Memaparkan catatan dengan label Duit oh Duit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Duit oh Duit. Papar semua catatan

Rabu, 25 September 2013

Misi Usahawan part 2

Assalamualaykum.

Guess what?
Alhamdulillah, hampir separuh novel yang ingin sy jual sempena Hari Jualan PIBG SKSM dah habis terjual.
Haha..Jual separuh harga, gila tanak beli.
Hohok...Daku merelakan dirimu pergi sayangku novelsss X__X

Dua kotak novel, komik dan buku motivasi yang dibawa awal ke sekolah habis diambik oleh cekgu-cekgu yang gila membaca jugak. Syok ah gak dalam mana 5 minit kot, dah dapat hampir RM2++. Tu kira separuh harga, kalau harga betul memang resign awal la sy. Sebab pe? Sebab dah kayoo.. Kalau aku kayooo, hari-hari hari rayoooooo!

Sebab tu la Rasulullah s.a.w pernah bersabda kalau tak silap bahawa 9 cabang rezeki adalah daripada perniagaan. *Tolong betulkan kalau silap* Sebab tu la kita tengok terdapat beribu-ribu-ribu group/link baik pesybook, baik blog-blog tentang perniagaan. Jual tudung la, jual topi la, jual baju la, jual stokin pon ada. Dan, sebelum ni sy la antara pembeli on9 tegar. Klik-klik-klik...laaaaa, dah habis separuh gaji dah rupanya T__T

Oh my Allah, kurangkan nafsu membeli belah on9 ke inline daku ni ya Allah.. 
Kuatkan la imanku ya Allah. =)

Jangan, jangan, jangan!!!
Nak menabung ni!!
Tapi, gaji bulan ni baaaaaaaaaaaaaaanyaaaaaaaak!!
Nak beli satu barang je buless??
Gulp >__<

Alhamdulillah, sambutan menggalakkan untuk novel.
Library ambik semua komik, majalah Infiniti dan buku motivasi.

Harapnya sambutan yang sama jugak untuk Caramelo Almond Crunchies sy tu. 



Hoho, sampai tester dari Semenanjung, sy buka la nak terai,
Sekali, krup, krap...krupp krapppp dah habis sebalang.

See??
Nampak tak ke mana tester sy menghilang???
Iyeee...Pandai, dalam perut penjual. Hahaha.

Tapi, takyah bimbang, insyaAllah sy akan buka 1 balang untuk tester pada hari jualan nanti.
Siapa cepat dia yang dapat rasa.
Kalau lambat beli terus tanpa test-test ye?
Ni nak kena mintak tolong Kak Z sebabnya sy balik JB. Oyyeeaaahh!!
*kalau untung banyak leh book hotel sedap sikit =P*

^_____________________^



Ahad, 22 September 2013

Misi Usahawan

Assalamualaykum.

28 September 2013 (Sabtu) nanti, sekolah akan mengadakan Hari Jualan PIBG buat julung-julung kalinya di sekolah. Semua cekgu sibuk mencanangkan nak jual itu-ini. Sy?

Heh..Sy senyum & lihat je la.. Sebabnya pada tarikh tu insyaAllah sy akan balik JB dan akan ponteng kursus KSSR 1 slot. Eh?? =D Bukan ponteng saja-saja, mybe akan berganti dengan guru jQAF yang baru melaporkan diri. Opss..Lupa nak gitaw, hari Khamis minggu lepas, kami menerima 2 orang guru jQAF baru untuk subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Alhamdulillah. 

Untuk guru jQAF Pendidikan Islam, macam biasa la ustazah. Hurm, cam dah kurang sikit spesis ustaz. Adoi. Tapi Alhamdulilah, untuk subjek Bahasa Arab, yang datang melapor diri adalah ustaz. Betapa happynya sy sampai rasa nak menari ronggeng. T__T Susah wooo kalau sesebuah sekolah takde ustaz. Nak-nak pulak kat sini. Hampir 8 tahun SKSM ketandusan ustaz. Bayangkan la. 

Bukan tak boleh ustazah buat kerja ustaz, tapi ada part-part yang tak boleh kan?
Ustaz takde masa period-period, tapi ustazah?
Terbatas kalau nak jadi imam pon.
Kang silap teknik jadi cam acik Amina Wadud lak kan. Heee~~

Harap-harapnya ustaz baru ni datang membawa sinar baru la kat sekolah tu.
Harapnya masa meeting lepas ni tak membabaskan waktu solat Zohor.
Biasaaaa dah  'meeting lagi penting dari solat'.
Cikgu yang alert dan jaga solat je yang solat, yang lain?? Hurm..Sedih T__T
Urp, macam lama je anda akan berada di sini nanti ustaz H..Hiihii

Apa pun, welcome untuk kedua-dua orang rakan sejawat baru.
Harapnya anda berdua mampu membawa ethos guru dengan baik.
Jadi la guru dalam erti kata yang sebenar, amanah dengan tugas & tanggungjawab anda.

Owh, terbabas cerita sudah....

Dalam sibuk orang itu nak jual ini, orang ini nak jual itu, sy nak jual apa??
Cekgu lain ada gak kebun cabik (cili), semangka (tembikai) bagai, ada kolam udang galah lagi, leh la berjual barang-barang tu, tapi sy ada apa kat sini melainkan hati yang tulus suci nan murni. Ececeh.

Fikir punya fikir, tak best gak la kalau sy x join memeriahkan suasana kan walaupun sy balik JB. Apa nak jual ni.Takkan nak jual diri kot. Ehh??

Baru teringat yang sy ni sukaaaaa sangat beli novel sama ada yang baru atau 2nd hand. Heh, ingat baju je ke 2nd hand? Buku pon adew taw. So, sy terpikir-pikir, kalaulah sy dapat pindah hujung tahun nanti (ameen!!) cenggana la nak bawak balik novel sy yang berpuluh-puluh tu. Berat dan banyak tahuu??

Last, dengan kesat-kesat air mata, hidung semua,
sy dengan ini rela la menjual hampir semua novel sy dengan harga diskaun 50%-70%.
Uhuk.. Lap air hidung lagi X__X.
Sayang weh, sayanggggg!!!

Cuma tinggal dalam 5 buah novel yang betul-betul sy sayang tidak akan dijual lelong cenggitu. 





Antara sebahagian novel yang diletgo.
Kebanyakan novel Alaf21 akan dijual dengan harga RM 10 je. 
Yang novel latest macam Biarlah Aku Jadi Penunggu tu dijual dengan harga RM 28 daripada harga asalnya RM 40.
Kombo set novel Acik Lana = RM50 sahaja.
Gila kentang murah kan?

Yang lama-lama sikit memang pejam mata je la jual nanti.
Tapi nasib baik bukan sy sendiri yang jual, mintak tolong kawan.
Kalau sy sendiri memang menangis masa ambik duit daripada pelanggan kott. -__-

Sayang, tapi biarlah...-Redha-

Ada jugak komik Detektif Conan & Doraemon.
Harga kat Sarawak dalam RM5.50-RM7.00
Sy jual tu nanti sebuah = RM 3
2 buah = RM 5


Majalah INFINITI pon ada.
Sama jugak harganya.
Kat SS = RM 5
Tapi sy jual sebuah = RM 3
2 buah = RM 5 jugak.
Hohohoho.


Buku-buku motivasi yang anda nampak tu semuanya harga kurang daripada RM10.
Pengsan T__T

Lepas tu nanti insyaAllah, sy akan ambik stok Caramelo Almond Crunchies dalam 15 balang.
Hurm, tapi nak kena tunggu stok tester dari Semenanjung sampai dulu kot.
Kalau lambat sampai tak ambik la stok tu.

Harga selepas tambah tolak kos ambik dengan pengedar dan kos postage Sarawak yang mahal nak mam+++ nanti ialah RM 32. Tapi sy hanya akan jual RM30 je nanti, insyaAllah. Kalau korang nangis-nangis, guling-guling, hentak kaki nak bayar dengan harga RM32 tu pon bolehhh...Takde salahnya Mak Jemah oi. Lagi ai sukaaaaa!! 

Sedap tahuuu.. Korang nak terai??
-Pernah makan masa jamuan hari raya umah sedara, 
tu yang berani tanggung risiko sebab memang sedap giler!!-
-mak-mertua-lalu-depan-kompem-tak-sedar-tapi-kalau-laki-lalu-belakang-pon-memang-cam-sebab-dia-laki-kita- =DD




Dia ni campuran 5 jenis kekacang sebab tu mahal.
Ke salah?
Almond saja pon dah berapa regenya kan?
Tak caye??
Mana lagi mahal antara kuih karipap dengan kuih Almond London??Hee~~

Kekacang ni bagus untuk otak sebenarnya.
Kalau sy rajin nanti sy bebel-bebelkan tentang en3 Caramelo Almond Crunchies ni ye??

Kalau korang-korang ada kat area Lundu, Sematan ni boleh la nak terai benda ni. 
Cari je sy tahuu??
Kalau yang dok SM nak terai jugak pon boleh,
Harga kompem lagi murah, cuma korang kena support sikit kos postage ye?
Yang SM kalau nak buleh gitaw sy, nanti sy mintak tolong sang suami poskan. =))

Harap-harapnya laku la novel-novel-novel sy ittew.
Buleh beli yang lain pulak nanti.
Hewhewhew.

So, untuk sesiapa menetap di Lundu, Sematan, Bau, Kuching (cam pengumuman bukak pose pulak dah) boleh la mengunjungi Hari Jualan PIBG SK Stunggang Melayu pada 28 September 2013 nanti ye?

Gitaw je anda stalker blog ni, nanti sy bagi less.. Ehh?? Hee.


Selasa, 17 September 2013

Menanti..Menunggu

Assalamualaykum.


Selepas cuti Hari Raya Aidilfitri + cuti penggal persekolahan kedua hari tu, dah mindset siap-siap dalam kepala dapat jumpa dengan sang suami hanya pada cuti persekolahan akhir tahun nanti je. Memang dah buat stok tangisan siap-siap dah. Maklumlah, jarak dari Kuching-Johor Bahru bukan cam jarak Mid Valley ke Alamanda ke kan, bukan cam dari Melaka ke Perak. 

Bukan nak boleh sampai kalau nak bas, kereta.
Jalan kakai apatah lagi.
Kalau tak dah lama sy heret si kuning balik JB
T__T

Cenggini la nasib pasangan PJJ. Hurm.. Nak buleh jumpa tu, alahaaaai......
Kena pikior macam-macam-macam-macam benda. 
Bersyukurlah anda kalau pasangan anda ada bersama anda setiap masa. 
Uhuuuu... Jelessssss.

Tapi ntah macam mana buleh terbuka laman web AirAsia, dan terklik tarikh, terklik masa, terklik gak akaun debit bank =P. Muaahhaa... So, hasilnya, dari mindset hanya berlaku perjumpaan kami suami-isteri ni hanya pada cuti akhir tahun bertukar jadi 4x sebelum akhir tahun. Means, sebelum 16 November, kami diberi ruang dan peluang untuk berjumpa 4x. Yeeaay!! Alhamdulillah.

Bukannya MAS tak buat promosi gilo-gilo, Malindo lagi kan, tapi flight direct ke JB hanya available untuk AirAsia je. Bijak gak la strategi AirAsia ni. Kalau teringin nak naik MAS balik ke JB boleh je, tapi dari Kuching ke Kuala Lumpur dulu, baru la dari Kuala Lumpur terbang pulak ke JB. Hoh...

AirAsia pon AirAsia la, janji leh jumpa dengan sweetheart kan? Huuhhahaa...

Tarikh yang tak dirancang:
1) 5 - 8 Sept (JHB-KCH) -done
 (Teman kat sini sebab dua-dua osmet kena bawa pelajar ke Kem Sukan **dasar penakut**, kebetulan cun dengan minyak naik harga, terus pos motor =P)

2) 18 - 20 Oktober (JHB-KCH)
( Saja-saja klik, tiba-tiba terbeli)

Tarikh yang sengaja drancang:
1) 27-19 Sept (KCH-JHB)

2) 1-5 November (JHB-KCH)

InsyaAllah, semoga Allah panjangkan umur. Uhuuu... Bila la nasib berjauhan ni akan berakhir. Harap-harap ada sinar la untuk tahun depan. Tak sanggup dah donate gaji kat AirAsia walaupun kesemua tarikh tu dibeli masa promo dan diskaun!!

P/S:
Sape nak join sy beli flight sebijik?? T__T
Tapi kan...bila dah lama dan jarang-jarang tak jumpa, setiap kali pertemuan adalah honeymoon!! Ngee...Gatai =D

Isnin, 29 Julai 2013

Terapi Wanita

Assalamualaykum.

Sabtu lepas, 27/07 sy dengan jayanya telah menjalani satu sesi terapi.

Biasa la kehidupan sekarang sangat stress jadi guey membutuhkan terapi untuk meredakan ketensenan guey. *erk, apahal tertukar chanel ni?* -..-

Dan terapi tersebut sangat-sangat-sangat-sangat-sangat berkesan hokey? 

Terapi tersebut adalah...






















S.H.O.P.P.I.N.G!!

Semasa membeli dan membelah duit tu, memang sonok tak hengat donia la. Tambah-tambah lak, baru bergaji 2 hari gittew. Duit riban-riban lagi kott... Cekgoo kan kayooo.. Gaji tak habis makan 7 keturunan.  Syorga..Syorgaa.. Kekekekeke.

Kejap je hulur-hulur pitis. Setiap kali buat bayaran, tudiaa.. Memang takde dah la not RM 10, RM 20, apatah lagi setakat not RM 1 atau RM 5. Tak masuk list kot. Hulur not RM 100 atau RM 50 je. Sib baik tak terbaik hati sangat setiap kedai tu cakap kip da cen, kip da cen. Haha, kemain lagi berlagak tu.

Cam berlagak sangat je kan? Cam shopim kat Pavillion atau kat Alamanda je gayanya kan? Erk, celah mana lak datangnya Pavilion dengan Alamanda bagai kat bumi Kuching ni. Padahal, shopim kat Serikin je kott. *Fitammm* Muahaa. 

Saja bagi jeles. Baru dapat gaji katakan. =P

Padahal, kalau betul-betul hulur RM 100 setiap kali, silap-silap haribulan balik kampung jalan kaki.
Buleh eh dari Sarawak ni ke Semenanjung jalan kaki? T__T

Sy ke Serikin je kot. 
Gagah giler mengharung selambak manusia kat Serikin nun. 
Sampai lupa diri sedang puasa.
Ke tak pose?
Ehh?? ^__^

Biasanya, memang kalau lepas masuk dari satu kedai ke satu kedai yang lain, pilih-pilih kain baju, kain batik, kain pelekat, telekung solat sulam-sulam, baju kelawar memang kompem akan cari air. Haus kot. Dah la manusia kat Serikin nun tak pernah takda orang. Manjang je ramai sampai kompius dari mana la datangnya manusia yang ramai-ramai. Asal sy pergi sana je orang ramai, asal orang ramai je sy pergi sana. Lalala.

Hurm, maybe la selambak manusia yang melampau minggu lepas tu disebabkan baru gaji dan hampir nak raya jugak kot. Tu yang orang terlebih ramai dari biasa. Sampai parking pun ke hujung dunia sana. Memang tak pernah lagi sy terpaksa menapak dari tempat parking tu hinggalah ke kedai dengan jarak sejauh itu. Nak gitawnya kat sini, orang yang sangat ramai je kekdahnya. Haha. Dalam hati, alahai, kompem harga mahal tahap cipanzi yang diawet dengan sutera ni. Window je la bulan-bulan pose ni. Sebab sebenarnya, sy hanya meneman osmet yang nak mencari minyak aromaterapi kiriman sanak saudaranya je. Tu yang awalnya nafsu tu tak berapa nak menggerutu sangat la. 

Sekali.....

Nah, hambik


Semua tu bukan sy yang punya. Ahmad Albab yang punya. Ngehhngehh.

Dalam takda benda apa nak beli *konon*, siap pesan lagi kat osmet (Kak Ct) suh lempang je sy sedas dua kalau hawa nafsu menggelojak. Sebabnya, seminggu bulan pose tu kami bertiga dah memang shopim kaw-kaw tahap habis sebulan gaji dah. So, takde sebab nak shopim sakan lagi kan? Kata sy sebelum masuk dalam perut kete. 

Dan, ni adalah hasil tangkapan kami. Sesuku je tunjuk ni, nak tunjuk yang lain tak muat kamera. Ni, takde niat ni.. Takde niat taw. Mindset dulu, takde niat nak beli. =P Kalau memang ada niat dari awal nak beli banyak barang takpe, ni memang takda niat sedikit pon. *ok,tipu*

Blouse



Cadar



See??
Dalam takde apa benda nak beli kan?
Haha

Tapi, sangat berpuas hati menziarahi Serikin kali ni. 

Dapat harga blouse yang sangat murah dan paling penting sesuai dengan sy yang agak cerewet nak baju besar *tanak cun-cun ikut body model I ni*, nak baju labuh *tanak atas punggung*, nak corak yang cantik menarik *tanak yang selebet*, nak yang tebal *tanak yang nipis, jarang nampak kulit*. Haha, kemain cerewet kan, padahal beli baju Serikin je kot, bukan beli kat butik Guess ke, Pearl Haya ke kan. Erk, haruslah menepati syariat yang paling penting, I is sayang sang suami tanak beliau menanggung dosa-dosa isterinya yang sengaja dicari. Miahahaha.

Biasanya kalau g Serikin, habis tawar-tawar harga pon, dapat blouse yang paling murah dalam RM23 sehelai. Yang biasanya harga RM 25 la. Standard harga, daripada harga asal yang penjual gitaw RM 40-RM  50. Kat sana memang kena tebalkan muka tawarkan harga. Kalau tak kena cekik darah oleh ibu bapak Indon. 

Kak Ct memang dah aim nak beli blouse tulip-tulip. 3 minggu kot dia dok terbayang blouse tulip tu. Silapnya hari tu bila nampak, tak terus masuk. Memonong ke kedai lain dulu sebab dengan harapan akan patah balik dan akan masuk kedai tu. Sekali, bila dah borong barang kat kedai lain, langsung tak terjumpa kedai blouse tulip tu. Memang frust menonggeng la Kak Ct. Sebab tu, target dia kali ni, nak cari blouse tulip tu je sehelai. Diulangi, sehelai. Fine =)

Disebabkan memang nak window shopim jew *memang takde tujuan sangat g Serikin kali ni* mata tu memang melilau cari blouse tulip idaman hati tu je la. Alhamdulillah, akhirnya terjumpa jugak. Kak Ct tak kesah harga dia mahal mana pon asalkan dapat blouse yang dia nak tu. Tak pernah pon masuk kedai tu. Kami ada kedai feberet yang memang akan dapat harga murah berbanding kedai lain. dah banyak kali pergi kan, sampai penjual kat sana pon kenal kami. Hehehehe.

Kebetulan tuah pakai tudung pelangi kot *ada kaitan?*, ataupun dari awal melangkah dah kenyit-kenyit mata kat abang penjual tu, dapat la harga RM 22 dari harga yang dia letak RM 30. Kira OK la dari biasa kan? Kak Ct tanya kalau ambik 5 helai tak dapat ke RM 100? Boleh la kongsi kan, sy 2 helai ke Kak Ct 3 helai ke. Dah kata takda niat nak beli kan? Kekekeke. Lepas dia kira-kira dia bagi RM 105 untuk 5 helai. So, masih murah kan? Pilih punya pilih, sekali, 5 helai blouse sorang, bukannya 5 helai 2 orang. =D

Sambil kenyit mata mengerlip, senyum semanis puding caramel, dapat jugak harga RM100 untuk 5 helai blouse. Dan, hampir 2 jam kami berada kat kedai tu je. Sambil bayar tu abang penjual tu siap cakap lagi:

Penjual : "Terima kasih
Kami: Sama-sama. Kami beli dengan harga tu. Semoga murah rezeki, ramai pelanggan masuk. Lain kali bagi kami murah lagi ye *Bodek*
Penjual : Terima kasih. Sila datang lagi, semoga cepat kawin. *Senyum-senyum*
Kami: Erk???

Dalam hati sy, sy dah kawin la. Ke nampak cam belum kawen? Haha. Tapi, ngorat Kak Ct pon buleh. Dapat baju free la sy. =D
*Nak pergi lagi kedai abang tu, tapi tanak bawak suami, nanti tak dapat harga murah. Bulehh??Ngenge*

Beli cadar yang berzip. Cadar yang sedia ada lusuh sangat dah. Dah la bangun pagi je cadar ntah ke mana, nama pon tidur lasak. Cadar single sudah, nak double kena tunggu transfer JB dulu. =) Cadar berzip ni pun murah la jugak bagi sy sebab kainnya memang cotton yang berkualiti, sy dapat harga RM 18.

Nak kirim? *Sempat tuuu*

Sekian, terapi wanita sy pada kali ini. 
Tapi, terapi semasa shopim jew. 
Bila sampai umah belek-belek purse, sekali tinggal syiling jek.
Habis terapi, tensen balik. T_____T

Nak shopim katne lagi ye nak hilangkan tensen? Muakakakaka. =DD