Memaparkan catatan dengan label Misi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Misi. Papar semua catatan

Ahad, 22 September 2013

Misi Usahawan

Assalamualaykum.

28 September 2013 (Sabtu) nanti, sekolah akan mengadakan Hari Jualan PIBG buat julung-julung kalinya di sekolah. Semua cekgu sibuk mencanangkan nak jual itu-ini. Sy?

Heh..Sy senyum & lihat je la.. Sebabnya pada tarikh tu insyaAllah sy akan balik JB dan akan ponteng kursus KSSR 1 slot. Eh?? =D Bukan ponteng saja-saja, mybe akan berganti dengan guru jQAF yang baru melaporkan diri. Opss..Lupa nak gitaw, hari Khamis minggu lepas, kami menerima 2 orang guru jQAF baru untuk subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Alhamdulillah. 

Untuk guru jQAF Pendidikan Islam, macam biasa la ustazah. Hurm, cam dah kurang sikit spesis ustaz. Adoi. Tapi Alhamdulilah, untuk subjek Bahasa Arab, yang datang melapor diri adalah ustaz. Betapa happynya sy sampai rasa nak menari ronggeng. T__T Susah wooo kalau sesebuah sekolah takde ustaz. Nak-nak pulak kat sini. Hampir 8 tahun SKSM ketandusan ustaz. Bayangkan la. 

Bukan tak boleh ustazah buat kerja ustaz, tapi ada part-part yang tak boleh kan?
Ustaz takde masa period-period, tapi ustazah?
Terbatas kalau nak jadi imam pon.
Kang silap teknik jadi cam acik Amina Wadud lak kan. Heee~~

Harap-harapnya ustaz baru ni datang membawa sinar baru la kat sekolah tu.
Harapnya masa meeting lepas ni tak membabaskan waktu solat Zohor.
Biasaaaa dah  'meeting lagi penting dari solat'.
Cikgu yang alert dan jaga solat je yang solat, yang lain?? Hurm..Sedih T__T
Urp, macam lama je anda akan berada di sini nanti ustaz H..Hiihii

Apa pun, welcome untuk kedua-dua orang rakan sejawat baru.
Harapnya anda berdua mampu membawa ethos guru dengan baik.
Jadi la guru dalam erti kata yang sebenar, amanah dengan tugas & tanggungjawab anda.

Owh, terbabas cerita sudah....

Dalam sibuk orang itu nak jual ini, orang ini nak jual itu, sy nak jual apa??
Cekgu lain ada gak kebun cabik (cili), semangka (tembikai) bagai, ada kolam udang galah lagi, leh la berjual barang-barang tu, tapi sy ada apa kat sini melainkan hati yang tulus suci nan murni. Ececeh.

Fikir punya fikir, tak best gak la kalau sy x join memeriahkan suasana kan walaupun sy balik JB. Apa nak jual ni.Takkan nak jual diri kot. Ehh??

Baru teringat yang sy ni sukaaaaa sangat beli novel sama ada yang baru atau 2nd hand. Heh, ingat baju je ke 2nd hand? Buku pon adew taw. So, sy terpikir-pikir, kalaulah sy dapat pindah hujung tahun nanti (ameen!!) cenggana la nak bawak balik novel sy yang berpuluh-puluh tu. Berat dan banyak tahuu??

Last, dengan kesat-kesat air mata, hidung semua,
sy dengan ini rela la menjual hampir semua novel sy dengan harga diskaun 50%-70%.
Uhuk.. Lap air hidung lagi X__X.
Sayang weh, sayanggggg!!!

Cuma tinggal dalam 5 buah novel yang betul-betul sy sayang tidak akan dijual lelong cenggitu. 





Antara sebahagian novel yang diletgo.
Kebanyakan novel Alaf21 akan dijual dengan harga RM 10 je. 
Yang novel latest macam Biarlah Aku Jadi Penunggu tu dijual dengan harga RM 28 daripada harga asalnya RM 40.
Kombo set novel Acik Lana = RM50 sahaja.
Gila kentang murah kan?

Yang lama-lama sikit memang pejam mata je la jual nanti.
Tapi nasib baik bukan sy sendiri yang jual, mintak tolong kawan.
Kalau sy sendiri memang menangis masa ambik duit daripada pelanggan kott. -__-

Sayang, tapi biarlah...-Redha-

Ada jugak komik Detektif Conan & Doraemon.
Harga kat Sarawak dalam RM5.50-RM7.00
Sy jual tu nanti sebuah = RM 3
2 buah = RM 5


Majalah INFINITI pon ada.
Sama jugak harganya.
Kat SS = RM 5
Tapi sy jual sebuah = RM 3
2 buah = RM 5 jugak.
Hohohoho.


Buku-buku motivasi yang anda nampak tu semuanya harga kurang daripada RM10.
Pengsan T__T

Lepas tu nanti insyaAllah, sy akan ambik stok Caramelo Almond Crunchies dalam 15 balang.
Hurm, tapi nak kena tunggu stok tester dari Semenanjung sampai dulu kot.
Kalau lambat sampai tak ambik la stok tu.

Harga selepas tambah tolak kos ambik dengan pengedar dan kos postage Sarawak yang mahal nak mam+++ nanti ialah RM 32. Tapi sy hanya akan jual RM30 je nanti, insyaAllah. Kalau korang nangis-nangis, guling-guling, hentak kaki nak bayar dengan harga RM32 tu pon bolehhh...Takde salahnya Mak Jemah oi. Lagi ai sukaaaaa!! 

Sedap tahuuu.. Korang nak terai??
-Pernah makan masa jamuan hari raya umah sedara, 
tu yang berani tanggung risiko sebab memang sedap giler!!-
-mak-mertua-lalu-depan-kompem-tak-sedar-tapi-kalau-laki-lalu-belakang-pon-memang-cam-sebab-dia-laki-kita- =DD




Dia ni campuran 5 jenis kekacang sebab tu mahal.
Ke salah?
Almond saja pon dah berapa regenya kan?
Tak caye??
Mana lagi mahal antara kuih karipap dengan kuih Almond London??Hee~~

Kekacang ni bagus untuk otak sebenarnya.
Kalau sy rajin nanti sy bebel-bebelkan tentang en3 Caramelo Almond Crunchies ni ye??

Kalau korang-korang ada kat area Lundu, Sematan ni boleh la nak terai benda ni. 
Cari je sy tahuu??
Kalau yang dok SM nak terai jugak pon boleh,
Harga kompem lagi murah, cuma korang kena support sikit kos postage ye?
Yang SM kalau nak buleh gitaw sy, nanti sy mintak tolong sang suami poskan. =))

Harap-harapnya laku la novel-novel-novel sy ittew.
Buleh beli yang lain pulak nanti.
Hewhewhew.

So, untuk sesiapa menetap di Lundu, Sematan, Bau, Kuching (cam pengumuman bukak pose pulak dah) boleh la mengunjungi Hari Jualan PIBG SK Stunggang Melayu pada 28 September 2013 nanti ye?

Gitaw je anda stalker blog ni, nanti sy bagi less.. Ehh?? Hee.


Isnin, 18 Februari 2013

Happy Birthday Sweetheart ^__^

H.A.P.P.Y. B.I.R.T.H.D.A.Y. E.N.A.S.B.E.N

Haha...Baik perangai punya bini kan? Dah expired dah tarikh besdey beliau. 13 Februari lepas. Muehehe... Cenggane nak abadikan dalam ini belog, sebab masa hari kejadian tu sy ada kat kampung, berkepit dengan my lovely darling. Lappy tinggal camtu je kat Sarwak nim. Hahak..

Kemain lagi kan, masa x sah suami isteri sanggup tunggu kol 12 kot semata-mata nak wish besdey, bila dah sah lagi halal tanpa was-was, nak tunggu kejap cam mengantuk sangat-sangat. Dasar sangat kan? Ngeh2. Memang syaitan yang terkeji suka sangat kita buat dosa, usaha jugak supaya kita berdosa. Huhu..

Tapi x perlu wish tru sms/mms sebab si dia ada depan mata kot. Wish je secara live. Memang nikmat berkapel lepas kawin. Alhamdulillah, diberi peluang oleh Allah merasa nikmat itu. Sebelum kahwin kami memang x pernah keluar berdua, cuma sepanjang perkenalan kami 5 tahun 6 bulan sekali sahaja kuar ala-ala dating sebab pergi cari cincin. Tu pun kena mintak tolong osmet-osmet tersayang temankan. Tengkiu Puan Nona & Cik Bumet. Tebal muka toksah cite nak mintak diorang temankan. Seminggu cari ayat yang sesuai untuk mintak tolong diorang. Malu wo... X pernah ada pengalaman kan.

2 dari kanan sy adalah Puan Nona & Cik Bumet. Semua masih teruna dara lagi masa tu =p

Memang pernah kuar bersama-sama, tapi semuanya disebabkan aktiviti kelas & tutorial. Main jeling-jeling mata je la. Haha. Nak bergayut sakan cam orang lain pun xda. Paling lama cakap sebelum kahwin pun kurang daripada 10 minit. Dari layan mulut bercakap, lebih baik tido. Ye, kami mengamalkan dasar mata didahulukan perut diutamakan. =p

Daripada habiskan kredit, lebih baik tido. X perlukan duit. Maklumlah, hidup masa tu bergantung 100% dengan elaun. Memang x paham camne orang boleh sembang dengan awek-pakwe berjam-jam lamanya. Huhu.. Alhamdulillah, kami terpelihara & dipelihara oleh Allah dari dari segi zina kaki, zina mata, zina telinga, zina mulut. Cuma terbabas gak dari aspek zina hati, sebab kami sokmo gak bermesej. Harap-harap Dia ampunkan dosa-dosa lampau kami. 

Haha..dah-dah la melalut, meraban kan. Sebelum ni bagi hadiah besdey pun curi-curi je. Letak dekat Wakaf JPP la (warga KDRI je yang taw tempat tu =P ), celah-celah pagar asrama la, bawah meja dalam bilik kuliah & pelbagai tempat di kawasan kampus. Kenangan beb..Hehe

Tapi lepas kawin, xda maknanya nak curi-curi letak camtu. Yela, kalau buat camtu lagi, 1 hal la pulak nak kena pergi Terengganu lagi kan? =P.. Kebetulan masa seminggu sempena CNY hari tu, jatuh pada masa hari lahir sang suami, so sy bagi peluang beliau sendiri pilih hadiah. Memula nak belikan enset sebab enset beliau kekadang bunyi, kekadang bisu tapi tuan punya badan tak nak la pulak. Depan-depan macam frust la konon  xnak enset tu, tapi belakang beliau siap melompat-lompat bintang lagi. Haha...Dasarrr bini kedekut kan. Keh3

Last-last, hari terakhir sebelum ke Sarawak tanya beliau dari hati ke hati sangat  apa yang beliau mengidam nak miliki. Sanggup bagi apa je yang beliau inginkan, kuserah jiwa raga bakul tong kepadamu dengan syarat harga x lebih sekian-sekian. Siap ada had limit harga lagi tuuu....
Sekali beliau cakap, 
"cukuplah Ayang sebagai anugerah terindah dalam hidup Abang"

Cair beb, cairrrrr!! Haha

Pujuk punya pujuk, lepas deal dengan perodua (opps...tersengajalepas taip pulak), kami menghala ke Danga City Mall untuk mencari hadiah beliau. Sebelum kawen, siap balut dengan renda-renda lagi lepas tu sembur-sembur perfume...erk...tapi, bila dah kawen suh cari hadiah sendiri lagi. Balut hadiah? Nan hado!!Xda maknanya, nak balut-balut bagai, dah tuan badan sendiri pilih kan. Cuak gak memula, fikirkan $$$$$ akan melayang-layang, tapi nasib baik masih dalam perbajetan. Sayang abang!! =D

Mempersembahkan....
-
-
-
-
-
-
-
-
- Tarra -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

A'ah...GPS. Tah sebab pe gila sangat-sangat kat benda ni. Nak g epot Senai pun, main pakai GPS kot T__T. Takpela abang, rindu bini nanti peluk GPS tu ye. Kami pilih jenama PAPAGO dari yang asal tengok nak beli GARMIN sebab soal selidik pakcik jurujual tu dy cakap lg banyak fungsi PAPAGO walaupun harga hanya berbeza RM2. 

Selamat hari lahir suamiku sayang. Semoga panjang umur, murah rezeki, diberkati Allah sentiasa. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Sayang abang sangat-sangat walaupun berbeza beribu-ribu kilometer. T__T. Jaga diri, jaga iman =)


Rabu, 15 Ogos 2012

Misi Balik Kampungi!

Assalamualaykum.

Bukan pengangkutan utama sy =p
Ohoho balik kampung...
Ohohoho balik kampung........
Hati girang!!!

Mood sy hari ini sungguh baik. Malas nak diingat benda-benda yang menyakitkan hati. Yang paling penting sekarang ni misi sy untuk balik kampung tercapai dengan jayanya. Oyeaaaaaaaaaaah!!

Kek lapis homemade dari Abang Sipik dah dihantar pagi tadi dan sudah semestinya RM200 melayang-layang tanpa segan silu..Haha.

Kek Lapis Idola 8x8 = RM 90
Kek Pua Kumbu 8x8 tapi dibahagi dua sebab terlalu mahal = RM 60
Kek Lapis Roll Gemilang = RM10 x 3
Kek Lapis Ketupat Mini = RM20
Kek Lapis Ketupat = RM 25 (disponser Abang Sipik)

Sekarang ni sy sedang menunggu kek lapi 18 biji daripada housemet-housemet yg ditempah dari cikgu sekolah mereka. Yep, kenapa?? Tak percaya ka?? Memang betul 18 biji. Yang ni untuk diagih-agih kepada sedara-sedara sebelah ummi, abah, ma. Huhu.. Nasib baik dapat diskaun, kalau x kopak sy.

Kek lapis (standard RM10 kat Waterfront Kuching atau Kg. Gersik) yang sy tempah ni, kalau beli RM50 dapat 6 biji. Jadi sy tempah RM100. Tapi bila call abah, abah suh tambah lagi RM50. Itu yang menyebabkan jumlah kek lapis yang hendak diagihkan mencecah 18 biji. Bukan x sedap yang ni, masih sedap cuma kurang ummph sikit berbanding dengan homemasde. Homemade ni dibakar, yang RM10 sebiji ni dikukus, jadi ada rasa lain sikit la.. Bukan jugak kedekut bagi kat orang yang dikukus, tapi memang botak la kepala sy nak tempah homemade semua..Cun-cun harga tiket 2 hala kot..huhu...So, sedara-sedaraku, tunggulah ketibaan kek lapis special ni ye. Sy tempah dengan penuh kasih sayang kot (walaupun duit melayang-layang =D )

Sape-sape yang nak tempah buleh la PM sy yep..Haha...buleh buat bisnes kek lapis la lepas ni. Tapi kalau nak tempah, nak bagi harga RM 10 x dapat kot.. Kos nak ke Kuching pun dah berpuluh hengget..Kos bagasi lagi..Alahai...

Lagi, sedang menunggu tempahan mini kek polkadot.  Specialnya polkadot ni dy taruk macam-macam jenis jem dalam isi perut dy. Yang ni tempah 120 biji je. Nak try, kalau sedap boleh tempah untuk dijadikan barang-barang dalam goodies bag nanti..(berangan T_T)

Apa lagi yang sy beli yep? Oho...sy juga beli cornflakes sambal. (Tatau nama sebenarnya apa) Best, sebab benda ni ada campuran cornflakes + pusuk (ikan bilis) + kekacang + sambal pedas manis masin gitu.. Nak lari dari kebiasaan cornflakes orang buat biskut..Huhu..

Waiting list:
Macam nak beli gak kerepek seaweed & biskut cadbury. Best, lagipun macam tak pernah jumpa benda ni kat kampung. Hurm, akan difikirkan nanti.

Tapi,...

Barang-barang yang sy beli berguni-guni ni, sy cuma ambil bagasi 20kg jek..Waa...Kalau la lebih 20 kg, masak sy nak membayar kat Air Asia 1kg = RM20..Baik buat beli kek lapis kan? Erm, dah mintak tolong BFF sy Fizah (met, glemer mu kat blog aku..haha) untuk menambah bagasi dalam 10-15 kg lagi kat epot. Harap-harap makcik tu jumpa la kaunter bagasi tu. Buleh sebenarnya nak tambah melalui on9, tapi dengan syarat guna kad kredit. Sy x 'memelihara' kad kredit sebab x yakin dengan diri sendiri. Guna kad atm je pun dah beratus beli barang 0n9, kalau kad kredit tak tahu la..So, no..no...no....!!

Sumber: Inche Google

Harap dijauhkan. Moga yang baik-baik sahaja dikurniakan Allah.
 Gambar?Next en3 buleh?Sekarang mood nak memandikan pakwe sy QAA2085B sebelum dihantar kat Abang Sipik untuk dijaga. ^____^


Selamat balik ke kampung halaman kepada semua perantau. Berhati-hati di jalan raya. Walau apapun jenis kenderaan yang anda gunakan sama ada di langit (kapal terbang, helikopter, belon udara, jet pejuang), lautan (kapal selam, kapal laut, feri, motobot, sampan, rakit), daratan (kereta, kereta api, bas, motosikal, beca, basikal), yang penting, mulakan perjalanan anda dengan doa. Mulakan juga dengan niat yang baik supaya setiap langkah anda mendapat pahalaNya. Semoga perjalanan anda diberkati dan dielakkan dari sebarang musibah. Ameen =)


Walaupun masih awal, takut tak berkesempatan untuk menconteng blog ni, sy nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri. Mohon maaf dalam setiap kekhilafan sama ada sedar atau tidak. Jangan nakal-nakal & raikan Aidilfitri dengan perkara-perkara yang sewajarnya. Semoga kita semua berjumpa lagi Ramadhan yang akan datang. InsyaAllah.

Mode: Senyum lebar ke pipi walaupun balik lewat =D