Isnin, 7 Oktober 2013

Sedutan daripada Pamplet Majlis Khatam Al-Quran

Assalamulaykum.


Copy paste internet.
Maaf x sempat nak ambik link blog.
Sy ambik ni, tampal dalam pamplet ye. =)

Untuk memenuhkan ruangan, 
sy juga ada letakkan ini.

Apa guna jadi LELAKI KACAK
Kalau baca AL_QURAN MERANGKAK-RANGKAK

Apa guna jadi PEREMPUAN JELITA,
Kalau jam 12 tengahari masih MEMBUTA

Apa guna umur PANJANG
Kalau asas Fardhu Ain LINTANG PUKANG

Apa guna  Allah bagi HIDAYAH
Kalau nak solat pun PAYAH

Apa guna jadi MANUSIA
Kalau umur Allah bagi DISIA-SIA

Saja nak share sikit kat sini,
Moga dapat diambil sedikit manfaat.

"Sebarkan olehmu perihal kebaikan, walaupun 1 ayat"
^___^


Ahad, 6 Oktober 2013

Segala Puji Hanya Bagi Allah

Assalamualaykum.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Merujuk kepada entry ini, sy dalam 50-50 je kan nak balik ke tak raya haji ni kan?

Tapi,
Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan Allah.

Sy call agen pagi-pagi hari tadi.
Cun buka pejabat jam 8.00 pagi, sy call 8.10 pagi.

Cuak jugak sy nak guna waran sebab tiket untuk akhir tahun sy dah kompem untuk gunakan tiket pree tu untuk balik kampung. Tinggal sang suami, sy balik terus ke KB dengan MAS lagi tu. Heheheke. Biasanya bila dah tiket kompem, tak dapat tukar lagi dah. Alhamdulillah, Sennet Travel ni senang nak bertolak ansur. Boleh dibuat pertimbangan, walhal tarikh yang sy inginkan tu hanya tinggal 3-4 hari je lagi. Alhamdulillah.

Tanya punya tanya, hanya ada kekosongan pada hari Sabtu jam 9.40 pagi. 
Sikhal la, janji dapat balik sebab hari Jumaat tu tiket semua dah habis. 
Dan terpaksa ambik cuti sehari, hari Rabu sebabnya tiket semuanya dah habis. Yang hari Rabu tu pun dari KB jam 8.00 malam, dari KUL jam 10.05 malam. 
Sampai KCH jam 12 malam. 
Jadi Cinderella la ai, fitam....T__T

Tapi takpela penat sikit pun, asalkan sempat jumpa dengan Hakim.
Dah dia pergi sana bila pulak ada rezeki nak balik. 
Buatnya sambung Master terus kat sana?
Uhuu...terpaksa la berkorban.

Raya Aidiladha yang pertama bergelar isteri tanpa suami di sisi walaupun balik kampung sebab sang suami ada kursus KSSR Pendidikan Moral pada 11 dan 12 Oktober tu. Tambahan pula, takde flight direct dr JHB ke KBR. Adanya kena transit ke KUL dulu, dan kalau main transit-transit ni memang akan melayang-layang-layang-layang la RM tu. Jadi, berbekalkan keizinan beliau, sy balik sorang-sorang je la nanti menggunakan tiket waran tu. Hurmm...Gembira dalam sedih. -__-
Tapi takpe, sebab Jumaat minggu yang sama sang suami datang sini. Yeeaay!!

Cuma harapnya dapat kelulusan cuti dari GB la nanti.
Harap-harap dapat la.

Semoga dipanjangkan umur nanti. Dah gitaw ma, penat perjalanan yang singkat. Nak duduk kat rumah je, tanak jalan-jalan ke mana pun. Kekekeke, harap-harap tak kena balik kampung ma la. Uhuuu..

Alhamdulillah.

Segala puji hanya bagi ALLAH.


Sabtu, 5 Oktober 2013

Balik ke tak balik?

Assalamualaykum.

Tengah konfius, nak balik kampung ke tak raya korban tahun ni?
Tahun lepas tak balik pon. Beraya je kat sini.
Tapi cam takde makna raya mana.
Bangun pagi, kelip-kelip mata,
'Ohhh...hari ni hari raya' -__-
pftfyt sangat kan?

Jadi, 
untuk mengelakkan 'feel' raya tahun ni cam tahun lepas, sy dan Bumet memplan (sorry cekgu BM) untuk jalan-jalan habiskan duit ke sekitar Serian, Sri Aman dan Sarikei. Rugi la kan, dok Sarawak rapi tak pernah sampai pun ke tempat-tempat tu. Buatnya ada rezeki dapat pindah tahun ni (ameeennn!!!!), tak ke rugi tak pernah sampai. Bila la nak buleh sampai sini lagi bila dah balik ke Semenanjung. Huhuuuu.

Sarawak ni luaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaas yang amat oiii kalau nak jelajah. 1 Sarawak lebih kurang sama luas dengan 1 Semenanjung. Ni, balik-balik travel ke Kuching-Matang-Lundu-Bau-Sematan-Serikin. Hoh....Cam tak best sangat je kan? Nama nak jejak ke Sibu, Bintulu, Miri, Limbang, Kapit?? Kem salam je la. Sekolah rendah lagi la, jarang nak buat lawatan ke luar bahagian yang jejauh camtu. Sobbbss T__T

Plan punya plan, nak stay kat hotel bajet mana, nak jenjalan kat mana, nak spend duit banyak mana dah dibuat dengan bumet tersayang. 

Sekali.......

Semalam adik (Hakim) call, saja je bertanya khabar. Sy pun so-so je la jawab. Dia sedang bercuti daripada pengajian di Mesir. Balik kampung sebelum puasa hari tu, bila nak pergi balik ke sana dalam bulan 9, Mesir pada masa tu tengah bergolak hebat. Jadi delay la trip ke sana. Memang dah rancang dengan sang suami, kalau Hakim nak kembali balik ke bumi anbia' sana tu kami akan balik jenguk jugak dia sebelum terbang ke sana. 

Kalau jarak Mesir-Kelantan cam jarak Negeri Sembilan dengan Melaka takde la mak kesah sangat dek non. Tapi ni perbezaan benua kot. Haruslah nak balik jumpa kan? Tak tahu la pulak bila dia akan balik, maybe lepas tamat belajar nanti la gamaknya. Nak balik sokmo? Hoh, botak sebelum masanya la dedi ai. Kekeke *ada nada jeles di situ*

Tanya punya tanya, flight dia dah kompem 26 Oktober 2013, Sabtu.
Sebelum ni macam sure tak sure je tarikh tu.
Tapi ni memang dah pasti tarikh dan masa penerbangan.
Sy cam, ohhh...okey.
Memang tak terlintas apa pun. 

Ma dengan dedi pun tak galakkan kami balik sebenarnya sebab sekali balik kompem habis dekat sebulan gaji. Mereka suruh kami suami isteri menyimpan duit la. Kalau tak balik takde la kena panjat tangga AirAsia bagai kan. Dah la tiket tu reganya memang ikut nasib je. Kekadang murah, kekadang mahal. **KPM, tukarkan sy!!** 

Semalam sebelum tido sy terfikir balik.
Takkan tak nak balik kot...
Kebetulan dah nak dekat Hari Raya Aidiladha.
Tak perlu nak apply CRK bagai.
Rugi la pulak kalau tak balik jumpa.
Bukan senang kan?

Tapi sy dah planning nak joli-joli dengan bumet nanti.
Kalau berjalan sini sana nanti duit habis beratus jugak kan?
Kalau balik kampung duit beratus yang sama jugak akan habis.

Kalau sy balik kampung, sy hanya perlu beli tiket one way je sebabnya waran penjawat awam sy tu masih ada sehala belum digunakan. yang sehala lagi sy booking untuk balik akhir tahun nanti. kalau nasib baik, boleh kenselkan yang akhir tahun tu, makna katanya sy dapat balik free-free je la. Boleh double triple tujuan balik. Dapat jumpa dengan Hakim sebelum dia ke Mesir, dapat jumpa ma dengan dedi, adik-adik sekali, dapat sambut Aidiladha bersama keluarga dan dapat makan daging banyak-banyaaaaaaaaaaaaak!!

Tapi,
sy dah plan dan bincang dengan Bumet. 

Uh...camne eh??
Tolong sy buat keputusan.
Pelissssss.
Buntu T___T

P/S:
Kalau balik kampung boleh tak tanak balik kampung ma?
Mesti ramai yang tanya sal anak, baby. Sangat rimas!!!
Manusia normal mana yang tanak anak hoiiii tapi keadaan yang jauh ni menyukarkan kami buat family planning. Tyme balik tu la nak period bagai, so cenggana? Sangat tension. 
Buat baby bukan sama cam buat kek lapis. Huh~~



Selasa, 1 Oktober 2013

Menyampah

Assalamualaykum.

Uh...sangat tertekan dengan bebanan kerja!!
Siapa kata dok kat tempat jin bertendang ni tak tensen ha????
Very da chissssssscake betul la.

First tentang Majlis Khatam al-Quran peringkat sekolah.
Ok, tahu..tu program keagamaan dan memang biasaaaaaa la kalau program agama-agama ni takde makhluk lain la yang akan terjelir terkejar-kejar buat itu ini. Kompem kalau tak ustaz, ustazah, kalau tak ustazah, ustaz. Dah depa-depa je kot beragama barangkali. Hoh.

Ok, fine, tak kisah. 
Dah memang kat mana-mana pun rasanya camtu jugak kot.
Program lain, kem motivasi la, kem kecemerlangan la, kem sukan la, kem olahraga la, takde pulak tibul isu ustaz, ustazah. Retiii pulak libatkan semua guru. Ada orang-orang bertitle ustaz ustazah komplen kalau kena turun padang? Ada yang bising kena stay kat sekolah teman budak. Mungkin la ada kot, dah lumrah menusia kan, tapi seyes sy tak pernah komplen apa-apa aktiviti sekolah. Follow da flow je. Memang takde nak menongkah arus bagai. Menjulang prinsip, sy yang menurut perintah.

Tapi.................................................................

Memang kecewa+terkilan+kecik hati gila babun punya la bila program yang dianjurkan tak dapat kerjasama sepenuhnya dari guru-guru lain. Uhhhhhhhhhh...

Senarai jawatankuasa kerja dah disediakan oleh ketua panitia merangkap penyelaras majlis khatam, U.N. Sy cuma print je. Sy memang tak tengok langsung pun sebelum tu, sy cuma tengok masa nak print je. Memang la agak terkejut sikit bila tengok hampir kebanyakan tugas mesti terselit nama sy. Macam gila kuasa sangat gamaknya kan. Tapi takde la nak mengomen bagai.  Macam biasa la, 'saya yang menurut perintah'.

Sy pun print je la. Lepas tu tampal kat papan kenyataan dalam bilik guru.
Tak sampai 5 saat tampal, ada la cikgu yang tengok. Tetiba,

"Aiman, kenak nama kamek kat ajk nun"
Sy: Sy tak tahu. Ustazah yang letak, sy cuma print. (senyum 100%)

"Aiman, kamek sikda kamera ya, kenak kamek bahagian towk?"
Sy: Entah, ustazah yang letak, sy cuma print je. (senyum 85%)

"Aiman, kenak Cg M jadi MC. Kamek rasa nya sik sesuai jadi MC"
Sy: Sy cuma print, bukan sy yang tetapkan semua. U.N yang letak. (masih senyum 65%)

"Aiman, kamek sik apat hadir. Kamek ada program nun-nun-nun"
Sy: OK. (senyum cam siput sedut dah)

"Aiman, kenak camya-camya-camya."
"Aiman, kenak bla.bla.bla.bla"
Aiman, polah surat towk-towk-towk"

Sy: (mula bengang) Maaf ye. Sy tak tahu, sy cuma ditugaskan untuk print je. Semuanya ini bukan sy yang buat. U.N yang buat. Sy cuma print. Nama sy ada dekat sebahagian besar jawatankuasa. Banyak lagi kerja lain yang sy nak kena buat. Apa-apa hal, tanya U.N terus ye. (aambik buku terus blah ke kelas)

Uhhhhftt.
Kurang ajar sangat ke?
Memang dah bengang kot.
Sepatutnya sy banyak masa free semalam. hanya ada 4 masa je.
Tapi sibuknya ya Rabbi, macam tak cukup masa.
Ke pejabat, tengok budak latihan khatam, larang murid bising dalam kelas yang cikgu tak masuk, print kad jemputan, sempurnakan kertas kerja, stapler kertas ujian PKSR,.

Sekali, bila print banyak pulak suara sumbang mambang komplen itu-ini.
Memang jenis yang panas baran dah.
Memang cari nahas la.
Sebelum ni walaupun kena buli macam-macam (biasala cekgu baru, graduate pulak), sy senyum je. Paling kurang buat tak layan.
Ni memang tak dapat nak tahan dah.
Hampir separuh meletup.

Tambah pulak tengah panas-panas, ada yang baik hati tegur,
"Aiman, kenak kitak muka masam jak lepas balik Johor ya? Rileks-rileks jak"
(sy balik ke Johor minggu lepas)

Jawapan sy:
Camne sy nak rileks-rileks, kerja banyak kot. Bukan kerja sy pun sy yang kena buat. Sy pun tak larat jugak, semua benda sy sorang yang kena buat. Macam dah takde orang lain kat sekolah ni. Dengan kelas banyak lagi. Yang free terus free, yang banyak kerja terus bertambun kerjanya.

Hoh, puas hati.

Agak konghajo gak la. Tapi, ada aku kesah??
Dah penat kot melayan kerenah orang.
Jaga tutur kata, perbuatan sebabnya kita merantau ke negeri orang.
Negeri yang agak asing, berbeza adat budaya.
Silap cakap, silap buat kang jadi benda lain pulak.
Sy cuba bawak diri sebaiknya, tapi lama kelamaan, bertukar hijau gak la.
Langsung jadi PAS!!
Eh, silap, HULK!!!

Geram.
Ustazah pon manusia biasa kan?
Ada hati perasaan.
Ouch, awal-awal memang la korang nampak cam sy naif, nerd giler.
Tapi, semua itu poyooooooooooooooooooo!
Ustazah lain boleh kot, tapi bukan ustazah Aiman.
Sy berani sebab sy di pihak yang benar.
Berani kerana benar, takut kerana salah.

Silap orang la beb.
Ustazah ni bukan sebarang ustazah.
Boleh bertukar jadi cekgu PJ, boleh jugak transfer jadi peninju negara.
Boleh jugak transform jadi ratu negara. Boleh jugak jadi tok mudim.
Hoh, macam-macam boleh.

Cuba la fahami tugas masing-masing.
Orang tak komplen tugasan yang kita berikan, kita pulak jangan la komplen tugasan yang diberi.
Buat kerja masing-masing.
Saling kerjasama.
Patut la payah nak maju, bawak sikap engkau-engkau, aku-engkau.
Cesssss!!

Sama-sama pakat tolong la.
Lagipon orang kampung korang jugak kan?
Nasib baik je haku tak ponteng lapor diri ritu bila tahu dapat sini.
Sanggup tinggal family, harta juta-juta-juta kat sana, demi nak memanjukan anak watan sini.
Pelisssssssss la.
Kalau tanak hargai pon, bagi kerjasama. Bagi sokongan.
Bukannya hentam lagi.

Yang cikgu UPSR, mentang-mentang dah habis exam, langsung goyang kaki.
Kalau dah tanak merangka program untuk diorang, tolong kami latih budak.
Dah cikgu UPSR hampir semuanya Islam.
Non-Muslim tu lantak la, takde kaitan dengan baca al-Quran semua.
Diorang boleh buat program lain pun.

Yang cekgu UPSR Islam, tolong la. Tak reti nak ajar, tengok-tengok bacaan budak.
Jangan nak kata cekgu pun belum habis muqaddam kot.
Bacaan untuk khatam bermula dari surah ad-Dhuha, bukannya al-Baqarah yang panjang tu.
Takkan cekgu pun tak reti kot.
Tolong la tengok-tengok sama.
Nak tegur, dah tua bangka.
Kang jadi benda lain kita yang muda ni tegur, arah, nasihat suh tengokkan bacaan budak.
Sendiri mau ingat la patutnya.
Ni sanggup duduk atas kerusi, goyang kaki.
Dah la sit in, relief tak masuk.
Kelas UPSR hanya ajar kelas UPSR.
Habis UPSR diorang pun habis tugas.
Ceh,
gaji tiap-tiap bulan dok tunggu tangga.

BENCI!!!!!!!!!!!!!
MENYAMPAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Stress betol.