Ahad, 6 Oktober 2013

Segala Puji Hanya Bagi Allah

Assalamualaykum.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Merujuk kepada entry ini, sy dalam 50-50 je kan nak balik ke tak raya haji ni kan?

Tapi,
Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan Allah.

Sy call agen pagi-pagi hari tadi.
Cun buka pejabat jam 8.00 pagi, sy call 8.10 pagi.

Cuak jugak sy nak guna waran sebab tiket untuk akhir tahun sy dah kompem untuk gunakan tiket pree tu untuk balik kampung. Tinggal sang suami, sy balik terus ke KB dengan MAS lagi tu. Heheheke. Biasanya bila dah tiket kompem, tak dapat tukar lagi dah. Alhamdulillah, Sennet Travel ni senang nak bertolak ansur. Boleh dibuat pertimbangan, walhal tarikh yang sy inginkan tu hanya tinggal 3-4 hari je lagi. Alhamdulillah.

Tanya punya tanya, hanya ada kekosongan pada hari Sabtu jam 9.40 pagi. 
Sikhal la, janji dapat balik sebab hari Jumaat tu tiket semua dah habis. 
Dan terpaksa ambik cuti sehari, hari Rabu sebabnya tiket semuanya dah habis. Yang hari Rabu tu pun dari KB jam 8.00 malam, dari KUL jam 10.05 malam. 
Sampai KCH jam 12 malam. 
Jadi Cinderella la ai, fitam....T__T

Tapi takpela penat sikit pun, asalkan sempat jumpa dengan Hakim.
Dah dia pergi sana bila pulak ada rezeki nak balik. 
Buatnya sambung Master terus kat sana?
Uhuu...terpaksa la berkorban.

Raya Aidiladha yang pertama bergelar isteri tanpa suami di sisi walaupun balik kampung sebab sang suami ada kursus KSSR Pendidikan Moral pada 11 dan 12 Oktober tu. Tambahan pula, takde flight direct dr JHB ke KBR. Adanya kena transit ke KUL dulu, dan kalau main transit-transit ni memang akan melayang-layang-layang-layang la RM tu. Jadi, berbekalkan keizinan beliau, sy balik sorang-sorang je la nanti menggunakan tiket waran tu. Hurmm...Gembira dalam sedih. -__-
Tapi takpe, sebab Jumaat minggu yang sama sang suami datang sini. Yeeaay!!

Cuma harapnya dapat kelulusan cuti dari GB la nanti.
Harap-harap dapat la.

Semoga dipanjangkan umur nanti. Dah gitaw ma, penat perjalanan yang singkat. Nak duduk kat rumah je, tanak jalan-jalan ke mana pun. Kekekeke, harap-harap tak kena balik kampung ma la. Uhuuu..

Alhamdulillah.

Segala puji hanya bagi ALLAH.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan