Jumaat, 27 Julai 2012

Suami Aku Ustaz

Assalamualaykum.

Suami aku ustaz? Isy, belum jadi suami lagi, bakal suami betul la ustaz..hahaha..mereng T_T

Ni sebenarnya tajuk novel dari Karya Seni. Ekceli novel ni dah lama kuar, dlm bulan April/Mei hari tu kalau x silap. Masa balik kampung cuti pertengahan tahun ada gak adik kesayangan mengecek-ngecek kakaknya yang kaya raya ni untuk merembat novel ni dekat Popular KB Mall, tapi ada aku kesah? Islamik kot novel cenggini. Tak main la.. fobia dengan novel Tautan Hati-Fatimah Syarha, walaupun  novel Fatimah Syarha yg lain okey je sebenarnya..haha..=p

Cakap la kat adik membazir beli, lagipun novelis dy xda la femes mana cam Aisya Sofea, Anis Ayuni, Damya Hanna, Fauziah Ashari ke kan, nanti x best cite dy. Tapi dalam membazir tu sempat jugak merembat 3 buah novel. Hihi...

* Doktor Cinta
* Akan Ku Kejar Cinta Kamu
* Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Dan....

Sy sedang menunggu ketibaan novel-novel-novel-novel sy yang rasanya dalam perjalanan nak sampai ke Pejabat Pos Daerah Lundu ni. Yep, sy beli on9 via FB...Novel-novel-novel-novel?? Macam banyak jek bunyinya kan? Haha..takda la banyak sangat pon, 10 buah jek....Ngee =D

Tajuk-tajuksnya ialah:
1) Seikat kembang merah
2) Aku mahu kamu
3) Bila Hati Kata Sayang
 4) Plain jane
5) Kutemui cintaNYA
6)  Uda & Dara 
7) Cinta pandang kedua
  8) Munajat cinta
9) Aku Bukan Mistress
10) Syurga di Wajahmu

Wawawawa...Meriah kan maks??Hehe...Harap-harap cepat sampai, x sabar nak mentelaah ni..Tapi cam berminat la pulak dengan novel Suami Aku Ustaz.. Waduh-waduh cenggana ni eh? Patut beli ke idok?

Very admire it right now..Isk..isk...

p/s:
Aci ke tak sy nak mintak hantaran novel eh? Da orang buat x camtu? Hehe...Lagi ok kot dari segala kek bertingat-tingkat bagai tu kan? Buku x habis kan?kan? (Dasar kedekut =p)

2 ulasan: