Assalamualaykum.
Hari ni pergi sekolah dengan keadaan ting tong.
Gara-gara tak cukup tido.
Kol 12 baru nak pejam-pejam mata manja manjaan gittew.
Kelas pulak full hari ni, harap pagi tadi je free 2 masa, lepas tu, full!!
Ufftft.
So, dalam nak mereleasekan kepala sy tengok-tengok papan kenyataan dalam bilik guru. Baca segala mak nenek pekeliling yang ada. Baca jugak jadual kursus KSSR untuk tahun 4, tahun 2014. Semalam, selepas fight mati-mati, berjaya jugak sy pertahankan takhta kursus KSSR Pendidikan Islam, walhal nama asal sy ada jugak dekat KSSR Bahasa Arab.
Huh, dah tak sanggup jadi bidang terjun. Berdasarkan pengalaman hadiri kursus yang sama tahun lepas memang amat membosankan sebab sy tak ajar subjek tu. Jadi g kursus pun separuh nyawa je la. dah nama pun terpaksa rela kan. Lain la kalau kursus tu khas untuk kita betul-betul. Baru sonot nak join walaupun JU hensem. Eh?? X__X
Uhu, jadi sama la jugak situasinya tahun ni. Dah guru Bahasa Arab permenant kat sekolah ni tak wujud, jadi bertolak-tolaklah kami GPI ni. Dah tahun depan kompem sy masih ambik tahap dua bagi semua subjek PI, memang sy la yang selayaknya ke kursus KSSR PI tu. Kang orang lain g, tak sama lak maklumat yang dapat. Dah la sy ni masih blur wa fenin bab-bab PBS, KSSR bagai ni.
Kebetulan, masuk pejabat, PK1 sedang buat jadual kursus tu semalam. Sy mintak nak tengok. Memang sy dah bodek siap-siap sy hanya nak hadiri kursus PI sahaja. No more Bahasa Arab, Bahasa Iban waima Bahasa Tagelog sekalipun. Kalau untuk PI, orang tak hantar pon memang sy nak pergi sebab sy memang kelabu asap lagi bab KSSR ni. Heee~~
Fight punya fight, bagi alasan tahun lepas sy dah pergi untuk yang Bahasa Arab, sy nak rasa KSSR PI pulak, tambah-tambah sy ajar PI jadinya sy menang!! Ustazah sorang lagi yang kena join kursus BA, dan sy berjaya mengekalkan kerusi PI.. Ngeh2..
Sekali.........
Kursus KSSR PI start 25-28 September.
Memula tak perasan lagi.
Tapi bila tonyoh-tenyeh mata baru sedar bahawa sy dah beli tiket 27 September - 29 September!!
Uwaaa...
Cenggana ni?
Nak balik!!!
='((
Sekali.........
Kursus KSSR PI start 25-28 September.
Memula tak perasan lagi.
Tapi bila tonyoh-tenyeh mata baru sedar bahawa sy dah beli tiket 27 September - 29 September!!
Uwaaa...
Cenggana ni?
Nak balik!!!
='((
Tiada ulasan:
Catat Ulasan