Isnin, 22 Oktober 2012

Good News

Assalamualaykum.

Petang semalam sakit kepala menyucuk-nyucuk. Hampir habis sebotol minyak angin cap kapak dengan minyak angin aromaterapi yg dibeli di Serikin dituang kat dahi dan kepala. Lepas meeting dengan PPD sakit kepala terus. Hee~

Tengah-tengah syok beradu atas katil sy mendapat mesej daripada housemet masa menyewa di Terengganu dulu. Guess what, dy pun akan berkahwin gak 3 hari sebelum sy. Wah, betul-betul lawan tokey kan? Hehe.. Tarikh 22 November tu sebenarnya kami plan untuk walimah kami, tapi disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan terpaksa ditunda kepada 25 November. X kira la bila kan, asal kawen. *Gatal*

Tahniah sis. I'm happy for U dear. Tahniah, barakallahulakuma. Maybe dalam masa terdekat ni dy akan umumkan & sy rasa geng-geng PISMP PAI 2008 akan terkejut kot. Hehe.

Segala keluh kesahnya, kisah frust menonggeng & sesi lompat-lompat katil asrama masa tengah kucewa gila-gila masa zaman 'muda' dahulu akan tetap menjadi kenangan yang akan diimbau buat kami yang pernah menjadi penghuni blok Siti Khadijah, aras 3. Akhirnya, berjaya juga hero anda membuka pintu hati ek. Huwaa...berbaloi dapat sejambak besar mawar fresh & teddy bear cumel masa hari konvo. Individu pertama kot dapat bunga. So sweet!!

Tahun depan kami leh celebrate anniversary sama-sama la ye? InsyaAllah, tahniah cayam!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan