Assalamualaykum.
Yeah, selepas 2 minggu bercuti akhirnyaa kembali jugak k Bumi Borneo ni. Hoyya...sangat takde mood hokey T___T
Tunggu punya tunggu result egTukar, nan hado pun lagi.. Dengar cite dibekukan. Dengar cite ditangguhkan sampai ada posting baru bulan 7 nanti. Dengar cite ada berlaku rombakan besar-besaran disebabkan penyatuan antara 2 kementerian. Dengar cite tu, dengar cite ni. Tapi, walau apa pun jutaan 'dengar cite' tu, harap-harapnya rezeki menyebelahi kami. Biar la lambat, asal dapat. Ewaaah, konpiden kooot.... Kabel besar sangat ke? -_- Macam-macam-macam-macam.
Hurm, 1001 rasa bergelodak dalam jiwa ni. Muahaa... Start balik dah sttus PJJ, kengkadang jeles tengok orang yang buleh dok sekali laki bini. Jeles kottt.. Susah senang sama-sama, takde la susah sengsorang, senang sengsorang, happy sengsorang, derita sengsorang.. Uwaaaa!!! 2 minggu je jadi isteri sepenuh masa...selebihnya hanya isteri di masa cuti sahaja. Adoi...takde ke novelis nak wat cite cnggini? Lepas tu siar kt slot Zehra ke, Akasi ke, paling tak Samarinda. Kompen meraih jutaan penonton la.. Tajuknya, 'SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA TAPI PADA CUTI SEKOLAH SAHAJA'..buleh??
Apapun, syukur alhamdulillah diberi kesempatan bercuti bersama suami dan kedua belah keluarga walaupun jarak agak jauh, pusing 1 semenanjung (SARAWAK-JOHOR-Pahang-Terengganu-KELANTAN-Perak-KEDAH-Perlis-Pulau Pinang-Perak-Selangor-Melaka-Negeri 9-JOHOR-SARAWAK) dan gaji bulan 5 berbaki RM 9.03 dalam akaun. =P . Macam-macam-macam-macam.
Sedang mencungkil mood untuk mengajar. Maafkan daku wahai murid...Mood masih tenggelam. Hilang kejap skil mengajar. Hoyya... Harap minggu depan ok la kot. Minggu depan tuuu....Hahaha (Mood yang sengaja ditenggelamkan ni....). Macam-macam-macam-macam.
Minggu ni jugak kena sit in/relief kelas bermasa-masa. Sebabnya, 3 orang guru menduduki exam USM, 2 orang jadi JU KSSR tahun 4 tahun depan dan pelatih jQAF yang menyebalkan tu dah takde dalam sistem sekarang ni, tunggu posting. Huuuuu....masa dah pack pon tetap dapat sit in, sebabnya guru takde. dalam bilik guru cuma tinggl 7 orang je nak kaver semua kelas. Kau ado?? Kekadang masa rehat 1 masa je sehari..Nak pitam rasa. Muahaa...Padan muka. Sampai dah boring, masuk kelas suh bebudak mewarna, melukis, tengok video...Adoi...Tapi, xpe la..Ni masa kita ganti orang, ada masa kita ada kerja orang lak ganti kita. Give n take la. Lumrah, dah ni kojaan cekgu. Sape suh jadi cekgu khen...Macam-macam-macam-macam.
Broadband Meksis jugak hilang!! Urp, bukan hilang sebenarnya, tapi lupa letak kat mana.. Lepas tu terminate & daftar broadband Selkom on da spot.. Sebabnya, nak kena isi SAPS la, PBS la..sebelum cuti dah setelkan semuanya padahal, tapi mash ada yang belum lengkap, terpaksa la buka balik. Sistem pendidikan skarang ni kan canggihhh...semua on9, padahal.............fill in da blank........Sebab tu baru da masa nak update FB, belog bersawang ni. (ni yang sebenarnya..mihmihmih) Lagi pula leptop ai buat hal. Hadoiii.... Dah kena baiki pulak.. Macam-macam-macam-macam. Ni, pinjam leptop osmet sebab beliau sedang bersukan, pekehalnya nak guna leptop bagai kat stadium lak kan.... Tengkiu kak Ti...
Nanti la kalau ada masa sy akan lebih gigih update belog ni. Sebabnya, line 3G selkom agak memuaskan di umah sewa tercinta nun. Heh, janji ditepati ke janji dicapati sama-sama kita nantikan yep. Haha...
Oppss....lupa, sebelum nak masuk kelas untuk sit in lagi, nak kongsi..sy dah disahkan dalam perkhidmatan. Sah jawatan, dalam bahasa mudahnya. Alhamdulillah, ahamdulillah, alhamdulillah..segala puji hanya bagi Allah. 16 Januari 2013, tarikh sah jawatan saya.. Lepas ni harap lebih senang untuk mintak tukar. Eh? Harap GB x menyesal luluskan sy!!Haha... Mintak tandatangan GB sebelum isi egtukar hari tu, so, masih dalam mood loving2 dengan GB sebelum beliau mengamuk sakan =P

Tiada ulasan:
Catat Ulasan