Jumaat, 19 Oktober 2012

Harapkan Muka Je Hampeh, Tapi.. (part 1)

Assalamualaykum.

Huk3..Perasaan sekarang tengah bengang. Mungkin terlalu penat berkejar dalam masa seminggu ni untuk menyiapkan dokumen-dokumen PPGB yang ditagih oleh PPD Lundu ditambah pulak bendera merah tengah berkibar girang membuatkan emosi sy sedikit tidak berapa stabil (erk, bukan sokmo-sokmo ke cenggini? =p)

Meh ai nak story-story, bukan nak mengumpat tapi sekadar meluahkan rasa yang terbuku di hati. Huhu..Memang x puas hati tahap petala sepuluh ni.

Baru dapat menarik nafas lega apabila cun-cun jam 11.30 pagi settled semua mak nenek berkaitan dengan PPGB yang perlu dihantar. Bayangkan, sepanjang seminggu sy mengadap ms word nak menyiapkan laporan aktiviti permentoran sejak dari bulan Januari sehingga Oktober, lebih kurang 60-65 muka surat, dengan nak mereka cipta ayat bombastik + tugasan rasmi lain di sekolah, tup-tup bila dah siap print hari Khamis (perlu dihantar hari Jumaat), mentor gitaw bahawasanya PPD baru emelkan apa yang perlu dihantar keesokan harinya. What da merengs?Huh, awal-awal cakap lain, kendian nak lain. Memang lidah biawak. Geram kot, kalau gitaw awal-awal leh la fokus kat benda yang dy nak je kan??

Ke hulu ke hilir sy siapkan segala TOV, ETR, GPMP, AR (istilah untuk exam) dalam masa 24 jam, tawaf 1 bangunan sekolah, cari insan-insan yang dirasakan dapat membantu sampai ke stor sy cari maklumat, ditambah pulak penuh jadual jaga exam, data yang sepatutnya ada hilang, xda tempat nak dirujuk, tanya semua orang macam blur membuatkan sy separuh nafas je bernyawa (ok, hiperbola je). Hari Jumaat lak, terkena cirit birit bagai, selang 30 minit mesti nak menggagau cari tandas. Huhu..Memang dugaan betul. 

Bila dah selesai semuanya, dengan tubuh yang lembik longlai balik ke rumah. Ada la pulak insan yang menumpang rumah kejap, tapi cakap x henti-henti. Ada je modal untuk diborakkan. Mula-mula layan gak, tapi lama-lama sy biarkan dy cakap sengsorang. X larat nak melayan, dengan penat x henti-henti & cirit birit ni, sy bantai je tido terbongkang..Haha


To be continue....

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan