Memaparkan catatan dengan label Komen Merapu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Komen Merapu. Papar semua catatan

Khamis, 19 September 2013

Ada Aku Kesah?

Assalamualaykum.

Haa..Tajuk malam-malam buta ni adalah ada aku kesah?
Heeee...Cam tak best bunyiknye kan?
Memang pon..

Alkisahnya, malam ni sambil-sambil tunggu sang suami balik ke rumahnya (cam poyo je tunggu-tunggu bagai, padahal berlainan negeri kot T__T) selepas TERPAKSA dan DIPAKSA untuk mengiringi budak UPSR untuk lawatan sekolah sy dengan bangganya mengcheck in dan memprint boarding pass. Haha, teruja nak balik punya pasal, 2 minggu sebelum tarikhnya dah check in ko.

Dolu-dolu lagi la teruk...
Masa fes-fes datang sini,
Cun je tarikh dapat check in, terus print.
Lepas tu pandang je boarding pass sambil sengih-sengih sorang diri.
Perasaan masa tu,
'Oi, aku nak balik kampung ni oii'
Tu masa belum berlaki, so, bayangkan sekarang ni dah bersuami bagai. 
Harus la pandang boarding pass tu cam pandang setongkol jongkong emas kan?
Haa...ko ade??

Tapi, makin lama dok berjauhan ni, makin leh kontrol tebiat tu.
Dulu lepas check in, terus print.
Sekarang ni tak la camtu dah.
Cuma, lepas check in, dok peluk boarding pass sampai lunyai. 
Pandang muka GB pun dekat-dekat nak sama dengan muka suami.
Nasib baik tak terpeluk je. Kroh kroh kroh -__-

Tadi maybe sebab sengaja 'menunjuk' kot. Hee~
Kemain eksen print depan-depan osmet.
Eksen kita nak balik katakan.
Yang sorang tu Ok, yg sorang lagi cam Ko sikit.
Hurm, memang silap sy.
Dok kibas-kibas boarding pass.
Tapi takyah la nasihat mesra alam sangat.
Sentap cheq ni oii..

Ye, memang sy cam &%^%^*& balik hujung minggu je.
Ye, memang sy cam &^&^%&* balik hanya cuti Sabtu Ahad.
Ye, memang sy cam *&^&%$% menyusahkan diri sendiri.
Ye, memang sy cam @$#%^&* meletihkan diri sendiri.

Tapi,
Fahamkah kamu perasaan suami isteri yang terpisah disebabkan kerjaya?
Fahamkah kamu tentang ketentuanNya yang hanya waktu hujung minggu tu sahaja seorang isteri melunaskan tanggungjwabnya walaupun terhad?

UHh..
Kamu-kamu-kamu yang tak merasai memang tak akan memahami.

Memang sy hanya balik hujung minggu, Sabtu Ahad je, menyusahkan diri sendiri, meletihkan diri, tapi sy bahagia dengan cara sy, dapat gembirakan suami, dapat bersama dengan suami walaupun selama 2 hari. Lagipun sy booking tiket 1sen pun sy tak hutang kamu, apatah lagi sy curi duit kamu. Duit yang sy gunakan tu hasil rezeki yang halal dr sektor pekerjaan sy. Sy pon tak menyusahkan kamu untuk hantar sy ke epot. Sy beli kereta pun salah satunya faktor itu, tanak menyusahkan kamu. Jadi sy sangat berharap agar kamu tak buat muka cam,
"Terdesak giler nak jumpa laki"
"Menyusahkan diri betul"
"Lebih baik rehat kat rumah"
"Buang masa, buang duit"
Sebab...
Semuanya sy yang akan tanggung sendiri. 

Kebetulan, masa sy buka web AA tu ada promo+diskaun 20%.
Tiket return sy dapat harga RM90+1 set meal.
Mampu la sy beli.
Dah rezeki sy masa tu.
Kalau harga RM900 memang tak la sy beli. 
Sy pun saaaaaaaaaaaaaaayaaaaaaang duit sy.

Sy tak kisah apa tanggapan kamu, cuma 1 je, 
kalau tak mampu nak memahami, 
cubalah berempati.

Hari ini hari orang, entah esok lusa hari kita.
Siapa yang tahun kan?
Entah-entah kamu-kamu-kamu-kamu lagi teruk kondisinya.
Semua orang Allah dah tetapkan bahagian masing-masing sayang.........

Last, but not least:

































ADA AKU KESAH???!

P/S:
Semakin meronta-ronta untuk ditransfer. 
Ya Allah, mudahkan segala urusan pertukaranku.

Isnin, 22 Julai 2013

Demi Dia

Assalamualaykum. 

Kasih jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa aku tak sanggup
Bila sendiri

Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa aku
Bila kau pergi

Ohoo...Oo..Lalalalala... 
Eh? Takde eh ooo lalala? =P

Hurm, lagu je kebabom bombastik very da vass. 
Tapi harap story hancus. 
Sorry peminat-peminat slot Akasia Demi Dia eh?
Ai memang tak minat. 
Lembik semacam je.

Ingatkan Teduhan Kasih je yang Iffa tu tahap pasrah redha x bertempat, rupanya Demi Dia ni lagi teruk. Kalau tak sebab berbuka puasa takde channel lain nak layan, paksa jugak la nengoknye. Lagi-lagi lak, cun dengan waktu berbuka bagi bahagian Kuching ni. Huhu.

I is pelik gak la, biasanya kalau drama arahan Aziz M. Osman memang best layan, tapi yang ni cam...&^#$%*(*(). Sebab apa tak best sangat eh? Lepas tu tahap ketidaklogikan dia tinggi lak tu..Minggu lepas ada tertengok scene hero kot naik kete, 3,4 kali lori yang sama lalu sebelah kete dia, pemandangan yang sama sedangkan kete tu dipandu laju. Oi...agak-agak la kan nak save bajet pon.. Dah cam cite sinetron Indon yang beratus episod tak reti nak ada ending la pulak. -__-

Scene mana lak ntah, penjahat nak ugut watak Erma Fatima tu. 
Perasan tak penjahat tu cakap:
"Ni last warning yang pertama aku bagitau kau"

Derr...Agak-agak la kan? 

Walaupun cite bagi sy memang dapat suku bintang je, tapi tabik kat lagu. Jatuh cinta dengar pertama dengan kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi. Siap buleh dengan gigihnya donlod lagu Pria Band ni lagi. Teduhan Kasih pon sama, rela donlod lagu Hyper Act tu.. Ngee~~

Setakat ni drama bersiri yang sy betul-betul buleh layan ialah Ramadan Yang Hilang-Samarinda. Sanggup kot tengok sekali lagi ulangan dia setiap kali nak sahur jam 4.30-5.30 =P. Samarinda edisi Ramadan setiap tahun belum pernah mengecewakan, penuh dengan mesej tersirat di sebalik cerita yang tersurat. Tapi, kalau slot Samarinda bulan-bulan biasa, buleh tahan jugak merapu merabannya. Kalau tak pwojek juta-jutaa-jutaaa, bukan Samarindalah namanya.

Rating 4.1 juta kot episod last T__T

Dua-dua gambar cilok dari sini
P/S:
Lagi satu drama bersiri yang sy menyampah giler adalah cite Kisah Cinta. Huuuuu.. Rela paksa diri tido awal. Cuba la stesen-stesen tibi neh pilih sikit drama yang ada matlamat yang jelas. Tak paham kenapa ada ramai yang minat. Adoyai...Jadi pengulas drama la pulak...-___-