Ahad, 15 Januari 2012

S.A.R.A.W.A.K.

Assalamualaykum.

Memang sy ditempatkan mengajar di SARAWAK. Kembali ke tempat tumbesaran zaman muda2.. Umur 5/6 tahun baru balik ke kampung halaman semula. Ummi abah posting sana 80an dulu2, mungkin badi SARAWAKIAN terlekat kat anak sulung mereka ni. I'm going to be a SARAWAKian!

Bakal peneman hari2 sunyi..Cewaah... ^^

Alhamdulillah, jutaan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana terpilih untuk ke negeri orang yg jauh beribu batu dr kampung halaman untuk mencurahkan sedikit ilmu yg ada untuk bakal anak didik di bumi kenyalang untuk panduan duniawi & ukhrawi. Sy redha. InsyaAllah, tugas murni ini akan dipikul sehabis daya usaha sy selagi diperlukan

Jarak KELANTAN-KL. KL-KUCHING akan arif dihafaz selepas ini seperti jarak KELANTAN-KUALA TERENGGANU selama 5 tahun 6 bulan menimba ilmu di negeri penyu. Sy cuma bimbangkan kondisi keluarga selaku anak sulung. Sy melabuhkan doa ke hadrat Ilahi moga abah, ma & adik2 sihat selama mana sy merantau. Kak Yong tinggalkan kalian di bawah jagaan Allah s.w.t. Hanya Dia yg maha Mengetahui segala sesuatu yg terbaik untuk hambaNya.

Sy x ada masalah untuk ditempatkan di mana2 pun, kerana tugas guru bukan mengajar murid2 di kawasan rumah sendiri sahaja. Am i rite? Tp yg membuatkan sedikit rasa terkilan di sudut hati ini melihat post2 yg sengaja ditempak di FB dgn penuh riang gumbira dapat penempatan mengajar depan rumah. Buka pintu bilik tido, terus masuk pagar sekolah.. Jalan 2,3 langkah terus sampai depan bilik GB dr dapur rumah. Itu rezeki masing2.. Semua tempat ada cabaran & keistimewaan masing2.

Namun, post2 di laman sosial membuatkan sy agak tersentap & sy percaya teman2 senasib pun merasakan perkara yg sama. Sedikit persoalan sy:

Tidak terfikirkah mereka seandainya mereka berada di tempat kami, warga2 yang terpilih & bertuah yg terpaksa terbang di awal perkhidmatan ini untuk menyeberang lautan?

Tidak pernah terfikirkah perasaan kami yg terpaksa meninggalkan rumah & kampung halaman dalam suatu tempoh masa yg belum pasti bila akan kembali?

Tidak pernah terbayangkah mereka perasaan ibu bapa kami yg risau melepaskan anak2 dara & anak2 teruna mereka bersendirian ke negeri orang yg hanya boleh sampai dengan terbang?

Tolonglah..

Tolonglah faham situasi kami.. Hadirkan sedikit perasaan simpati walaupun bukan empati, walaupun bukan kata2 semangat untuk kami. Bukan mahal pun harga yg kena bayar untuk setitis rasa simpati. Kita adalah guru, sangat tidak manis untuk post benda2 yg mampu memperbodohkan diri. 

p/s: 
i) Sedang menunggu jadual penerbangan
ii) Sedang menanti daerah mana bakal ditempatkan. Harap2 area yg mudah perhubungan
iii)Sedikit emo en3 ini..mewakili luahan hati SARAWAKIAN 2012
iv) Peace no war ^_^

Isnin, 9 Januari 2012

SEMAKAN PPS

Assalamualaykum. 
 

PENEMPATAN GURU BARU TAHUN 2012

MAKLUMAT PENEMPATAN ANDA SEPERTI BERIKUT:






Nama
:
FAHIM**** AIMAN BINTI IB*****

No. KP
:
************

Negeri Penempatan
:
SARAWAK

Tarikh Penempatan
:
16-January-2012 
 
MAKLUMAN :
Sila hubungi
JABATAN PELAJARAN NEGERI
 SARAWAK
(SEKTOR RENDAH) 
untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan anda.

*********

Uhu...seriously, nothing to say...So Very2 Much Many More Speechless...Jauh kot dr mimpi2 indah posting pahang...uwaa...Diulangi...
 
SARAWAK!
SARAWAK!!


IYE..SARAWAK!!!


Tatau nak kata pe, xtaw nak gambarkan perasaan mcm mana...nk kata sedih xda la sangat, nk kata suka langsung la xda pon...skrg ni perasaan, xda rasa pepe...dah xda perasaan gamaknye mlm ni...
Tatap wajah abah, ma rasa macam nak nangis..nampak wajah2 dyorang yg hampa, sedih & terkilan.Sy x kisah pon dapat mana2, tapi.....tah la...payah nk describe...Fly-fly at da sky la nampak gayanya..H.I.M dpt johor..tu la mimpi lg kat orang, last2 kita yg dapat. T__T (klik sini)

Yang bernasib 'baik' dapat SARAWAK BUMI KENYALANG ni rumet (Nor Hafizah) & Aishah Mazidah..x berpisah la haku ngan korang berdua yek?adoyai...dak2 laki PAI xda la pulak kena oversea mcm kitorang..nape ek?dak2 kos pra ramai dpt SARAWAK gak..tp yang mintak kelantan memang dapat kelantan (pompuan), yang len sama senasib dengan sy gak rasanya..jumpa korang kat KLIA nanti yep..xpe la, ada hikmah yang menanti kita kot...*ayat pujuk diri* 

Sekarang, masa bujang & available lagi ni xpe la tapi bila dah kawin nanti cenggana?sanggupkah mengalami PJJ (perkahwinan jarak jauh)..bukan sikit2 nak kna langkah tu, seberang laut china selatan kot. Nasib x baik kena selak buaya sebelum sampai sekolah..nauzubillah...ya Allah, cukup2 lah KAU uji diri ini...moga2 dapat tempat yang selamat & ramai umat Islam.

Untunglaaa....


Untunglaa kawan2 yang kawen..kebanyakan dapat senegeri dengan pasangan masing2..kebanyakan yang kawen masa belajar pon nak elak dari dapat SABAH SARAWAK & niat nak kawen pon dimakbulkan Allah la...moga2 mereka dapat menjalankan amanah dengan lebih baik..bukan mereka sahaja, kami2 yang akan terbang ini pun sama..moga2 emosi x mempengaruhi khidmat bakti...ameen..


See...SARAWAK paling ramai..Sy la salah sorang. Pity me '=(


16 JANUARI 2012 = ISNIN
Wah!! Kurang seminggu lagi!

Misi memperkemaskan fizikal & mental untuk terbang..Masih mengharapkan keajaiban sebenarnya...
Ya Allah, permudahkan segala urusan hambaMu ini..Ameen...

Ahad, 8 Januari 2012

Dream a Miracle

Assalamualaykum.

Detik dan ketika ini sy sedang menghitung peralihan saat yang berlaku ke minit ke jam untuk menunggu 9 JANUARI 2012! Wahaa...ayat...tokey balak pon taboley lawan ni.. Mood separa sewel sudah T__T

Dream a miracle.
***
**
*

Mengharapkan keajaiban.
***
**
*

Minta2 apa yg dihajati diperoleh..Ameen..Hanya padaMu aku berserah =)

Duhai hati, sabarlah bermimpi,
Duhai diri, tabahlah menanti.

Menunggu dengan penuh kesabaran...KONONnya!!

Jumaat, 6 Januari 2012

Menunggu...

Assalamualaykum, kaifa halukum jami'an??

Menunggu........


Menunggu.............


dan terus menunggu......


Hurm...Start abes KISSM, temuduga SPP, dok umah sebulan lebih ni tu je keje sy...Menunggu & terus menunggu...Menunggu untuk dipinangkah??Menunggu la jugak...tapi x seteruk menunggu untuk diPOSTINGkan!!

Kat mana yep sy akan ditempatkan?Bila agaknya tahu semua tu...Banyak sgt rumours2 posting mosting ni...ngeri pulak wase..ohokk....Mintak2 dapat pe yg sy mintak..Lau x dapat pon, buleyh semenanjung pun ok sangat2...x kira la ceruk mana pon...Asal mudah nak balik kampung kalau da pepe yg berlaku.......

Menurut Dr. Wee Ka Siang dlm twitternya:


Menunggu................................... 9 JANUARI 2012

Menunggu.............................................. 16 JANUARI 2012

Hanya mengharap pertolongan ALLAH jua...Ada hikmah setiap sesuatu yg berlaku...Cubaan memotivasikan diri sendiri & think positively!!!