Isnin, 9 September 2013

Macam-macam-macam-macam

Assalamualaykum.

Lamanya lah hai nk buleh hapdet pon kan. 
Sebulan kot. 
Tapi hade mak kesah??Ngee.
Malasnya ya ampunnn..
Padahal on9 hari-hari kot, terjah blog orang hari-hari, jenguk age egTukar hari-hari. Ehh?

Macam-macam benda yg berlaku.
Hurrm..

Seperti yang dijangka, raya 1st dengan menyandang status baru ni raya kat Kelate. Suka-suka-suka.
Cuti raya + cuti sekolah kan 2 minggu, so, minggu pertama puasa merangkap raya pertama hingga raya ketiga kat Kelate. Raya ketiga baru merangkak naik banjaran Titiwangsa. Hehe. Baik punya godaan kan? =p

Kat Kelate, beraya macam biasa la, cuma yang lebih bestnya adik yang belajar kat Mesir balik beraya tahun ni. Cukup la anggota keluarga kami 7 orang. Tapi, boleh pulak terlupa ambik gambar raya 1 family. Orang ramai sangat datang beraya, hidang itu-ini lalu mood bergambar dah kelaut. Nak tengok kami pakai baju raya sedondon cam orang lain, memang tak la. Tak pernah kami sekeluarga sama tema warna rayanya. Dari dulu lagi cenggini, janji dapat duit raya banyak. Ehh??

So, lepas berkahwin ni, konon-konon nak la sedondon dengan suami tercinta kan. Sekali warna dah lain-lain pulak. Hadoi... Takleh nak feeling-feeling boria sangat. Takpela, ahkak redhooo dik oi...


Sempat snap sekeping ni selepas balik dari solat sunat Aidilfitri, ziarah kubur ummi, ziarah umah atok sebelah abah, lepas tu terus balik. Masa paksa adik snap gambar kami ni, dah ada tetamu yang datang. Hurm..

Ni hari ketiga raya sebelum balik Takbai, Thailand.
Cewah, melancong di hari raya gittew. Bajet cam retis-retis kan, asal raya je obersea..asal obersea je raya. Ni kira obersea la jugak kan?
Tambang perahu singgit dah sampai obersea =P


Tengah hari raya ketiga, bertolak la kami suami isteri ke Kedah pulak. 
Sampai dekat Maghrib dah.
Lepas rehat, makan nasi yang mertua masak, sembang-sembang itu-ini, tetiba FIL cakap 
"Along hang ni nak kahwin"

Hah? Mula-mula kami cam endah tak endah je, kengkadang FIL ni suka menyakat. Sekali bangun tido esoknya, MIL gitaw, lepas Zohor nanti siap-siap, kita nak pergi merisik ni.

Muahaa...
Memang on da spot betol la Along. Tak menyempat-nyempat kot. So, kami 6 beranak (sy, suami, Along, adik ipar, mak, abah) pergi la merisik bunga di taman larangan kat Aloq Staq nun. Nasib baik orang Loq Staq jew. Tercapai hasrat abah mertua nak menantu orang dekat. Ngeh-ngeh. Tak larat agaknya beliau nak naik kereta, merisik bakal menantu yang jauh cam sy. Haha. =D

Comey bakal biras sy tu. Kecik-kecik, putih orangnya. Nak lawan dengan sy memang kalah la dek non.. Hoho, yang takleh tahannya, biras sy tu lagi muda dari sy!! Haha.. baru nak berangan panggil 'Kak Long' T__T

Kami ke menziarah pihak perempuan hari Isnin, hari Selasa kami menerima kunjungan balas daripada pihak mereka. bertungkus lumus la seisi keluarga mengemas rumah menyambut ketibaan tetamu penting. Adik ipar sy cakap, mak nak sambut raya takde pon buat persiapan camni, tapi nak menerima bakal menantu habis luar dalam rumah dikemas. ^__^

Dan, hari Jumaat, Along & bakal biras sy tu ditunangkan. Haha.. Simple dimple habis kan? Yang tak boleh tahannya, suami sy tu yang jadi 'orang tua' dalam majlis pertunangan itu!! nak buat camne, semua sedara & orang-orang tua yang menjadi jurucakap majlis tu semua habis dibooking awal oleh orang lain. Dah nama pun majlis pertunangan-tak-dirancang kan? So, terpaksa la sang suami mencemar duli. Haha, nasib baik pengalaman masa majlis kami yang tak seberapa dulu masih kuat melekat kat kepala dia. 

Pihak perempuan bukan main panggil pak imam bagai, berpantun si bunga, si kumbang, taman larangan la taman tema la, yang kami ni pulak suami sy direct:

"Kami datang ni nak meminang, berapa agaknya hantaran, mas kahwin. Bila nak langsung walimah. Berapa dulang kami nak kena bawak."

Langsung takde mukaddimah apa-apa, terus je terjah. Alahai suamiku.... T__T
Beliau memang tak reti sangat nak berbunga-bungi ni, main taram je. Tapi, alhamdulillah semuanya selamat dan insyaAllah mereka akan disatukan pada penghujung tahun nanti. 

::Along dah tak sabar sangat nak kawen. Haha::

Macam-macam lagi nak cerita ni.
Tapi sy kena tengok nembiak susun kelas dulu. Sok kan UPSR. Hoho
Kalau rajin sy update lagi lain kali ye.

Tentang:
** Urusan pos motor
** Kami berniaga
** Kunjungan kedua buah hati
** Dan lain-lain yang berkaitan
=DD


Tiada ulasan:

Catat Ulasan