Assalamualaykum..
Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak...
Terima kasih karana telah memilihku
antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih
padahal kau begitu tahu
aku hanya wanita biasa,yang sangat jauh dari sempurna.
Kerananya aku ingin kau tahu,
aku bukan wanita yang sempurna,
aku begitu banyak kekurangan.
Maka ketahuilah..
Kepadamu yang akan memilihku kelak...
Aku tak sebijak bonda Khadijah,
kerananya ku ingin kau tahu,
aku boleh saja berbuat salah dan begitu menyebalkan.
maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku,
jangan marah padaku,
nasihati aku dengan hikmah,
kerana bagiku kaulah pemimpinku,
tak akan berani aku membangkang padamu..
Duhai kau yang telah memilihku kelak...
Ingatlah, tak selamanya aku dapat nampak cantik di matamu,
ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek.
mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur,
menyiapkan makan untuk kau dan ulama-ulama cilik kita nanti,
maka aku akan tampak kotor dan berbau asap,
atau kerana seharian ku harus membenahi istana kecil kita,
agar kau dan ulama kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat.
maka mungkin aku tak sempat berdandan menyambutmu pulang bekerja,
maka tegurlah aku,
dan khabarkan padaku dengan lemah lembut dan bijaksana.
Ataukah kau akan menemukanku tersenguk-senguk saat mendengar keluhan dan ceritamu,
bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasa,
tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak,
aku tak sedetikpun tertidur
kerana harus menjaga ulama kecil kita yang sedang sakit,
dan ku tau kau letih mengais rezeki untuk kami,
maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu..
Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku,
maka tetaplah tersenyum padaku,
kerana kau adalah kekuatanku.
Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak...
Ketahuilah, mungkin ada saatnya, aku tak sesabar Fatimah,
ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah,
menangis dan tak terkawal,
bukan kerana ku membangkang padamu,
tapi aku hanya wanita biasa,
aku juga memerlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku,
tempat untuk melepaskan penatku,
dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu,
atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu,
maka bersabarlah,
yang aku perlukan hanya pelukan dan belaianmu..
kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..
Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit memukul manja si kecil
kerana lelah dan penatku
ditambah rengekannya yang tak habis-habisnya.
sungguh bukan karena ku ingin menyakitinya,
tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya.
Maka jangan membentakku karena telah menyakiti buah hati kita,
tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku,
Tegurlah aku dengan hikmah,
kerana dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan
dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada ulama kita,
dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya,
dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..
Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak...
Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah
maka jangan pernah bosan mengajariku
membimbingku ke arah-Nya
walau terkadang aku begitu bebal dan bodoh
tapi jangan pernah letih mengajariku
Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu
bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih
jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu
mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah
bimbing tanganku ke JannahNya
agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.
Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku...
Seiring berjalannya waktu,
kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah
akan menipis dan memutih
kulitku yang bersih akan mulai kusam
tanganku yang halus akan menjadi kasar
dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik
yang kau khitbah bertahun yang lalu.
Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu
maka jangan pernah berpaling dariku
kerana satu yang tak pernah berubah
bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertunas
iaitu rasa cintaku padamu..
Ketahuilah
Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya
telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..
Maka, cintailah aku,
dengan apa adanya aku..
Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna..
Maafkan aku kerana aku bukan puteri..
Aku hanya wanita biasa
terimalah aku apa adanya dan bimbinglah aku menuju jalanNYA
semoga kita bisa sama-sama bahagia
mengharap keredhaan Ilahi...
Mode: Dalam khayalan selepas ditarbiah DEDI
Dua en3 kawen dlm 1 hari..haha....toing2...*malu-malu tp mahu* hikssss....



