Ahad, 17 Februari 2013

Angkara PAS!!

Assalamualaykum.

Muahaha..Muakeke...

Hot nampak tajuk ken? Bikin gempak sungguh la. Uip..cekgu x boleh berpolitik. Kena tindakan tatatertib nanti kan. Dak aih, bukan cheq nak berpolitik, tapi cheq betul-betul sokong nam juta ratus kali la tajuk Utusan Malaysia tu. Hangpa buleh cek kat sini no..-klik sini- 
Huhu..tetiba murtad dari loghat endiri kan T___T

Tapi...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Betul ke angkara PAS 500000 rakyat negeri ambo terpaksa berhijrah ke negeri lain? Ambo kompius sebabnyo ambo raso-raso banyak kot kekosongan penempatan cekgu cekgi d negeri ambo tu. Ambo cek doh. Meme ado la kosong, tapi bakpo ambo kena hijrah gak mari Sarawak 'terchenta' ni jugok? Ambo meme tok pehe la.

Jolo ko angkara PAS? Kalu jolo gak, harap-harap lepas ngundi ambo buleh kelik klate la deh. Ko guano? Ambo xrajin terpikir la pulok mugo gini, tapi bila dah Perdana Menteri sendiri hok oyak lagu tu jadi ambo terpikir gak la. Tapi ambo pelik gok, ambo mari Sarawak ni buke sebab ambo nak kaya raya mace Ketua Menteri sini pun, tapi sebab ambo kena mari sini. Jadi nok tok se ambo pun mari la jugok. Ambo ado dah pitih samah duwo, tanah ada la 2,3 ekar, ma abah pun dok kapung jah, aye itik ambo pun dok kapung jugok, cukup la. Kawe tok se banyok mano pun, sebab buke buleh bowok masuk lube kubur pun dok?

Jadi, kalu betul la angkara PAS, wahai barisan pemimpin yang disanjungi, hantarkan ambo kelik kapung deh. Tok leh balik kapung sangat pun, ata la ambo kelik dok denga tok laki. 

nbhAngkara Pas: 500,000 rakyat Kelantan berhijrah

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Lebih 500,000 rakyat Kelantan terpaksa berhijrah ke negeri-negeri lain di Malaysia akibat kegagalan kerajaan negeri yang diterajui Pas menyediakan peluang pekerjaan.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, keadaan itu menyebabkan rakyat Kelantan mahu melihat perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri.
''Sambutan menggalakkan oleh rakyat Kelantan dalam program-program anjuran Barisan Nasional (BN) baru-baru ini membuktikan mereka ingin BN membawa perubahan untuk masa hadapan yang lebih gemilang.
''Kita juga mahu memastikan generasi akan datang terus mengecapi keamanan dan kemakmuran," katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Perdana Anak-anak Kelantan 2013 yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini.
Yang turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengerusi Perhimpunan Perdana Anak-anak Kelantan 2013, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri turut menjanjikan kejutan besar kepada Najib dengan kejayaan BN menawan Kelantan dan memenangi lebih banyak kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Menurut beliau, rakyat semakin bosan dengan kegagalan kerajaan Pas Kelantan menguruskan negeri dengan baik dan mereka juga mahu memastikan tanah-tanah di negeri itu dimiliki oleh orang Kelantan.
''Kita mahu menawan semula Kelantan dan pada masa sama, kita mempertahankan Putrajaya. Hari ini kita mahu menyatakan kebangkitan rakyat Kelantan dan memberikan komitmen kepada Perdana Menteri untuk terus berjuang bersama beliau," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130218/po_03/Angkara-Pas-500000-rakyat-Kelantan-berhijrah#ixzz2LDPRzw5Q
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan