Memaparkan catatan dengan label Feveret. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Feveret. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Julai 2012

Oyeyaaaaaaah!!

Assalamualaykum. 

Hahaha...Gelak jahat dulu memula ni. Alhamdulillah, sebahagian daripada 10 novels sy dah sampai semalam, 28 Julai 2012 (Sabtu)~tarikh penting kot..hehe. Dan, sy dah habiskan sebuah daripada 5 buah novel tu semalam jugak. Sekarang ni dah dalam separuh pembacaan untuk novel kedua, Cinta Pandang Ke-2.

Walaupun novel ni dah agak ketinggalan, tp ilmu-ilmu yg ada kat dalam novel ni masih x berubah kan? Biasalah, ayat pujuk hati beli novel preloved.. Dulu-dulu memang syok giler baca sinopsis dr novel ke novel kat Muda Osman atau Popular di KB Mall tu, tp sejak dok bumi London bertuah ni setelah dicampakkan KPM untuk berbakti kepada anak bangsa di sini (cewaaah, ayat...), nak jumpa Popular sebulan sekali pon payah. Kalau sy ni kaya raya, mampu bayar duit kete bulan-bulan kompem2 dah sy beli Honda Vios tapi yg mampu sekarang guna Honda Wave jek..Haha...

Hokey, sekarang review novel pertama yg sy dh berjaya habiskan dlm tempoh setengah hari semalam yep?

Uda & Dara - Aisya Sofea, 564 m/s

Kasih sayang yang terbina antara Siti Mariam dan Izzat Hilman musnah sekelip mata angkara perselisihan faham dan kehendak keluarga Izzat Hilman. Ibu Izzat Hilman, mak cik Zainab mahukan Izzat Hilman dijodohkan dengan anak saudaranya, Khalidah. Siti Mariam kecewa. Di tambah dengan penghinaan dari orang yang paling disayanginya, Izzat Hilman. Walaupun itu cinta zaman kanak-kanak, Siti Mariam membawa sengsaranya hingga ke dewasa. Dirinya membenci lelaki yang bernama Izzat Hilman.

Bertahun terpisah, akhirnya mereka bertemu semula. Pertemuan yang tidak disangka langsung oleh Siti Mariam. Dia marah pada pertemuan ini. Dia marah pada lelaki itu yang senang-senang menghina dirinya.

Izzat Hilman mahukan hubungan mereka kembali terjalin tetapi tidak pada Siti Mariam. Kenangan silam masih membayangi setiap langkahnya. Dia sedar, dahulunya dia adalah seorang gadis gemuk yang tidak cantik yang menjadi bahan ejekan lelaki itu. Tetapi kini apabila dia sudah menjadi seorang gadis yang cantik, yang langsing, lelaki itu mulai mendekatinya dan memuji-muji dirinya.

Dalam benci ada sayang. Ya, sesungguhnya dia masih menyayangi lelaki itu. Bertapa payahnya membuang sayangnya pada lelaki itu. Di saat Izzat Hilman melafaz cinta untuknya, hatinya berbunga riang namun untuk membalas dengan ungkapan serupa, Siti Mariam tak berani membalas dengan ungkapan yang sama. Dia masih keliru. Masih sangsi dengan perasaannya sendiri. Dia takut kecewa andai hati telah penuh cinta untuk Izzat Hilman. Berbelah bagi antara cinta dan sangsi.

Kehadiran Kak Yah bersama amanah arwah ibu mereka menambah lagi kekusutan yang ada. Dan kehadiran Khalidah bagai satu petanda yang dirinya bukan pilihan keluarga mereka. Siti Mariam tak nampak jalan untuk dia bahagia bersama Izzat Hilman. Lalu, dia menjauhkan diri. Melarikan diri dari semua ini. Juga dari Izzat Hilman.

Cadangan Abang Omar dan Kak Aida boleh diterima pakai. Berpisah apabila masing-masing sudah bersedia untuk berpisah. Berpisahlah dengan cara baik. Itu adalah cara yang paling bijak untuk menagani masalahnya sekarang. Siti Mariam nekad. Dia bersetuju kembali kepangkuan Izzat Hilman dengan syarat mereka akan berpisah apabila tiba masanya. Tujuh bulan. Itu masanya. Izzat Hilman setuju dalam keterpaksaan. Namun janjinya pada dirinya sendiri, dia akan memastikan yang Siti Mariam akan terlupa pada permainannya ini.

Hubungan mereka bertambah erat. Cinta bertambah mekar. Siti Mariam tak nampak cara untuknya berpisah dengan Izzat Hilman. Namun yang pasti perasaannya terhadap Izzat Hilman tak mampu dikawal lagi. Cintanya makin mendalam pada lelaki yang bernama Izzat Hilman.

Siti Mariam di duga dengan dugaan yang tak tertanggung olehnya. Ayahnya muncul kembali setelah menghilangkan diri sekian lama. Muncul bersama hutang piutang yang tak terkira banyaknya. Dia diburu oleh ah long. Permasalahan itu semakin mengeratkan hubungan di antara Siti Mariam dan Izzat Hilman. Siti Mariam perlukan seorang penjaga untuk menjaga keselamatannya dari diburu oleh ah long.

Tindakan kejam lintah darat itu semakin menjadi-jadi. Siti Mariam dijadikan mangsa. Izzat Hilman semakin bimbangkan keselamatannya. Kerana terlalu ingin menjaga, Izzat Hilman melamar Siti Mariam. Ingin mengahwini Siti Mariam. Tetapi permintaan Izzat Hilman itu ditolak mentah-mentah oleh Siti Mariam. Dia tidak mahu mereka berkahwin di atas alasan ini. Tidak sama sekali.

Tanpa disangka Izzat Hilman melakukan sesuatu yang diluar dugaan Siti Mariam. Dia sanggup menjualkan tanah pusaka milik orang tuanya semata-mata untuk melunaskan hutang abah Siti Mariam. Dia tidak mahu keluarga Siti Mariam diganggu lagi. Terutama Siti Mariam. Dan dia mahukan Siti Mariam menjadi isterinya. Siti Mariam terkejut dengan perbuatan Izzat Hilman itu. Dia merasakan dirinya dibayar untuk menebus sebuah budi.

Sudah tersurat jodohnya bersama Izzat Hilman. Walau apa pun sebab nya, kini Siti Mariam sah menjadi isteri Izzat Hilman. Siti Mariam pasrah jika ini suratan takdir baginya. Dia mengharapkan agar kebahagian menjadi miliknya jua nanti.

Bahagia yang di sangka bakal mucul terhalang jua oleh kerenah Kak Yah. Ada-ada saja perbuatan dan kelakuan Siti Mariam yang jelik pada pandangan matanya. Belum termasuk kata-kata penghinaan dan sindiran yang sengaja ditujukan padanya. Di depan Izzat Hilman, sikap Kak Yah lain di belakangnya Kak Yah mengambil kesempatan membuli Siti Mariam. Tak cukup dengan itu, Kak Yah sengaja memanggil Khalidah supaya Khalidah sentiasa berasa di sisi Izzat Hilman. Segalanya di pendam oleh Siti Mariam. Dia tidak mahu ada perselisihan faham dan pertengkaran di antara suaminya dengan kakak iparnya. Biarlah dia yang menanggung semua sengara itu kerana dia sedar yang dia bukan menantu pilihan keluarga Izzat Hilman.

Kepulangan Kak Yah ke Labuan seakan kelegaan buat Siti Mariam namun perhubungannya bersama Izzat Hilman tetap begitu. Dingin dan sepi. Seolah-olah mereka seperti orang asing yang tidak mengenali antara satu sama lain. Perhubungan dingin mereka bagai dapat di hidu oleh keluarga Siti Mariam namun masing-masing tidak mahu campur tangan dalam urusan rumah tangga nya.

Namun siapa sangka dingin yang melanda mereka boleh berubah sekelip mata. Akhirnya Siti Mariam kembali dalam dakapan suaminya, Baru dia sedar selama ini Izzat Hilman tidak pernah membiarkan dirinya keseorangan. Siti Mariam baru merasa bahagianya menjadi seorang isteri yang disayangi oleh suaminya.

Kehadiran Kak Yah kembali merobek kebahagian mereka. Pembohongan Izzat Hilman di persoalkan Kak Yah. Siti Mariam lah punca segala kekalutan. Siti Mariam berasa dikhianati oleh suaminya sendiri. Perbuatan Izzat Hilman semakin menyukarkan hubungan di antara Siti Mariam dan Kak Yah. Siti Mariam kembali membenci suaminya sedangkan apa yang dilakukan oleh Izzat Hilman adalah untuk kebaikan Siti Mariam juga.

Selepas berlakunya pertengkaran di antara Siti Mariam dan Izzat Hilman, masing-masing membawa haluan sendiri. Tanpa di duga Siti Mariam keguguran setelah jatuh tangga. Izzat Hilman menuduhnya sengaja menggugurkan kandungannya kerana marah dan benci padanya sedangkan Siti Mariam tidak mengetahui langsung yang dirinya sedang mengandung. Izzat Hilman tidak mengendahkan rayuan Siti Mariam. Sekali lagi Siti Mariam di biarkan sepi.

Keadaan anak Kak Yah semakin kritikal. Dia perlukan darah segera namun pihak hospital tiada stok darah seperti itu. Siti Mariam yang dibenarkan keluar hari itu, membuat keputusan untuk mendermakan darahnya tanpa pengetahuan sesiapa dan dia juga tidak berniat untuk memberitahu sesiapa akan hal itu.

Sesampainya dia dirumah, pertengkaran tercetus lagi. Antara suaminya, Izzat Hilman dengan Kak Yah. Kak Yah memujuk Izzat Hilman mengambil Khalidah sebagai isteri keduanya. Bagai halilintar menyambar sanubari Siti Mariam tatkala mendengar kata-kata Kak Yah. Di lihatnya suaminya tertunduk mendiamkan diri. Siti Mariam tahu yang Izzat Hilman telah termakan kata-kata Kak Yah. Siti Mariam nekad. Dia harus keluar dari rumah ini.

Izzat Hilman termanggu bila melihat Siti Mariam mengemaskan barang-barangnya. Dia menghalang Siti Mariam pergi dan buat pertama kalinya Siti Mariam melihat suaminya, Izzat Hilman menangis di sisinya. Ternyata cinta antara mereka masih ada. Walau marah macam mana sekali pun, cinta mereka tetap utuh. Siti Mariam yakin kini, cinta Izzat Hilman hanya untuknya. Dia mempercayai suaminya. Percaya sepenuh hati.

Akhirnya segala permasalahan terungkai jua. Kak Yah menyesal kerana terlalu mengikut kata hati. Dia sungguh tak sangka yang Siti Mariam sanggup menderma darah kepada anaknya tatkala Siti Mariam banyak kehilangan darah akibat dari keguguran. Izzat Hilman juga seakan tidak percaya pada kesungguhan Siti Mariam membantu anak saudaranya sedangkan dirinya di dalam kesakitan juga. Siti Mariam bersyukur kerana segalanya berakhir dengan kegembiraan dan lebih bermakna lagi semenjak Arif Hilman hadir dalam hidupnya. Dialah pelengkap rumahtangganya bersama Izzat Hilman. Bahagia di rasakan lebih manis berbanding dahulu. 

Tamat ...

Komen sy (^^),
  • Buleh bagi 3 bintang setengah, sebab kadang-kadang cite ni logik & kadang-kadang cam x jek..
  • Siti Mariam ni macam nk main-main pun ada, x tegas & x yakin dengan diri sendiri.
  • Izzat Hilman, hadirnya macam memang sempurna dr segenap segi. Bila belek-belek sampai muka surat belakang novel, memang Aisya Sofea cuba gambarkan watak hero ni sesempurna mungkin. Well done
  • Tapi, gaya penulisan Aisya Sofea memang x dapat disangkal. Memang terbaik antara yang terbaik!


 


Isnin, 16 Julai 2012

Mengharap ehsan...

Assalamualaykum.

Semalam disebabkan sy hanya mengajar 2 waktu sahaja (uyerp, 2 waktu je untuk hari Isnin. Sila jeles dengan sy..ekekeke), tiba-tiba perasaan homesick membuak-buak. Lantas, fon diambil & num ma didail... Walaupun ma bukan ibu kandung, tp perasaan sayang sy terhadap ma sama sahaja dengan ummi kalau beliau masih ada. (sedih T_T). Sebabnya, kalau sy telefon abah mengadu homesick, kompem2 kena fire jek nanti..Baik x payah..hehe

Tanya khabar seposen dua posen, terus sy streeeeeet tu da point. Hehe... Mengadu rindu kt umah, rindu kat kampung, dah sebulan lebih dah kot kat SARAWAK ni, giler x rindu-rinduan?! Kalau masa zaman-zaman muda study kat KDRI, Kuale Ganung dulu 2 minggu sekali soheh-soheh balik bersama pakwe BGA961. Kalau rasa serabut dengan kuliah, tensen dengan gelagat kengkawan seminggu sekali pun Ai balik. Ni lepas bekerjaan ni sebulan sekali pun sakit.. Setahun 4 kali je kot mampu balik. tu pun kena sediakan RM4k kot setahun. Pity me =(

Mengadu macam-macam kat ma... Tapi point utama calling-calling adalah untuk ma poskan budu. BUDU?? Iyerp dong, budu..hehe... Feberet kot. Stok yang berbotol-botol tu dah kontang, jadi untuk menambahkan selera makan bulan pose nanti ni, budu la penambah perisa terbaik. Sebab tu mengharap ehsan ma untuk poskan budu untuk anak dara cun dia ni..Hehe. X perlu serbuk Knor Pasti Sedap, ada budu pasti memikat la.

Budu, kalau ditabur dengan hirisan bawang merah menawan pandangan, diperah limau nipis masam-masam, diletak potongan cili merah nipis-nipis, makan dengan ikan bakar & ikan singgang ditambah nasi panas-panas di tengah sawah padi dengan bayu angin lembut membelai pipi.....pergh!! Bakal mertua lalu pun buat derk jek..haha. Ampun mak.. =p

So, buat sape-sape yang ada cita-cita nak jadi ore kelate, praktis-praktis hirup budu dalam menu anda!! Baru lidah dapat lancar je kecek kelate. *ok, tipu je*. Wah-wah, baeeeeeeek punya promote budu kan? Bukan auta tau, tapi fakta banyaknya kelebihan makan budu ni.

Cekidaut bebeh!!

Slurp!!Menitik liur beb.. (Gambar ihsan Mat Gebu)

Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Pantai Timur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Trganu dan Klate ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat dari Jepun, Amerika , Australia , New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makanan “kuno”. Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat anti bakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaat kan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh. Ia juga mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu yang singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak- kanak dan orang dewasa.

Dua kelompok vitamin yang terdapat pada budu ialah vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A,D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin) .

Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria Klebsiella Pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan- ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk embentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitamin ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikro gram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet jaga badan tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup.

Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon (unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat jika dibandingkan dengan isoflavon dalam ikan-ikan lain. Penelitian yang dilakukan di University North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara .

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala factor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik.

Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempe atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan.

Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan.Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan. 

Jadi, selamat makan budu semua!!