Isnin, 31 Disember 2012

En3 Terakhir

Assalamualaykum.

Di sini sy ingin mengumumkan ini adalah en3 terakhir sy pada tahun ni. (erk, ada aku kesah?). Hua3..2012 akan melabuhkan tirainya beberapa jam je lagi. Hurm...sana sini sibuk sal sambutan tahun baru, sy pn sama la walaupun sambutan tahun baru kita adalah tahun Hijri.. Huhu, dh terbiasa & membiasakan diri dengan tahun Masihi ni kan.

Apa pun, tak kisah la. Yang pasti beberapa peristiwa penting talah beraku dalam 'penghidupan' sy sepanjang tahun 2012 ni.
1. Selamat memostingkan diri sebagai salah seorang penjawat awam dengan title 'cekgu' ~
walaupun tercampak ke benua SARAWAK T__T. Alhamdulillah, gaji cekgu ni cukup-cukup la buat menampung hidup. Bukan besau mana pun gaji cekgu ni sebenarnya. Letih lebih. Tapi demi anak bangsa ku perkasakan diri. Poyo~~

2. Bergaji! ~
Ye la ken..bila dah keje mesti la merasa bergaji tetap walaupun sebahagian besar gaji disedekahkan kat AIRASIA 4X setahun..huhu

3. Mampu menghulurkan sedikit sebanyak buat family ~
Alhamdulillah, rezeki sedikit kita kongsi cara sedikit kan? =)

4. Bertukar title ~
Yep, i'm totally PUAN AIMAN..Hehe, alhamdulillah, bersaksikan wali, 2 orang saksi & saudara mara sy bersama sang suami selamat diijabkabulkan dalam 1 suasana majlis yg ringkas tapi meriah & tak memerlukan kami suami isteri membuat pinjaman peribadi semata-mata untuk kahwin. Alhamdulillah, dengan restu kedua belah family kami akhirnya disatukan setelah pelbagai dugaan terpaksa ditempuh. Fuh...lap-lap-peluh~~

5. Lebih berdikari ~
Hidup di perantauan membuatkan sy lebih berdikari, lebih berjaya membuat keputusan sendiri, lebih gila-gila. Huhu...hikmah sy tercampak kat SARAWAK ni kot ~

6. 1001 momen lagi yg x tertaip di belog berhabuk ni. Hehe..

Harap-harapnya lembaran baru 2013 memberikan 1 suasana & pengalaman baru buat sy. Hurm.... dengan 23 masa mengajar, kelas tanpa rehat hari Rabu-wordless-wednesday-nampaknya, bebanan tugas yang menimbun, berjauhan dari suami (rindu-rindu-rindu-rindu), harap-harapnya sy lebih perkasa la. Semangat Puteri Saadong & Cik Siti Wan Kembang dibawa ke negeri Puteri Santubong, Puteri Sejinjang. Hua3 ~ konon~


HOyeeeeeeeeeeeah!! Selamat datang tahun depan (4 jam dari sekarang)! Peace yoo... ^_^

Selasa, 25 Disember 2012

Banjir di Taman Perling, JB =(

Assalamualaykum.

Huhu...Kecoh di TV berita tentang banjir teruk yang melanda Pantai Timur & bahang bah tu dah sampai ke kampung di Pengkalan Kubor, namun di kawasan perumahan Taman Perling, JB ni juga tak semena-mena banjir gila-gila.

Tak tahu kenapa tiba-tiba tersentap dengan sang suami, tak selera nak makan, tubuh rasa seram-sejuk-panas, air mata meleleh-leleh kuar, serba tak kena dibuatnya. Uhuu.... Memang banjir teruk semalam... Sampai sang suami mengeluarkan ayat-ayat pasrah. =P

Entahlah, mungkin selama sebulan, 30 hari ni kami sentiasa bersama ke mana sahaja kecuali tyme melepaskan hajat di tandas je x sanggup nak ikut, esok (27 Dis 2012) kami akan menjalani rutin PJJ-Perkahwinan Jarak Jauh. Demi tuntutan tugas, sorang di Johor & sorang di Sarawak. Huwaaaaaaa...

Ingatkan sy tabah, tapi xda la perkasa sangat pun. Lemah gak dengan emosi rupanya. Huhu... Zauji ingatkan dia ada buat salah, sampaikan mengguris hati sy tapi rupanya sy menangis tanpa sebab. Sekali kelakar, sekali sedih. Hurm, berat dugaan bila terpaksa berpisah demi amanah terhadap kerjaya & anak bangsa.

Macam-macam yang difikirkan, siapa yang akan jaga makan pakai zauji, siapa yang akan tegur dia menguap kalau x tutup mulut, siapa yang akan jaga sakit demam dia (macam la sebelum ni dy x pandai uruskan sendiri), dan 10000001 perkara lagi yang menjadi mainan perasaan semalam. & yang paling penting siapa yang akan uruskan & jaga sy yang mengada-ngada ni.

Bila dia cakap, 

"Abang tinggalkan sayang dalam lindungan Allah, walaupun kita x bersama tapi yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama kita & kita sentiasa ada di sisi masing-masing. Hubungan ini adalah pinjaman dari Allah, kita bersama kerana kasih sayangNya. Kita berpisah sementara kerana tuntutan & tanggungjawab yang telah diamanahkan. Sabar & yakin, ada hikmah yang tersembunyi. Betulkan niat kita, semoga ada kemanisan yang akan kita kecapi nanti"

Huwaaaaaa.....langsung berhenti banjir tapi masih lagi meleleh sikit-sikit air hidung =P

"Ya Allah, jagakan dia suamiku yg tersayang kerana Engkau adalah sebaik-baik Penjagaan."

InsyaAllah, semoga kita berada dalam lindungannya. Doakan kami berdua tabah menghadapi hari-hari mendatang dengan status PJJ ini.

Mood:
Sedang memperkasa diri menghadapi hari-hari 'bujang' kembali. 

Isnin, 24 Disember 2012

25 November 2012-25 Disember 2012 ^^

Assalamulaykum.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Sega puji hanya layak dipersembahkan kepadaNya. Hari ini, genap sebulan kami mengharung liku-liku hidup bersama-sama. Macam x percaya je..Huhu... Sudah sebulan kami menempuh hari-hari bersama, makan minum bersama, ke sana sini bersama. Harapnya hubungan ini sentiasa berada di bawah payung rahmat Ilahi dan kekal selamanya, insyaAllah.

Sudah sebulan lebih juga sy mengabaikan blog ni..Hehe..Terlalu bz membuat persiapan perkahwinan, bz dengan tugas baru sebagai suri sang suami, bz menggoogle resipi buat melantak =p..Nanti la, bila dah kembali ke bumi Sarawak sy update pe yang dah berlaku ye. 

Lagi 2 hari sisa-sisa masa yang tinggal untuk berkepit dengan kekasih halal..Huk3..Sangat-sangat-sangat-sangat sedih, hokey...So, masa yang berbaki ini rugi dilepaskan camtu jek..Huwaaa....Nak meleleh air hidung.. Biasa berdua, nanti lone ranger. Da masa, da duit lebih buleh la balik...kalau x, bulan 3 lak baru jumpa. Nasib PJJ =(

Hurm, nanti sy update segalanya selepas kat Sarawak nanti ye. Sekarang mood nak berkepit lagi. ^_^

Selamat Ulang Tahun ke 1 bulan zauji habibi, AHMAD NAIM JAMALUDIN. Semoga kita bersama-sama di sini & sampai ke alam sana dalam keredhaanNya. Ameen.


Selasa, 6 November 2012

Jalan-jalan SARAWAK

Assalamualaykum.

Hari Sabtu lepas, sy berkesempatan menjoinkan diri dengan lawatan murid-murid tahun 6, SKSM ni. Lawatan terakhir sebelum bertukar status. =)

Kami pergi ke 3 tempat sekitar bandaraya Kuching ni. Pertama, Planetarium Sultan Iskandar. Kat cini x snap banyak gambar pun sebabnya x best langsung. Planetarium ni berdekatan dengan pusat latihan sukan. Jadi, kawasan ni x terjaga langsung. Sampah sarap memenuhi ruang sekitar planetarium tu. Memang menghudohkan pemandangan. Lagi lak, ruang pameran dy macam x dibuka kepada umum jek. Berbeza jauh dengan planetarium kat Kuala Terengganu. Sepanjang tayangan, sy tido jek.. Haha... Syok pe tido gelap-gelap & sejuk-sejuk cenggitu. =P

Beratur sebelum ditampal sticker


Nampak je comey, tapi kotor...huhu

Cekgu yg sentiasa interframe =p

Xtaw pe benda, snap je.. Gambar sampah x ambik la lak...
Lokasi kedua perjalanan kami ialah ke Kampung Budaya, Santubong. Kat sini la tempat paling best yg sy rasa untuk dikunjungi oleh pelancong. Disebabkan sy ni mengajar kat sini & bersama rombongan sekolah, maka bayaran masuk pun sama macam orang tempatan yang datang secara berkumpulan. 

Bayaran yang dikenakan kepada kami, cikgu-cikgu adalah sebanyak RM15 dan murid yang berpakaian sekolah sebanyak RM5. kalau x, untuk orang dari negeri lain, bayarannya ialah RM60 & untuk penduduk tempatan RM30 kalau x silap. Sikit punya mahal kan? Untung gak kalau fikir-fikir mengajar kat sini (untuk masuk Kampung Budaya je la...)

Tapi, agak x best jugak sebab bersama murid-murid, jadi xleh nak enjoy lebih-lebih sebabnya perlu mengawasi mereka bimbang hilang ke sesat ke kan.. Huhu..Sebelum pindah balik semenanjung, sy nak pergi lagi bersama insan tersanyang pulak!! (ewah-ewah, macam yeye je kan leh pindah T__T)

So, layankan je la sebahagian gambar kami ni. Hurm..agak scary jugak sebenarnya.... Kawasan tu masih dikelilingi hutan tebal & dipercayai masih terdapat upacara tertentu........

Gambar x comey mana, guna kamera cabuk je...tu pn pinjam orang punya


See...nampak x ukiran patung tu?Kat sini, setiap tempat ada ukiran patung camtu

Tersengih pakcik ni kami nak bergambar dengannya

Ke rumah panjang Bidayuh


Scary?

1st tyme naik tangga yang ditaku-takuk camtu..Agak tinggi & seriau..hehe

Muka cuak..

Kat rumah panjang bidayuh. Kat belakang tu x sure lak rumah apa

^__^

Bayar 10 hengget nak pakai baju Orang Ulu & aksesori dy.. Panas kot, pakai kejap je, rasa macam x berbaloi

Haha...ni pasangan sy, dlm masa 3minit =p

Ruah Penan

Jom, kita menyumpit!

Rasa nak sumpit peyut buncit pakcik ni pun ada..hehe, x kena 1 pun sumpitan sy

Dah penat

Ada ukiran kat tiang dy tu sebenarnya

Posing murid-murid!

Kat depan =)

Selasa, 30 Oktober 2012

Jemputan Walimatul Urus

Assalamualaykum.



Tiada kata seindah bahasa mampu diungkap, kami (FAHIMATUL AIMAN IBRAHIM & AHMAD NAIM JAMALUDIN) dengan setulus hati dan rendah diri menjemput kalian bersama-sama memeriahkan lagi Baitul Muslim yang dibina. Doakan majlis kami berjalan lancar serta diberkatiNya.

BUTIRAN MAJLIS:
Undangan Majlis Kesyukuran Aiman & Naim

TEMPAT :
(Majlis Perempuan)
Lot 422/4, Jalan Baru Pengkalan Kubor, Kg. Geting, 16200 Tumpat, Kelantan.

(Majlis lelaki)
No 47, Lorong 2, Taman Jeniang Jaya, 08700 Jeniang Kedah Darul Aman


TARIKH :
25 November 2012 (AHAD)
&
2 Disember 2012
(AHAD)

Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahim..
Jadikanlah rumahtangga kedua pasangan ini seindah rumahtangga Adam dan Hawa, setabah Ibrahim dan Hajar, sebahagia Yusof dan Zulaikha, sesetia Sulaiman dan Balqis dan sesuci rumahtangga Muhammad S.A.W dan Khadijah. Murahkanlah rezeki mereka, dekatkanlah mereka dengan kebaikan, jauhkanlah mereka dari keburukan serta kurniakanlah mereka zuriat-zuriat yang soleh dan solehah.
Amin.

p/s:
Sesiapa yang memerlukan kad jemputan, boleh pm alamat anda kepada kami. InsyaAllah, kad akan diposkan kepada anda dalam masa terdekat.
Ayat sejibik-sejibik dicilok dari event kat FB..Hehe..Sangat x kreatif =p 
 Kepada semua teman-teman alam maya, anda semua dijemput hadir ke majlis kami nanti ye. Kahadiran anda sangat-sangat dialukan. Doakan semua berjalan lancar dan baitul muslim kami ini kekal bahagia selamanya. =)



Isnin, 22 Oktober 2012

Good News

Assalamualaykum.

Petang semalam sakit kepala menyucuk-nyucuk. Hampir habis sebotol minyak angin cap kapak dengan minyak angin aromaterapi yg dibeli di Serikin dituang kat dahi dan kepala. Lepas meeting dengan PPD sakit kepala terus. Hee~

Tengah-tengah syok beradu atas katil sy mendapat mesej daripada housemet masa menyewa di Terengganu dulu. Guess what, dy pun akan berkahwin gak 3 hari sebelum sy. Wah, betul-betul lawan tokey kan? Hehe.. Tarikh 22 November tu sebenarnya kami plan untuk walimah kami, tapi disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan terpaksa ditunda kepada 25 November. X kira la bila kan, asal kawen. *Gatal*

Tahniah sis. I'm happy for U dear. Tahniah, barakallahulakuma. Maybe dalam masa terdekat ni dy akan umumkan & sy rasa geng-geng PISMP PAI 2008 akan terkejut kot. Hehe.

Segala keluh kesahnya, kisah frust menonggeng & sesi lompat-lompat katil asrama masa tengah kucewa gila-gila masa zaman 'muda' dahulu akan tetap menjadi kenangan yang akan diimbau buat kami yang pernah menjadi penghuni blok Siti Khadijah, aras 3. Akhirnya, berjaya juga hero anda membuka pintu hati ek. Huwaa...berbaloi dapat sejambak besar mawar fresh & teddy bear cumel masa hari konvo. Individu pertama kot dapat bunga. So sweet!!

Tahun depan kami leh celebrate anniversary sama-sama la ye? InsyaAllah, tahniah cayam!!

Sabtu, 20 Oktober 2012

Menghitung Hari

Assalamualaykum.

Yap yap yeay!!Lagi lebih kurang 2 minggu nak balik..hua2, gumbira!!

Start menghitung hari, pangkah kalendar dah. Dan, dah x lama nk bertukar status. Perasaan?Ntah, setakat ni x taw perasaan pe yg wujud. Huhu...Bercelaru, libang libu. Mungkin sy x terlibat secara langsung sangat dengan segala mak nenek persiapan kawen. Mummy dengan daddy yang uruskan segalanya kat kampung. Nalik-balik terus kawen. Haha..

Jon, hitung hari bersama-sama!!

p/s: Bila masa yang sesuai nk create event kat FB ni?Hurm...

Jumaat, 19 Oktober 2012

Mata Membugar

Assalamualaykum.

Hua3.. Kenapa xleh lelap ini malam?

Dah la banyak lagi kertas exam nak kena tanda..Erk..bukan x tanda langsung lagi ke? Pitam T__T

Housemet2 semua dah belayar ke samudera mimpi semua dah. Hadoi..Nak tido!!! Memang esok matahari menongkat langit pun masih terkedang atas katil rasanya. Adoyai..

Esok nak kena g bank, bank in duit tudung dengan tempahan hb. Huhu, macam best je kan bank in duit hujung bulan ni. Gaji hari isnin, tapi berlagak nak bank in sok, macam duit juta-juta-juta-juta...

Sebab fikir sal duit kot xleh tido lagi ni? Ayaark!

Harapkan Muka Je Hampeh, Tapi.... (part 2)

Assaalamualaykum. 
Dalam kol 3, sy dapat mesej (ni baru ceghita sebenar, td intro je panjang berjela..hehe)

~sila abaikan pengkaburan tulisan & setting yg x berapa kemas~

Mesej 1

Mesej 2
Mesej 3
Mesej 4
Yang warna oren tu mesej orang tengah (A). Yang biru tu mesej sy. Hurm, anda boleh nampak kan??

Mula-mula mintak tolong sy, eh, silap, bukan mintak tolong, bagi arahan suruh ambilkan barang dy kat pejabat pos, melalui orang tengah. Dah la pakai orang tengah, siap bagi ARAHAN baik punya lagi. Apa, elaun jQAF tu x cukup lumayan untuk beli topup? Henset bukan main banyak, ada 3,4 jenis simkad syarikat telekomunikasi lagi, tapi x kan papa kedana sangat nak beli topup? Kedekut sangat nak mesej RM0.10 untuk mintak tolong sy? Opps, bukan mintak tolong, bagi arahan. 

Memang la sy agak 'berbulu' sikit dengan makhluk tu, tapi kalau sy xda aral apa-apa sy akan cuba sedaya mungkin untuk tolong seseorang tu walaupun kurang senang dengan orang tu. Tadi, kebetulan sy memang tengah cirit birit, tambah pulak dengan letih terjelir menyiapkan PPGB yg perlu dihantar kat PPD menyebabkan sy mengabaikan je msj tu walaupun berniat sy akan g ambik gak barang dy kt pjbat pos paling lewat pun hari isnin (sabtu, buka separuh hari & ahad, cuti) sementelah makhluk tu gitau orang tengah kata x kisah pun bila perlu diambil. 

Sy sambung tido, layan perut yang memulas, tengok2 dah sampai mesej lain kata dah ambik. Nasib baik sy x gagahkan diri gak untuk g pjbat pos tu tadi. Bayangkan, perut tengah sakit, bila-bila masa tandas diperlukan kalau sy g jugak ambik 'harta' dy tu tapi tengok2 dy dah ambik, apa perasaan?? Mau meletup sy rasanya. 

Geram gak seposen. Sy mesej orang tengah tu baeeeeeeeeeeek punya..Huhu. Jangan ganggu harimau sedang tidur......

Dah la budi bahasa xda. Zero. Nehi. Lain kali, sy memang x akan tolong dah. Sekali terkena, selamanya berjaga. Harap muka je cantik (katanya sendiri kt FB~sila muntah hokey, dengan muka ada tapak jerawat batu, bergerutu, cantik?wekk...bukan nak menghina ciptaan Allah, tp menyampah dengan sikap bangga diri dy, macam la memang dy sebaik-baik ciptaan.), tapi budi bahasa teruk giler, ada makna ke? Erk..tang kulit muka dy tu memang sy x tipu. Memang ada bekas jerawat la. Dy beruntung sebab kulit putih, tu yg menyebabkan dy 'cantik' kalau x...... Tu pun dah bangga sangat.

Harapkan Muka Je Hampeh, Tapi Perangai Pun Hampeh gak??

post ni kat FB:
walaupun raut wajah kacak jelita macam cinderella, tapi x reti berbudi bahasa rasanya xda guna langsung..
lebih baik muka buruk macam the beast, tapi elok budi bahasanya, lembut tutur bicaranya..

bukan ada slogan budi bahasa budaya kita ke? orang berbudi, patutnya kita berbahasa..
tambah2 apabila memerlukan pertolongan kan?lagi la sangat2 perlu kot......

p/s: em...tv kena kurangkan siaran iklan janji ditepati, tambahkan balik iklan budi bahasa..peace ^_^

Xtaw la kalau makhluk tu x terbaca, rasanya aktif FB. Kaya pengasas FB disebabkan dy je. Kucing nak berak pun citer kot. Harap-harap lepas ni reti la sikit berbudi bahasa. Apa dekat U antarabangsa yang diagungkan tu prof lupa nak ajar cara-cara meminta pertolongan? Orang kata, biar mati adat, tapi jangan biadap.

p/s:
Cuba x tensen, tapi tensen gak dengan adanya makhluk Allah camni. Adoi...Jangan la hilang seri nak kawen T__T. Emosi3~~
 

Harapkan Muka Je Hampeh, Tapi.. (part 1)

Assalamualaykum.

Huk3..Perasaan sekarang tengah bengang. Mungkin terlalu penat berkejar dalam masa seminggu ni untuk menyiapkan dokumen-dokumen PPGB yang ditagih oleh PPD Lundu ditambah pulak bendera merah tengah berkibar girang membuatkan emosi sy sedikit tidak berapa stabil (erk, bukan sokmo-sokmo ke cenggini? =p)

Meh ai nak story-story, bukan nak mengumpat tapi sekadar meluahkan rasa yang terbuku di hati. Huhu..Memang x puas hati tahap petala sepuluh ni.

Baru dapat menarik nafas lega apabila cun-cun jam 11.30 pagi settled semua mak nenek berkaitan dengan PPGB yang perlu dihantar. Bayangkan, sepanjang seminggu sy mengadap ms word nak menyiapkan laporan aktiviti permentoran sejak dari bulan Januari sehingga Oktober, lebih kurang 60-65 muka surat, dengan nak mereka cipta ayat bombastik + tugasan rasmi lain di sekolah, tup-tup bila dah siap print hari Khamis (perlu dihantar hari Jumaat), mentor gitaw bahawasanya PPD baru emelkan apa yang perlu dihantar keesokan harinya. What da merengs?Huh, awal-awal cakap lain, kendian nak lain. Memang lidah biawak. Geram kot, kalau gitaw awal-awal leh la fokus kat benda yang dy nak je kan??

Ke hulu ke hilir sy siapkan segala TOV, ETR, GPMP, AR (istilah untuk exam) dalam masa 24 jam, tawaf 1 bangunan sekolah, cari insan-insan yang dirasakan dapat membantu sampai ke stor sy cari maklumat, ditambah pulak penuh jadual jaga exam, data yang sepatutnya ada hilang, xda tempat nak dirujuk, tanya semua orang macam blur membuatkan sy separuh nafas je bernyawa (ok, hiperbola je). Hari Jumaat lak, terkena cirit birit bagai, selang 30 minit mesti nak menggagau cari tandas. Huhu..Memang dugaan betul. 

Bila dah selesai semuanya, dengan tubuh yang lembik longlai balik ke rumah. Ada la pulak insan yang menumpang rumah kejap, tapi cakap x henti-henti. Ada je modal untuk diborakkan. Mula-mula layan gak, tapi lama-lama sy biarkan dy cakap sengsorang. X larat nak melayan, dengan penat x henti-henti & cirit birit ni, sy bantai je tido terbongkang..Haha


To be continue....

 

Sabtu, 13 Oktober 2012

Rambang Mata

Assalamualaykum.

Uhuk, rambang mata buat pilihan design kad. Tempah kad paling murah tapi demand nak ubah-ubah design banyak-banyak kali. Lempang kang..Uhu..

Mula-mula memang kesilapan designer, banyak yang salah macam alamat, tarikh, peta. Kendian macam x berkenan dengan design yang dah dipilih. Lepas tu saiz font la, pe la, macam-macam yang sy komplen. HIM pun x terlayan kerenah sy. Sampai gaduh-gaduh kot. Hadoi.

Kalau ikut dy, main hentam je la design macam mana pun asalkan siap. Jangan banyak songeh sangat, nanti x siap. Lagipun, kad tu murah. Hapa?? Murah pun duit, RM300-RM400 pun duit kot kan? Huhu...Memang cerewet bab-bab duit ni, titik peluh+air liur mengajar kot. Campur penat & sakit hati membebel dengan budak jugak lagi.

Memang la murah, memang walimah kami simple-simple je nanti, tiada pelamin bagai, sebab pada kami kehidupan lepas kawin lagi penting dari nak habiskan sepenuhnya masa hari kenduri tu je. Duit lagi banyak nak guna lepas hari kahwin kan? Tak nak buat pinjaman semata-mata untuk kahwin. Biarlah buat walimah tu dalam keadaan sederhana sahaja. Janji penuh keberkatan & doa restu dari semua pihak. 

Tapi, macam yang sy cakap tadi murah-murah kad kawin pun, duwit tu beb...Kalau boleh biar berpuas hati la jugak sikit..Huhu...& selepas tukar design, font bagai, ternampak design baru. Dan, sy buat ayat syahdu mintak tolong designer kad tu tukar. Buat draf yang lain lagi. Orang pempuan memang mudah rambang mata kot. Yang pasti, salah seorang perempuan yang rambang mata tu adalah SAYA!! =P

Rabu, 10 Oktober 2012

Happy Bornday!!


HAPPY BORNDAY TO ME!!
(09101987 - 09102012 = 25 TAHUN

Muahaa...tak tahan sungguh, wish kat diri sendiri..Haha..Ada aku kesah? =p

Genap 25 tahun hidup di muka bumi Allah ini. Ye, semakin bertambah umur, semakin bertambah pahala & dosa yang ada. Semakin juga mendekatkan diri kepada Sang Pencipta. 'Ala kulli hal, sy bersyukur masih dapat menikmati saat-saat umur sweet25. Erk..ada ke? Hehe

Terima kasih di atas segala ucapan ibu bapa, adik-adik, yang tersayang, teman-teman semua. Huhu..Masih ada yang mengingati tarikh lahir sy. Syahdu, syahdu. (Padahal ada jek reminder birthday kat FB. Lempang kang..Huk3)

Pertama dan selamanya, jutaan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi, kerana antara berjuta sperma, sy yang telah terpilih untuk menempel di rahim ummi seterusnya membuatkan sy lahir ke dunia fana ini. Terima kasih yang tidak berbelah bagi buat ummi yang telah menyabung nyawa melahirkan sy walaupun tanpa kelengkapan yang cukup serta abah tiada di sisi kerana masih berada di Bumi Kenyalang. Tanpa sokongan suami pun, ummi masih gigih melahirkan sy secara normal. Terima kasih ummi. Ye, sy dah tiada kesempatan untuk ungkapkan kata-kata keramat terima kasih buat ummi kerana beliau telah meninggalkan kami sekeluarga selamanya, namun pengorbanan beliau akan sy kenang selagi hayat dikandung badan. Terima kasih ummi.

Terima kasih juga buat abah, kerana tanpa 'kerjasama' beliau sy pun x akan ada kat dunia ni jugak kan?Hehe.. Terima kasih atas segala kasih sayang, pengorbanan yang dicurahkan. Memang tak terdaya, tak termampu langsung membalasnya. Terima kasih sangat-sangat. 

Ma, terima kasih wish tru calling-calling. Walaupun bukan dirinya melahirkan sy dan adik-adik, kasih sayang beliau juga tidak berbelah bahagi. Terima kasih ma.

Yang tersayang, first tyme wish on the tyme. First tyme gak wish live kot (Tu nak kena catat tu).Haa...ayat macam bahasa purba dah. Sebelum-sebelum ni memang makan hati la pasal wish-wish birthday ni. Kalau x ingatkan memang x wish langsung la T__T. Ni pun rasanya, kalau x gaduh memang x merasa la kot diwish..Haha..Hurm, moga lepas sah miliknya ingat sokmo la. Itu lagi manis rasanya kan dari tiada hubungan yang halal. Semoga Allah panjangkan jodoh pertemuan kami, bukan hanya di dunia, tapi di sana juga. Ameen. 

Teman-teman, terima kasih. Ye, sy dah tua setahun dr tahun lepas. Semoga apa yang diimpikan akan tertunai, segala doa-doa kalian dimakbulkan Allah. Ameen ya Rabb.

Semoga Allah limpahkan keberkatan untuk umur yang berbaki lagi sebelum Dy menjemput sy. Harapnya, 25tahun yang telah dilalui ini lebih berfaedah dan banyak manfaat berbanding perkara yang sia-sia (muhasabah diri-sy banyak buat benda pelik-pelik kot). 

Selamat hari lahir buat diriku sendiri. Hehe. Moga anda bertambah matang yep FAI!! ^_^
 

Rabu, 3 Oktober 2012

Pindahkah saya?

Assalamualaykum.

Lepas rehat sekejap tadi sy masuk pejabat untuk menandatangani kehadiran ke sekolah (punch card bahasa kampung sy). Tengah syok-syok sign buku kehadiran tu Pembantu Am Sekolah (PAS-bukan Parti Islam Semalaysia ye) a.k.a orang kuat GB mengusulkan 1 cadangan yang tidak disangka-sangka.

Ustazah, kitak maok pindah sik?

Sy pun apa lagi, jawab NAK LA. Kalau dapat pindah, memang nak la, pindah ikut suami. Kan tahun depan sy bertukar status.. Jawapan sy pun macam main-main, sebab sy ingatkan PAS (nama dirahsiakan atas faktor keselamatan..teeet) main-main dengan sy. Memang dengan orang pejabat, sy banyak main-main, x seserius masa sy dalam kelas. Siap dapat gelaran ustazah paling garang lagi kot.

Lepas 2,3 kali dia tanya macam tu, muka sy pun macam berubah jadi hijau berpetak-petak. Huhu.. Dalam hati, betul ke nak tukarkan aku ni?

Sy tanya la, nak tukarkan ke mana? Sebab apa? 

PAS gitaw kemungkinan besar sama ada sy atau ustazah local yg akan pindah dalam daerah ni jugak tahun depan. Means, kami masih berada dalam PPD Lundu yang sama, cuma tukar sekolah. Ke SK Siar Campuran. Untuk makluman, kat SK Siar Campuran ni ada senior sy masa zaman IPG dulu dipostingkan ke sekolah tu. Jarak antara rumah sewa sy sekarang ke SKSM ni dalam 3-5 minit sementara jarak dr rumah ke SK Siar Campuran mungkin memakan masa selama 15-20 minit. Alasan penukaran ini adalah kerana ingin menempatkan seorang guru agama lelaki (ustaz) ke sini. Almaklumlah, semuanya kat sini adalah dari speasis ustazah. Agak susah untuk menjalankan apa-apa aktiviti keagamaan memandangkan kaum hawa ni banyak kekangan, terutama kekangan bulanan...

Sy speechless. Tak tahu nak cakap apa. Sy jeling Cikgu Kamarudin (PK KO) yang kebetulan ada berhampiran, dia senyum kat sy penuh makna. Hurm... Kemungkinan besar tu memang ada rasanya. T__T

Sy x ada masalah untuk bertukar ke sana sekali pun, sebabnya sy boleh mengelakkan mata & diri sy dari seorang manusia yang berlagak serba serbi expert (sy x suka suasana hipokrit!!). Tapi, memandangkan kalau sekolah betul-betul serius hantar surat permohonan nak ustaz bagai, pindahkan sy ke JB terus (bakal suami kat JB). Sebab walau macam mana pun sy memang akan mintak tukar tahun depan. Laman egTukar akan menjadi laman feveret sy bermula tahun depan. Hihi..

Hurm, kalau betul la nak tukar sy, tukar sy balik JB ye?

mode: 
Terasa di awangan T___T


Terkejut!!

Assalamualaykum.

Huhu..Sebu terasa perut pagi-pagi hari lagi. Wordless Wednesday kot..Tapi kalau dibiarkan maybe akan jadi wordless sampai bila-bila.

Hari ni, 2 orang murid tahun 2 ditangkap & dihadapkan ke bilik guru atas kesalahan menonton video lucah. Ye, diulangi video lucah. Murid tahun 2 menonton video lucah. Bukan sekadar tengok, tapi siap mempraktikkannya lagi. Adoi. Dia buka baju budak kelas dia, tapi x tahu sempat buat apa.

Siasat punya siasat, berdolak dalih kenyataan dyorang. 2 orang murid tahun 2 yang buat kerja ni. Dah tu saling menuduh antara satu sama lain. Huhu.. Mula-mula cakap cd tu kepunyaan ayah dyrg. Kendian gitaw pulak tengok melalui gambar/majalah. Boleh pulak kata dah buang dalam sungai. Dah kena makan dengan buaya.

Cekgu : Apa yang awak buat ni?
Murid A : Kamek sikda buat apa-apa
Cekgu : Benarkah? Kenak awak padah marek lain dengan Cikgu Dorris ya?
Murid A&B : .......
Cekgu : Apa yang awak tengok? Cd apa awak tengok?
Murid A : Kmek sik nangga apa pun
Murib B : Berolah nya. Nya madah nangga gambar orang telanjang.
Cekgu : Haa???
Murid A : Sik cikgu. Kmek dah buang dalam sungei
Cekgu : Yeke? Tipu dapat dosa. Allah marah
Murid A : Benar cikgu
Murid B : Bulaknya
Murid A : Benar cikgu. Kmek dah buang dalam sungei.
Cekgu : Okeylah.. Cd apa yang kamu tengok? Cerita Boboboy, Upin Ipin ke Spongebob? Cikgu pinjam boleh? Awak tengok cd apa?
Murid A : Cd upin ipin cikgu.
Cekgu : Aik, tadi awak kata cd dah buang? Boleh cikgi pinjam? Kenak awak buang cd upin ipin?
Murid A : Benar. Sik apat cikgu. Sy buang cd Upin Ipin sebab Upin Ipin buat benda pelik-pelik.
Cekgu : Haaaaaaaaaaaah? Benda pelik-pelik apa?
Murid A : Benda pelik-pelik la. Cikgu x tahu ke? Upin Ipin buka baju suruh telanjang &...... (18sx)
Cekgu : (serahkan murid tersebut kat guru lain)

Dialog mungkin dah berubah sikit..Tapi begitula lebih kurang dialog yang sy dapat hasil daripada sebahagian 'temubual' yang dilakukan oleh cikgu-cikgu SKSM terhadap 2 hero tahun 2 ni. 

Hasil daripada penyiasatan yang dilakukan juga mendapati bahawa mereka juga menonton tayangan video lucah itu bersama-sama ibu dan bapa mereka. Si A ni, bukan sekadar menonton video je, malah sudah melihat 'perlakuan' itu secara live. X tahu la dia tengok mak ayah dia buat hubungan atau dia pergi intai kawasan mana-mana.

Astaghfirullahalazim. Bayangkan, murid tahun 2 yang berumur 8 tahun dan masih belum akil baligh dapat menceritakan semua yang dia lihat kepada kawan-kawan. Siap buka baju kawan perempuan untuk dibuat 'latihan amali'  / praktikkan teori yang dilihatnya. Apa yang akan jadi terhadap masa depan murid tu? Salah siapa? Salah cikgu-cikgu yang x mengajar pendidikan seks kepada murid di sekolah? Salah guru-guru yang saban hari mengajar pendidikan islam, moral dan sivik kah?

Rasanya, kalau kami ni ajar pendidikan seks seperti yang pernah diwar-warkan dulu, memang semakin hancur kot. X ajar pun dah pandai 'meneroka' sendiri, kalau dah ajar mengenai hubungan tu camne? Kalau ajar mengenai selok-belok tubuh lelaki atau perempuan sahaja pun dah membuatkan mereka membayangkan macam-macam agaknya kan?

Mak ayah pun, kalau rasa-rasa memerlukan alat bantuan rangsangan (video) untuk seks pun, x payah la sampai berjemaah ajak anak-anak tengok sekali. Lapi pulak, kalau x silap sy haram tengok benda-benda macam tu sebab melibatkan maruah dan aurat orang. Bagi sy, x perlu kot.

Panjang lagi perjalanan hidup murid-murid ni untuk menempuh hari-hari akan datang. Apa yang akan jadi kalau seawal umur 8 tahun dah pandai berbicara mengenai hubungan seks? Mata semacam je tengok cikgu-cikgu perempuan. Mungkin dah transparent pandangan tu. 

Ya Allah, beratnya dugaan & cabaran yang Kau berikan untuk mendidik murid-murid ni. Rasanya tak termampu nak menggalas. Kau berilah hidayahMu kepada murid-muridku & ibu bapa mereka. Kau permudahkanlah urusan aku sepanjang berada di sini meunaikan amanah yang diberi. Amin.


Ahad, 23 September 2012

Perihal Kursus KSSR

Assalamualaykum.


Khamis, Jumaat & Sabtu yang lalu, sy telah diarahkan serta dikerahkan supaya menghadiri kursus KSSR Bahasa Arab Tahun 3, bertempat di PKG Lundu. 

Sy anggap 'perkara itu' adalah zalim. Kenapa zalim??Haha..Xleh blah je kan zalim bagai. Definisi zalim ialah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Yep, memang betul pun. Walaupun semasa menuntut kat IPG zaman dahulu kala, minorku adalah Bahasa Arab & Al-Quran, tapi majorku adalah Pendidikan Islam. & tidak dapat disangkal lagi, sy bertugas di SK Stunggang Melayu ini pun memegang status sebagai guru Pendidikan Islam tahap 2. Pasal KSSR memang sy bx terlibat langsung pun.

Tapi...........................

Sekolah mengarahkan sy menghadiri kursus KSSR Bahasa Arab ni jugak!!

Padahal, jQAF pelatih yg kononnya bertaraf pendidikan ter____ paling_____ amat tinggi dari UIA (katanya) memang sah-sah akan mengajar Bahasa Arab x kena pergi la pulak, dengan alasan masih pelatih. Kalau kena attend kursus dan-dan tyme tu gak la mengaku diri tu pelatih, kalau x semedang eksen.

Jadinya, sebagai guru yang berkakilebar sy pun tergedek-gedek la menghadiri KSSR tu. Hurm, 3 hari memendam perasaan kot. Dah la pemberi ceramah tu suka sangat soal menyoal, tanya menanya dalam bahasa Arab, memang memalukan sungguh. Dah 2 tahun meninggalkan alam bahasa Arab. Nahu, baris, memang lintang pukang.

Kata housemet, muka memang xda seri peserta kursus langsung. Haha...

Tapi, yg sy bimbangkan buatnya tahun depan sy terpaksarela kena mengajar bahasa Arab sebab kebanyakan peserta kursus tersebut memang bakal-bakal guru yang akan mengajar bahasa Arab tahun 3, tahun 2013. Adoi..Harap-harapnya x la kan? T__T

Rabu, 12 September 2012

Upgrade

Assalamualaykum.

Mood okey kot hari ni sampai menghapdet berkali-kali. Uhu, sukacita dimaklumkan bahawa sy telah mengupgrade pelan broadband Maxis kesayangan ni dari 1.5GB Lite 4GB Lite. Bertambah la laju sikit, dan sebagai merasmikan pengupgredan baru ni sy telah mendownload beberapa video.. Haha..Sok kompem slow mellow balik T__T

Secara otomatiknya dari bayar RM48 setiap bulan bertukar status kena bayar RM68..Huhu.. Padan muka eden. Lalala... Duit...duit....duit... 

Dok kat kampung bukan buka sangat pun menda alah ni, tapi bila datang SARAWAK dan orang kata keje kat sinin ni rilek berbanding sinun. So, masa terluang sy kat bumi bertuah ni saaaaaaaaaaaangat la terluang kan? Jadi sy rasa macam berbaloi juga la upgrade-upgrade pelan ni (pujuk hati).

Kalau lepas ni lembap macam siput sedut lagi tarak tau la.. Moga-moga urusan skype menskype dengan si jantung hati lagi lancar la lepas ni..Ekeke.




Pening pening lalat

Assalamualaykum.

Huhu..Pening-pening lalat. Lalat pun x sepening sy rasanya. Erm, ada sepupu nk sponser khidmat fotografinya tapi masih perlu bayar untuk urusan printing dan sebagainya. Memang sy dah setuju, tapi x tahu nak pilih pakej mana. Kalau ikut bajet yang seceot ni memang tak nak tempah-tempah fotographer pun, tapi bila fikir-fikir nak kawin sekali je (insyaAllah) & perlu gak untuk tatapan cucu cicit nanti..ekekeke...

Rugi juga rasanya kalau momen sekali seumur hidup ni x diabadikan sebaik mungkin walaupun walimah yang akan diadakan nanti x segah seperti majlis-majlis lain sekadar untuk mengumumkan hubungan yang dibina & meraikan kesyukuran dengan teman-teman serta masyarakat setempat.

Nama pun majlis kesyukuran, bukan majlis perkahwinan..Hehe..Memang xda pelamin-pelamin bagai, tapi teringin gak nak khidmat fotografi ni. *Mengada kan?* Kalau x mampu sangat ambik je gambar dengan kamera digital kompak biasa, tapi bila dah ada orang offer khidmat percuma macam demand la pulak..Huhu...Tapi sy x reti nak pilih pakej yang mana 1..

Tolong sy buat pilihan bakal-bakal pengantin atau mantan pengantin pun..huhu

Macam nak pakej B atau C..Tapi pakej C macam agak rugi...Adoi...cmne ni?

Isnin, 10 September 2012

Selamat Berjuang!!

Assalamualaykum.

Selamat berjuang adikku Muhammad Ihsan Hazim!! Ayong doakan Adik dapat buat yang terbaik dalam UPSR ni. Semoga 7A berjaya digenggami ye. Kalau tak dapat apa yang kita inginkan, mungkin Allah akan beri yang terbaik untuk kita pada masa akan datang, tapi apa yang penting....


USAHA DULU, JANGAN MUDAH MENYERAH KALAH!!

Semoga berjaya dalam UPSR.

Semoga tenang menjawab soalan.

Semoga Allah mengirimkan ilham para malaikatnya membantu.

Selamat berjuang juga buat anak didik di SK Stunggang Melayu, Lundu. Anak murid praktikum di SK Padang Kemunting, SK Losong, SK Duyong, Kuala Terengganu. Semoga natijah yang akan diraih nanti setimpal dengan hasil usaha yang dilakukan. Ustazah halalkan segala ilmu yang dicurahkan, semoga berjaya!!


Selamat Berjuang  
(BROTHERS)

Malam Siang Berlalu
Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya

Sejenak Kuterkenang

Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya

Berat Rasanya Di Dalam Jiwa

Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya

Selamat Berjuang Sahabatku

Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita

Hati Ini Sayu Mengenangkan

Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan

Tetapi Ku Akur Pada Hakikat

Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan

 

Ahad, 9 September 2012

Lama dah...

Assalamualaikum.

Lama dah x update blog.

Tapi x lama dah nak ke alam baru. =P

Uhu..Ntah, walaupun banyak benda berlegar-legar dalam kepala otak, kemalasan melampau membuatkan sy malas nak menaip. Nak kata sibuk, keje cekgu kan ''SENANG". Huahuahua.

Kelembapan & keslowan internet gak antara penyebab malas nak buat. Ok, alasan je...Tapi memang betul, sy nk kena tukar pelan brodband ni. Broadband Maxis ni dah lama setia menemani sy sebelum bertungkus lumus untuk buat tesis pada zaman purba kala dulu lagi. Dulu ambil pakej paling murah RM48 untuk sebulan sebab elaun kat IPG macam x berapa nak cukup sangat kalau ambil pelan yang lagi mahal. Guna seminggu lebih dah bertukar warna hijau. Huhu..Untuk broadband opkos sy suka warna biru!! ^__^

Erm, macam-macam benda yang nak tulis, tapi belum ada nafsu yang membuak-buak untuk berbuat demikian. Ewah, ayat..hehe. Apa pun, banyak benda yang dah belaku sepanjang minggu raya dan seminggu dua lepas raya ni. Nanti la, kalau dah ada rasa teruja nak menaip nanti insyaAllah akan muncul la en3 baru. Walaupun xda orang teruja nak menatap tulisan sy yang merapu meraban ni, tp biarlah ia menjadi kenangan suatu hari nanti. Ekeke..

 Apa yang dah berlaku:
1. Kak Hana dah bersalin. Baby boy sangat-sangat comey!!! Tahun depan baby gegel lak kuar ye?Hehe..X sabar nak tengok baby datang sarawak ni. Tahniah ummi Hana & daddy Fizi =)

2. Done beli kain untuk dibuat baju 'ehem2'..Huhu.. Macam nk terbeliak biji mata masa bayar. Kaya la JAKEL. Done jugak tempah kad. Pilih yang sesuai dengan bajet je T__T
(Nanti sy buat en3 khusus -kalau rajin-)

3. HIV Test & borang-borang, done ^_^

3. Terkezut menerima panggilan telefon dr sahabat baik yang telah menghilangkan diri daripada orang-orang sekeliling selama 2 tahun. Katanya, dah menjumpai dirinya yang sebenar. Harap-harap baik-baik semuanya. Kami merinduimu..


On Da Way:
1. Dalam proses menyiapkan PPGB.. Tensen yang amat =(

2. Kain sedang digodek-godek untuk dijadikan 2 pasang persalinan.

3. Nak upgrade pelan broadband!!!

4. Puasa ganti+puasa 6 masih berbaki 4 hari. Sempat ke x nak kejar lagi?


Yang menghantui:
1. Ada lagi sisa-sisa kesumat dalam hati'nya'. Apa, cantik meletup sangat ke sy ni? Nak cari pasal sokmo...Orang dok diam-diam, senyap-senyap pun da je benda yang akan jadi isu. Huh..Macam mana nak hilangkan rasa menyampah? Susah kalau dah orang busuk hati.

2.  Kumpul duit gaji =(

3. Duit..Wang...Duit...Wang...




Rabu, 15 Ogos 2012

Misi Balik Kampungi!

Assalamualaykum.

Bukan pengangkutan utama sy =p
Ohoho balik kampung...
Ohohoho balik kampung........
Hati girang!!!

Mood sy hari ini sungguh baik. Malas nak diingat benda-benda yang menyakitkan hati. Yang paling penting sekarang ni misi sy untuk balik kampung tercapai dengan jayanya. Oyeaaaaaaaaaaah!!

Kek lapis homemade dari Abang Sipik dah dihantar pagi tadi dan sudah semestinya RM200 melayang-layang tanpa segan silu..Haha.

Kek Lapis Idola 8x8 = RM 90
Kek Pua Kumbu 8x8 tapi dibahagi dua sebab terlalu mahal = RM 60
Kek Lapis Roll Gemilang = RM10 x 3
Kek Lapis Ketupat Mini = RM20
Kek Lapis Ketupat = RM 25 (disponser Abang Sipik)

Sekarang ni sy sedang menunggu kek lapi 18 biji daripada housemet-housemet yg ditempah dari cikgu sekolah mereka. Yep, kenapa?? Tak percaya ka?? Memang betul 18 biji. Yang ni untuk diagih-agih kepada sedara-sedara sebelah ummi, abah, ma. Huhu.. Nasib baik dapat diskaun, kalau x kopak sy.

Kek lapis (standard RM10 kat Waterfront Kuching atau Kg. Gersik) yang sy tempah ni, kalau beli RM50 dapat 6 biji. Jadi sy tempah RM100. Tapi bila call abah, abah suh tambah lagi RM50. Itu yang menyebabkan jumlah kek lapis yang hendak diagihkan mencecah 18 biji. Bukan x sedap yang ni, masih sedap cuma kurang ummph sikit berbanding dengan homemasde. Homemade ni dibakar, yang RM10 sebiji ni dikukus, jadi ada rasa lain sikit la.. Bukan jugak kedekut bagi kat orang yang dikukus, tapi memang botak la kepala sy nak tempah homemade semua..Cun-cun harga tiket 2 hala kot..huhu...So, sedara-sedaraku, tunggulah ketibaan kek lapis special ni ye. Sy tempah dengan penuh kasih sayang kot (walaupun duit melayang-layang =D )

Sape-sape yang nak tempah buleh la PM sy yep..Haha...buleh buat bisnes kek lapis la lepas ni. Tapi kalau nak tempah, nak bagi harga RM 10 x dapat kot.. Kos nak ke Kuching pun dah berpuluh hengget..Kos bagasi lagi..Alahai...

Lagi, sedang menunggu tempahan mini kek polkadot.  Specialnya polkadot ni dy taruk macam-macam jenis jem dalam isi perut dy. Yang ni tempah 120 biji je. Nak try, kalau sedap boleh tempah untuk dijadikan barang-barang dalam goodies bag nanti..(berangan T_T)

Apa lagi yang sy beli yep? Oho...sy juga beli cornflakes sambal. (Tatau nama sebenarnya apa) Best, sebab benda ni ada campuran cornflakes + pusuk (ikan bilis) + kekacang + sambal pedas manis masin gitu.. Nak lari dari kebiasaan cornflakes orang buat biskut..Huhu..

Waiting list:
Macam nak beli gak kerepek seaweed & biskut cadbury. Best, lagipun macam tak pernah jumpa benda ni kat kampung. Hurm, akan difikirkan nanti.

Tapi,...

Barang-barang yang sy beli berguni-guni ni, sy cuma ambil bagasi 20kg jek..Waa...Kalau la lebih 20 kg, masak sy nak membayar kat Air Asia 1kg = RM20..Baik buat beli kek lapis kan? Erm, dah mintak tolong BFF sy Fizah (met, glemer mu kat blog aku..haha) untuk menambah bagasi dalam 10-15 kg lagi kat epot. Harap-harap makcik tu jumpa la kaunter bagasi tu. Buleh sebenarnya nak tambah melalui on9, tapi dengan syarat guna kad kredit. Sy x 'memelihara' kad kredit sebab x yakin dengan diri sendiri. Guna kad atm je pun dah beratus beli barang 0n9, kalau kad kredit tak tahu la..So, no..no...no....!!

Sumber: Inche Google

Harap dijauhkan. Moga yang baik-baik sahaja dikurniakan Allah.
 Gambar?Next en3 buleh?Sekarang mood nak memandikan pakwe sy QAA2085B sebelum dihantar kat Abang Sipik untuk dijaga. ^____^


Selamat balik ke kampung halaman kepada semua perantau. Berhati-hati di jalan raya. Walau apapun jenis kenderaan yang anda gunakan sama ada di langit (kapal terbang, helikopter, belon udara, jet pejuang), lautan (kapal selam, kapal laut, feri, motobot, sampan, rakit), daratan (kereta, kereta api, bas, motosikal, beca, basikal), yang penting, mulakan perjalanan anda dengan doa. Mulakan juga dengan niat yang baik supaya setiap langkah anda mendapat pahalaNya. Semoga perjalanan anda diberkati dan dielakkan dari sebarang musibah. Ameen =)


Walaupun masih awal, takut tak berkesempatan untuk menconteng blog ni, sy nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri. Mohon maaf dalam setiap kekhilafan sama ada sedar atau tidak. Jangan nakal-nakal & raikan Aidilfitri dengan perkara-perkara yang sewajarnya. Semoga kita semua berjumpa lagi Ramadhan yang akan datang. InsyaAllah.

Mode: Senyum lebar ke pipi walaupun balik lewat =D