Rabu, 3 Oktober 2012

Terkejut!!

Assalamualaykum.

Huhu..Sebu terasa perut pagi-pagi hari lagi. Wordless Wednesday kot..Tapi kalau dibiarkan maybe akan jadi wordless sampai bila-bila.

Hari ni, 2 orang murid tahun 2 ditangkap & dihadapkan ke bilik guru atas kesalahan menonton video lucah. Ye, diulangi video lucah. Murid tahun 2 menonton video lucah. Bukan sekadar tengok, tapi siap mempraktikkannya lagi. Adoi. Dia buka baju budak kelas dia, tapi x tahu sempat buat apa.

Siasat punya siasat, berdolak dalih kenyataan dyorang. 2 orang murid tahun 2 yang buat kerja ni. Dah tu saling menuduh antara satu sama lain. Huhu.. Mula-mula cakap cd tu kepunyaan ayah dyrg. Kendian gitaw pulak tengok melalui gambar/majalah. Boleh pulak kata dah buang dalam sungai. Dah kena makan dengan buaya.

Cekgu : Apa yang awak buat ni?
Murid A : Kamek sikda buat apa-apa
Cekgu : Benarkah? Kenak awak padah marek lain dengan Cikgu Dorris ya?
Murid A&B : .......
Cekgu : Apa yang awak tengok? Cd apa awak tengok?
Murid A : Kmek sik nangga apa pun
Murib B : Berolah nya. Nya madah nangga gambar orang telanjang.
Cekgu : Haa???
Murid A : Sik cikgu. Kmek dah buang dalam sungei
Cekgu : Yeke? Tipu dapat dosa. Allah marah
Murid A : Benar cikgu
Murid B : Bulaknya
Murid A : Benar cikgu. Kmek dah buang dalam sungei.
Cekgu : Okeylah.. Cd apa yang kamu tengok? Cerita Boboboy, Upin Ipin ke Spongebob? Cikgu pinjam boleh? Awak tengok cd apa?
Murid A : Cd upin ipin cikgu.
Cekgu : Aik, tadi awak kata cd dah buang? Boleh cikgi pinjam? Kenak awak buang cd upin ipin?
Murid A : Benar. Sik apat cikgu. Sy buang cd Upin Ipin sebab Upin Ipin buat benda pelik-pelik.
Cekgu : Haaaaaaaaaaaah? Benda pelik-pelik apa?
Murid A : Benda pelik-pelik la. Cikgu x tahu ke? Upin Ipin buka baju suruh telanjang &...... (18sx)
Cekgu : (serahkan murid tersebut kat guru lain)

Dialog mungkin dah berubah sikit..Tapi begitula lebih kurang dialog yang sy dapat hasil daripada sebahagian 'temubual' yang dilakukan oleh cikgu-cikgu SKSM terhadap 2 hero tahun 2 ni. 

Hasil daripada penyiasatan yang dilakukan juga mendapati bahawa mereka juga menonton tayangan video lucah itu bersama-sama ibu dan bapa mereka. Si A ni, bukan sekadar menonton video je, malah sudah melihat 'perlakuan' itu secara live. X tahu la dia tengok mak ayah dia buat hubungan atau dia pergi intai kawasan mana-mana.

Astaghfirullahalazim. Bayangkan, murid tahun 2 yang berumur 8 tahun dan masih belum akil baligh dapat menceritakan semua yang dia lihat kepada kawan-kawan. Siap buka baju kawan perempuan untuk dibuat 'latihan amali'  / praktikkan teori yang dilihatnya. Apa yang akan jadi terhadap masa depan murid tu? Salah siapa? Salah cikgu-cikgu yang x mengajar pendidikan seks kepada murid di sekolah? Salah guru-guru yang saban hari mengajar pendidikan islam, moral dan sivik kah?

Rasanya, kalau kami ni ajar pendidikan seks seperti yang pernah diwar-warkan dulu, memang semakin hancur kot. X ajar pun dah pandai 'meneroka' sendiri, kalau dah ajar mengenai hubungan tu camne? Kalau ajar mengenai selok-belok tubuh lelaki atau perempuan sahaja pun dah membuatkan mereka membayangkan macam-macam agaknya kan?

Mak ayah pun, kalau rasa-rasa memerlukan alat bantuan rangsangan (video) untuk seks pun, x payah la sampai berjemaah ajak anak-anak tengok sekali. Lapi pulak, kalau x silap sy haram tengok benda-benda macam tu sebab melibatkan maruah dan aurat orang. Bagi sy, x perlu kot.

Panjang lagi perjalanan hidup murid-murid ni untuk menempuh hari-hari akan datang. Apa yang akan jadi kalau seawal umur 8 tahun dah pandai berbicara mengenai hubungan seks? Mata semacam je tengok cikgu-cikgu perempuan. Mungkin dah transparent pandangan tu. 

Ya Allah, beratnya dugaan & cabaran yang Kau berikan untuk mendidik murid-murid ni. Rasanya tak termampu nak menggalas. Kau berilah hidayahMu kepada murid-muridku & ibu bapa mereka. Kau permudahkanlah urusan aku sepanjang berada di sini meunaikan amanah yang diberi. Amin.


2 ulasan:

  1. Balasan
    1. tah la...tataw nk pikir...kt sekolah pulun dok ajar pun, tp kat umah mak ayah senget xda guna gak =(

      Padam