Assalamualaykum.
Uhuk, rambang mata buat pilihan design kad. Tempah kad paling murah tapi demand nak ubah-ubah design banyak-banyak kali. Lempang kang..Uhu..
Mula-mula memang kesilapan designer, banyak yang salah macam alamat, tarikh, peta. Kendian macam x berkenan dengan design yang dah dipilih. Lepas tu saiz font la, pe la, macam-macam yang sy komplen. HIM pun x terlayan kerenah sy. Sampai gaduh-gaduh kot. Hadoi.
Kalau ikut dy, main hentam je la design macam mana pun asalkan siap. Jangan banyak songeh sangat, nanti x siap. Lagipun, kad tu murah. Hapa?? Murah pun duit, RM300-RM400 pun duit kot kan? Huhu...Memang cerewet bab-bab duit ni, titik peluh+air liur mengajar kot. Campur penat & sakit hati membebel dengan budak jugak lagi.
Memang la murah, memang walimah kami simple-simple je nanti, tiada pelamin bagai, sebab pada kami kehidupan lepas kawin lagi penting dari nak habiskan sepenuhnya masa hari kenduri tu je. Duit lagi banyak nak guna lepas hari kahwin kan? Tak nak buat pinjaman semata-mata untuk kahwin. Biarlah buat walimah tu dalam keadaan sederhana sahaja. Janji penuh keberkatan & doa restu dari semua pihak.
Tapi, macam yang sy cakap tadi murah-murah kad kawin pun, duwit tu beb...Kalau boleh biar berpuas hati la jugak sikit..Huhu...& selepas tukar design, font bagai, ternampak design baru. Dan, sy buat ayat syahdu mintak tolong designer kad tu tukar. Buat draf yang lain lagi. Orang pempuan memang mudah rambang mata kot. Yang pasti, salah seorang perempuan yang rambang mata tu adalah SAYA!! =P
standard!! yang penting lepass dh konfirm jgn bukak page company tu dah.. kalau tak mesti iman tergugat.. hihi
BalasPadamkan??huhu...memang terguda sungguh...bayar ciput tapi nafsu besar..huk3~
Padam