Ahad, 22 September 2013

Misi Usahawan

Assalamualaykum.

28 September 2013 (Sabtu) nanti, sekolah akan mengadakan Hari Jualan PIBG buat julung-julung kalinya di sekolah. Semua cekgu sibuk mencanangkan nak jual itu-ini. Sy?

Heh..Sy senyum & lihat je la.. Sebabnya pada tarikh tu insyaAllah sy akan balik JB dan akan ponteng kursus KSSR 1 slot. Eh?? =D Bukan ponteng saja-saja, mybe akan berganti dengan guru jQAF yang baru melaporkan diri. Opss..Lupa nak gitaw, hari Khamis minggu lepas, kami menerima 2 orang guru jQAF baru untuk subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Alhamdulillah. 

Untuk guru jQAF Pendidikan Islam, macam biasa la ustazah. Hurm, cam dah kurang sikit spesis ustaz. Adoi. Tapi Alhamdulilah, untuk subjek Bahasa Arab, yang datang melapor diri adalah ustaz. Betapa happynya sy sampai rasa nak menari ronggeng. T__T Susah wooo kalau sesebuah sekolah takde ustaz. Nak-nak pulak kat sini. Hampir 8 tahun SKSM ketandusan ustaz. Bayangkan la. 

Bukan tak boleh ustazah buat kerja ustaz, tapi ada part-part yang tak boleh kan?
Ustaz takde masa period-period, tapi ustazah?
Terbatas kalau nak jadi imam pon.
Kang silap teknik jadi cam acik Amina Wadud lak kan. Heee~~

Harap-harapnya ustaz baru ni datang membawa sinar baru la kat sekolah tu.
Harapnya masa meeting lepas ni tak membabaskan waktu solat Zohor.
Biasaaaa dah  'meeting lagi penting dari solat'.
Cikgu yang alert dan jaga solat je yang solat, yang lain?? Hurm..Sedih T__T
Urp, macam lama je anda akan berada di sini nanti ustaz H..Hiihii

Apa pun, welcome untuk kedua-dua orang rakan sejawat baru.
Harapnya anda berdua mampu membawa ethos guru dengan baik.
Jadi la guru dalam erti kata yang sebenar, amanah dengan tugas & tanggungjawab anda.

Owh, terbabas cerita sudah....

Dalam sibuk orang itu nak jual ini, orang ini nak jual itu, sy nak jual apa??
Cekgu lain ada gak kebun cabik (cili), semangka (tembikai) bagai, ada kolam udang galah lagi, leh la berjual barang-barang tu, tapi sy ada apa kat sini melainkan hati yang tulus suci nan murni. Ececeh.

Fikir punya fikir, tak best gak la kalau sy x join memeriahkan suasana kan walaupun sy balik JB. Apa nak jual ni.Takkan nak jual diri kot. Ehh??

Baru teringat yang sy ni sukaaaaa sangat beli novel sama ada yang baru atau 2nd hand. Heh, ingat baju je ke 2nd hand? Buku pon adew taw. So, sy terpikir-pikir, kalaulah sy dapat pindah hujung tahun nanti (ameen!!) cenggana la nak bawak balik novel sy yang berpuluh-puluh tu. Berat dan banyak tahuu??

Last, dengan kesat-kesat air mata, hidung semua,
sy dengan ini rela la menjual hampir semua novel sy dengan harga diskaun 50%-70%.
Uhuk.. Lap air hidung lagi X__X.
Sayang weh, sayanggggg!!!

Cuma tinggal dalam 5 buah novel yang betul-betul sy sayang tidak akan dijual lelong cenggitu. 





Antara sebahagian novel yang diletgo.
Kebanyakan novel Alaf21 akan dijual dengan harga RM 10 je. 
Yang novel latest macam Biarlah Aku Jadi Penunggu tu dijual dengan harga RM 28 daripada harga asalnya RM 40.
Kombo set novel Acik Lana = RM50 sahaja.
Gila kentang murah kan?

Yang lama-lama sikit memang pejam mata je la jual nanti.
Tapi nasib baik bukan sy sendiri yang jual, mintak tolong kawan.
Kalau sy sendiri memang menangis masa ambik duit daripada pelanggan kott. -__-

Sayang, tapi biarlah...-Redha-

Ada jugak komik Detektif Conan & Doraemon.
Harga kat Sarawak dalam RM5.50-RM7.00
Sy jual tu nanti sebuah = RM 3
2 buah = RM 5


Majalah INFINITI pon ada.
Sama jugak harganya.
Kat SS = RM 5
Tapi sy jual sebuah = RM 3
2 buah = RM 5 jugak.
Hohohoho.


Buku-buku motivasi yang anda nampak tu semuanya harga kurang daripada RM10.
Pengsan T__T

Lepas tu nanti insyaAllah, sy akan ambik stok Caramelo Almond Crunchies dalam 15 balang.
Hurm, tapi nak kena tunggu stok tester dari Semenanjung sampai dulu kot.
Kalau lambat sampai tak ambik la stok tu.

Harga selepas tambah tolak kos ambik dengan pengedar dan kos postage Sarawak yang mahal nak mam+++ nanti ialah RM 32. Tapi sy hanya akan jual RM30 je nanti, insyaAllah. Kalau korang nangis-nangis, guling-guling, hentak kaki nak bayar dengan harga RM32 tu pon bolehhh...Takde salahnya Mak Jemah oi. Lagi ai sukaaaaa!! 

Sedap tahuuu.. Korang nak terai??
-Pernah makan masa jamuan hari raya umah sedara, 
tu yang berani tanggung risiko sebab memang sedap giler!!-
-mak-mertua-lalu-depan-kompem-tak-sedar-tapi-kalau-laki-lalu-belakang-pon-memang-cam-sebab-dia-laki-kita- =DD




Dia ni campuran 5 jenis kekacang sebab tu mahal.
Ke salah?
Almond saja pon dah berapa regenya kan?
Tak caye??
Mana lagi mahal antara kuih karipap dengan kuih Almond London??Hee~~

Kekacang ni bagus untuk otak sebenarnya.
Kalau sy rajin nanti sy bebel-bebelkan tentang en3 Caramelo Almond Crunchies ni ye??

Kalau korang-korang ada kat area Lundu, Sematan ni boleh la nak terai benda ni. 
Cari je sy tahuu??
Kalau yang dok SM nak terai jugak pon boleh,
Harga kompem lagi murah, cuma korang kena support sikit kos postage ye?
Yang SM kalau nak buleh gitaw sy, nanti sy mintak tolong sang suami poskan. =))

Harap-harapnya laku la novel-novel-novel sy ittew.
Buleh beli yang lain pulak nanti.
Hewhewhew.

So, untuk sesiapa menetap di Lundu, Sematan, Bau, Kuching (cam pengumuman bukak pose pulak dah) boleh la mengunjungi Hari Jualan PIBG SK Stunggang Melayu pada 28 September 2013 nanti ye?

Gitaw je anda stalker blog ni, nanti sy bagi less.. Ehh?? Hee.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan