Jumaat, 19 Oktober 2012

Harapkan Muka Je Hampeh, Tapi.... (part 2)

Assaalamualaykum. 
Dalam kol 3, sy dapat mesej (ni baru ceghita sebenar, td intro je panjang berjela..hehe)

~sila abaikan pengkaburan tulisan & setting yg x berapa kemas~

Mesej 1

Mesej 2
Mesej 3
Mesej 4
Yang warna oren tu mesej orang tengah (A). Yang biru tu mesej sy. Hurm, anda boleh nampak kan??

Mula-mula mintak tolong sy, eh, silap, bukan mintak tolong, bagi arahan suruh ambilkan barang dy kat pejabat pos, melalui orang tengah. Dah la pakai orang tengah, siap bagi ARAHAN baik punya lagi. Apa, elaun jQAF tu x cukup lumayan untuk beli topup? Henset bukan main banyak, ada 3,4 jenis simkad syarikat telekomunikasi lagi, tapi x kan papa kedana sangat nak beli topup? Kedekut sangat nak mesej RM0.10 untuk mintak tolong sy? Opps, bukan mintak tolong, bagi arahan. 

Memang la sy agak 'berbulu' sikit dengan makhluk tu, tapi kalau sy xda aral apa-apa sy akan cuba sedaya mungkin untuk tolong seseorang tu walaupun kurang senang dengan orang tu. Tadi, kebetulan sy memang tengah cirit birit, tambah pulak dengan letih terjelir menyiapkan PPGB yg perlu dihantar kat PPD menyebabkan sy mengabaikan je msj tu walaupun berniat sy akan g ambik gak barang dy kt pjbat pos paling lewat pun hari isnin (sabtu, buka separuh hari & ahad, cuti) sementelah makhluk tu gitau orang tengah kata x kisah pun bila perlu diambil. 

Sy sambung tido, layan perut yang memulas, tengok2 dah sampai mesej lain kata dah ambik. Nasib baik sy x gagahkan diri gak untuk g pjbat pos tu tadi. Bayangkan, perut tengah sakit, bila-bila masa tandas diperlukan kalau sy g jugak ambik 'harta' dy tu tapi tengok2 dy dah ambik, apa perasaan?? Mau meletup sy rasanya. 

Geram gak seposen. Sy mesej orang tengah tu baeeeeeeeeeeek punya..Huhu. Jangan ganggu harimau sedang tidur......

Dah la budi bahasa xda. Zero. Nehi. Lain kali, sy memang x akan tolong dah. Sekali terkena, selamanya berjaga. Harap muka je cantik (katanya sendiri kt FB~sila muntah hokey, dengan muka ada tapak jerawat batu, bergerutu, cantik?wekk...bukan nak menghina ciptaan Allah, tp menyampah dengan sikap bangga diri dy, macam la memang dy sebaik-baik ciptaan.), tapi budi bahasa teruk giler, ada makna ke? Erk..tang kulit muka dy tu memang sy x tipu. Memang ada bekas jerawat la. Dy beruntung sebab kulit putih, tu yg menyebabkan dy 'cantik' kalau x...... Tu pun dah bangga sangat.

Harapkan Muka Je Hampeh, Tapi Perangai Pun Hampeh gak??

post ni kat FB:
walaupun raut wajah kacak jelita macam cinderella, tapi x reti berbudi bahasa rasanya xda guna langsung..
lebih baik muka buruk macam the beast, tapi elok budi bahasanya, lembut tutur bicaranya..

bukan ada slogan budi bahasa budaya kita ke? orang berbudi, patutnya kita berbahasa..
tambah2 apabila memerlukan pertolongan kan?lagi la sangat2 perlu kot......

p/s: em...tv kena kurangkan siaran iklan janji ditepati, tambahkan balik iklan budi bahasa..peace ^_^

Xtaw la kalau makhluk tu x terbaca, rasanya aktif FB. Kaya pengasas FB disebabkan dy je. Kucing nak berak pun citer kot. Harap-harap lepas ni reti la sikit berbudi bahasa. Apa dekat U antarabangsa yang diagungkan tu prof lupa nak ajar cara-cara meminta pertolongan? Orang kata, biar mati adat, tapi jangan biadap.

p/s:
Cuba x tensen, tapi tensen gak dengan adanya makhluk Allah camni. Adoi...Jangan la hilang seri nak kawen T__T. Emosi3~~
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan