Assalamualaykum.
Sebelum terlupa dan sebagai catatan pengalaman. mana tahu dekat-dekat nak pencen, buka balik blog ni tengok en3..."Eh, dah berpuluh kali rupanya aku naik KPM untuk tukar", camtu.. -..-
Pengalaman kedua terjah KPM.
Pengalaman pertama ada kat sini, sikit-sikit.
Sy dan suami dalam perjalanan untuk balik ke kampung, dah cuti 2 minggu kan. Seminggu kat kedah, seminggu kat Kelantan. Jadi la kan daripada tak pulang-pulang langsung. Rindu mak ayah weh, walaupun ada suami/isteri kat sebelah.
Kami bertolak dari JB dalam jam 10 pagi. Berhenti makan tengah hari dan solat kat R&R Ayer Keroh. Masa dalam perjalanan, kami gilir-gilir drive jadi tak sempat nak online bagai. Entah macam mana tergerak hati nak jenguk group pertukaran guru kat FB, sekali nah.......semua post tentang result dah keluar. Biasanya result pertukaran ni banyak versi tarikhnya. Ada yang dapat maklumat tarikh sekian-sekian, ada yang betul, ada yang dibulak oleh orang atasan.
Sy pun check la. Yakin dapat ke JB. Dah kata JB banyak kekosongan untuk guru terutamanya GPI. Semua maklumat macam tu. Sy pun memang yakin 100% tanpa keraguan. Tahun ni dapat la pindah untuk bersama suami. Memang yakin sangat-sangat la. Siap pesan kat murid, "Ustazah nak pindah ni. Awak belajar bersungguh-sungguh ye." Murid pun melompat sakan la sebab ustazah yang paling garang dan bengkeng selalu hukum mereka kalau tak siap kerja rumah, nakal, bising tiba-tiba nak pindah. Gila tak happy kan?
Sekali check,
PERMOHONAN PERTUKARAN ANDA KE JOHOR TIDAK DILULUSKAN.
Haaa????
Waddehelllll???
Ingatkan sy salah tengok, suh sang suami double check. Sekali, memang tak lulus pun dalam erti kata lain gagal. Hoh, takde perasaan lagi. Cam percaya tak percaya. Salah tengok kuttt. Makan nasi ayam sampai licin pinggan. Check lagi sekali, kompem gagal. >..<
Asal perancangan, sebelum balik ke Kedah kami nak singgah ke Putrajaya, menziarahi bapa saudara kat Persint 8. Hari tu ke KPM tak sempat untuk menjenguk mereka. Biasa la orang besar-besar ni bizi manjang. So, kami berkeputusan untuk singgah sehari kat sana. *buleh rehat & tidur free..kehkeh*
Bila dah gagal tu, bincang punya bincang kami laki bini, terus la buat keputusan untuk panjat lagi sekali anak tangga KPM. Sebab dah ada kat Putrajaya, terai la pergi lagi, kot-kot jumpa pegawai untuk dibelasah. Esoknya, selepas buat surat rayuan, rangka ayat lebih kurang dengan print surat gagal *benci nau nak sebut gagal T__T*, dengan muka sememeh dan rembat je baju mana-mana yang bersesuaian untuk formal kami ke KPM lagi kat aras 3. Untuk unit sekolah menengah aras 4.
Jumpa pegawai kat kaunter, kami dimaklumkan bahawa Hj. Adely, ketua unit bahagian pertukaran tu bercuti di Perth, Australia. Bahasa kasarnya melarikan diri daripada diserbu oleh guru-guru yang senasib dengan sy. Pity us. Masa kami sampai tu, bahagian sekolah rendah sesak dengan guru-guru yang nak buat rayuan jugak. Ada yang bawak anak kecil, cikgu yang masih dalam pantang, mak ayah yang berkerusi roda, semuanya dengan tujuan yang satu. Mengharap belas ehsan pihak KPM untuk ke tempat yang diidamkan.
Masa kami sampai, jam dah hampir rehat tengah hari. Tunggu dalam 10 minit, guru-guru yang nak buat rayuan disuruh masuk ke bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat daripada wakil KPM. Merasalah masuk ke ruang mesyuarat KPM kali ni.
Kat dalam sana pengelola kanan, Puan Aw sedia menunggu. Masa sy pergi, ada 2 kumpulan, 1 kumpulan untuk rayuan pertukaran EgTukar, 1 kumpulan lagi untuk rayuan penempatan guru interim jQAF. Mula-mula sekali Pn. Aw tu gitaw sebab musabab pertukaran tidak diluluskan. Dengar jela kan? Tak ada siapa pun menyampuk. Macam masing-masing dalam hati 'Suka hati kaulah ak cakap pun. Memang auta. Malas nak percaya'. Gitu.
Bila dah agak-agak dia takda apa-apa nak cakap, ada seorang cikgu lelaki suarakan masalahnya. Lepas tu sorang-sorang luahkan perasaan. Macam-macam masalah yang ada. Yang sy rasa memang satu KPM menanggung doa orang teraniaya & dan menanggung dosa kami-kami ni adalah ada seorang guru tu sampai telah diceraikan oleh suami sebab tak tahan dengan keadaan berjauhan. Nauzubillah. Tanggung la KPM oii..
5 tahun akak tu mintak untuk masuk ke Kedah, sebab suaminya ada kat sana tapi sampai sudah tidak diluluskan. Tahun ni, tahun ke6 perkhidmatan, mungkin sebab tak tahan atau dah dah mampu bersabar, akak tu diceraikan. Anak ada 2 orang, seorang dengannya seorang dengan bekas suami. Akak tu merayu untuk masuk ke Terengganu, nak tinggal berdekatan dengan keluarga selepas bercerai at least ada orang yang jaga. Tambahan pula ada masalah kesihatan yang perlu dirujuk pakar. Tu pun KPM masih buta hati.
Ada cikgu lelaki memohon supaya isterinya ditukarkan dari Pahang ke Selangor pun tidak diluluskan. Sampai bergaduh memanjang laki bini. Yang jadi mangsa anak-anak. Mujur Pn. Aw jenis yang lemah lembut, kalau jenis panas baran memang merasa penumbuk cikgu lelaki tu.
Cikgu dari Sarawak ada yang disantau. Cikgu dari mana lagi tah ada ancaman keselamatan. Ada yang mak ayah lumpuh sorang-sorang di kampung. 1001 masalah yang ada. Tapi, biasalah, helah bela diri dari pihak KPM. Ada je jawapan walaupun tak logik dek fikiran yang waras. T__T
Kata Pn. Aw:
"Kemungkinan cikgu-cikgu tak dapat pindah ni disebabkan KPM bimbang tempat yang cikgu tinggalkan itu kosong,tiada pengganti. Kesian murid ketinggalan pelajaran. Lagipun cikgu-cikgu mintak negeri yang memang penuh, Kedah/Kelantan/Terengganu. Cuba mintak Johor ataupun Selangor, memang ada kosong di negeri berkenaan"
Masa ayat tu keluar dari mulut beliau, sy angkat tangan.
"Yeke puan? Apasal sy ni yang ada pengganti nak masuk ke sekolah sy, tak jugak sy dapat pindah?? Memang terang-terang akan ada yang nak masuk sekolah sy, opsyen yang sama, tak dapat-dapat jugak. Sampai bila?"
Pn. Aw: Mana cikgu tahu ada orang nak masuk sekolah cikgu?
Sy: Ni buktinya. *terus bangun, tak pedulikan orang lain lagi dah. Tunjuk permohonan egTukar kawan yang memohon masuk ke sekolah sy*
Pn. Aw: .......... (Hilang kata-kata)
Sy: Sy ni mintak masuk johor, bukannya nak ke negeri hot macam Kelantan atau Kedah walaupun sy orang Kelantan, suami orang Kedah. Sy tak hingin pun nak balik negeri, yang sy mintak cuma nak ke Johor, JB lagi pulak tu. Setahu sy JB lebih memerlukan ramai GPI berbanding Sarawak dan sy dapat maklumat banyak sekolah kekurangan GPI. Ada kawan sy baru setahun setengah dapat balik Kedah puan, camne tu??
Kata-kata sy disokong oleh kesemua guru yang turut buat rayuan.
Pn. Aw: Oh....Itu...Itu....Mungkin Johor penuh kali ni. Kedah kosong untuk Pendidikan Islam, sebab tu awak tak dapat......
Hoh???
Tadi terang-terang cakap Kedah, Kelantan, Terengganu penuh, Johor kosong, tiba-tiba dalam masa 10 minit fakta itu berubah. Dah tu macam mana? Der, agak-agak la nak kelentong pon T______T
Sebelum keluar daripada bilik mesyuarat, surat rayuan dikepilkan dan diserahkan kepada Pn. Aw (harapnya tak buang la), bersalaman dengan beliau. Sempat lagi dia soal sy, "Eh, awak kan yang datang masa bulan 4 hari tu?" Dalam hati, 'oh, ingat pun..."
"A'ah la, sy dah datang dah, ingatkan dapat tukar. Tak dapat, tu sy datang lagi"
Senyum, "Dah-dahlah...Tak payah datang lagi. Ni baru hari kedua result, dah ramai."
"Tukarkan kami, kami pun banyak kerja lain. Tak hingin pun nak datang banyak-banyak kali ke KPM ni. KPM pun tak sibuk nak melayan kan? Jangan sampai kes kat Perak berulang. Puan nak ke keluar paper ada budak yang makan rumput lagi sebab cikgunya tertekan?"
Senyap, tak terkata apa-apa.
Sekian, karangan 'ringkas' sehari di KPM.
Muahaaa..
Cam nak sewel dah dok sini.
Tolong kawan-kawan, doakan sy dapat pindah secepat yang mungkin.








