Assalamualaykum.
Yeaaaaaay!!
24 jam dari sekarang sy akan berada di KIA (Kuching Internasional Airport).
Yippi!!
Tak sabar gileeeeeer nak balik.
Tensen dah dok sini, nak rasa angin Semenanjung lak.
Sebelum 2 minggu kendian datang lagi. Uhuuu T__T
Pheeewww...
Tanak pikir lagi tentang nak datang semula, sekarang ni mood nak balik je.
Boarding pass untuk balik beraya cun-cun dah leh check in, terus print =D
Tapi, untuk datang balik 18 Ogos nanti belum check in lagi.
Booking number untuk datang balik pun buat-buat tak tahu, buat-buat tak nampak dalam emel.
Muahaha..
Punya la tak semangat nak datang balik kan?
Semoga Allah panjangkan umur untuk hari esok.
Nak balik jumpa suami, mummy dedi kat Kelantan, mummy dedi kat Kedah.
Guess what?
Raya tahun ni kat KELANTAN dulu.
Yap yap yeaay!!
Double decker happy la kan?
Haha.
Harap-harap tahun depan pon sama la ye sang suami. Baru sayang lebih =D
Mula-mula putuskan nak raya kat Kedah dulu, minggu kedua cuti baru balik Kelantan. Masa call MIL pun gitaw camtu la. Mindset pun camtu. Takpe, I is redha. Sebelum kawin lagi dah pikir siap-siap pasal konflik raya ni. Sape suh cari orang jauh kan. Hikhikhik. Memang bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Takde la kes lambung duit syiling ke hapa. Raya kat mana pun sama, semuanya keluarga kita kan? Sama je taraf mak sendiri atau mak mertua atau mak tiri. Sy tak kisah sangat, asalkan ada bersama suami. Hehehe..Jarang-jarang jumpa haruslah nak berkepit kan? =P
Bila dah putuskan nak balik Kedah dulu, sy siap cari orang lagi nak mintak tolong bawak balik kek lapis yang 1 bagasi tu kan. Kalau tak letak dalam peti buleh berkulat. Uhu..Tak sanggup, beli mahal-mahal lepas tu takleh hidang kat tetamu sebab berkulat bagai. -__- So, deal dengan osmet kat IPG dulu, kebetulan turn dia beraya tahun ni kat umah family dia dulu sebelum balik umah keluarga mertua. Dan, dia setuju. Dah set timing bagai tetiba tak jadi lak. Sebabnya sang suami gitaw, tkar plan. Tahun ni balik KELANTAN dulu. So, menari tiang jap seposen kot kat pagar umah sewa. Kehkeh.
Kek dan biskut raya untuk family mertua lak yang kena cari orang. Kebetulan BIL sy pun posting Johor, so, takde masalah tumpangkan kek tu. Setel 1 masalah. Cumanya raya 2 hari je la kot kat Kelantan, lepas tu terus balik Kedah. Takpe la, janji balik dan tak beraya kat sini. Cukup-cukup la Aidiladha je kat sini. =(
Cuma, balik sekolah nanti nak kena buat benda-benda ni:
(1) Kemaskini bagasi. Sumbat segala benda yang nak bawak balik.
(2) DPT/IC/Boarding Pass kena letak siap-siap dalam handbag dengan sebiji novel & powerbank.
(3) Pastikan duit tunai secukupnya (in case terlebih timbangan, tapi dah 30 kg kot)
(4) Basuh baju & lipat pakaian yang bertimbun
(5) Basuh pakwe kuning sebelum dihantar kat nursery Abg Sipik =P
(6) Kemas bilik yang berselerak
(7) Basuh periuk belanga (kalau ada), hari ni beli sudah juadah berbuka
Fuh, lap peluh jap.......
Apa pun, jasad je kat sini, tapi hati nurani dah kat sana.
Doakan perjalanan kami selamat & flight tak delay!!
Selamat pulang ke kampung semuaaaa!!