Memaparkan catatan dengan label Novelmania. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Novelmania. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Julai 2012

Kalah Dek Amukan Nafsu

Assalamualaykum.

Semangat giler menhapdet dua en3 dalam masa yg sama. Haha..

Nafsu serakah cikgu. Beginikah?

Memang betul bukan sy..Don't do dis et home ye.
 Memang sy bernafsu serakah pun sekarang, tapi bukan benda-benda cenggini yep..No.No.No. Dosa besar ye adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, pakcik-pakcik, makcik-makcik, dato-dato, datin-datin.

Jangan coba-coba!! Walaupun hanya duduk-duduk, makan-makan berdua tanpa tangan merayap ke, yang haram tetap haram. Tetap ada bunga-bunga menghampiri zina. Kalau nak kuar dating sebelum sah suami isteri, ajak la adik kakak temankan sekali kalo xnk, mak ayah pon buleh =)
Jadi sy kalah dengan nafsu serakah yang macam mana bulan-bulan Ramadhan yang mulia ni?

Sy bernafsu bila tengok novel-novel-novel-novel!!

Biasa la..owang pompuan kan ada 9 nafsu & 1 akal?Jadi, salah satu nafsu sy menghala kat novels..Hehe... Disebabkan nafsu serakah yg membuak-buak, maka sy telah berjaya menghabiskan RM45 pulak hari ni untuk dua buah novel yg dibeli melalui Sue Aliff secara on9. Akak ni ok, x cerewet melayan kerenah sy yg tah hape-hape ni..Tq kak, harap-harap novels sy cepat sampai la yep. 

Sy booking dengan Kak Sue ni novel Suami Aku Ustaz & Suamiku Romantik Tapi Autistik. Haha.. Adoi, teruk giler kot. Ni, nak jimat ni, x jimat x tahu la... Bukan keperluan sangat pun, kehendak je tapi..biasala....Duit bonus raya kan?Lalala.....Kalau la abah tahu...huk3~~

Yang 5 buah novel dah sampai tu, sy beli dengan Fiha. Fiha ni pun best, baik..Layan jek pertanyaan sy. Walaupun 2nd, novel-novel dy dijaga rapi. Tengkiu Fiha, sy dah habiskan 1 novel setengah dlm masa 24 jam..hehe. Dan, sy x sabar jugak menunggu ketibaan 5 novel sy yg lain dari Cik Novel. Harap-harapnya okey la jugak nanti.

Dyorang semua ni best, harga pun dapat diskaun lagi. Tengkiu ye korang-korang. Sape-sape penggila novel, nak novel best tapi mampu milik & x kisah sangat walaupun bukan yg baru dari kilang, buleh la berhubung dengan dyorang-dyorang ni.

Nak sambung balik pembacaan Cinta Pandang Ke-2 ni. Selagi x habis selagi tu la x lalu makan. Erk...bukan sebab puasa ke? Weeeks..

p/s: 
Baik punya promote ni Sue Aliff, Fiha, Nafizah.. Lepas-lepas ni mintak-mintak la da diskaun lebih yep?Hehe..

Oyeyaaaaaaah!!

Assalamualaykum. 

Hahaha...Gelak jahat dulu memula ni. Alhamdulillah, sebahagian daripada 10 novels sy dah sampai semalam, 28 Julai 2012 (Sabtu)~tarikh penting kot..hehe. Dan, sy dah habiskan sebuah daripada 5 buah novel tu semalam jugak. Sekarang ni dah dalam separuh pembacaan untuk novel kedua, Cinta Pandang Ke-2.

Walaupun novel ni dah agak ketinggalan, tp ilmu-ilmu yg ada kat dalam novel ni masih x berubah kan? Biasalah, ayat pujuk hati beli novel preloved.. Dulu-dulu memang syok giler baca sinopsis dr novel ke novel kat Muda Osman atau Popular di KB Mall tu, tp sejak dok bumi London bertuah ni setelah dicampakkan KPM untuk berbakti kepada anak bangsa di sini (cewaaah, ayat...), nak jumpa Popular sebulan sekali pon payah. Kalau sy ni kaya raya, mampu bayar duit kete bulan-bulan kompem2 dah sy beli Honda Vios tapi yg mampu sekarang guna Honda Wave jek..Haha...

Hokey, sekarang review novel pertama yg sy dh berjaya habiskan dlm tempoh setengah hari semalam yep?

Uda & Dara - Aisya Sofea, 564 m/s

Kasih sayang yang terbina antara Siti Mariam dan Izzat Hilman musnah sekelip mata angkara perselisihan faham dan kehendak keluarga Izzat Hilman. Ibu Izzat Hilman, mak cik Zainab mahukan Izzat Hilman dijodohkan dengan anak saudaranya, Khalidah. Siti Mariam kecewa. Di tambah dengan penghinaan dari orang yang paling disayanginya, Izzat Hilman. Walaupun itu cinta zaman kanak-kanak, Siti Mariam membawa sengsaranya hingga ke dewasa. Dirinya membenci lelaki yang bernama Izzat Hilman.

Bertahun terpisah, akhirnya mereka bertemu semula. Pertemuan yang tidak disangka langsung oleh Siti Mariam. Dia marah pada pertemuan ini. Dia marah pada lelaki itu yang senang-senang menghina dirinya.

Izzat Hilman mahukan hubungan mereka kembali terjalin tetapi tidak pada Siti Mariam. Kenangan silam masih membayangi setiap langkahnya. Dia sedar, dahulunya dia adalah seorang gadis gemuk yang tidak cantik yang menjadi bahan ejekan lelaki itu. Tetapi kini apabila dia sudah menjadi seorang gadis yang cantik, yang langsing, lelaki itu mulai mendekatinya dan memuji-muji dirinya.

Dalam benci ada sayang. Ya, sesungguhnya dia masih menyayangi lelaki itu. Bertapa payahnya membuang sayangnya pada lelaki itu. Di saat Izzat Hilman melafaz cinta untuknya, hatinya berbunga riang namun untuk membalas dengan ungkapan serupa, Siti Mariam tak berani membalas dengan ungkapan yang sama. Dia masih keliru. Masih sangsi dengan perasaannya sendiri. Dia takut kecewa andai hati telah penuh cinta untuk Izzat Hilman. Berbelah bagi antara cinta dan sangsi.

Kehadiran Kak Yah bersama amanah arwah ibu mereka menambah lagi kekusutan yang ada. Dan kehadiran Khalidah bagai satu petanda yang dirinya bukan pilihan keluarga mereka. Siti Mariam tak nampak jalan untuk dia bahagia bersama Izzat Hilman. Lalu, dia menjauhkan diri. Melarikan diri dari semua ini. Juga dari Izzat Hilman.

Cadangan Abang Omar dan Kak Aida boleh diterima pakai. Berpisah apabila masing-masing sudah bersedia untuk berpisah. Berpisahlah dengan cara baik. Itu adalah cara yang paling bijak untuk menagani masalahnya sekarang. Siti Mariam nekad. Dia bersetuju kembali kepangkuan Izzat Hilman dengan syarat mereka akan berpisah apabila tiba masanya. Tujuh bulan. Itu masanya. Izzat Hilman setuju dalam keterpaksaan. Namun janjinya pada dirinya sendiri, dia akan memastikan yang Siti Mariam akan terlupa pada permainannya ini.

Hubungan mereka bertambah erat. Cinta bertambah mekar. Siti Mariam tak nampak cara untuknya berpisah dengan Izzat Hilman. Namun yang pasti perasaannya terhadap Izzat Hilman tak mampu dikawal lagi. Cintanya makin mendalam pada lelaki yang bernama Izzat Hilman.

Siti Mariam di duga dengan dugaan yang tak tertanggung olehnya. Ayahnya muncul kembali setelah menghilangkan diri sekian lama. Muncul bersama hutang piutang yang tak terkira banyaknya. Dia diburu oleh ah long. Permasalahan itu semakin mengeratkan hubungan di antara Siti Mariam dan Izzat Hilman. Siti Mariam perlukan seorang penjaga untuk menjaga keselamatannya dari diburu oleh ah long.

Tindakan kejam lintah darat itu semakin menjadi-jadi. Siti Mariam dijadikan mangsa. Izzat Hilman semakin bimbangkan keselamatannya. Kerana terlalu ingin menjaga, Izzat Hilman melamar Siti Mariam. Ingin mengahwini Siti Mariam. Tetapi permintaan Izzat Hilman itu ditolak mentah-mentah oleh Siti Mariam. Dia tidak mahu mereka berkahwin di atas alasan ini. Tidak sama sekali.

Tanpa disangka Izzat Hilman melakukan sesuatu yang diluar dugaan Siti Mariam. Dia sanggup menjualkan tanah pusaka milik orang tuanya semata-mata untuk melunaskan hutang abah Siti Mariam. Dia tidak mahu keluarga Siti Mariam diganggu lagi. Terutama Siti Mariam. Dan dia mahukan Siti Mariam menjadi isterinya. Siti Mariam terkejut dengan perbuatan Izzat Hilman itu. Dia merasakan dirinya dibayar untuk menebus sebuah budi.

Sudah tersurat jodohnya bersama Izzat Hilman. Walau apa pun sebab nya, kini Siti Mariam sah menjadi isteri Izzat Hilman. Siti Mariam pasrah jika ini suratan takdir baginya. Dia mengharapkan agar kebahagian menjadi miliknya jua nanti.

Bahagia yang di sangka bakal mucul terhalang jua oleh kerenah Kak Yah. Ada-ada saja perbuatan dan kelakuan Siti Mariam yang jelik pada pandangan matanya. Belum termasuk kata-kata penghinaan dan sindiran yang sengaja ditujukan padanya. Di depan Izzat Hilman, sikap Kak Yah lain di belakangnya Kak Yah mengambil kesempatan membuli Siti Mariam. Tak cukup dengan itu, Kak Yah sengaja memanggil Khalidah supaya Khalidah sentiasa berasa di sisi Izzat Hilman. Segalanya di pendam oleh Siti Mariam. Dia tidak mahu ada perselisihan faham dan pertengkaran di antara suaminya dengan kakak iparnya. Biarlah dia yang menanggung semua sengara itu kerana dia sedar yang dia bukan menantu pilihan keluarga Izzat Hilman.

Kepulangan Kak Yah ke Labuan seakan kelegaan buat Siti Mariam namun perhubungannya bersama Izzat Hilman tetap begitu. Dingin dan sepi. Seolah-olah mereka seperti orang asing yang tidak mengenali antara satu sama lain. Perhubungan dingin mereka bagai dapat di hidu oleh keluarga Siti Mariam namun masing-masing tidak mahu campur tangan dalam urusan rumah tangga nya.

Namun siapa sangka dingin yang melanda mereka boleh berubah sekelip mata. Akhirnya Siti Mariam kembali dalam dakapan suaminya, Baru dia sedar selama ini Izzat Hilman tidak pernah membiarkan dirinya keseorangan. Siti Mariam baru merasa bahagianya menjadi seorang isteri yang disayangi oleh suaminya.

Kehadiran Kak Yah kembali merobek kebahagian mereka. Pembohongan Izzat Hilman di persoalkan Kak Yah. Siti Mariam lah punca segala kekalutan. Siti Mariam berasa dikhianati oleh suaminya sendiri. Perbuatan Izzat Hilman semakin menyukarkan hubungan di antara Siti Mariam dan Kak Yah. Siti Mariam kembali membenci suaminya sedangkan apa yang dilakukan oleh Izzat Hilman adalah untuk kebaikan Siti Mariam juga.

Selepas berlakunya pertengkaran di antara Siti Mariam dan Izzat Hilman, masing-masing membawa haluan sendiri. Tanpa di duga Siti Mariam keguguran setelah jatuh tangga. Izzat Hilman menuduhnya sengaja menggugurkan kandungannya kerana marah dan benci padanya sedangkan Siti Mariam tidak mengetahui langsung yang dirinya sedang mengandung. Izzat Hilman tidak mengendahkan rayuan Siti Mariam. Sekali lagi Siti Mariam di biarkan sepi.

Keadaan anak Kak Yah semakin kritikal. Dia perlukan darah segera namun pihak hospital tiada stok darah seperti itu. Siti Mariam yang dibenarkan keluar hari itu, membuat keputusan untuk mendermakan darahnya tanpa pengetahuan sesiapa dan dia juga tidak berniat untuk memberitahu sesiapa akan hal itu.

Sesampainya dia dirumah, pertengkaran tercetus lagi. Antara suaminya, Izzat Hilman dengan Kak Yah. Kak Yah memujuk Izzat Hilman mengambil Khalidah sebagai isteri keduanya. Bagai halilintar menyambar sanubari Siti Mariam tatkala mendengar kata-kata Kak Yah. Di lihatnya suaminya tertunduk mendiamkan diri. Siti Mariam tahu yang Izzat Hilman telah termakan kata-kata Kak Yah. Siti Mariam nekad. Dia harus keluar dari rumah ini.

Izzat Hilman termanggu bila melihat Siti Mariam mengemaskan barang-barangnya. Dia menghalang Siti Mariam pergi dan buat pertama kalinya Siti Mariam melihat suaminya, Izzat Hilman menangis di sisinya. Ternyata cinta antara mereka masih ada. Walau marah macam mana sekali pun, cinta mereka tetap utuh. Siti Mariam yakin kini, cinta Izzat Hilman hanya untuknya. Dia mempercayai suaminya. Percaya sepenuh hati.

Akhirnya segala permasalahan terungkai jua. Kak Yah menyesal kerana terlalu mengikut kata hati. Dia sungguh tak sangka yang Siti Mariam sanggup menderma darah kepada anaknya tatkala Siti Mariam banyak kehilangan darah akibat dari keguguran. Izzat Hilman juga seakan tidak percaya pada kesungguhan Siti Mariam membantu anak saudaranya sedangkan dirinya di dalam kesakitan juga. Siti Mariam bersyukur kerana segalanya berakhir dengan kegembiraan dan lebih bermakna lagi semenjak Arif Hilman hadir dalam hidupnya. Dialah pelengkap rumahtangganya bersama Izzat Hilman. Bahagia di rasakan lebih manis berbanding dahulu. 

Tamat ...

Komen sy (^^),
  • Buleh bagi 3 bintang setengah, sebab kadang-kadang cite ni logik & kadang-kadang cam x jek..
  • Siti Mariam ni macam nk main-main pun ada, x tegas & x yakin dengan diri sendiri.
  • Izzat Hilman, hadirnya macam memang sempurna dr segenap segi. Bila belek-belek sampai muka surat belakang novel, memang Aisya Sofea cuba gambarkan watak hero ni sesempurna mungkin. Well done
  • Tapi, gaya penulisan Aisya Sofea memang x dapat disangkal. Memang terbaik antara yang terbaik!


 


Jumaat, 27 Julai 2012

Suami Aku Ustaz

Assalamualaykum.

Suami aku ustaz? Isy, belum jadi suami lagi, bakal suami betul la ustaz..hahaha..mereng T_T

Ni sebenarnya tajuk novel dari Karya Seni. Ekceli novel ni dah lama kuar, dlm bulan April/Mei hari tu kalau x silap. Masa balik kampung cuti pertengahan tahun ada gak adik kesayangan mengecek-ngecek kakaknya yang kaya raya ni untuk merembat novel ni dekat Popular KB Mall, tapi ada aku kesah? Islamik kot novel cenggini. Tak main la.. fobia dengan novel Tautan Hati-Fatimah Syarha, walaupun  novel Fatimah Syarha yg lain okey je sebenarnya..haha..=p

Cakap la kat adik membazir beli, lagipun novelis dy xda la femes mana cam Aisya Sofea, Anis Ayuni, Damya Hanna, Fauziah Ashari ke kan, nanti x best cite dy. Tapi dalam membazir tu sempat jugak merembat 3 buah novel. Hihi...

* Doktor Cinta
* Akan Ku Kejar Cinta Kamu
* Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Dan....

Sy sedang menunggu ketibaan novel-novel-novel-novel sy yang rasanya dalam perjalanan nak sampai ke Pejabat Pos Daerah Lundu ni. Yep, sy beli on9 via FB...Novel-novel-novel-novel?? Macam banyak jek bunyinya kan? Haha..takda la banyak sangat pon, 10 buah jek....Ngee =D

Tajuk-tajuksnya ialah:
1) Seikat kembang merah
2) Aku mahu kamu
3) Bila Hati Kata Sayang
 4) Plain jane
5) Kutemui cintaNYA
6)  Uda & Dara 
7) Cinta pandang kedua
  8) Munajat cinta
9) Aku Bukan Mistress
10) Syurga di Wajahmu

Wawawawa...Meriah kan maks??Hehe...Harap-harap cepat sampai, x sabar nak mentelaah ni..Tapi cam berminat la pulak dengan novel Suami Aku Ustaz.. Waduh-waduh cenggana ni eh? Patut beli ke idok?

Very admire it right now..Isk..isk...

p/s:
Aci ke tak sy nak mintak hantaran novel eh? Da orang buat x camtu? Hehe...Lagi ok kot dari segala kek bertingat-tingkat bagai tu kan? Buku x habis kan?kan? (Dasar kedekut =p)