Rabu, 3 Oktober 2012

Pindahkah saya?

Assalamualaykum.

Lepas rehat sekejap tadi sy masuk pejabat untuk menandatangani kehadiran ke sekolah (punch card bahasa kampung sy). Tengah syok-syok sign buku kehadiran tu Pembantu Am Sekolah (PAS-bukan Parti Islam Semalaysia ye) a.k.a orang kuat GB mengusulkan 1 cadangan yang tidak disangka-sangka.

Ustazah, kitak maok pindah sik?

Sy pun apa lagi, jawab NAK LA. Kalau dapat pindah, memang nak la, pindah ikut suami. Kan tahun depan sy bertukar status.. Jawapan sy pun macam main-main, sebab sy ingatkan PAS (nama dirahsiakan atas faktor keselamatan..teeet) main-main dengan sy. Memang dengan orang pejabat, sy banyak main-main, x seserius masa sy dalam kelas. Siap dapat gelaran ustazah paling garang lagi kot.

Lepas 2,3 kali dia tanya macam tu, muka sy pun macam berubah jadi hijau berpetak-petak. Huhu.. Dalam hati, betul ke nak tukarkan aku ni?

Sy tanya la, nak tukarkan ke mana? Sebab apa? 

PAS gitaw kemungkinan besar sama ada sy atau ustazah local yg akan pindah dalam daerah ni jugak tahun depan. Means, kami masih berada dalam PPD Lundu yang sama, cuma tukar sekolah. Ke SK Siar Campuran. Untuk makluman, kat SK Siar Campuran ni ada senior sy masa zaman IPG dulu dipostingkan ke sekolah tu. Jarak antara rumah sewa sy sekarang ke SKSM ni dalam 3-5 minit sementara jarak dr rumah ke SK Siar Campuran mungkin memakan masa selama 15-20 minit. Alasan penukaran ini adalah kerana ingin menempatkan seorang guru agama lelaki (ustaz) ke sini. Almaklumlah, semuanya kat sini adalah dari speasis ustazah. Agak susah untuk menjalankan apa-apa aktiviti keagamaan memandangkan kaum hawa ni banyak kekangan, terutama kekangan bulanan...

Sy speechless. Tak tahu nak cakap apa. Sy jeling Cikgu Kamarudin (PK KO) yang kebetulan ada berhampiran, dia senyum kat sy penuh makna. Hurm... Kemungkinan besar tu memang ada rasanya. T__T

Sy x ada masalah untuk bertukar ke sana sekali pun, sebabnya sy boleh mengelakkan mata & diri sy dari seorang manusia yang berlagak serba serbi expert (sy x suka suasana hipokrit!!). Tapi, memandangkan kalau sekolah betul-betul serius hantar surat permohonan nak ustaz bagai, pindahkan sy ke JB terus (bakal suami kat JB). Sebab walau macam mana pun sy memang akan mintak tukar tahun depan. Laman egTukar akan menjadi laman feveret sy bermula tahun depan. Hihi..

Hurm, kalau betul la nak tukar sy, tukar sy balik JB ye?

mode: 
Terasa di awangan T___T


4 ulasan:

  1. ehem2.. sape kat jb tu? hihi...
    aiman, lundu jauh tak dgn kuching?
    huhu.. harap2 dptlah fizi msk kuching nanti..
    eh, bukan salman dgn syafiq kat siar campuran ke..?
    haaaa.. tak pun.. ajaklah org jb tu tkr ke lundu... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ntah...pakcik mana tah yg da kat JB..haha
      kuching-lundu?x sejauh kuching-sandakan kak hana...da la dlm 90km..huhu
      ameen, insyaAllah, semoga dapat pindah, rezeki miqdad nanti..ameen
      yep, salman, syafiq dengan sidiq da kat siar, mungkin sorang yg akan kuar sana g stunggang melayu..org jb xnak tukar =(

      Padam