Assalamualaykum.
![]() |
| Bukan pengangkutan utama sy =p |
Ohoho balik kampung...
Ohohoho balik kampung........
Ohohoho balik kampung........
Hati girang!!!
Mood sy hari ini sungguh baik. Malas nak diingat benda-benda yang menyakitkan hati. Yang paling penting sekarang ni misi sy untuk balik kampung tercapai dengan jayanya. Oyeaaaaaaaaaaah!!
Kek lapis homemade dari Abang Sipik dah dihantar pagi tadi dan sudah semestinya RM200 melayang-layang tanpa segan silu..Haha.
Kek Lapis Idola 8x8 = RM 90
Kek Pua Kumbu 8x8 tapi dibahagi dua sebab terlalu mahal = RM 60
Kek Lapis Roll Gemilang = RM10 x 3
Kek Lapis Ketupat Mini = RM20
Kek Lapis Ketupat = RM 25 (disponser Abang Sipik)
Sekarang ni sy sedang menunggu kek lapi 18 biji daripada housemet-housemet yg ditempah dari cikgu sekolah mereka. Yep, kenapa?? Tak percaya ka?? Memang betul 18 biji. Yang ni untuk diagih-agih kepada sedara-sedara sebelah ummi, abah, ma. Huhu.. Nasib baik dapat diskaun, kalau x kopak sy.
Kek lapis (standard RM10 kat Waterfront Kuching atau Kg. Gersik) yang sy tempah ni, kalau beli RM50 dapat 6 biji. Jadi sy tempah RM100. Tapi bila call abah, abah suh tambah lagi RM50. Itu yang menyebabkan jumlah kek lapis yang hendak diagihkan mencecah 18 biji. Bukan x sedap yang ni, masih sedap cuma kurang ummph sikit berbanding dengan homemasde. Homemade ni dibakar, yang RM10 sebiji ni dikukus, jadi ada rasa lain sikit la.. Bukan jugak kedekut bagi kat orang yang dikukus, tapi memang botak la kepala sy nak tempah homemade semua..Cun-cun harga tiket 2 hala kot..huhu...So, sedara-sedaraku, tunggulah ketibaan kek lapis special ni ye. Sy tempah dengan penuh kasih sayang kot (walaupun duit melayang-layang =D )
Sape-sape yang nak tempah buleh la PM sy yep..Haha...buleh buat bisnes kek lapis la lepas ni. Tapi kalau nak tempah, nak bagi harga RM 10 x dapat kot.. Kos nak ke Kuching pun dah berpuluh hengget..Kos bagasi lagi..Alahai...
Lagi, sedang menunggu tempahan mini kek polkadot. Specialnya polkadot ni dy taruk macam-macam jenis jem dalam isi perut dy. Yang ni tempah 120 biji je. Nak try, kalau sedap boleh tempah untuk dijadikan barang-barang dalam goodies bag nanti..(berangan T_T)
Apa lagi yang sy beli yep? Oho...sy juga beli cornflakes sambal. (Tatau nama sebenarnya apa) Best, sebab benda ni ada campuran cornflakes + pusuk (ikan bilis) + kekacang + sambal pedas manis masin gitu.. Nak lari dari kebiasaan cornflakes orang buat biskut..Huhu..
Waiting list:
Macam nak beli gak kerepek seaweed & biskut cadbury. Best, lagipun macam tak pernah jumpa benda ni kat kampung. Hurm, akan difikirkan nanti.
Tapi,...
Barang-barang yang sy beli berguni-guni ni, sy cuma ambil bagasi 20kg jek..Waa...Kalau la lebih 20 kg, masak sy nak membayar kat Air Asia 1kg = RM20..Baik buat beli kek lapis kan? Erm, dah mintak tolong BFF sy Fizah (met, glemer mu kat blog aku..haha) untuk menambah bagasi dalam 10-15 kg lagi kat epot. Harap-harap makcik tu jumpa la kaunter bagasi tu. Buleh sebenarnya nak tambah melalui on9, tapi dengan syarat guna kad kredit. Sy x 'memelihara' kad kredit sebab x yakin dengan diri sendiri. Guna kad atm je pun dah beratus beli barang 0n9, kalau kad kredit tak tahu la..So, no..no...no....!!
![]() |
| Sumber: Inche Google |
![]() |
| Harap dijauhkan. Moga yang baik-baik sahaja dikurniakan Allah. |
Gambar?Next en3 buleh?Sekarang mood nak memandikan pakwe sy QAA2085B sebelum dihantar kat Abang Sipik untuk dijaga. ^____^
Selamat balik ke kampung halaman kepada semua perantau. Berhati-hati di jalan raya. Walau apapun jenis kenderaan yang anda gunakan sama ada di langit (kapal terbang, helikopter, belon udara, jet pejuang), lautan (kapal selam, kapal laut, feri, motobot, sampan, rakit), daratan (kereta, kereta api, bas, motosikal, beca, basikal), yang penting, mulakan perjalanan anda dengan doa. Mulakan juga dengan niat yang baik supaya setiap langkah anda mendapat pahalaNya. Semoga perjalanan anda diberkati dan dielakkan dari sebarang musibah. Ameen =)
Walaupun masih awal, takut tak berkesempatan untuk menconteng blog ni, sy nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri. Mohon maaf dalam setiap kekhilafan sama ada sedar atau tidak. Jangan nakal-nakal & raikan Aidilfitri dengan perkara-perkara yang sewajarnya. Semoga kita semua berjumpa lagi Ramadhan yang akan datang. InsyaAllah.
Mode: Senyum lebar ke pipi walaupun balik lewat =D




Amboi.. nak buat bisnes kek lapis pulak ye.. =)
BalasPadamSELAMAT BALIK KAMPUNG YE. SELAMAT HARI RAYA JUGA.....
BalasPadamSelamat Hari Raya Aidilfitri..
BalasPadamMaaf Zahir & Batin.