Hahaha...Gelak jahat dulu memula ni. Alhamdulillah, sebahagian daripada 10 novels sy dah sampai semalam, 28 Julai 2012 (Sabtu)~tarikh penting kot..hehe. Dan, sy dah habiskan sebuah daripada 5 buah novel tu semalam jugak. Sekarang ni dah dalam separuh pembacaan untuk novel kedua, Cinta Pandang Ke-2.
Walaupun novel ni dah agak ketinggalan, tp ilmu-ilmu yg ada kat dalam novel ni masih x berubah kan? Biasalah, ayat pujuk hati beli novel preloved.. Dulu-dulu memang syok giler baca sinopsis dr novel ke novel kat Muda Osman atau Popular di KB Mall tu, tp sejak dok bumi London bertuah ni setelah dicampakkan KPM untuk berbakti kepada anak bangsa di sini (cewaaah, ayat...), nak jumpa Popular sebulan sekali pon payah. Kalau sy ni kaya raya, mampu bayar duit kete bulan-bulan kompem2 dah sy beli Honda Vios tapi yg mampu sekarang guna Honda Wave jek..Haha...
Hokey, sekarang review novel pertama yg sy dh berjaya habiskan dlm tempoh setengah hari semalam yep?
Kasih sayang yang terbina
antara Siti Mariam dan Izzat Hilman musnah sekelip mata angkara
perselisihan faham dan kehendak keluarga Izzat Hilman. Ibu Izzat Hilman,
mak cik Zainab mahukan Izzat Hilman dijodohkan dengan anak saudaranya,
Khalidah. Siti Mariam kecewa. Di tambah dengan penghinaan dari orang
yang paling disayanginya, Izzat Hilman. Walaupun itu cinta zaman
kanak-kanak,
Siti Mariam membawa sengsaranya hingga ke dewasa. Dirinya membenci lelaki yang bernama Izzat Hilman.
Bertahun terpisah, akhirnya mereka bertemu semula. Pertemuan yang tidak disangka langsung oleh
Siti Mariam. Dia marah pada pertemuan ini. Dia marah pada lelaki itu yang senang-senang menghina dirinya.
Izzat Hilman mahukan hubungan mereka kembali terjalin tetapi tidak pada
Siti Mariam.
Kenangan silam masih membayangi setiap langkahnya. Dia sedar,
dahulunya dia adalah seorang gadis gemuk yang tidak cantik yang menjadi
bahan ejekan lelaki itu. Tetapi kini apabila dia sudah menjadi seorang
gadis yang cantik, yang langsing, lelaki itu mulai mendekatinya dan
memuji-muji dirinya.
Dalam benci ada sayang. Ya, sesungguhnya dia
masih menyayangi lelaki itu. Bertapa payahnya membuang sayangnya pada
lelaki itu. Di saat Izzat Hilman melafaz cinta untuknya, hatinya
berbunga riang namun untuk membalas dengan ungkapan serupa,
Siti Mariam
tak berani membalas dengan ungkapan yang sama. Dia masih keliru. Masih
sangsi dengan perasaannya sendiri. Dia takut kecewa andai hati telah
penuh cinta untuk Izzat Hilman. Berbelah bagi antara cinta dan sangsi.
Kehadiran
Kak Yah bersama amanah arwah ibu mereka menambah lagi kekusutan yang
ada. Dan kehadiran Khalidah bagai satu petanda yang dirinya bukan
pilihan keluarga mereka.
Siti Mariam
tak nampak jalan untuk dia bahagia bersama Izzat Hilman. Lalu, dia
menjauhkan diri. Melarikan diri dari semua ini. Juga dari Izzat Hilman.
Cadangan
Abang Omar dan Kak Aida boleh diterima pakai. Berpisah apabila
masing-masing sudah bersedia untuk berpisah. Berpisahlah dengan cara
baik. Itu adalah cara yang paling bijak untuk menagani masalahnya
sekarang.
Siti Mariam nekad.
Dia bersetuju kembali kepangkuan Izzat Hilman dengan syarat mereka
akan berpisah apabila tiba masanya. Tujuh bulan. Itu masanya. Izzat
Hilman setuju dalam keterpaksaan. Namun janjinya pada dirinya sendiri,
dia akan memastikan yang Siti Mariam akan terlupa pada permainannya
ini.
Hubungan mereka bertambah erat. Cinta bertambah mekar.
Siti Mariam
tak nampak cara untuknya berpisah dengan Izzat Hilman. Namun yang
pasti perasaannya terhadap Izzat Hilman tak mampu dikawal lagi.
Cintanya makin mendalam pada lelaki yang bernama Izzat Hilman.
Siti Mariam
di duga dengan dugaan yang tak tertanggung olehnya. Ayahnya muncul
kembali setelah menghilangkan diri sekian lama. Muncul bersama hutang
piutang yang tak terkira banyaknya. Dia diburu oleh ah long.
Permasalahan itu semakin mengeratkan hubungan di antara Siti Mariam dan
Izzat Hilman. Siti Mariam perlukan seorang penjaga untuk menjaga
keselamatannya dari diburu oleh ah long.
Tindakan kejam lintah darat itu semakin menjadi-jadi.
Siti Mariam
dijadikan mangsa. Izzat Hilman semakin bimbangkan keselamatannya.
Kerana terlalu ingin menjaga, Izzat Hilman melamar Siti Mariam. Ingin
mengahwini Siti Mariam. Tetapi permintaan Izzat Hilman itu ditolak
mentah-mentah oleh Siti Mariam. Dia tidak mahu mereka berkahwin di atas
alasan ini. Tidak sama sekali.
Tanpa disangka Izzat Hilman
melakukan sesuatu yang diluar dugaan Siti Mariam. Dia sanggup
menjualkan tanah pusaka milik orang tuanya semata-mata untuk melunaskan
hutang abah Siti Mariam. Dia tidak mahu keluarga
Siti Mariam
diganggu lagi. Terutama Siti Mariam. Dan dia mahukan Siti Mariam
menjadi isterinya. Siti Mariam terkejut dengan perbuatan Izzat Hilman
itu. Dia merasakan dirinya dibayar untuk menebus sebuah budi.
Sudah tersurat jodohnya bersama Izzat Hilman. Walau apa pun sebab nya, kini
Siti Mariam
sah menjadi isteri Izzat Hilman. Siti Mariam pasrah jika ini suratan
takdir baginya. Dia mengharapkan agar kebahagian menjadi miliknya jua
nanti.
Bahagia yang di sangka bakal mucul terhalang jua oleh kerenah Kak Yah. Ada-ada saja perbuatan dan kelakuan
Siti Mariam
yang jelik pada pandangan matanya. Belum termasuk kata-kata penghinaan
dan sindiran yang sengaja ditujukan padanya. Di depan Izzat Hilman,
sikap Kak Yah lain di belakangnya Kak Yah mengambil kesempatan membuli
Siti Mariam. Tak cukup dengan itu, Kak Yah sengaja memanggil Khalidah
supaya Khalidah sentiasa berasa di sisi Izzat Hilman. Segalanya di
pendam oleh Siti Mariam. Dia tidak mahu ada perselisihan faham dan
pertengkaran di antara suaminya dengan kakak iparnya. Biarlah dia yang
menanggung semua sengara itu kerana dia sedar yang dia bukan menantu
pilihan keluarga Izzat Hilman.
Kepulangan Kak Yah ke Labuan seakan kelegaan buat
Siti Mariam
namun perhubungannya bersama Izzat Hilman tetap begitu. Dingin dan
sepi. Seolah-olah mereka seperti orang asing yang tidak mengenali antara
satu sama lain. Perhubungan dingin mereka bagai dapat di hidu oleh
keluarga Siti Mariam namun masing-masing tidak mahu campur tangan dalam
urusan rumah tangga nya.
Namun siapa sangka dingin yang melanda mereka boleh berubah sekelip mata. Akhirnya
Siti Mariam
kembali dalam dakapan suaminya, Baru dia sedar selama ini Izzat Hilman
tidak pernah membiarkan dirinya keseorangan. Siti Mariam baru merasa
bahagianya menjadi seorang isteri yang disayangi oleh suaminya.
Kehadiran Kak Yah kembali merobek kebahagian mereka. Pembohongan Izzat Hilman di persoalkan Kak Yah.
Siti Mariam
lah punca segala kekalutan. Siti Mariam berasa dikhianati oleh
suaminya sendiri. Perbuatan Izzat Hilman semakin menyukarkan hubungan di
antara Siti Mariam dan Kak Yah. Siti Mariam kembali membenci suaminya
sedangkan apa yang dilakukan oleh Izzat Hilman adalah untuk kebaikan
Siti Mariam juga.
Selepas berlakunya pertengkaran di antara
Siti Mariam
dan Izzat Hilman, masing-masing membawa haluan sendiri. Tanpa di duga
Siti Mariam keguguran setelah jatuh tangga. Izzat Hilman menuduhnya
sengaja menggugurkan kandungannya kerana marah dan benci padanya
sedangkan Siti Mariam tidak mengetahui langsung yang dirinya sedang
mengandung. Izzat Hilman tidak mengendahkan rayuan Siti Mariam. Sekali
lagi Siti Mariam di biarkan sepi.
Keadaan anak Kak Yah semakin kritikal. Dia perlukan darah segera namun pihak hospital tiada stok darah seperti itu.
Siti Mariam
yang dibenarkan keluar hari itu, membuat keputusan untuk mendermakan
darahnya tanpa pengetahuan sesiapa dan dia juga tidak berniat untuk
memberitahu sesiapa akan hal itu.
Sesampainya dia dirumah,
pertengkaran tercetus lagi. Antara suaminya, Izzat Hilman dengan Kak
Yah. Kak Yah memujuk Izzat Hilman mengambil Khalidah sebagai isteri
keduanya. Bagai halilintar menyambar sanubari Siti Mariam tatkala
mendengar kata-kata Kak Yah. Di lihatnya suaminya tertunduk mendiamkan
diri. Siti Mariam tahu yang Izzat Hilman telah termakan kata-kata Kak
Yah. Siti Mariam nekad. Dia harus keluar dari rumah ini.
Izzat
Hilman termanggu bila melihat Siti Mariam mengemaskan barang-barangnya.
Dia menghalang Siti Mariam pergi dan buat pertama kalinya Siti Mariam
melihat suaminya, Izzat Hilman menangis di sisinya. Ternyata cinta
antara mereka masih ada. Walau marah macam mana sekali pun, cinta
mereka tetap utuh. Siti Mariam yakin kini, cinta Izzat Hilman hanya
untuknya. Dia mempercayai suaminya. Percaya sepenuh hati.
Akhirnya segala permasalahan terungkai jua. Kak Yah menyesal kerana terlalu mengikut kata hati. Dia sungguh tak sangka yang
Siti Mariam
sanggup menderma darah kepada anaknya tatkala Siti Mariam banyak
kehilangan darah akibat dari keguguran. Izzat Hilman juga seakan tidak
percaya pada kesungguhan Siti Mariam membantu anak saudaranya sedangkan
dirinya di dalam kesakitan juga. Siti Mariam bersyukur kerana segalanya
berakhir dengan kegembiraan dan lebih bermakna lagi semenjak Arif
Hilman hadir dalam hidupnya. Dialah pelengkap rumahtangganya bersama
Izzat Hilman. Bahagia di rasakan lebih manis berbanding dahulu.
Tamat
...