAPAGO dari yang asal tengok nak beli GARMIN sebab soal selidik pakcik jurujual tu dy cakap lg banyak fungsi PAPAGO walaupun harga hanya berbeza RM2. 

Selamat hari lahir suamiku sayang. Semoga panjang umur, murah rezeki, diberkati Allah sentiasa. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Sayang abang sangat-sangat walaupun berbeza beribu-ribu kilometer. T__T. Jaga diri, jaga iman =)


Ahad, 17 Februari 2013

Angkara PAS!!

Assalamualaykum.

Muahaha..Muakeke...

Hot nampak tajuk ken? Bikin gempak sungguh la. Uip..cekgu x boleh berpolitik. Kena tindakan tatatertib nanti kan. Dak aih, bukan cheq nak berpolitik, tapi cheq betul-betul sokong nam juta ratus kali la tajuk Utusan Malaysia tu. Hangpa buleh cek kat sini no..-klik sini- 
Huhu..tetiba murtad dari loghat endiri kan T___T

Tapi...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Betul ke angkara PAS 500000 rakyat negeri ambo terpaksa berhijrah ke negeri lain? Ambo kompius sebabnyo ambo raso-raso banyak kot kekosongan penempatan cekgu cekgi d negeri ambo tu. Ambo cek doh. Meme ado la kosong, tapi bakpo ambo kena hijrah gak mari Sarawak 'terchenta' ni jugok? Ambo meme tok pehe la.

Jolo ko angkara PAS? Kalu jolo gak, harap-harap lepas ngundi ambo buleh kelik klate la deh. Ko guano? Ambo xrajin terpikir la pulok mugo gini, tapi bila dah Perdana Menteri sendiri hok oyak lagu tu jadi ambo terpikir gak la. Tapi ambo pelik gok, ambo mari Sarawak ni buke sebab ambo nak kaya raya mace Ketua Menteri sini pun, tapi sebab ambo kena mari sini. Jadi nok tok se ambo pun mari la jugok. Ambo ado dah pitih samah duwo, tanah ada la 2,3 ekar, ma abah pun dok kapung jah, aye itik ambo pun dok kapung jugok, cukup la. Kawe tok se banyok mano pun, sebab buke buleh bowok masuk lube kubur pun dok?

Jadi, kalu betul la angkara PAS, wahai barisan pemimpin yang disanjungi, hantarkan ambo kelik kapung deh. Tok leh balik kapung sangat pun, ata la ambo kelik dok denga tok laki. 

nbhAngkara Pas: 500,000 rakyat Kelantan berhijrah

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Lebih 500,000 rakyat Kelantan terpaksa berhijrah ke negeri-negeri lain di Malaysia akibat kegagalan kerajaan negeri yang diterajui Pas menyediakan peluang pekerjaan.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, keadaan itu menyebabkan rakyat Kelantan mahu melihat perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri.
''Sambutan menggalakkan oleh rakyat Kelantan dalam program-program anjuran Barisan Nasional (BN) baru-baru ini membuktikan mereka ingin BN membawa perubahan untuk masa hadapan yang lebih gemilang.
''Kita juga mahu memastikan generasi akan datang terus mengecapi keamanan dan kemakmuran," katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Perdana Anak-anak Kelantan 2013 yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini.
Yang turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengerusi Perhimpunan Perdana Anak-anak Kelantan 2013, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri turut menjanjikan kejutan besar kepada Najib dengan kejayaan BN menawan Kelantan dan memenangi lebih banyak kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Menurut beliau, rakyat semakin bosan dengan kegagalan kerajaan Pas Kelantan menguruskan negeri dengan baik dan mereka juga mahu memastikan tanah-tanah di negeri itu dimiliki oleh orang Kelantan.
''Kita mahu menawan semula Kelantan dan pada masa sama, kita mempertahankan Putrajaya. Hari ini kita mahu menyatakan kebangkitan rakyat Kelantan dan memberikan komitmen kepada Perdana Menteri untuk terus berjuang bersama beliau," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130218/po_03/Angkara-Pas-500000-rakyat-Kelantan-berhijrah#ixzz2LDPRzw5Q
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Khamis, 7 Februari 2013

Pen Off

Assalamualaykum.

Dengan ini mengumumkan bahawasanya sy seperti nama dan alamat tersebut pen off seminggu. Muakaka...

Mood bercuti neh.. Seminggu meninggalkan keserabutan berada di bumi Sarawak. Hoho..Harap-harap flight  tak delay atau rechedule. Hua2, x sabar nak kembali ke pangkuan teet ni. Lalala..

Mood dengan kanak-kanak kat sekolah pn ok jek hari ni. No more cubit-pukul-tampar-pijak. Wah, cam sadis tol bunyi cekgu ni yep? Xda la sampai tahap cenggitu..Sket2 je. Hihi.. Hari ni aktiviti PdP adalah menyanyi jek. Kalau hari-hari camni sure senonot giler budak-budak tu. T__T

Doakan selamat permusafiran sy hari ini & seminggu akan datang. Mood bercuti!!

Isnin, 4 Februari 2013

Sy Seorang Guru Pembimbing

Assalamualaykum.

Wahaa..Ngeri punya tajuk. Memang, dengan ini diisytiharkan sy adalah seorang guru pembimbing!! Muakaka.. Umur 25 tahun (bulan 10 baru cukup 26 =p) dah membimbing orang? Pengesahan jawatan pun belum ken? Pengalaman mengajar cun-cun setahun kot. Hoho horlicks ^^

Susah taw nak bimbing orang yang lebih 'terpelajar' dari kita ni, tambahan lulusan daripada Universitas Internasional gitu dong. Susah giler-giler, maklumlah sy hanya belajar kat maktab, sebutan dolu-dolu @ IPG dalam bahasa standard sekarang ni. Susah, antara 2 darjat giler nampaknya kan?

Walaupun hanya memiliki pengalaman setahun dalam dunia pendidikan, tapi sy ada degree dalam bidang perguruan kan? KPLI @ jQAF atau apa sahaja yang seangkatan dengannya, masuk IPG hanya untuk meraih segulung DIPLOMA PENDIDIKAN kan? Degree yang 1st class, 4.00 ponter hanya degree dalam bidang yang bukan pendidikan kan? Muhaa... Ai sudah riak.. =p Tapi, riak untuk segelintar golongan yang x sedar diri je. Hua2 -____-

Secara peribadi, memang sy rasakan x layak untuk menunjuk ajar orang sebab takut kalau-kalau salah ajar nanti jadi kurang ajar pulak kan...tapi disebabkan sekolah mengamanahkan cenggitu terpaksa la dengan berbesar berat hatinya terpaksa menerima tanggungjawab tersebut sambil mengelap peluh. Fuh...

Terpaksa rela sy membimbing insan-insan yang terlalu terlampau tersangat hebat lulusan Unibersiti tu. Hoyya... Dah la kena observe 7 kali, buleh muntah ijau kelabu asap sy dibuatnya. Observe saja-saja sikhal, tapi tang nak beri markah tu susah sikit. Adoi, kang x pasal-pasal dapat markah setaraf budak tadika je kalau cari pasal dengan sy. Haha..Ugutan tu beb...Toing2..

Sape-sape yang akan sy bimbing, behave! Wah, cam best jek kan? 
Nak cemerlang, markah 1000000% pergi umah hantar stelobeli 7 tan, peach 60 kilo, sponser tiket MAS kelas pertama setiap bulan (pembiming nak balik jumpa laki), isi full tank Honda sy dan lain-lain syarat yang akan dikemukakan kemudian. 

Tapi!!

Kalau jumpa pembimbing pun tarik muka,

Kalau masuk kelas mengajar 5 minit lewat tu jarang-jarang la, 15 minit lewat yang selalu lewat,

Buku latihan murid banyak kosong,

Banyak komplen tentang pengagihan masa,

X suka mengajar minor sebab rasa terbeban & bukan tanggungjawab

C A M N E????

Tensen guru pembimbing..huk3

Harap-harap Allah permudahkan segalanya. Sy akan profesional kalau orang pun profesional dan mengikut landasan yang betul. Kalau x..Hurm..fikir sendiri, rasanya semua berpandangan sama kot.

p/s: Akan 'menyetart' observation hari ni =p



Sabtu, 2 Februari 2013

Di Persimpangan Dilema

Assalamualaykum

Sy di persimpangan dilema sekarang. Uhuk..Tulun2!!


Yang mana lagi ok? Keliru, bercelaru. Tapi sy masih sayangkan MR QAA ____ B sy... T__T