Rabu, 27 Jun 2012

Yang Kutunggu!

Assalamualaykum.

Yang kutunggu & kunanti......

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

***

TING!!!

JADUAL CUTI SEKOLAH..=P
 

TAHUN 2012


(A) Cuti Sekolah Mac
Sabtu 9 Mac – 17 Ahad Mac 2012  ( 9 hari )
(B) Cuti Sekolah Mei-Jun
Sabtu 26 Mei – Ahad 10 Jun 2012 ( 16 hari )
(C) Cuti Sekolah Ogos ( 9 hari )
Sabtu 18 Ogos – Ahad 26 Ogos 2012 ( 9 hari )
(D) Cuti Sekolah Hujung Tahun (Nov-Dis)
Sabtu 10 November 2012 - Rabu 2 Januari 2013 ( 54 hari )

TAHUN 2013

(A) Cuti Sekolah Mac
Sabtu 9 Mac – 17 Ahad Mac 2013  ( 9 hari )
(B) Cuti Sekolah Mei-Jun
Sabtu 25 Mei – Ahad 9 Jun 2013 ( 16 hari )
(C) Cuti Sekolah Ogos ( 9 hari )
Sabtu 17 Ogos – Ahad 25 Ogos 2013 ( 9 hari )
(D) Cuti Sekolah Hujung Tahun (Nov-Dis)
Sabtu 10 November 2013 - Ahad 5 Januari 2014 ( 57 hari )

(buat penat menskrol ke bawah je kan..keh3)

Selasa, 26 Jun 2012

Tolong Saya Buat Keputusan

Assalamualaykum.

Sy tengah buntu sekarang. Tolong sy buat keputusan..Huhu..

Alkisahnya begini,
Selepas raya, sy dengan bermuka tebalnya memohon CRK drp GB selama 2 hari. Konon-kononnya untuk menyelesaikan urusan kawen. *Sekarang ni tiap-tiap hari GB perli sy sbb nk kawen T_T*. Mulanya perancangan nk pergi cari barang-barang kat KL dengan Aziah. Masa blogwalking hari tu, da terjumpa 2,3 kedai area TAR, Chow Kit yg menawarkan barang-barang untuk kawen murah separuh harga. Kebetulan pulak sy kena cari stok bunga telur untuk majlis khatam quran sekolah. Means, sy cari barang-barang sy + barang-barang sekolah jugak la kot.

Sy x tahu sama ada nk tumpang kawan ke atau nk beli je tiket dr KBR-KUL.

SITUASI A:
Kalau tumpang Aziah sy dapat jimat duit tiket dalam RM150, cuma isi minyak RM50, boleh cari barang-barang kawen jugak bersama-sama sebab dy pun insyaAllah akan buat walimah tahun ni jugak memandangkan ni kali terakhir sy balik sebelum walimah hujung tahun nanti. Tapi masa dengan keluarga kurang 3 hari.

SITUASI B:
Kalau beli tiket flight, kena spend RM150 untuk tiket, tapi buleh spend masa yang banyak dengan keluarga. Barang-barang untuk kawen hanya cari 4-5 hari sebelum majlis je kot nanti sebab sy x akan balik kampung dah lepas raya ni.

Macam mana ni? Semua ada pro n kontra... Akan ada kos lepas. Otometikeli sy x reti wat keputusan. Huhu...

Tanya ma, ma suh ikut situasi A.
Tanya abah, abah suh ikut situasi B.
Tanya HIM, HIM suh ikut situasi B (sama cam abah T_T, sbb tu sy pilih dia =p)
Tanya Met Fizah, Met suh ikut situasi A.

Jadi sekarang sy dapat 2 undi yang seri menyebabkan sy buntu. WAAAAA!!!



Ahad, 24 Jun 2012

Saya Chekgu

Assalamualaykum.

Pada ketika dan saat ini, sy sedang bertungkus lumus menyiapkan 1 set soalan yang berkaitan dengan ujian PAFA (Penilaian Asas Fardhu Ain) untuk murid UPSR.

Sebenaunya sy x perlu pun wat set soalan bagai ni, tp memandangkan hampir separuh anak murid sy yang tahap 'kecerdikan' & 'kerajinan' dyrang mampu membuatkan sy tanpa ragu-ragu melayakkan mereka untuk GAGAL, maka terpaksalah sy selaku seorang chekgu yang berkakilebar reka 1 kaedah lain untuk terpaksa meLULUSkan PAFA mereka.

Bayangkan, murid tahun 6 yg akan menjejakkan kaki ke menengah rendah kurang lebih 6 bulan dari sekarang, belum mampu mengingat bilangan rakaat solat fardhu. Solat Subuh 5 rakaat, solat Maghrib 2 rakaat, tu belum termasuk rukun-rukun solat lagi. Kau hado?? Tensen kot, rukun iman dengan rukun islam pun ingat-ingat lupa bilangan dy, apatah lagi isi-isi rukun tu... Usahkan sy, Perdana Menteri pun tensen kot... *kalau la nak tensen rakyat x hafaz PAFA kan...*

Macam-macam cara dah sy buat supaya mereka dapat hafaz PAFA ni dengan betul, suh cakap dalam bahasa SARAWAK dyrg la, suh lukis la, suh buat tunjuk cara la, tapi tapir je semua. Buat GAGAL kang, glemer pulak aku ni... Kalaupun da yg dapat 5A dlm UPSR, tapi PAFA GAGAL, tak akan ke mana dyrg tu. Jangan dok riak la..

Ni x, nampak je subjek Pendidikan Islam, bajet la macam subjek paling senang dalam cakerawala ni sebabnya dah buat hari-hari kan, tp kalo tanya jangan harap akan betul. Sahkan budak-budak, mak bapak budak pon.. Lagi-lagi kat cini..Bukan semua yg x dapat, tp kebanyakannya cenggitu. Letih eden nk selesaikan.

Kalau ikut kegeraman melampau dengan PPD BAHLOL ni, memang tanak wat pepe pon. Buat pe meletihkan diri, tapi gaji x setimpal dengan penat lelah kan? Tapi bila memikirkan tanggungjawab terhadap murid-murid, nusa, bangsa dan negara *tetiba patriotik...buweeeeeeeeeeek =p* sy pun dengan suuuuuuuuukaaaaaaaaaaa ciiiiiiitaaaaaaaaaaanya terpaksa merangka kaedah lain untuk meluluskan jugak PAFA mereka-mereka ni..

Harap-harap dengan kerajinan x seberapa ni, sy mampu menyiapkan set soalan untuk mereka. Kalau la masih GAGAL lagi memang nak kena campak Sungai Rajang bagi buaya-buaya telan. Huh~~

Ahad, 17 Jun 2012

Tambah Profesion

Asssalamualaykum.

Bermula semalam, sy sudah menambah profesion sy dari seorang guru yg berdedikasi *berdedikasi sangat T_T* kepada seorang usahawan muda...Ewah =D

Yep, betul...Sy sekarang mengusahakan penjualan jubah..Haha. Comey-comey. Design baru lagi. Lagi pulak bunga-bunga yg ada kat jubah tu dilukis sendiri + hiasan taburan manik & labuci yg sungguh lip lap menawan sanubari. Memang hiperbola punya ayat kan? Hak3..Tapi seyes, memang comey. Sy yang bukan pemakai jubah tegar pun buleh rembat 2,3 helai!! Corak dia memang lain dari yg lain. Biasanya tengok kawan2 yg memakai jubah, harga jarang nak ada yg harga RM100 ke bawah. Bukan xda langsung, tp jarang nk jumpa yg murah. 

Cuci mata dengan gambar-gambar yg telah menyebabkan duit sy melayang RM160 dalam masa 15 minit...Ngee =D

Memang lip lap..Sesuai dipakai tyme blackout..Hehe

Labuci ni ada dalam pelbagai warna

Yang kiri-kanan tu macam renda..Kalo nak nampak agak slim sesuai yg ni =)

Kamera digital biasa, kualiti x berapa sangat.. Tapi buleh la kot..Hehe.Boleh rujuk sini.

-saiz S, M, L & XL
-corak bunga lukis tangan
-labuci bersinar-sinar menawan ^^
-corak bunga bergantung kepada stok
-sesuai dipakai pada bila-bila masa, untuk dipakai sendiri @ dihadiahkan kepada yg tersayang
-kain tidak panas walaupun hitam
-walaupun fesyen terkini, tetap menutup aurat, syariat terpelihara =)

harga : RM 80 (tidak termasuk pos)

Rabu, 13 Jun 2012

Susahnya, ingatkan mudah...

Gambar hiasan =p
Assalamualaykum.

Ingatkan senang je nak kawen...tapi cam susah jugak rupanya... X pulak taw banyak prosedur nk kena buat. Uhuk..Camne nak urus dok jauh di benua lain ni..Adoi T_T

Buleh ke xnak kawen??Hua2..Tapi, x buleh2...nk kena kawen jugak..hehe...Gatai... ;D

Kengkawan yg dah mengahwenkan diri tolong share2 apa yg patut. Cam tengah blur jek sekarang. 1 apa pun xleh pikior..Huhu...Sadis sangat bunyinye...

Katne nak cari barang-barang untuk hantaran yg sesuai dengan bajet yg seciput, secoet ni? Wahai PPD Lundu, JPN SARAWAK, cepat-cepat proses gaji sy dengan sebetul-betul dan seadil-adilnya.. Guru baru anda di sini dah kepingin nk kawen ni..Hua2...

p/s:
Kawan-kawan kalo da cadangan barang-barang & kad yg comey, cun melecun tapi murah gitaw sy yep..Mood gedix ni...Ekekeke...


Jumaat, 1 Jun 2012

Akhirnya...

Assalamualaikum.

Walaupun dah lama x hapdet blog ni, tp hari ni penat2 + malas2 kena hapdet gak..hehe...

Akhirnya, sy melangkah ke dalam 1 fasa baru dalam kehidupan. Semoga dipermudahkan Allah fasa seterusnya di bawah keberkatan & keredhaanNya..

Tengkiu semua...Walaupun simple, kerjasama semua amat bermakna. ^_^