Assalamualaykum.
Huhu...Kecoh di TV berita tentang banjir teruk yang melanda Pantai Timur & bahang bah tu dah sampai ke kampung di Pengkalan Kubor, namun di kawasan perumahan Taman Perling, JB ni juga tak semena-mena banjir gila-gila.
Tak tahu kenapa tiba-tiba tersentap dengan sang suami, tak selera nak makan, tubuh rasa seram-sejuk-panas, air mata meleleh-leleh kuar, serba tak kena dibuatnya. Uhuu.... Memang banjir teruk semalam... Sampai sang suami mengeluarkan ayat-ayat pasrah. =P
Entahlah, mungkin selama sebulan, 30 hari ni kami sentiasa bersama ke mana sahaja kecuali tyme melepaskan hajat di tandas je x sanggup nak ikut, esok (27 Dis 2012) kami akan menjalani rutin PJJ-Perkahwinan Jarak Jauh. Demi tuntutan tugas, sorang di Johor & sorang di Sarawak. Huwaaaaaaa...
Ingatkan sy tabah, tapi xda la perkasa sangat pun. Lemah gak dengan emosi rupanya. Huhu... Zauji ingatkan dia ada buat salah, sampaikan mengguris hati sy tapi rupanya sy menangis tanpa sebab. Sekali kelakar, sekali sedih. Hurm, berat dugaan bila terpaksa berpisah demi amanah terhadap kerjaya & anak bangsa.
Macam-macam yang difikirkan, siapa yang akan jaga makan pakai zauji, siapa yang akan tegur dia menguap kalau x tutup mulut, siapa yang akan jaga sakit demam dia (macam la sebelum ni dy x pandai uruskan sendiri), dan 10000001 perkara lagi yang menjadi mainan perasaan semalam. & yang paling penting siapa yang akan uruskan & jaga sy yang mengada-ngada ni.
Bila dia cakap,
"Abang tinggalkan sayang dalam lindungan Allah, walaupun kita x bersama tapi yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama kita & kita sentiasa ada di sisi masing-masing. Hubungan ini adalah pinjaman dari Allah, kita bersama kerana kasih sayangNya. Kita berpisah sementara kerana tuntutan & tanggungjawab yang telah diamanahkan. Sabar & yakin, ada hikmah yang tersembunyi. Betulkan niat kita, semoga ada kemanisan yang akan kita kecapi nanti"
Huwaaaaaa.....langsung berhenti banjir tapi masih lagi meleleh sikit-sikit air hidung =P
"Ya Allah, jagakan dia suamiku yg tersayang kerana Engkau adalah sebaik-baik Penjagaan."
InsyaAllah, semoga kita berada dalam lindungannya. Doakan kami berdua tabah menghadapi hari-hari mendatang dengan status PJJ ini.
Mood:
Sedang memperkasa diri menghadapi hari-hari 'bujang' kembali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan