Memaparkan catatan dengan label Zuriat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zuriat. Papar semua catatan

Isnin, 30 Disember 2013

Semua dalam 1

Assalamualaykum.

Hai-hai-hai!!
Rasanya lama gilerrrrrrrrrrrrr tak menulis ni.
Cuti sekolah katakan, semua pon kena cuti la kan? =D

Sy da gak terjah-terjah belog kengkawan, tapi nak drop comments & nak menulis bebebebebel tu cam kemalasan yang melampau. Hik3..Dh kata cuti kan, kena la manfaatkan sepenuhnya. Fiuuu.

Takpe2, ni sang suami takde di sisi ada la masa nak update blog bagai kan.
Sy rangkumkan semua benda dalam 1 en3 ya.

Awal cuti:

1) Singgah Cameron Highlands
Dah kata balik Klate dulu kan, sang suami ajak singgah CH dulu. 
Wat macam CH tu daerah sebelah umah je kan. Kihkih..
Sebenarnya saja singgah umah kawan dia, seorang pengusaha homestay kat Taman Sedia.
Kalau nak merasa homestay ala-ala umah sendiri, ada surau, buleh main masak-masak stoberi jadi gulai stoberi ke, masak black paper jagung manis ke buleh la stay kat homestay ni.
Kalau teringin nak berBBQ bagai pun buleh, siap ada tempat memanggang khusus kot.
Kalau kata da rombongan Cik Kiah nak datang pun buleh mintak khidmat katering mereka.
Masakan best-best punya la. Gewenti mak noks.
Malas eh nak cite lebih-lebih, nanti tak seperais. Kekekeke. 
Boleh layari laman web ni http://neezachalet.blogspot.com/2012/10/cameron-highland-homestay.html ataupun anda-anda buleh la kontek Pn. Aniza di talian 012-2677287.
Eh-eh, terpromote pulak naaa =D

Datuk CT jatuh cinta kat Datuk K sebab stoberi cakelat kot.
Dapat la merasa makan stoberi cakelat sepanjang 2-3 hari kat sana.
Muka pun cam stoberi dah rasanya.
Tu rasa terjatuh hati berkali-kali kat sang suami. Muaaaaa....Gedix.
Kebetulan masa kami ke sana tengah musim limau madu.
Wahhh....syok banget makan limau fwesh-fwesh gittew.

2. Pengkalan Kubor
Waaa...Home sweet home!!!
Walaupun baru tinggal kampung halaman seminggu je sebab terpaksa mencutikan diri akibat eksiden (-__-), tapi teruja nak balik kampung tu tetap sama macam orang tak balik kampung berbulan-bulan.
Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat terbaring. Ehh??
Kami perang-perang suami isteri nak balik kampung siapa dulu, last-last puan queen la yang menang.
Hakhakhak, i loike!!! 
Lepas menang pertandingan-balik-kampung-siapa-dulu memang rasa cam nak menari joget lambak.
Ada sebabnya balik Klate dulu, bukan sesaja ai nak durhaka kat suami yeee.

Kat kampung halaman ni gigih sy cari tukang urut.
Nak membetulkan urat yang terpeleot masa eksiden kononnya.
Ada la jumpa 2 orang tok nek bomoh.
Sorang bomoh...uish, tukar nama jadi tukang urut buleh? 
Cam serams pulak bomoh-bomoh ni -.-

Tukang urut pertama, urut seluruh badan. 
Dekat 3 jam menadah diri untuk diurut, hasilnya dia kata peranakan tinggi.
Maybe sebab tu susah untuk melekat. Uhukk..
Dia betul-betulkan, lepas tu dalam hati 'abang, balik nanti on!!!'. Kahkahkah.

Tukang urut kedua, selang seminggu kemudian.
Tukang urut kedua ni bidan kampung.
Pakat la sy dengan 2 orang sedara lagi, yang bajet dah kawen setahun dua belum pregnent.
Nak check apa yang x kena kekdahnya.
Bertolak-tolak aku-kau, last-last sy yang masuk mengadap bidan tu first sekali. 
Nasib badan la kan.
Mujur la masa dia tengok-tengok tu dia kata sy takde masalah yang berkaitan dengan peranakan pun.
Mungkin sebab tukang urut yang mula-mula dah baiki kot. Uhuu..
Cuma katanya, belum rezeki. 
Dah jumpa setahun 4-5 kali je..Dah camne kan. T__T
Sabo je la..........

3. EgTukar
Untuk kesekian kalinya, pertukaran sy ke Johor masih TIDAK DILULUSKAN.
Cheeeeeeeeeeeezy wedges sungguh.
Deerrrr, ai nak masuk JB kot, takkan tak nak bagi lagi kotttttt.
Chooyyyyy!!
Malas nak cakap banyak, wat sakit hati je kat KPM.
Oh, Sarawak. Mu tunggu aku datai @__@

Tengah cuti:
1. Balik Kedah
Tolong-tolong mak sediakan apa yang patut untuk kenduri along.
Hoho, dah kata menantu hantu misali kan. =P
Kat Kedah takde jenjalan mana pun kali ni. 
Sang suami kata, kita ni asyik berjalan je sokmo.
Terai la melekat kat umah jugak.
Baiiiiiiiiiikkk abanggggg T___T

Berjalan pun ke Baling je. Hahaks...
Hantar adik ipaq ke Kolej Komuniti.
Jadi la ye...Janji tak berkurung sangat.
Tapi, mujur, syukur alhamdulillah, laptop adik ipaq tu rosak.
Kekekeke, alhamdulillah kata kau =P
Boleh la jugak ke Loq Staq sebab laptop tu masih dalam waranty.
Merasa jugak jenjalan kan. Padahal kejap ke ambik barang waranty tu pon -__-
Bodek-bodek, jeling-jeling sang suami sikit merasa le ke Jitra.
Masuk kedai kain, sekali dok kedai yang sama 3 jam. Haha.
Rembat kain 7 pasang, takleh pindah pun baju baru tetap kena ada. Muahaa.
Bila sang suami bagi warning yang ke nampuluh, baru mengensot keluar dari kedai tu. 
Tu pun sambil-sambil jalan nak ke parking kereta, sempat lagi rembat 2 pasang baju kurung riau.
Biasaaaaa diaaaa. 
Tugas suami cari duit, tugas isteri habiskan duit suami. Ehhh, kantoi????

Kat Kedah ni jugak kena paksa rela dengan mak cari tukang urut lagi!!
Hoyya-hoyya..Nampaknya sepanjang cuti ni la sy detim kaw-kaw dengan tukang urut.
Tukang urut ni serba boleh, semua sekali kemahiran dia kaut.
4 malam jugak la sy ulang alik ke pondok yang tukang urut tu tinggal.
Sy panggil dia tok. =)

Tok ni lebih banyak urut jari sy kesan dari eksiden hari tu.
Hari 1st lepas urut jari, baiki tulang belakang yang katanya teralih sikit -__-, dia tanya nak suh tok tengok perut ke. Uhu, masa tu kan semangat giler nak taw keadaan perut camne-camne suh la tok sentuh. Sekali dia sentuh memang rasa geli yang teramat dan otometikeli nak terkucil. Huhu.

Surrender terus.
Tapi bila balik umah, mak sedara yang temankan bagi hint-hint, tahan la sikit perasaan tu. Bagi tok check perut. Tanak anak ke?
Gulpppp!!!
Ohooi...sape tanak anak ohoooiiiiiiiiii.....
Luar nikah memang la tanak anak, ni diwalikan daddy, disaksikan sanak saudara, diraikan dalam walimah, gila tanak anak?? Akhirnya, hari last tu sy berjaya mengejangkan kaki, tahan sekuat hati mintak tok tu tolong check apa la masalah sy sebenaunye kan *kalau ada*.
Tok tu kata, sistem peranakan normal, sempurna. Tak terjejas apa pun. Alhamdulillah. Cuma mungkin belum rezeki Allah nak bagi. Dok jauh salah satu faktor katanya. 
Betul jugak. Kekadang tu balik cuti sekali sekala, tyme tu la banjir kilatnya pun. -__-
Uhukk... kawan-kawan doakan ye, semoga dipercepatkan kami menimang zuriat.

Apa pun, selamat PENGANTIN BARU buat abang ipaq dan birasku. 
Walaupun serba salah nak panggil biras apa.
Maklomlaaa biras lebih muda dari adik ipaq kut.
Tetiba ai jadi lebih muda berbanding beliau dari segi pangkat panggilan.
Nasib la kan, sape suh kak long kawen dengan abang long.
Kan dah jadi 'akak' buat 'adik' yang kiut ini. Ngeeee~~


Semoga berbahagia hingga ke syurgaNya.
Terima kasih bagi kami tumpang rumah untuk seminggu.
Walaupun mengganggu kalian nak berasmaradana.
Baru kawen kot bhaaaiiii.
Setiap ruang rumah pasti nak dimanfaatkan bukan? =P
Tapi, 
Ada kami kesah??
Hahaha.
Terima kasih sangat-sangat.
Jasa kalian memang takkan kami lupakan.
Erk, next year kami tumpang lagi naaa?

Akhir cuti:
1. Johor
Seminggu di Johor. 9 hari kalau ikutkan sebenarnya.
Tumpang umah abang ipar & biras.
Tengkiu soooooooooooo much!!!

Xda jalan mana pun, singgah JPO, Angsana gitu-gitu je la.
Pi JPO ingatkan Krismas ada sale gila-gila.
Tapi, harganya buat sy gila.
Ohooooi...sayang kot nak habiskan suku gaji untuk seekor handbag, sekelamin kasut.
Nak pakai kat Sarawak je pun. Cecececey.

Sempat jugak kuar makan kat Lagi Best Steamboat dengan Senibong.
Setahun mengidam nak makan ikan bakar, baru dapat.
Zalim sangat hubbyku.
Tapi, dah tercapai hasrat hati. Memang melantak kaw-kaw sampai buncit. T__T

Banjir sekejap di Senai Airport.
Ribut petir kot.
Maklumla...
Orang dah berkepit sebulan lebih dengan laki, nak pisah-pisah lagi KPM ni.
Memang dasaarrrrrrrr nak mengurangkan umat Muhammad kot. Ehhh??
Uhhh, rindu sudah sama kamu sang suami ='(

2. Sarawak
Memang dah agak tak dapat tido!!!
Biasa tido berdua, nak biasakan diri tido dengan bantal busuk susah sikit la.
Uwaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Usha-usha tiket untuk CNY sebab osmet nak holiday ke Sabah nanti, jadi sang suami buleh la musafir kat Sarawak ni tanpa perlu menyewa hotel. Tapi sekali tengok harga tiket tadi, tudiaaaaaaaaa...5++ sehala!!!Tu promo tu. APTB -__-
Tunggu sok-sok lak sy tengok lain. Harapnya semakin menurun la harganya.
Tanak dok sengsorang kat sini. Huhuk.

Sebab sy bertugas hari ni, dapat la jadual waktu persendirian untuk tahun depan.
27 waktu tahun depan berbanding 22 waktu tahun ni.
Saya yang paling banyak masa.
Chooyyyyy...
Orang lain, purata waktu mengajar 24-25.
Adil sangat kan?
Yelaa....sy yang menurut perintah T____T

Dan, masa untuk subjek elektif lain lebih banyak dari subjek teras.
PI semua sy cover untuk tahap 2.
Biasaaaa tu....
Pend. Kesihatan sy kan gila kuasa, semua sy cover tahap 1, DST tahun 1, KT tahun 6, PSK tahun 6.
Orang lain ajar subjek major masing-masing, sy je yang 'murtad' sikit.
Ceh.
Rasanya dalam buku rekod nanti lebih banyak tulisan rumi berbanding tulisan jawi.
Lalalalala...Sy saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanggggggggggat happpppppy! -..-

Uhuu..dah la menceceh.
Tunggu lagi tugasan baru esok.
Adoi.....

p/s:
Tunggu 3hb. Katanya result rayuan pertukaran. Kalau dapat pindah sy rela masa berapa waktu pun asalkan dapat bersama sang suami. Harapnya nama sy terselit dalam perayu yang diluluskan permohonan. Ameeenn.

Sabtu, 5 Oktober 2013

Balik ke tak balik?

Assalamualaykum.

Tengah konfius, nak balik kampung ke tak raya korban tahun ni?
Tahun lepas tak balik pon. Beraya je kat sini.
Tapi cam takde makna raya mana.
Bangun pagi, kelip-kelip mata,
'Ohhh...hari ni hari raya' -__-
pftfyt sangat kan?

Jadi, 
untuk mengelakkan 'feel' raya tahun ni cam tahun lepas, sy dan Bumet memplan (sorry cekgu BM) untuk jalan-jalan habiskan duit ke sekitar Serian, Sri Aman dan Sarikei. Rugi la kan, dok Sarawak rapi tak pernah sampai pun ke tempat-tempat tu. Buatnya ada rezeki dapat pindah tahun ni (ameeennn!!!!), tak ke rugi tak pernah sampai. Bila la nak buleh sampai sini lagi bila dah balik ke Semenanjung. Huhuuuu.

Sarawak ni luaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaas yang amat oiii kalau nak jelajah. 1 Sarawak lebih kurang sama luas dengan 1 Semenanjung. Ni, balik-balik travel ke Kuching-Matang-Lundu-Bau-Sematan-Serikin. Hoh....Cam tak best sangat je kan? Nama nak jejak ke Sibu, Bintulu, Miri, Limbang, Kapit?? Kem salam je la. Sekolah rendah lagi la, jarang nak buat lawatan ke luar bahagian yang jejauh camtu. Sobbbss T__T

Plan punya plan, nak stay kat hotel bajet mana, nak jenjalan kat mana, nak spend duit banyak mana dah dibuat dengan bumet tersayang. 

Sekali.......

Semalam adik (Hakim) call, saja je bertanya khabar. Sy pun so-so je la jawab. Dia sedang bercuti daripada pengajian di Mesir. Balik kampung sebelum puasa hari tu, bila nak pergi balik ke sana dalam bulan 9, Mesir pada masa tu tengah bergolak hebat. Jadi delay la trip ke sana. Memang dah rancang dengan sang suami, kalau Hakim nak kembali balik ke bumi anbia' sana tu kami akan balik jenguk jugak dia sebelum terbang ke sana. 

Kalau jarak Mesir-Kelantan cam jarak Negeri Sembilan dengan Melaka takde la mak kesah sangat dek non. Tapi ni perbezaan benua kot. Haruslah nak balik jumpa kan? Tak tahu la pulak bila dia akan balik, maybe lepas tamat belajar nanti la gamaknya. Nak balik sokmo? Hoh, botak sebelum masanya la dedi ai. Kekeke *ada nada jeles di situ*

Tanya punya tanya, flight dia dah kompem 26 Oktober 2013, Sabtu.
Sebelum ni macam sure tak sure je tarikh tu.
Tapi ni memang dah pasti tarikh dan masa penerbangan.
Sy cam, ohhh...okey.
Memang tak terlintas apa pun. 

Ma dengan dedi pun tak galakkan kami balik sebenarnya sebab sekali balik kompem habis dekat sebulan gaji. Mereka suruh kami suami isteri menyimpan duit la. Kalau tak balik takde la kena panjat tangga AirAsia bagai kan. Dah la tiket tu reganya memang ikut nasib je. Kekadang murah, kekadang mahal. **KPM, tukarkan sy!!** 

Semalam sebelum tido sy terfikir balik.
Takkan tak nak balik kot...
Kebetulan dah nak dekat Hari Raya Aidiladha.
Tak perlu nak apply CRK bagai.
Rugi la pulak kalau tak balik jumpa.
Bukan senang kan?

Tapi sy dah planning nak joli-joli dengan bumet nanti.
Kalau berjalan sini sana nanti duit habis beratus jugak kan?
Kalau balik kampung duit beratus yang sama jugak akan habis.

Kalau sy balik kampung, sy hanya perlu beli tiket one way je sebabnya waran penjawat awam sy tu masih ada sehala belum digunakan. yang sehala lagi sy booking untuk balik akhir tahun nanti. kalau nasib baik, boleh kenselkan yang akhir tahun tu, makna katanya sy dapat balik free-free je la. Boleh double triple tujuan balik. Dapat jumpa dengan Hakim sebelum dia ke Mesir, dapat jumpa ma dengan dedi, adik-adik sekali, dapat sambut Aidiladha bersama keluarga dan dapat makan daging banyak-banyaaaaaaaaaaaaak!!

Tapi,
sy dah plan dan bincang dengan Bumet. 

Uh...camne eh??
Tolong sy buat keputusan.
Pelissssss.
Buntu T___T

P/S:
Kalau balik kampung boleh tak tanak balik kampung ma?
Mesti ramai yang tanya sal anak, baby. Sangat rimas!!!
Manusia normal mana yang tanak anak hoiiii tapi keadaan yang jauh ni menyukarkan kami buat family planning. Tyme balik tu la nak period bagai, so cenggana? Sangat tension. 
Buat baby bukan sama cam buat kek lapis. Huh~~



Ahad, 16 Jun 2013

Adakah....

Assalamualaykum.

Kepala memusing,
badan lemah gemalai
tekak meloya
pandangan berbalam-balam
jalan terhuyung hayang
orang lain wangi dengan perfume, sy wangi dengan minyak angin
kepala melentok elok kat meja guru pagi-pagi hari

Ha...simptom2 apa tu tuan puan?


Hamil? Mengandung? Pregnant?

Hurm... Belum lagi. 
Belum rezeki anak buat kami berdua. Huhu...Sedey.... (Doakan kami)
Atas tu tadi simptom-simptom rindu kat suami + demam + selsema + period + xda mood hari Isnin.
Adoi...Tu yang lembik biol semacam jek.
Jenuh la nak menepis dengan usikan cikgu-cikgu kat sekolah ni haa....
Tau la baru balik cuti pon, ingat takde benda lain ke nak buat? Tensen mak noksss....Hadoi...

Sebelum kawin, tanya bila nak kawin.
Lepas kawin, tanya bila nak beranak.
Lepas beranak sorang, tanya bila nak beranak lagi sorang.
Lepas beranak dua orang, tanya lagi bila nak beranak bagi cukup team bola sepak.
Bila dah anak ramai, tanya pulak nape tak buat perancangan keluarga.

Kisah manusia ni memang tak akan pernah habis gamaknya kan.
Sentiasa ada sisi yang menyebabkan seseorang manusia tu mencari peluang untuk menambahkan dosa yang sedia ada bertambun. Hoho.. Sedikit emosi di situ =p

Bukan kami tak usaha, usaha kot..
Tapi belum lagi rezeki, cenggana kan? Semuanya kurniaan Allah. 
Maybe faktor jarak juga menyebabkan susah untuk lekat. Muahaa..
Tyme balik cuti sekolah sekali sekala kengkadang Miss P datang berziarah, kan dah melepas kat situ ^__^
Hurm...Tapi kami tidak akan putus asa berusaha & berdoa semoga dikurniakan zuriat yang soleh solehah. 
Sekali keluar kembar 4, haa...kang meletops tu =P

Mungkin Allah memberi kami ruang & peluang untuk mempersiapkan diri sebagai ibu bapa yang terbaik untuk mendidik dan membesarkan anak-anak pada zaman yang mencabar sekarang ini sebelum Dia mengurniakan anugerah zuriat kepada kami. 

 

Kepada kenalan-kenalan yang sedang pregnent, tahniah diucapkan setulus hati. Semoga kehidupan kalian lebih berseri dengan kehadiran permata hati. Didik dan bimbinglah amanah tersebut sebaik mungkin.
-Agak jeles jugak hokey ='( -

Kepada sahabat yang belum dikurniakan rezeki itu, bersabarlah, berdoa, berdoa dan terus berdoa di samping usaha yang berterusan. Semoga kita juga berpeluang merasai nikmat itu. 
-Cepat la cuti, nak balik usaha ni =)