Ahad, 30 Jun 2013

Perihal waran

Assalamualaykum.

Hari minggu yang amat meletihkan tapi menggembirakan. 
Sy ambik pakej 2 hari 1 malam kat umah rumet di Matang nun. Muahaaa...Datang tak diundang, lagi memaksa dia menerima sy untuk bermalam di sinun. Keji punya perangai.

Rumet sy ni setia giler dengan sy. Dok asrama IPG 3 tahun sebilik dengan beliau, sekelas apetah lagi, 5 tahun 5 bulan kuutt...Bila kami dihalau keluar dari asrama (kes asrama IPG tak cukup untuk memuatkan bakal guru yang terlalu ramai), kami menetap di 2 buah rumah sewa & guess what, sy masih bersama dengan bumet ni sebilik 2 tahun 5 bulan lagi. Belia orang Kodah, & sekali lagi kebetulan yang dah tahu sang suami pon orang Kodah. Kalau jenjalan ke Aloq Staq tu leh singgah makan kat umah beliau dulu *sebab nak jimat duweet* Betapa serasi bersamanya kami. Sampaikan kentut pun leh cam dah kepunyaan dia. -__-

Dan......

Sekali lagi, 'nasib baik' menyebelahi kami apabila beliau pun turut dipostingkan di bumi Sarawak ni bersama sy!!! T__T.. Tak tahu tulah siapa..Muahaha.... Memang tak terpisah jauh, sy di Lundu, dia di Padawan. Drive dalam 80-90km dengan had laju 20km sejam, sampai la sy ke rumah beliau lebih kurang setengah jam kendian. Erk...Tol ke 20km sejam? Lol~~

Tyme da kursus kat Kuching ke memang umah beliau jadi hotel singgah sy. *sape soh ko dok area tu mettt* ataupun tyme sy tengah bengang mahupun stressssss tahap cipanzi, memang sy akan ke umahnya. 

Pumpampumpampumpam, terkeluar cite sal waran. 
Untungnyeeeee jadi cekgu kat Sarawak ni...Dapat waran tuuuu... Taw apa waran? Bagi cekgu cekgi atau penjawat awam taw waran tu apa. Hurm, takpela, dalam bahasa globalnya tiket pree habaq hang. Homaigod-homaigod..tiket pree kuuut...ko ada?? Cam gempaq gileeeeeeeerrr kan posting Sabah Sarawak dapat tiket preee & gaji banyak. 

Tapi....

Itu semua poyoooooooo......
*Malas haku nk eleberet lebih-lebih*

Hurm, waran sy lom setel lagi. T__T

Pest tyme g TH Travel kat Satok, sehelai sepinggang dan hampir kena saman sebab tak tunjuk kupon parking. Lalalala... Sy pergi dgn osmet, Kak Ros. Dia pun sehelai sepinggang jugak dan tarikh yang kami mintak tu tak buleh dibooking sebab tak releven dengan permohonan awal waran. Kami pun book untuk tarikh tu la. Begitu begini begitu begini, sy cancelkan tarikh yang kami book tu.. Sebabnya masa Kak Ros dengan Kak Ct uruskan waran untuk kali kedua, sy dah ada atas awan, OTW ke JB =) 

Bila sembang dengan rumet, rupanya status waran sy mula terawang-awang. Mula cemas giler sebab bukan senang nak nek flight tanpa bayaran rite??*walaupun sekali setahun*

Usha, punya usha..hari ni sy kol Sennett Travel kat area Satok juga, try tanya status waran sy, alhamdulillah, masih buleh diguna pakai. Huhu...masih ada rezeki tket preee... Tengkiu bumet bagi no Sennett... Lebih baik urus sendiri dari harap orang... 

Kak Ct dengan Kak Ros, nama je dok sini 4,5 tahun, tapi setiap tahun tetap lupa urusan waran tu cenggana. Penat eden...Wowowowo =(

Cunkan rumet ai..Single lagi ni...Leh isi borang sape yang berminat =P
*U.S*
p/s:
Tengkiu bumet banje ai.. Minggu depan aku g lagi umah mu..Muahaaa

Selasa, 25 Jun 2013

Feeling Lostt...

Assalamualaykum.

Perasaan sekarang macam memula tahu posting di Bumi Puaka ni bak kata Kak Hana. Haha.
Kosong...kosong...kosong...

Buleh tak kalau takde perasaan lagi nak meluahkan perasaan sangat?
Yang pasti...

***
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***

PERMOHONAN ANDA KE JOHOR TIDAK DILULUSKAN.

Harap maklum.

PJJ hingga entah bila.....
Bila mood memunculkan diri nanti sy akan buat en3 khusus..
Sekarang ni rasa cam ting tong lagi. Sekian.

Rabu, 19 Jun 2013

Ya Allah....

Assalamualaykum.

Berita yang tidak ingin didengar.

Guru data menginformkan bahawa TIADA PERTUKARAN berlaku untuk sesi Jun 2013 ni.

Harap-harap itu semua propa semata-mata.
Harap-harap itu adalah Jun Fool setelinga-telinga.
Harap-harap itu adalah prank sehidung-hidung.
 -___- (Sy bukan guru BM)

Sy sangat berharap untuk berkhidmat bersama suami.
Cukup la 2 tahun di sini.
Cukup la sy mendidik orang sini.
Beri la sy peluang untuk didik orang sana pulak.
 Walaupun tekanan keje di JB amat-amat-amat-amat la dahsyat (bak kata sesetengah orang), tapi I rela asalkan boleh bersama dengan suami. Bagi la peluang sy merasa hidup di bandar yang memerlukan duit setiap selangkah pergerakan pun.

Ada yang kata taw keputusan esok. (21 JUN)
Ada yang kata taw keputusan 1 JULAI

Ya Allah, memang ada lagi ramai yang menghadapi masalah & mintak transfer, tapi ramai jugak yang tidak apply pun pertukaran. Berilah hambaMu ini ruang & peluang untuk menjalani hidup sebagai pasangan suami isteri yang lain. 

p/s:
1 Julai...kena g JPNS, ada taklimat epelaporan. Susah bila tiada jQAF yang tetap. Wakil Lundu kotttt....... Sorang diri. Huh....Sengaja jeeeee pihak-pihak ngok ngek buat cenggitu. Apa 'istimewanya' I ni.. Adoi....
Masih mengharapkan MIRACLE!!

Selasa, 18 Jun 2013

Apa Nak Jadi (Part 1)

Assalamualaykum.

Teringat lagu SM Salim.

Apa nak jadi...Apa nak jadi....
Sampai sekarang tak kawin lagi....
Ehhh?

Semalam, ajar rukun solat untuk murid tahun 4.
Sy suka guna video ataupun nyanyian untuk memudahkan murid mengingat.
Sy suka jugak teknik bercerita, tapi sering kali cerita itu kurang menjadi. Haha...
Nyanyian pun, bukan sy yang nyanyi, dengan bantuan audio atau video jugak.
Kalau sy nyanyi, alamatnya taufan la melanda.
Tapi sy suka guna teknik nyanyi-nyanyi ni sebab budak lebih suka dengan lagu.

So, untuk ajar rukun solat, untuk lebih memudahkan ingatan dyorang, sy gunakan nyanyian la.
Trimas bumet, buat tajuk ni untuk tesis PISMP hari tu. 
Sy sedut jek dengan bumet tersayang.. Muahaa... 

Alhamdulillah, strategi sy ini agak berjaya. Hampir 85% murid mampu mengingat dengan baik. PdP akan diteruskan untuk topik yang seterusnya. Eheh, cam tulis refleksi pulak ye... Tapi memang betul, agak berkesan. Sape nak lirik lagu tu sila pm ye =P

Uhu, berkali-kali ulang kompem la ingat kan?
Sesudah berpuas hati dengan dapatan yang diperoleh, yang 15% tidak dapat menguasai tu memang dah terbukti agak 'lambat' dari segi kognitif & ada masalah pembelajaran. Sy tanya tanpa nyanyian pun dyorang buleh sebut satu persatu kiranya PdP sy agak berjaya pada hari itu.

Jadi sebelum balik, sy tanya la pasal bilangan rakaat dalam solat la.
Taw apa yang sy dapat??

OMG!!
Isya' = 3 Rakaat
Subuh = 4 Rakaat
Zohor = 5 Rakaat
Asar = 3 Rakaat
Maghrib = 4 Rakaat

So????

Hadoi..Memang tepuk dahi, tepuk kepala sy.
Memang la bukan semua yang jawab cenggitu,
 tapi ada la yang jawab mengarut tu.
Letih...letih...letih.....

Sy tahan tak bagi yang budak yang jawab merapu  meraban tu balik. 
Ada dalam 4-5 orang yang jawab gitu, jadi 4-5 orang yang tersangatlah bertuah ni sy agihkan kepada beberapa kumpulan yang agak pandai sikit. Maksudnya semua takleh balik la selagi budak-budak bertuah tu tak dapat nyatakan bilangan rakaat solat dengan betul. 

Tergagap-gagap sikit pun sy x luluskan. Terpaksa la bebudak yang padai tu ajar dyorang sampai la sy berpuas hati. Mengamuk kot bebudak pandai tu. Muahaaa... Ada mak bapak datang jenguk, apsal la anak dia tak balik-balik lagi, sedangkan loceng dah berbunyi 7-8 minit lepas dah. Ada aku kesah?? Benda asas kot, tak taw jawab naya je la. 

Last-last, tinggal sorang je budak yang betul-betul lemah, sy namakan A je la. Sepatutnya masuk kelas pendidikan khas kut, sebab memang kronik sangat dah A. Tapi, paham-paham la... Keadaan kat sini tak sama dengan Semenanjung. Budak pon ciput je, cane nak wujudkan kelas pendidikan khas, cekgu pon x cukup kan.. Tambah mak bapak jugak tanank hantar anak dia yang special tu ke sekolah khusus, memang takleh nak buat pepe. 

Kawan-kawan dia semuanya bengang giler. Yang sy tugaskan ajar sampai buleh sebut dengan betul tu kebanyakannya yang dapat top 5 dalam kelas, budak pandai, anak cikgu & agak bergeliga otak mereka. Tapi tu pun tak buleh nak membantu si A ni tadi.

Tetiba, masuk budak Moral (budak Pendidikan Moral (Iban) belajar dengan cikgu lain di kelas yang berasingan), budak tu dok dengar kawan-kawan dia ajar A, sambil terpekik terlolong. Kawan-kawan dia memang bengang giler, tapi sy buat derk je. Rasakan la pulak korang kan. Cuba pikir perasaan cikgu ajar 30-40 macam peel korang dalam kelas. *balas dendam*. Sy biarkan je budak Iban tu dengar & tengok kawan-kawan dia dok ajar.

Si A ni kunun-kunun datang tasmik depan sy, berkali-kali sy soal, tetap solat Maghrib 4 rakaat jugak!! Selagi A ni takleh jawab semua kawan-kawan dia tak dapat balik. Memang dyorang bengang sangat la. Sy pun buat-buat tanya budak Iban tu. 
Menakjubkan!!

Budak Iban tu dapat jawab dengan lancar tanpa sebarang salah pun setiap soalan sy tentang bilangan rakaat dalam solat. 

See??

So, sy suruh budak Iban tu pulak ajar A sampai boleh & alhamdulillah, si A ni dapat jawab. Budak Iban tu bagi formula pe tah, si A dapat jawab. Betul pulak tu.. -__-

Hurm... 
Dah, kenapa jadi cenggitu?
Salah siapa?
Salah gurukah yang tidak mengajar sedangkan silibus bilangan rakaat ni ada dari Prasekolah kutt....

Sy tanya punya tanya, 
mak ayah pun jarang nak solat kat rumah.
Jarang ajak anak-anak solat.
Jarang solat depan anak-anak.
Ada mak ayah tak pernah solat langsung.
Dah camne?

Sedih, memang menyedihkan.
Memang la ada KBS (Kem Bestari Solat) 4 kali setiap tahun. 
Tapi, memadaikah?
Massa bebudak kat sekolah dengan kat rumah mana lagi banyak?
Masa anak murid dengan ustaz ustazah, cikgu-cikgu dengan mama papa kat rumah mana lagi banyak?

Kat sekolah, kami ajar teori dan amali.
Tapi kat rumah, mak bapak tak pernah mempraktikkannya 
camane nak lekat dalam kepala otak anak-anak?

Letih taw....tu pun adaaaaaaaa lagi manusia yang mempertikaikan kerja cekgu, gaji yang cekgu terima. Hadoi......
Apa nak jadi............?

p/s:
Kalau ada masa nanti sy nak kongsikan 1 lagi 'ceritera menarik' yang berlaku hari ini T___T
 

Ahad, 16 Jun 2013

Adakah....

Assalamualaykum.

Kepala memusing,
badan lemah gemalai
tekak meloya
pandangan berbalam-balam
jalan terhuyung hayang
orang lain wangi dengan perfume, sy wangi dengan minyak angin
kepala melentok elok kat meja guru pagi-pagi hari

Ha...simptom2 apa tu tuan puan?


Hamil? Mengandung? Pregnant?

Hurm... Belum lagi. 
Belum rezeki anak buat kami berdua. Huhu...Sedey.... (Doakan kami)
Atas tu tadi simptom-simptom rindu kat suami + demam + selsema + period + xda mood hari Isnin.
Adoi...Tu yang lembik biol semacam jek.
Jenuh la nak menepis dengan usikan cikgu-cikgu kat sekolah ni haa....
Tau la baru balik cuti pon, ingat takde benda lain ke nak buat? Tensen mak noksss....Hadoi...

Sebelum kawin, tanya bila nak kawin.
Lepas kawin, tanya bila nak beranak.
Lepas beranak sorang, tanya bila nak beranak lagi sorang.
Lepas beranak dua orang, tanya lagi bila nak beranak bagi cukup team bola sepak.
Bila dah anak ramai, tanya pulak nape tak buat perancangan keluarga.

Kisah manusia ni memang tak akan pernah habis gamaknya kan.
Sentiasa ada sisi yang menyebabkan seseorang manusia tu mencari peluang untuk menambahkan dosa yang sedia ada bertambun. Hoho.. Sedikit emosi di situ =p

Bukan kami tak usaha, usaha kot..
Tapi belum lagi rezeki, cenggana kan? Semuanya kurniaan Allah. 
Maybe faktor jarak juga menyebabkan susah untuk lekat. Muahaa..
Tyme balik cuti sekolah sekali sekala kengkadang Miss P datang berziarah, kan dah melepas kat situ ^__^
Hurm...Tapi kami tidak akan putus asa berusaha & berdoa semoga dikurniakan zuriat yang soleh solehah. 
Sekali keluar kembar 4, haa...kang meletops tu =P

Mungkin Allah memberi kami ruang & peluang untuk mempersiapkan diri sebagai ibu bapa yang terbaik untuk mendidik dan membesarkan anak-anak pada zaman yang mencabar sekarang ini sebelum Dia mengurniakan anugerah zuriat kepada kami. 

 

Kepada kenalan-kenalan yang sedang pregnent, tahniah diucapkan setulus hati. Semoga kehidupan kalian lebih berseri dengan kehadiran permata hati. Didik dan bimbinglah amanah tersebut sebaik mungkin.
-Agak jeles jugak hokey ='( -

Kepada sahabat yang belum dikurniakan rezeki itu, bersabarlah, berdoa, berdoa dan terus berdoa di samping usaha yang berterusan. Semoga kita juga berpeluang merasai nikmat itu. 
-Cepat la cuti, nak balik usaha ni =)




Sabtu, 15 Jun 2013

Ada Lagi Orang Yang Pertikai Kerja Guru?

Assalamualaykum.

Tanak cakap banyak..klik je link tu. Huhu... 
Betol apa yg cekgu tu tulis.. 
Ni bukan sal politik haa....

Mampus Muhyiddin kena gosok dengan Cikgu Guru Kecewa

( Posted May 25, 2013 by mahadzira in Berita Terkini)

Tajuk pon sy copy paste sejibik-sejibik.. Malas nak buat summary. Kalau rajin baca la yep =) 

Rindu

Uwaaaa...
Perasaan rindu menggebu-gebu-gebu-gebu!!!!

Nak pindah JB jugak!!
KPM tolong la jangan zalim sangat pisahkan kami
Bukan semua orang mintak tukar
Tanak student-student jadi mangsa =(

Khamis, 13 Jun 2013

Kisah 2 Minggu (KELANTAN) Part 2

Assalamualaykum.

Hoi...hoyya hoi...

Bersemangat waja ko hapdet menda alah ni. Selalu 2 en3 sebulan pun makan masa bertahun kot..Kuang3x. Sebelum 'setan xde mood' mengacau kan, tempek dulu yang mana rasa nak kongsi buat syioook sendiri. Lalalala.

Cuti 2 minggu ni, dihabiskan dengan menterkedarah je kojaan.. Haha...Part 1 tu makan belut, pizza kampung bagai (sini) kan... Kempunan kot nak makan macam-macam. Ayam penyet kat SARAWAK ni mana nak sama dengan nasik kerabu kat KELANTAN. Huhu..Hujan emas di negeri orang, hujan berlian di negeri sendiri. Sama juga dengan pepatah ni, posting di negeri orang, best lagi posting di negeri sendiri. 
Apetah -__-. (otak pikior tukar je dekpong)

Ni, antara makanan yang sempat kami ranggos. Sebenarnya banyak lagi makanan yang syok-syok dah terbenam dalam perut, tapi ditegur dek sang suami. 
Katanya, 
"Orang dulu sebelum makan baca bismillah, orang sekarang sebelum makan ambik henset snap gambar dulu" 

Ambik sedas ko..
Huhu, betol jugak kan..Muahaa...
Tapi bismillah tu tetap tak buat-buat lupa cik abang. Teruja, dah lama tak makan benda-benda ni T__T

Pulut pauhhh
Haa...menggiurkan tak??
Hehe, yummy!!! Dah makan separuh jalan, sempat lagi snap sebelum kehabisan stok. Nak-nak sekarang ni musim pauh kan. Waa...besh yang teramat!!

Pulut duye (duye la....atau bahasa mat salihnya deghian) pon sempat makan. Gigih dedi g takbai beli kottt... Tapi tak sempat nak snap, tak dan nak reverse makan, semua dah selamat masuk dalam perut boroiku. Ehh...

Pulut ikan kering+ikan rebus dan pakwenya teh tarik
Pulut ikan kering! One of my feveret. Erk, bukan semua makanan ke feveret engko?! Biasalaa... orang kampung pure, makan benda-benda gini jek. Haha... ni Tak masuk ubi kayu rebus + air kopi pekat lagi. Fuh!!Mengancam beb...Memang akan pilih menu tu dulu dari Key Ef Si kottt..


Ni bekfes kat KB, ma banje. Harap anak menantu memang idok la..dedua dah pokai... Kemain lagi berlagak cam jutawan slot Samarinda yang ada duet jejuta, bekfes kat Perancis, lunch kat Paris, tea tyme kat Filipina, dinner kat Korea, supper kat Afrika ko... Haha.. Kebetulan g hantar ayah sedara kat epot, untuk menunaikan umrah (harap dapat umrah yang mabrur!), kol 4.30 dah bangun bertolak ke PC. Balik dari epot dalam kol 7 lebih, kekonon bekfes kat tengah bandar la....

Banyak jenis makanan lagi yang telah selamat dihadam oleh sy & sang suami masa balik kampung ritu ni. Dengan nasik dagang, nasik kerabu, sate, kopok lekor, kopok losong, eskrem ABC, steamboat Wakaf Bharu, mee chambor, mee celup, nasik sup kaki, nasik ulam kat Restoran Cekgu, ais blended eskrem dan blablabla (disound sang suami apabila nak ambek gambar T__T). Memang puas sesangat membuncitkan perut sampai tak hengat dunia nan semantara ini. Muahahaa...Memang balas dendam giler-giler kot...
p/s: Sampai sekarang lemak degil masih bermaharajalela di perut gebuku =(

Dah-dah, nak setopp bab makan...Dah nak masuk bulan Ramadhan kut....Kang terteguk liur sendiri, lambat lagi nak balik ni....

Kebetulan balik Kelantan seminggu ada Pesta Wau Antarabangsa kat Pantai Geting, 2,3x sehari kami ke pantai nak tengok wau. Paling kemuncak, malam last, dapat tengok wau yang ada lampu. Fuyyyo!!! Eh, korang tak terkagum ke?? Ke daku yang jakun?? Kekekeke... Tapi gambar malam takde, henset x canggih mana, kamera apatah lagi, nak beli dslr tak mampu, gambar dia lekat kat CPU otak je la..

Layankan je kalau sudi ye =)



Layak jadi bapak x? Muahaaa







Feeling romantik mantik titanic..Bueekk =p
Sangat rindukan suasana itu ='(

Cepat la cuti lagi, gangguan emosi dah ni. Adoyai...Rindu suami, rindu ma abah, rindu adik-adik, rindu Amir Arsyad, rindu sedara-sedara. KPM, tukarkan sy ye. Tetiba =)


Rabu, 12 Jun 2013

Kisah 2 Minggu (KELANTAN) part 1

Assalamualaykum.

Layankan je sementara masih diberi kerajinan yang jitu dan padu..Muahaha

Acara makan-makan.
Ma dengan abah belanja menantu dia yang mengidam giler nak makan sup belut, sampai trmimpi-mimpi kottt.. T__T
Ni, kat Chabang Empat, Tumpat.

Sebahagian menu yang diorder. Semuanya berasaskan BELUT! =)
Main dish
Ma je menu 'special' dari owang len. Nasik gureng kampooong...Muahaaa...
Gedikss =P

Licinnnn kena baham dengan anak menantu

Saki baki

Punya khusyuk abah makan sampai tak pandang kanan kiri
 Walaupun sy bukan penggemar makanan eksotik itu, tapi layankan jugak la zauji dengan dedi ranggos belut tu. Tapi, sup dia memang teeeeeeeeerbaeeek abad ini. Besh!!

Sy ambik 2,3 ketul je kot belut yang dibuat up..Tu pun positifkan otak, tak imagine benda tu belut. Haha... Sy berebut belut goreng pedas goreng dengan adik bongsu. Muahaa...Yang tu best sebab belut tu dah garing giler-giler cam kopok... Kalau dibuat sup still rasa lembik-lembik ular. Hehe

Tengkiu abah, ma!!!

Ni sesi makan pizza la sangat

Hari kedua sampai Kelantan, kami bawak adik-adik makan pizza kampung kat Berangan. Haha...Nak g Pizza Hut betul, jauh kat KB nun, kat Tumpat belum ada. Jadi, alternatifnya makan pizza ala kampung. Yang large baru RM 18. Kampung-kampung pun best habaq hang.

Perasan tak, gambar-gambar kami banyak ada gambar budak kecik penyibuk itu?
Dah ada anak? Tinggal kat kampung?
Erk, tak..budak kecik penyibuk tu sebenarnya anak sepupu. Kami belum ada rezeki, tengah diusahakan sehabis daya upaya!!! Haha..biol.. Best main dengan Amir Arsyad ni, sebab dia suka cakap & bijak menjawab dengan jawapan yang tidak dijangka. Haha..

Nak lagi? To b continued.... =p



Macam-macam-macam-macam

Assalamualaykum.

Yeah,  selepas 2 minggu bercuti akhirnyaa kembali jugak k Bumi Borneo ni. Hoyya...sangat takde mood hokey T___T

Tunggu punya tunggu result egTukar, nan hado pun lagi.. Dengar cite dibekukan. Dengar cite ditangguhkan sampai ada posting baru bulan 7 nanti. Dengar cite ada berlaku rombakan besar-besaran disebabkan penyatuan antara 2 kementerian. Dengar cite tu, dengar cite ni. Tapi, walau apa pun jutaan 'dengar cite' tu, harap-harapnya rezeki menyebelahi kami. Biar la lambat, asal dapat. Ewaaah, konpiden kooot.... Kabel besar sangat ke? -_- Macam-macam-macam-macam.

Hurm, 1001 rasa bergelodak dalam jiwa ni. Muahaa... Start balik dah sttus PJJ, kengkadang jeles tengok orang yang buleh dok sekali laki bini. Jeles kottt.. Susah senang sama-sama, takde la susah sengsorang, senang sengsorang, happy sengsorang, derita sengsorang.. Uwaaaa!!! 2 minggu je jadi isteri sepenuh masa...selebihnya hanya isteri di masa cuti sahaja. Adoi...takde ke novelis nak wat cite cnggini? Lepas tu siar kt slot Zehra ke, Akasi ke, paling tak Samarinda. Kompen meraih jutaan penonton la.. Tajuknya, 'SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA TAPI PADA CUTI SEKOLAH SAHAJA'..buleh??

Apapun, syukur alhamdulillah diberi kesempatan bercuti bersama suami dan kedua belah keluarga walaupun jarak agak jauh, pusing 1 semenanjung (SARAWAK-JOHOR-Pahang-Terengganu-KELANTAN-Perak-KEDAH-Perlis-Pulau Pinang-Perak-Selangor-Melaka-Negeri 9-JOHOR-SARAWAK) dan gaji bulan 5 berbaki RM 9.03 dalam akaun. =P . Macam-macam-macam-macam.

Sedang mencungkil mood untuk mengajar. Maafkan daku wahai murid...Mood masih tenggelam. Hilang kejap skil mengajar. Hoyya... Harap minggu depan ok la kot. Minggu depan tuuu....Hahaha (Mood yang sengaja ditenggelamkan ni....). Macam-macam-macam-macam.

Minggu ni jugak kena sit in/relief kelas bermasa-masa. Sebabnya, 3 orang guru menduduki exam USM, 2 orang jadi JU KSSR tahun 4 tahun depan dan pelatih jQAF yang menyebalkan tu dah takde dalam sistem sekarang ni, tunggu posting. Huuuuu....masa dah pack pon tetap dapat sit in, sebabnya guru takde. dalam bilik guru cuma tinggl 7 orang je nak kaver semua kelas. Kau ado?? Kekadang masa rehat 1 masa je sehari..Nak pitam rasa. Muahaa...Padan muka. Sampai dah boring, masuk kelas suh bebudak mewarna, melukis, tengok video...Adoi...Tapi, xpe la..Ni masa kita ganti orang, ada masa kita ada kerja orang lak ganti kita. Give n take la. Lumrah, dah ni kojaan cekgu. Sape suh jadi cekgu khen...Macam-macam-macam-macam.

Broadband Meksis jugak hilang!! Urp, bukan hilang sebenarnya, tapi lupa letak kat mana.. Lepas tu terminate & daftar broadband Selkom on da spot.. Sebabnya, nak kena isi SAPS la, PBS la..sebelum cuti dah setelkan semuanya padahal, tapi mash ada yang belum lengkap, terpaksa la buka balik. Sistem pendidikan skarang ni kan canggihhh...semua on9, padahal.............fill in da blank........Sebab tu baru da masa nak update FB, belog bersawang ni. (ni yang sebenarnya..mihmihmih) Lagi pula leptop ai buat hal. Hadoiii.... Dah kena baiki pulak.. Macam-macam-macam-macam. Ni, pinjam leptop osmet sebab beliau sedang bersukan, pekehalnya nak guna leptop bagai kat stadium lak kan.... Tengkiu kak Ti... 

Nanti la kalau ada masa sy akan lebih gigih update belog ni. Sebabnya, line 3G selkom agak memuaskan di umah sewa tercinta nun. Heh, janji ditepati ke janji dicapati sama-sama kita nantikan yep. Haha...

Oppss....lupa, sebelum nak masuk kelas untuk sit in lagi, nak kongsi..sy dah disahkan dalam perkhidmatan. Sah jawatan, dalam bahasa mudahnya. Alhamdulillah, ahamdulillah, alhamdulillah..segala puji hanya bagi Allah. 16 Januari 2013, tarikh sah jawatan saya.. Lepas ni harap lebih senang untuk mintak tukar. Eh? Harap GB x menyesal luluskan sy!!Haha... Mintak tandatangan GB sebelum isi egtukar hari tu, so, masih dalam mood loving2 dengan GB sebelum beliau mengamuk sakan =P